Saturday, August 6, 2011

Hati Selembut Tisu

6 Ramadhan adalah ujian Maha Hebat buat insan lembik macam jeli ni. Semalam hari waktu berbuka saya kelabu mata bila nampak durian seguni. Dalam hati dah target, mesti nak tamak habiskan semua. Tapi, ye lah, orang tamak selalu untung(?) macam KFC dengan bunga-bungaannya. LOL.

Bila bangun sahur pagi tadi, dah rasa perut tak sedap. Saya cuma sempat menjamah ayam goreng seketul dan ikan masak asam dan air masak sebotol sebelum saya menghabiskan waktu dalam tandas seharian. Diarrhea. FLAT habis. Memang ada rasa nak muntah, tapi saya tahan. Nanti puasa habis musnah. Jadi, pukul 8.30 macam tu baru selesai urusan dengan tandas dan baru boleh tidur bersama minyak angin sebagai teman.

Bila tak sihat, mood swing, sensitif semua datang dalam satu pakej. Dak Yang cakap sikit saja pun saya sudah bertitis-titis air mata keluar. Mana nak tahan muntah, mana nak menangis lagi. Saya tidur. Bangun tadi pun sebab Kina and his fiance datang nak collect something. Kalau tak memang tidur terus.

Memang makruh kalau banyak tidur. Tapi saya betul-betul tak bertenaga. (Read: Saya tak minum air manis sepanjang puasa) Mungkin itu pun salah satu punca. Kaki dan tangan dah sejuk satu macam. Saya terus tutup mata untuk lebih bertenang.
Ye la, bila dah tak sihat, ada ke masa nak hebah-hebah kat orang lain yang kita ni tak sihat. Sedih bila dikata pemalas dan menghadap lappy je dari pagi tadi. Menitis lagi air mata. Murah sungguh air mata hari ni. Saya terbaring bertemankan Harry Potter and The Deathly Hollows Part 1 yang tak berhenti main dari pagi tadi. Nak duduk ngadap lappy pun tak larat.
Sedih sangat hari ni. Puasa berteman air mata, minyak angin dan Harry Potter. Takda siapa yang mengerti hati dan perasaan. Sad. Tak mintak pun simpati ke apa. Understanding is really needed here.