Friday, September 16, 2011

Hectic Week

Maafkan kami penunggu gua, maafkan kami penunggu gua. HAHA, belog kan secara rasmi dah bertukar kepada gua untuk seminggu ini.

Tak pernah saya bayangkan bahawa kehidupan boleh bertukar sesibuk ini. Phewww, selamat ini hanya duduk dalam zon selesa, bangun pi sekolah, balik sekolah, main SIMS. HAHA, sila tahu main Sims adalah kegiatan wajib dalam rutin harian.

Mari kita lihat, apa yang sibuk sangat tah tu

  • 9/9 - Taklimat UPSR di SKTKJ - SKRP - Klang - Lipis
  • 10/9 - Lipis - Kuantan
  • 11/9 - Kuantan - Tg Malim - Klang
Di sekolah pula, settlekan banyak benda sebab takkan masuk sekolah sampai selasa depan. Kerja dah mula banyak sebab dah nak akhir tahun, saya pun dah mula nak pengsan. Nak kahwin lagi 8 minggu. *pengsan terus*

Jaga exam pagi-pagi dah kena bangun sebab sekolah jauh. 7 pagi dah kena gerak. Stress tempuh jammed di Klang sana. Hari kedua lagi la, pukul 6.15 dah gerak. Tak pernah lah bangun gelap-gelap lagi pergi kerja. Selalu pukul 1 baru nak pergi T_____T

eh, tiba-tiba rasa malas nak sambung. HAHA, secara tiba-tiba juga entry berhenti disini. Maafkan kami penunggu gua.