Thursday, October 13, 2011

29 dan Progress yang Super Kencang

Perghhh, kalau tahu progress sebegini kencang di hujung waktu baik takyah buat awal-awal lah kan? Tunggu saja lagi 10 hari nak nikah baru buat semua, tetap settle. Tapi waktu tu kaki di atas, kepala dibawah, AC dimana? Eh, ehhhh.

Apa dah berlaku dalam sehari ini? Saya bangun 5.30 pagi dan bersiap-siap lalu keluar rumah pukul 6.30 untuk pergi berkursus di hujung alam. Lepastu, sampai disana saya rasa macam WTH? Yang bagi kursus tak tahu menahu hujung pangkal, baru nak set up segala, pastu software tak berfungsi. Silibus tak mengait. Aku rasa nak makan budak. Ngap ngap ngap. Lepastu asik nak break saja kerja sebab dia nak godek-godek komputer. Macam nak hampuk kepala mereka semua guna komputer pun ada. Buang masa kami oiii. Pffttt.

Tapi, balik rumah buat saya gembira. Sebab
  • Pagar besi dah siap cat. Every morning lepas babah wirid dan mengaji, beliau akan pakai t-shirt dan seluar buruk bersama topi besar keluar ke depan rumah dan mengecat pagar besi, satu hari 3 tiang. Sikit-sikit lama-lama semua tiang jadi hitam *Peribahasa merapu*
  • Dinding dari tangga dan keatas juga sudah siap bercat putih. Dulu, waktu orang tu cat, dia cat separuh dinding saja. Nampak sangat belang dia. Sekarang sudah putih sama rata. Takda perbezaan warna kulit lagi (?)
  • Emak sudah bersihkan kipas, bilik dan bilik air sebersih-bersihnya. Sampai berkilat shining-shining. Silau mata memandang. Kipas laju gila kau, macam kipas heli pun ada. Nak masuk bilik sendiri pun segan sebab bersih sangat. HAHAHA
  • Dressing table dah sampai YAYYYY. Lepastu, emak dah siap atur semua krim-krim, alat solek semua dalam dressing table tu. *Terima kasih emak*. Saya suka bau furniture baru.
  • Kerusi panjang juga dah sampai, tapi tak cleopatra pun. Saja buat tempat duduk sembang-sembang dengan suami (tempat untuk merajuk perhaps)
  • Langsir dah siap. Wohooo. Langsir yang super simple untuk kesenangan in the future sebab isteri ni juga yang kena basuh langsir tu, takkan nak suruh emak pula. Langsir yang berombak macam tsunami tak membantu isteri pemalas. Cantik saja, menyusahkan orang nak buat apa? KAHKAH
  • Dah dapat contact number untuk Dj dan orang kompang dari caterer
  • MG update about pelamin. Tak sabau nak tengok rupa pelamin sendiri.
  • Alas nikah from Kina dan Inai from Alia juga sudah berbayar, ehh termasuk rawatan kaki bersama ahli persatuan.
  • Esok dah boleh collect kotak dan bunting dari tempat kad kahwin.
Semuanya menggembirakan, kecuali part baju T____T. Ok, takyah fikir banyak, kalau terpaksa pakai baju kurung cotton pun tak mengapa, asal dapat kahwin dengan Darling Fiance.

7 feedback:

Rilla said...

Bagus. Laju progress ni. Sedut semangat sikit biar progress Rilla pun laju jugak, hahaha. Siap dah ada tempat merajuk, kikiki

cik fiza said...

buat sejarah btul pengantin pakai bj kurung cotton hehehehe

MasZuber said...

hehehhe

comel tue kalo cotton :)

Miss Sunshine said...

sangat kencang progress ni..bagus yaty.. keep it up!

fira. said...

wawawawa.. seronok nye! sgt jeles okeh! baik, cat harus di beli weekend ni. sekian..

cik asam jeruk said...

kompom sempat ni..hehe. cotton pon cantik tu klo tambah tiara ngn veil :D

K.I.N.A said...

bagus3..nt 10 haari lg goyang kaki je..last2 minit nt benda kecik2 akn tumbuh seperti cendawan..