Tuesday, September 6, 2011

Isi Borang Nikah Waktu Iftar

Gila apa cerita puasa neh? Tak gila tak. Si Penulis malas sungguh nak tekan publish akibat perut terlalu padat dengan lemang dan rendang. Err, tekan publish pakai perut ke? Haruslah. Apa kegunaan perut flabby kalau tak diguna untuk tekan publish. Pffftt.

Hari tu kan ada orang tu dia dah merajuk taknak buka sama sebab saya dah pergi berbuka dengan BBF dulu. Lepas tu kan Dak Yang (bukan nama sebenar) mesti la kalah sebab kelemahan lelaki adalah wanita chubby dan flabby ini. Eii, hari tu dah mintak ampun lah pagi raya. Yang (bukan nama sebenar) ampun lagi eh? Raya kan sebulan, no?

Lepas habis survey rata-rata tempat berbuka, saya tetap mahu berbuka di my fav place, Restoran Tasik Indah, Shah Alam. Kali ke-2 berbuka kat sini. Dulu waktu tahun 2006 ke 2005 tak ingat, buffet Ramadhan dia baru RM 70.++ untuk 2 pax. 2011 sudah jadi RM 55.++ per head. Semua benda nak mahal T___T

Tapi, saya takkan menyesal sebab saya boleh meratah pelbagai jenis udang dan sotong dan ketam dan semua lah disini. Butter prawn disini yang tak tertanding, sehingga menjilat kulit udang. HAHA. Air ada pelbagai jenis, plus ABC lagi.
TIPS: Bagi mereka yang berperut buncit tetapi bertangki kecil like yours truly tetapi lagi nafsu bergelodak nak rasa semua-semua lauk terhidang, 1st of all jangan datang meja nasi dan jangan minum air bergelen-gelen. Rugi. Kat rumah air banyak, butter prawn sedap takda. Saya punya air segelas tak habis-habis sampai nak balik.
Dekat sini kelengkapan surau semua ada. Walau agak sempit boleh la untuk solat Maghrib.

Nah, nah gambar. Sila tatap.

Kena booking dulu, kalau tak gigit jari duduk dekat pintu keluar :)

Sampai-sampai terus study borang nikah

Jadi, takda sapa sudi nak ambilkan gambar, kena snap gambar sendiri.
Jangan benci pipi apam saya :)

Lepastu, tengok orang ramai serbu meja buffet, saya tumpang sekaki dua.
Cari butter prawn dulu sebelum tinggal daki.

See, saya tak tamak. Takda pun makanan yang membukit. Semua ambil, tapi seketui-seketui ja. Sepinggan ada 4,5 lauk sekali.

Tapi, yang ini masih tak habis-habis lagi isi borang nikah.

Nampak sangat nikah lagi penting dari makan. Tehee

8 feedback:

miszatie said...

comel :)

kaklong said...

kak long tumpang lalu boleh?,....heheheh

semoga berjalan lancar yer...;)

e.t.t.y said...

eh mmg lah nikah tu lagi penting dari segalanya. hahahahha...

mmg camtulah gaya makan buffet. bukan amik membukit lpas tu tak habiskan....tu kebulur namanya.

Fariza said...

comel korang.
pp sy pun apam juga. he3

LisaLisut said...

ah best gile makan byk2.kalau kr mmg tak aa.bukan kaki makan.ajak buffet mcm tak baloi.hahaha.ala carte je manjang ;p

cik asam jeruk said...

wah bgs tu calon suami sis yati..nikah lagi penting dr makan..hehe

amani.. said...

kusyuknyela sorg tu kan isi borang tak pndg kiri kanan dh hehe..
all the best for u dear..:-)

Amni said...

hahahhahaha... memang la nikah lagi penting cik kak... =p