Monday, August 29, 2011

Sempurna Akhirnya

Alhamdulillah, dapat sempurnakan terawih yang terakhir malam ni. Sudah beberapa malam kami berterawih di Masjid Shah Alam. Di malam terakhir ini, Imam membaca Qunut sambil menangis tersedu-sedu. Terlalu sedih kerana ini malam terakhir di bulan Ramdhan.

3 atau 4 tahun yang lepas, waktu masih memegang title remaja belia. Memanglah, kalau disuruh berterawih. Liatnya Nauzubillah. Mesti ada macam-macam alasan dah sedia dalam kepala sebab nak mengelakkan diri dari disuruh pergi terawih. Tapi, saya selalu kalah dengan paksaan ibu bapa. Memang muka tempe saja kalau pergi ke masjid.

This year is totally different. I am willingly nak pergi masjid dan berterawih. I don't know where is the strength come from. Memang bila sesuatu pekerjaan tanpa paksaan, hati tenang saja dan semuanya jadi mudah. Walaupun masih mengerjakan 11 rakaat saja, takda penambahan atau pengurangan. Emak dah bising suruh buat full 23 sebab saya bukan warga emas nor mempunyai sakit lutut. Saya jawab. Saya ikhlas 11 rakaat je cik. HEHE

Selebihnya saya habiskan dengan membaca Al-Quran. Saya punya azam mahu khatam Al-Quran sebelum bergelar isteri. Walau takda majlis khatam Quran nanti, tapi sebagai personal achievement. Tapi, manusia merancang, perancangan Allah yang sentiasa mendahului. Saya hanya mampu sampai ke Juz 22 saja setakat malam ini. Ya, i know, lagi a few steps saja nak sampai ke garisan penamat. InsyaAllah, akan dihabiskan dalam masa kurang dari 3 bulan ini. Doakan saya berjaya.

Pengalaman baru lagi, kalau sebelum ini saya fikir masjid mesti baca ayat-ayat Al-Quran dalam solat terawih mereka. Anda tahu, am just a human being. Saya rasa semacam HMMPH, larat ke nak berdiri lama-lama ni. And up to my surprise, saya sudah jatuh cinta untuk berterawih di Masjid Shah Alam. Siap cakap dekat emak, tahun depan nak ajak suami pergi berterawih disini hari-hari. Sangat tenang dan sejuk bila solat kat sana. Dengan lampu suram-suram tu, dengan Masha-Allah, ramainya orang. I keep telling my siblings, rasa macam pergi umrah. HAHA, lepastu mereka dengan pelik-pelik muka, kau dah pernah pergi umrah ke? One day, InsyaAllah.

Jadi, Alhamdulillah, sempurna ibadah puasa saya di bulan Ramadhan ini, moga kita semua dapat bertemu dengan Ramadhan di tahun hadapan. Mudah-mudahan, dengan izin-Nya

3 feedback:

miszatie said...

terwikh terakhir dah..T_T

maCy said...

insyaAllah~

Cik Zimie said...

SEDIHNYA baca ni yaty :( tadi pun macam feeling satu macam lepas trawih.alhmdulillah smpt trawih di masjid putra,putrajaya.

semoga kita bertemu lagi di ramadhan seterusnya.insyaAllah..