Thursday, September 29, 2011

Prosedur Nikah Untuk Perempuan Negeri Selangor : Step By Step

Baca Bismillah dah semua? Bagus

Sebelum membaca para seterusnya, anda kena pastikan yang borang pihak lelaki sudah siap diisi dan dah dapat borang kebenaran untuk bernikah. Kalau belum, sila lah settlekan borang lelaki terlebih dahulu. Saya malas nak cerita prosedur borang nikah lelaki, sebab saya perempuan. HAHA, tak kelakar. Nanti, kita dahulukan pihak perempuan sebab selalunya kan ladies first atau First Lady. Pfttt.

Hey Ladies jangan mahu dibilang lemah semua. Anda betul-betul dah sedia nak kahwin? Ewahh, mintak penampar nampaknya si Yaty neh. Ok, kalau anda jawab iya dalam hati sebab takut nak dizahirkan, dah pergi Kursu Pra Perkahwinan ke belum? Kalau belum pergi SINI

Kalau dah pergi kursus sila abaikan para di atas. Tapi, kalau dah terbaca, kira halal saja. Anggaplah ianya seperti menimbu ilmu secara free.

Pergi kursus kahwin sudah, err, HIV test & Talasemia dah buat dah? Kalau belum pergi SINI

Kalau semua dah, anda betul-betul nak kahwin ni. HAHAHA, mari kita lihat the next step,

MULA-MULA : Print borang 2C di SINI
KEMUDIAN : Print borang Wali di SINI
KALAU ALAMAT IC TAK SAMA DENGAN ALAMAT SEKARANG : Print Borang di SINI

Dah print semua borang boleh tidur diam-diam. HAHA, Taklah. Pergi lah isi borang dan sila ikut senarai semak yang dia bagi tu untuk memudahkan urusan di SINI

Anda perlu:
  1. Bawa 2 orang saksi anda (tak kira siapa, abang, adik, jirang tetangga, rakan taulan, ex-kekasih LELAKI) bersama-sama dengan wali berjumpa dengan PPN (Penolong Pendaftar Nikah Kawasan). Kalau tak tahu mana nak cari, sila pergi ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) terus. Yang 3 orang jejaka penting ini jangan dilupa. Boleh tandatangan di sana juga.
  2. Bawa diri sendiri, jangan lupa :)
  3. Jangan lupa bawa sijil kursus original, HIV test slip original, dan IC semua yang berkaitan.
  4. Bawa borang permohonan nikah lelaki yang dah siap diisi dan dapat surat kebenaran berkahwin. Yang lelaki tuan punya borang tak perlu bawa. Tak penting. HAHA
  5. Bawa duit sepuluh ringgit untuk bayaran proses borang.

Jangan:
  1. Tandatangan borang tu siap-siap di rumah, kelak borang akan di anggap borang rosak (ingat undi rosak ke apa)

Tidak Perlu :
  1. Bawa gambar pasport berkeping-keping. Dia taknak, itu masa buat kad nikah nanti baru bawa.
  2. Panik, tiada sesi interview yang akan dijalankan.
  3. Surat akuan bujang, JAIS tak nak tahu kau bujang ke dara. HAHAHA

Rasanya itu saja. Yes, lelaki boleh mula isi borang 3 bulan sebelum kahwin dan perempuan 2 bulan sebelum kahwin. Bila borang nikah dah settle, baru lah bermakna wedding preps yang lainnya. 

Sekian, ada soalan sila ajukan. Saya memang kaunter pertanyaan.

10 feedback:

amy fahmi said...

bagus yati bagus. ilmu yg sungguh bermanfaat untuk diriku ini.
tahniah!! da boleh kawen da! yeay!

Miss Sunshine said...

next week kita jumpa PPN.. hehe

ms rumet said...

kena bwk wali sekali ms submit borang ek?

Hidayati Farhan said...

amy
hahaha, yay!!, nak kawen yayy

hana
ehh, balik semenanjung ek? nak alamat pelisss

suria
ye, nnt sape nak sain tempat wali? hahaha

Mizz Ryn said...

byk nyer info .. mmg sesuai tul jd pendidik ni ;)

Cik Zimie said...

lawaks aje entry anda cik yati oi.lalala

saya lambat lagi tu sebab malas nak pikir.hohoh thanks sebab sharing.confirm jadikan rujukan!!hihi

kitakesitu said...

yeay yati...thanks sharing di sini.sukee :)

theorangelily said...

kalao lelaki bukan malaysia ade extra mende kene buat tak? =)

Renee Meow said...

thanks for sharing dear.. bagus untuk org s'ngor mcm kite niee..weee.. ;)

Syima Syaz said...

hahahaha kelakar k....
tp mudah di pahami..

baik! baik!

nanti saya nak nikah saya rujuk cikgu tau...hehehe