Tuesday, September 27, 2011

Nikah Venue : CONFIRM

Bismillah

Saya perlu cekal hati dan kaut semangat yang ada untuk menyiapkan sebuah entry. Aku tahu kau tak minta, tapi aku saja nak sua-sua.

Setelah hampir beberapa bulan tak tidur malam akibat memikirkan nasib diri, dimanakah akan bernikah. Bernikah sambil duduk di atas kerusi dan meja di masjid, atau bernikah dirumah atas alas nikah empuk milik Kina. HAHAHA. Keputusan telah pun diambil.

Drum roll please. Hoii, dalam masjid tak boleh ber-drum segala. Hormat sikit.

Tak faham?. Nah baca SINI

Saya dapat bernikah dirumah manis akhirnya. Syukur pada Tuhan. Ini berkat doa emak siang dan malam.

Cerita dia lebih kurang macam ini:

Waktu bulan puasa tempoh hari, Tok Kadi itu kan menjalani operasi jantung. Doctor kata, 4 salur darah ke jantungnya sudah rosak habis. Sepatutnya, Tok Kadi tersebut tak boleh hidup dengan keadaan jantung sebegitu. Tapi, ye lah. Ajal maut di tangan Tuhan. Jadi, beliau selamat menjalani pembedahan dan di arahkan supaya berehat.

Perancangan yang saya dah susun rapi selama berbulan-bulan adalah mahu minta keizinan untuk bernikah waktu beliau tengah operasi. Jadi, bila tiada Penolong Pendaftar Nikah (PPN) kawasan, kita boleh minta dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Tapi, masalahnya waktu itu semua tengah sibuk buat persiapan raya. Siapa nak layan aku terhegeh-hegeh nak uruskan hal nikah. Dak Yang kata lepas raya saja.

So, hari Khamis yang dah berlalu dua minggu, saya membawa borang ke PAID Klang. Nak tanya macam mana nak ambil tandatangan PPN kawasan kalau orangnya sakit. Dengan muka confident, saya terus menghala ke Unit Undang-Undang Keluarga. Yakin ni. Tengok semua muka kusut kena kaunseling, saya je muka happy nak kahwin. Lama ni tunggu orang tu tengah kaunseling, so, bila sampai turn saya,

Ok, apa masalah awak?
Saya nak tanya pasal borang nikah. (Muka innocent)
Bukan kat sini. Kat kaunter 3 depan sekali.

Sekali tengok fail kakak tadi, aduan mahkamah nak bercerai. Danggg. Patutla ngeri je muka masing-masing. Saya yang terhegeh-hegeh bawak muka happy nak kahwin.

Lepas dah memalukan diri barang seminit dua, masuk dalam bilik kat depan sekali, dan terus cari kaunter 3.

Mana kaunter 3? Sebab tak nampak kaunter dalam bilik tu
Cari kaunter 3 untuk hal apa ye? Tanya ustaz tu
Nak tanya pasal nikah
Kaunter 3 sebelah sana. Sini bilik untuk Mualaf. Padan lah ramai yang berkulit tanned dalam bilik tu.

HAHAHAHAHAHAHAHA. Gelak sampai pengsan. Silakan. Jangan jemu-jemu.

Lepas tanya ustaz di kaunter 3, beliau kata, kes-kes Tok Kadi saya semua perlu berurusan di PAID Klang sebab Tok Kadi saya belum ada pengganti. Lega hati saya. Usaha yang saya perjuangkan untuk bernikah dirumah telah menampakkan sikit hasil.*bertango*
Macam mana prosedur untuk bernikah di Selangor (Klang to be specific) saya sambung esok ya. Stay tuned :)

11 feedback:

Rilla said...

KAlau baca blog ni tak gelak, tak sah, hahaha XD

anaztasias nora aira said...

betul2 hehehe sokong rilla :)

Renee Meow said...

haha i gelak sorang2 baca ni..kesian u.. adoyai kalau i xtau la nak tutup muka camne.buat2 main hp je la.. ahhaha ;p

Mizz Ryn said...

alah comel jer ..

kaklong said...

sweet la u ni...hehehe ;)

e k i n ♥ y u s r i said...

(^_^)

UyaRayza said...

siap sesat2 dh nie hehehe..muallaf gitew knnnn..kelass kakak kite heheh..anyway alhamdullillah

~ NANA ~ said...

hahaha u ni yaty...ada2 je kn? :P

♥ Kasut Pink ♥ said...

hahaha.. yati2..

Cik Hazz said...

memang tak sah kalau x gelak baca.. ;D

eLL said...

susahnye prosedur di klang ye? kat tempat kita senang amat