Tuesday, August 16, 2011

Browsing Calon Handbags

Tak, tak. Saya tak mungkin browsing gambar makanan sambil drooling sebaldi. Sebab nafsu terhadap makanan adalah ditahap paling rendah. Tak macam sebelum puasa tempoh hari, kalah wanita mengandung 9 bulan gayanya. Sampai mengheret-heret tunang tersayang, dari Burger King membawa ke Tutti Frutti dan terus ke A&W.

Ini manusia atau saka, you pergi jauh-jauh?

Tapi, saya sedang drooling over bags. Ouwhhh.

Yes, pilihan terletak di tangan saya. Asalkan tak melebihi budget yang disyorkan

Jadi, konon-kononnya nak yang special for Hantaran, saya up sikit handbag dari yang biasa. Up sikit je pun. Saya rasa yang affordable dan within budget saat ini adalah Coach. Coach saja pun buat mata saya berpinar 360 darjah. Ini cantik, eh, ini pun cantik. Alaa, ni cantik juga. Aghhh, stress.

Saya banyak survey dari blog


Dak Yang yang comel itu pun sangat memahami. Beliau tolong carikan website mana yang ada jual Coach authentic. Jadi, beliau suggest saya tengok di


Memang ada yang diingini. Tapi biasalah, Makcik Joyah ni lalang sikit. Mata merambu saja nampak yang cantik-cantik.

Antara yang ada dalam folder Handbag's Candidates 2011. HAHA


Saat dan ketika ini, (waktu entry ini ditulis) pilihan utama adalah Chelsea Leather Ashlyn Hobo ini. Takda lain. Warna pilihan adalah B4/Midnight. Lepas Cik Joyah ni bangun tidur, mungkin hati dia dah berubah, siapa tahu, HAHAHA

Calon kedua Makcik Joyah yang sesuai dibawa ketika menjoyah adalah Chelsea Leather Jayden Carryall. Yang ini nampak harga keterlaluan mahal. Mungkin jadi calon simpanan saja. But, kinda love this one.

Calon ketiga New Madison Pleated Leather Sophia Satchel. Alahaii, apsal $398? Kalau MYR dah lama dah dalam genggaman.

Calon-calon bebas yang bertanding

Cantik TSK TSK TSK.

Cantik lagi

Macam kotak apsal?

Satu-satunya calon dari Marc Jacob yang bertanding

Tak tahu nak pilih mana satu. Dari hari tu lagi dah nekad nak bulatkan hati. Yang satu itu. Tapi, bila dah buka website Coach, lalang terus. Nampak lagi yang cantik lainnya. Bila tah nak buat keputusan muktamad takda talian hayat neh? Dang

16 feedback:

Hana Soffelia said...

Hana suka yang Chelsea Leather Jayden Carryall, cantik, elegen, nampak mewah dgn leathernya. Potongan beg tu pun smart je. ^_^
but, pilihan di tangan Yat. hehe

fira. said...

owh... dpt jgak cik joyah ni menjenguk ke ladang bag.. nway, kristin hobo tu affodable kan? rasenye kt princess victoria stylo tu ade.. but i suke new madison yada yada yada.. hehehe.. malas tulis name. cer check out fb craving for coach-coach handbags malaysia. situ byk ready stock. quite cheap jgak.. huhuhu.. good luck ber bag-hunting!!

wande-ful said...

i pon lalang arituh antara coach n mbmj...tapi lepas mimpi 7 hari 7 malam (gitu skali)..akhirnya tekadkan hati dan terus beli...hehe..

Beg coach yg i minat ada dlm calon bebas bertanding...hehe
taste kite sama la yatiiii ;)

hanys said...

CANTIKNYA!! Mahu semu la. Klau psl handbag mmg freak out la.

cik asam jeruk said...

waaaaa suke yang pink tu!

Cik Zimie said...

yaty..saya suka semua boleh?? geram lak tengok semua cantik2..hehe kelas yaty..coach tuuuu;p

bahIRAh said...

wahaha byak jugak calon bertanding ni yaty..pening nak pilih.. agak2 bile yaty nak bulatkan tekad? boleh I mintak tips cmane nak tetapkan hati..hehee

~ NANA ~ said...

poyaty...yg kaler silver tu siyes lawa!

choclairissa @ intan said...

suke yg atas kepade pink tu..xtau kaler ape~

gadisBunga said...

saya pun lalang. nak semua boleh tak? :D

miss nina said...

yg pinky tu nampak sweet
yang lain-lain pun not bad
~huhuhu..pening dah

Miss Sunshine said...

wahh... banyaknye handbag cantik...
tak tau nak pilih yang mana...

Cik Emie said...

hahah emi pon salah satu lalang jugak :P tp emi ni minat madison even emi beli design lame sbb y baru n leather ongkosnye lebey bajet sobbsss

PiNky@hEarT said...

semua cantik... T_T

Syima Syaz said...

aaaaaa i dapat handbag idaman selepas swap dgn si dia...PS3..sama harga sama2 merana!

Hidayati Farhan said...

hana
kite pon suka, tp mahalsss. haha. kena berjimat cermat

fira
yup, affordable, tp tu la, nk cari yg betul2 suke payahnyaaa. haha. TQ

mel
da beli? beshnyaaa. aaa, lalang ni xdpt lagi pilihan hati

hanys
sangat ok. haha, bag mania

cik asam
kita pon suka. tp suka je la. hahaha

zimie
haha, nak cari klas yg mampu dimiliki ni yg payah zimie. haha

bahirah
not in a million years lah kan. haha, tp kena juga blaja redha dan tetap hati. kuikui

nana
rege dia pon siyes lawa. x tipu. kehkeh

intan
adik badik pink jugak. hahaha

GB
bulehhh aihh. kena sediakan duit kepok2. ekeke

nina
kannn, haha, kita da lame pening :)

hana
same T___T

emie
dakyang la yg soh pilih leather neh, dia thn lama. haha

pinky
tuh la T___T

syima
mahal kot PS3. mesti hbag awk mahai neh. hahaha