Sunday, August 28, 2011

Ramadhan Terakhir Anak Gadis

Sayu saja hati mengenangkan, ini tahun terakhir dapat beraya bersama keluarga sebagai anak gadis yang manis. Tahun depan InsyaAllah beraya sebagai isteri atau bakal ibu. InsyaAllah. Semua kan Allah punya kuasa.

Bila difikir semula, mampukah saya bangun di pagi-pagi hari dan terus menuju ke dapur untuk memasak kelak? Sekarang ini, hanya tahu celik mata, basuh muka, lalu turun mendapatkan makanan yang terhidang. Bangun dan hanya fikir diri dan perut sendiri. Takda memikirkan tentang orang lain. Harap bakal suami takda masalah untuk bangun sahur. Kelak saya stress, mana nak masak, mana nak ulang alik bilik kejut suami bangun. Ecehhh.

Bila waktu cuti pula, hanya tahu duduk bersenang-senang di bilik. Kemas bilik, basuh kain baju sendiri banyak mana lah sangat kan? Selebihnya memang banyak bertenang-tenang. Tahun depan belum tentu saya setenang ini. Kalau punya rumah sendiri, menguruskan rumah mesti dah jadi satu kewajipan lah bukan?

Nanti pulang dari sekolah, sudah takda masa nak berbaring-baring sambil menonton Kasih Alia lagi. Mana mungkinlah. Habis, nanti mahu berbuka air masak dengan kurma saja kah? Kalau sekarang ini pun. balik dari sekolah memang dah flat habis. Takda tenaga yang tersisa. Mungkin nanti, bila sudah tahu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, akan hadir kuasa luar biasa atau lebihan tenaga supaya saya mampu menyediakan juadah berbuka buat suami.

Saya bukan complaining atau memberi bayangan bahawa life after marriage adalah horror. Sekejap lagi adalah Cik Anon yang tak bergaji nak kasi komen, kalau rasa susah, tak payahlah sibuk nak kahwin. Tapi, saya memikirkan kemampuan diri saya dan saya harus mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Juga memberi peringatan bahawa kahwin bukan secara hanya sebab I love you, you love me, I nak anak dua, I nak rumah besar. Tapi ada great responsibility yang datang dalam pakej perkahwinan.
Oh, sedang hanyut dalam perasaan, mengenang 2 hari terakhir Ramadhan sebagai anak gadis.

8 feedback:

Miss Sorbet Purple said...

eh lupa. saya pon beraya kali terakhir as anak dara manis ;p

miszatie said...

hik2 atie masih ade raya tahun depan tp lepas tu maybe dah jd istri org..:)..gewd luck eh..gnekan mase yg ade dgn family dgn sebaiknyeeee :)

hakmi said...

selamat hari raya, semga berjaya menjadi isteri orang tak lama lagi

Khairiyah aka Kerry said...

me too risau benda yg sama T__T

Cik Zimie said...

mari risau bersama2!!

selamat hari raya yaty:)

Syima Syaz said...

ewah.... yelah sama2..
tapi i plan nak panaskan lauk je time pagi tu..siap masak malam la. atau paling hebat...goreng nugget...hahahah

nak kejutkan suami? misscall lah dia...heheheheheh kejam nye

Miss Sunshine said...

Samelah kita yati... raya terakhir sbg anak gadis...

kueh bakar said...

tadi nabil kata dalam paper..


'ni raya bujang aku yg terakhir'

kadang hidup adalah spontanous.