Sunday, August 14, 2011

It's Not That Easy

Ya Allah, agak-agaknya dekat sepuluh kali jugak aku klik new post dan pangkah semula. Sebab banyak nak cerita tapi mood takda. Macam sekarang. Hampir-hampir tekan butang pangkah, tapi kuatkan semangat juga nak menulis. Biarlah kalau nanti entry ini tak semacam entry biasa. Biarlah, asalkan apa yang nak diluahkan berhasil.

Bermula dari kekusutan terhadap wedding card sendiri, almost a few days juga muka ada iras-iras cencurut bila memikirkan hal kad kahwin. Sudah dibilang, sesuatu yang simple itu adalah my ultimate goal. Tapi, nakkan yang simple itu tak mudah. Gila kan? Kalau yang complicated tuh memang bersepah-sepah.

I WANT THIS

Lepas kad kahwin moden saya mendapat objection dari pelbagai pihak. Yess, SOBS sangat. Saya dah terus terfalling cinta dengan kad ini. Yes, simple yet classy. Sangat suka takda tara. Jadi, bergegas-gegas email kepada kedai kad kahwin saya minta dia buatkan sebiji macam ni. 

Unfortunately, dia tak boleh buatkan sebab tak boleh. Depo dah bayar, takkan nak burn lagi. Sekejap lagi ada yang makan penangan berapi sebab nak burn depo untuk kali ke-2. Saya tenangkan hati dan minda. Motivate diri bahawa, itu cuma kad kahwin yang tak sampai berapa hari orang akan lontar dalam dustbin. 

Jadi, berbekalkan minda yang positif, saya bawa mak, biar hati teguh dan taknak tukar-tukar design lagi. Saya betulkan salah sana-sini, betulkan peta dan pilih kad ready made saja. Saya mahu kad 6x6 tapi, design sangat crowded. Design yang saya suka pula atas kad yang jenis panjang-panjang tu. Sumpah benci. Tapi, what choice do I have? Pejam mata dan pick one. 
Habis hal kad kahwin.

Tentang pre wedding pula, saya sangat menyesal dengan pilihan attire that day. Gambar cantik, make-up cantik, Dak Yang pun dah cantik (?) Tapi aku lah perosak gambar. Huduhduhduh. Tudung ibarat tuala yang digumpal atas kepala. Kalau aku pakai je tudung awning, mungkin aku adalah insan paling gembira menatap gambar pre wed sendiri. Itu pun dah buat aku down berhari-hari. 

Menunggu CD pula ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Dari hari Selasa tunggu, hari Sabtu baru dapat. Lepastu muka dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Bila dibuka, invalid image, CD corrupt. Apa kau rasa? Muka dah biru-biru air laut. STRESSS!!
Nasib baik, pihak yang bertanggungjawab cepat-cepat selesaikan masalah ini. Dia turun Klang bawak external hard disc dan transfer terus gambar dalam my lappy. So, am happy. It's a rhyme.

Sekian sudah, laporan yang tak berapa nak memberangsangkan sangat. Bila aku tak happy, aku bitter, jadi aku marah.