Wednesday, September 21, 2011

Fun Fact about Family


  1. Ada 6 orang guru dalam gambar di atas iaitu Babah, saya, kakak (baju kurung ungu), abang (baju melayu merah hati), kakak ipar (baju kurung merah hati) dan abang ipar (baju melayu ungu)
  2. Emak, walaupun bukan guru secara bertauliah, tapi saya tetap anggap beliau sebagai guru disiplin sebab emak selalu tak bagi saya ponteng sekolah. Apatah lagi ponteng kerja.
  3. Saya, abang dan kakak ipar mengajar dalam satu sekolah. Ya, tapi sekolah tu bukan keluarga kami yang punya.
  4. Saya dan kakak ipar adalah rakan sekerja sebelum abang saya pergi mengorat beliau. Jadi, dari rakan sekerja terus jadi kakak ipar.
  5. Saya dan abang ipar pula adalah rakan semaktab walau berlainan kelas. Saya lah cupid yang menyatukan mereka. SO, dari rakan semaktab terus jadi abang ipar.
  6. Apa perasaan rakan-rakan jadi ahli keluarga terus? Mula-mula rasa pelik sebab eh, dulu kau kawan-kawan jumpa kat sekolah, kat maktab. Sekarang balik rumah pun mereka ada sekali di bawah satu bumbung. Kau faham ke ayat aku ni?
  7. Adik lah satu-satunya makhluk yang tak mahu jadi cikgu. Tapi, takpa, esok kalau dah takda hala tuju lepas grad mesti jadi cikgu juga. HEW HEW HEW
  8. Saya tengah sibuk nak mengheret Dak Yang (tiada dalam gambar, tapi ada dalam hati) untuk isi borang KPLI.
  9. Bila family vacation setiap hujung tahun, baru lah lengkap semua sekali sebab semua pun cuti waktu cuti sekolah.
  10. Abang ipar adalah lebih tua dari abang saya.
  11. Saya, kakak dan adik beza umur adalah 5 tahun setiap seorang.
  12. Muka adik dan muka saya adalah serupa. Kedudukan tahi lalat kami pun sama. Bila adik pakai tudung, dia akan kelihatan seperti saya. 
  13. Sekarang, takhta makhluk paling tinggi dalam keluarga di pegang oleh adik, bulan 11 nanti takhta akan dirampas oleh new family members. You guess?
  14. Saya sedang demam sewaktu menulis entry ini akibat 2 minggu yang melelahkan, sebab tu my brain cannot function properly.
  15. Tahniah, sebab anda sanggup membaca hingga ke titik terakhir.
  16. Eh, belum akhir lagi. Jap gi saya nak pi Pejabat Agama untuk submit borang nikah.
  17. Ok, dah akhir. titik

15 feedback:

Ezza Z said...

seronot giler baca fakta bout ur family. get well soon ye cik hidayati.

UyaRayza said...

yati..awak ikut muka ayah awak laa hehehe..n muke awak putih berseri2 sgt kn..SKII ehhhh heheheh...

Wawa Yusoff said...

pergh! semuanya cikgu...

psttt.. kamu cantik la yati :)

Alyza Fisol said...

fakta yg menarik...hehe n muka adik awk mmg sebijik muka awak...bleh kategori kembar dh ni... :D

PussyCat said...

tang yg x bagi ponteng sekolah apatah lagi ponteng keje tu mmg legend..sama la,papa ika pantang kalo i mc ke balik keje awal ke..dh membebel pdhal dpt kebenaran boss je.. :p

Miss Sunshine said...

hihi.. kelakar lah yati.. sume cikgu ni... bagusnya.. yati, takde kabel ke... waa, nak mintak pindah ni.. hihi

~ NANA ~ said...

tp knp i nmpk u ni mcm muka fotostat kakak u je? lg nmpk sama...kekekeke

♥ Kasut Pink ♥ said...

Famili sy, kakak sorg je yg chekgu. Tapi sy penah jd GSTT 6 bulan. Cukuplah pengalaman tu kot.. huhu

asna cute said...

lepas tue thun depan bertambah ahli keluarga yg paling kenit!

jeng jeng jeng! haikal ada geng nk buli adik syg dia huwahuwahuawhuaw ;D

amani.. said...

what a happy family..:-) btw btulla cakap nana mke kakak yati lg mirip dgn yati..

Mizz Ryn said...

mmg family pendidik yer yunk ??? hehe .. suwetttt ...

Hidayati Farhan said...

ezza
hehe, tq dear

uya
hahaha, kita muka ayah kan. haha. SKII sangattt

wawa
hahaha, cantik tang mana tu wawa? kuikui

alyza
kann, same sangat

Ika
tuh la, da doc bagi, dia tetap nak bising2. klako la cikgu disiplin kita ni

hana
alaa, sian awk, ayah kita da pencen da. klau x bole tolong kot

nana
hahah, tp ramai kata kakak i nmpk mcm adik i tau

Ct
ye ke? kita dulu pon jd GSTT before jd cikgu betul

asna
amin amin amin. haikal ade geng ke ade awek. haha

amani
hihi, ye ke? tp ramai kt same dgn adik

Mizz ryn
hahaha, aah, sume pon nak mengajar.

Reen Tart Nenas said...

wow, best nyer :)

kitakesitu said...

hehehe klaka la u ni yati.wah family cikgu.samala kte.my mom,dad,n 3org dr kakak jg cikgu+sorg abg ipar :)

Cik Hazz said...

wahhh.. seronok semua cuti hjg tahun together-gether. mcm mana ur karektor as cikgu eh sbb baca ur blog mesti selalu je gelak. hehe. & yes adik you kalau dipakaikan tudung sebijik muka you. ;D