Monday, August 1, 2011

Lagu untuk Klip Nikah dan Red Carpet dan INAI

Baiklah, baiklah. Saya datang menselamatkan blog yang hampir doomed dan sink into the deep sea.

Bulan puasa yang mulia ni, perkara yang tak memerlukan banyak tenaga fizikal adalah mencari lagu untuk video dan untuk hari persandingan kelak. Tiada sesi karaoke mahupun joget lambak akan diadakan pada majlis saya nanti. Harap maklum. Nak berkaraoke pi Red Box sana. Saya perlu menghormati jiran tetangga yang mostly adalah ahli-ahli masjid dan rakan-rakan wirid babah.

Atas permintaan Babah juga, no pop yeah yeah or lagu-lagu rock kapak, tangkap cintan, jiwang leleh ke apa (HAHA aku petik nama album yang tah pape kat iklan tv tu)t. Jadi, pemilihan lagu saya perlu lebih teliti, eh, dah macam artis nak buat album gaya nya neh.

Seriusly, lagu-lagu yang saya kena pilih mestilah berbentuk islamik dan tenang di dengar oleh semua jemputan kelak. Lagu-lagu ballad love song pun boleh la rasanya. Taknak lah ada yang tarik muka atau nak balik cepat-cepat sebab lagu tak sesuai dengan halwa telinga mereka. Apa yang saya suka tak penting sebab saya dah cukup suka mendapat seorang suami, lain-lain tolak tepi. HAHAHAHA

Untuk Klip nikah (yang akan ditayangkan di Dewan kelak) lepas dah berapa kali tukar lagu ikut taste masing-masing (yang seorang mahukan Anuar Zain, tapi yang seorang lagi anti-Anuar Zain, what to do?) Kami pun dah sepakat nak guna lagu

Pasha & Adel - Penghujung Cintaku


Semalam, waktu dalam kereta dengar lagu ni sama-sama, bila Dak Yang nyanyi, rasa tertusuk terus tembus dalam hati. Macam betul-betul beliau dedicate this song untuk saya. Tapi yang tak syoknya, part perempuan pun beliau nak pulun. Ish, potong betul.

Muzik waktu kami berarak di red carpet dirumah mahupun di dewan, saya dah decide untuk teruskan dengan Balada Shalawat by Gita Gutawa or Siti Nurhaliza. Tengok suara siapa yang paling gemersik. Eceh. Macam simboliknya, Moga perjalanan hidup baru kami lebih barakah dengan alunan Selawat Nabi.


Lagu yang lain-lain saya akan listkan dalam bentuk list. Kelak kalau rajin. HAHA.

Cerita Inai

Tadi, pagi ada pos laju sampai depan rumah. Inai Mekah yang oder dengan Hazrina dah sampai. Masa tu tengah lipat kain, terus tak sabar-sabar nak try. Nak tengok merah atau tidak, lepastu nak tengok berapa lama dia tahan. Sebab nanti akan pakai inai 2 hari awal. Tak mahu nanti tiba hari sanding dah tinggal oren-oren saja. tak feel pengantin lah nanti.

Hasilnya,

Merah tak? Merah tak?, ni pakai cuma satu jam saja. Tak larat nak jauhkan jari kelingking tu sampai kebas-kebas dan comot-comot.

Tadi post dekat group sume dok pakat-pakat kutuk kualiti gambar dan comot-comot tu. Nyampah tahu, ha, sekarang dah jelas dan terang kan rakan-rakan? Merah ke tidak?!!!

25 feedback:

UyaRayza said...

merah la dear inai tue hehehe..comot2 hehehehe...sedap lagu pasha tueeeeeee sukeeeee

Alia.A said...

merah weh!!!!!!!!!!!!!! tak rugi beli kt ryn!! hehehe. aku bru je nk try test sbb nk tgk color inai tu. tp ko dh tlg buat ye yati. thanksss!!! u saved me! hehehehe.

Hidayati Farhan said...

uya
merah kan? hahaha, lagu tu mmg best :P

alia
wehh, xde pape reward ke dah tolong neh? haha, terus rs x saba nak kawen tgk tgn merah nyala2 :P

♥ Kasut Pink ♥ said...

merah yati merah... cantik merahnye.. Part yg best inai mekah ni pakai kejap dah merah, kalau inai daun kena pakai 6-8 jam kot.

Lagu penghujung cinta tu mmg sesuai sebab ade part menikahi tu.

Miss Marea said...

hye dear... cantik lah warna inai tu....i suka warna tu tapi tak tau nak cari kat mane n brand ape hehehehe

('',)v

Miss Sunshine said...

inai mekah yang dalam tiub tu kan? memang merah pun.. ^_^

=MissRynn= said...

merah dear... cantek.. tetiba aku lak gatai nak pakai

anaztasias nora aira said...

merah !!!!! hehehee

Linda Yusoff said...

i suka pkai inai. sgt2.. so i akn pkai berkali2 even nnti dah berbulan kawen. hehe

~ NANA ~ said...

merah mak ngah yuuuu~ hihi *comot* :P

amy fahmi said...

cantik! kaler merah tu ai suke. :)

yUmIe said...

hehe cantik2..merah berseri2:)

eLL said...

nak jugak. camane nak beli

Lala said...

phewitt! chantek dah warna dia.
kalau taknak comot, lekat salofan tape dekat line jari tu, pastu dah kering tanggalkan lah.

mesti nampak straight ja line inai kat jari nanti!hehe

hanys said...

Merah.. Tp lagi feel klau pkai inai daun. Tekap3 kat jari.. :-)

LisaLisut said...

mak aih..lajunye diorg ni komen.aku sll ketinggalan di belakang..haish..

aku tak try pn inai tu yati.ade je lg dlm drawer.sj nk bg tgu nk kawin br pakai.wuwuwuw ;p

balada shalawat tu tak penah dgr.thanks.i nk try dgr n kalau best bole masuk list.haha

miszatie said...

wah inai ni best pakai..yang dalam tiub tu kan kan kan??:)...hik3

Hunny Kitty said...

cantik la kaler dia

Alia.A said...

reward? hahaha. kalau x comot komfem aku bg reward. ni comot. cmne nk bg? hehehe. gurau je. tahan brape lama nnt update ek?

.:shura shushi:. said...

yati!! 1st time i dengar lagu "Pasha Ungu Ft. Adelia - Penghujung Cintaku" terus jatuh hati!!liriknye..mak aiii :)

**inai tu cantik..org tua2 kate inai pekat tandanya mak mertua sayang..hihihi

Renee Meow said...

merah youuuuuu...hey u all boraks ape kat BBF tu..?? x aci i xleh bukak FB.. hmmph! T_T

Hidayati Farhan said...

Ct
kann, tp kita cam suka inai pokok sbb bau dia. baru feeling nak tawen :P
P/s: lagu tu mmg beshhh

Miss Marea
inai tu kirim dgn kawan dr mekah la. hehehe. nnt kita post gamba kotak tu ye :)

hana
aah, tp bukan yg ijo tuh, hehe

ryn
haha, tq dear sgt2

nora
tq sbb x kutuk. hahaha

PSL
oii, x aci kott. hahaha

nana
x abes2 ek nk kutuk comot tu :P

amy
yayyy, awk pon suka. haha

yumie
tq. ahahaha

ella
beli dr kawan la. err, x tau cemana nak beli lagi

lala
tq. hehe, ni testing 1,2,3

hanys
yess, i can't agree more :) lagi feeling ngantin

lisa
i try kan utk u mehh. hahaha. membantu x? lagu balada shalawat mmg besh giloss okeh :P

miszatie
yup2, inai mekah kaler putih

raden
kannn, sukewww

alia
hahaha, jaaatt. okeh2 will do :P

shura
ye ke baru dgr? mmg besh!!! haha. eh, betul ke ni? yayy, mak mertua syg

renee
haha, diorg kutuk2 gamba i lah renee. xde ape. sian u. saba naaa

bujal X said...

keh keh~~salah teknik tu~~sepatutnya pakai solotep kat jari dulu sebelum inai~baru la dapat line yang cantik~~

salam kenal dan salam ramadhan!

hdsykn said...

Slm, sy nak tanye, inai awk pakai ni, inai serbuk ke inai tiub? kalau serbuk, boleh tlg belikan x?huhu

Anonymous said...

inai serbuk ke inai yg kat dlm cone tu kakk???kte pun pkai inai mekah.tp oren jee..xpkt punn ��