Monday, August 8, 2011

Kad Selamat

Bukan, bukan. Bukan Kad Selamat Hari Raya. Eh, dah lama kan tak dapat kad raya. SOBS. Dulu, siap duduk depan pintu tunggu posmen hantar kad raya. Sebab nak tahu berapa ramai kawan yang sayang kita dan sanggup pos kad raya. Tapi, tu dulu lah. Kalau nak kira sekarang, memang takda yang sayang kalau camtu. Sekeping kad pun tak pernah dapat T____T

Sebenarnya, lepas dah panic attack tempoh hari, Dak Yang (read: yang sabar dan mempunyai shield yang kukuh hadap mood tunang dia yang kejap macam gerimis, kejap-kejap lagi ribut taufan, lepastu terus Tsunami takda amaran serang dia bertubi-tubi.DUDUDUDUDUDU macam bullet) ajak pergi tempah kad kahwin.

Dia dah runsing tengok saya mensebut 'Tempah kad kahwin' 99 kali sehari (exaggerate). Kalah baca Asma'ul Husna. He do asked me to bring my design. Tapi, macam malu lah pula nak bawa design yang tah pape.

Sampai di Amazon, Seksyen 7, buka pintu terus nampak kad Lisa. Main attraction kad you Lisa oii. Saya terus pusing-pusing dalam kedai cari design yang menambat hati ke apa. Most of the card letak gambar pre wedding atau yang sama dengan. Kami? tak berani nak pertaruhkan gambar sendiri. Bajet pengantin misteri. LOL

Dak Yang dah macam gelisah-gelisah sebab dia nampak kad tradisional yang kilat-kilat tu lebih menarik. Beliau kata kad yang saya pilih macam Kad Raya. Takpa, people just wanna know the date and the address. Lain-lain doesn't matter.

SO, saya ambil pakej RM0.85. Free kotak 1000 pcs dan bunting 2 unit. Err, apa nak dibuat lah dengan kotak 1000 ni. Kotak yang ada pun tak tahu nak isi apa T_____T

Jadi, tugas baru yang saya baru assign untuk diri sendiri adalah mendesign kad kahwin. Kan cari penyakit nama dia. Tengoklah, kalau tak jadi, saya tiru saja kad yang sedia ada.

Sekian.
Junior Creative Design in the making.
XOXO

14 feedback:

fira. said...

go yati go!!! design lah kad anda dgn bersungguh2.. *kau pun, dh mcm ni baru nk design*

Miss Sunshine said...

Rajinnya yati nak design kad sendiri.... Hana ambik je contoh mana2 kad yang dah ada.. sebab malas nak fikir banyak benda.. hahaha..
Hmm, abah n en bakal suami awal2 dah warning jangan letak kad yang ada gambar sendiri... Sebab? Ntahlah... Lalu, diikutkan aje kata2 org penting tu.. hehehe.. Cepat yati, tempah kad tu...

amy fahmi said...

lisa, review sket pasal kedai tu? ok tak? hihi. rasa cm nk g sane je nanti tempah.

amy fahmi said...

lisa pulak. yati la. ampunnnn. hihi. sory2.

eLL said...

takpe T, awal lagi kan...

~ NANA ~ said...

if xnk kotak yg free tu bg i je la...okey? haha

hanys said...

Betul2. Pi amzon kt s.alm seksyen 7 yg payah nk cr tu temn adik tgk kad kawin dia. Terus nmpk lisa punya kad.. Hehe..

Ms. Fiena said...

smpai pakej kad kawen pn nk same la kann ngn kembar awk. hahaha. sebijik la kan harga kad ponn. hahaha

LisaLisut said...

haha.si amy tu pening la tu asik tgk nama aku dlm blog yati.hahaha
(blush perasan) haha.

ait,dh ade kotak telur nape amik pakej tu dong?hehe.u bg jela kotak tu kat dakyang kalau dia takde kotak telur lg.jimat.

i plak kalau tau in d end i bg sumting in a jar mmg tak amik pakej kotak telur tu bagai.huhuhu.tp sbb murah amik jelah ;p

fitria said...

wah.. yaty nk kene design sndri.. xsabar nk tgu hasilnye..

zimie said...

ok pengantin misteri.boleh tak jangan buat lawak wahai yati kus?hihi

.:shura shushi:. said...

wah design sendiri..gud-gud :)

cik asam jeruk said...

chaiyok2 sis yati! :)

nida-razak said...

yati..okla price tu..kat area nida ni, xdapat pon mcm tu tau..huhu.sini mahal..