Wednesday, August 3, 2011

100 Days Before This Cik Become Puan

100, 100, 100, 100 (Suara bergema macam dalam gaung)

And tomorrow the hundred will be gone. Tinggal dua rumah angka sudah. Saya patut happy, tapi kenapa tah, perasaan gembira seakan tak wujud. Biasalah, komplikasi dalaman wanita. Lelaki takkan faham kalau kita tiba-tiba mudah sentap. Lambat sangat nak adapt dengan mood change. Bukan climate change. Tapi boleh juga. Sama dengan.

Apa yang dah settle? Eh, scratch that. Minor sangat yang dah settle. Apa yang belum settle? Haaa, baru lah nak tonggeng-tonggeng menggelabah tak tentu hala. The clock is ticking and am still sleeping (?)

  • Legal Document, takda apa yang settle. Kami ada misi rahsia macam mana cara nak dapat nikah di rumah manis. Kalau dah berjaya baru cerita, sebab nanti, err, nanti lah.

  • Kad kahwin, Banner, Signage - Belum nampak apa tanda sekali pun. Asik sketch dalam kepala je pun payah jugak. HAHA

  • Attire - Belum sempurna, untuk nikah, veil belum ada, untuk sanding tudung belum ada, untuk bertandang, tudung dan veil pun takda.

  • Kasut - Tak wujud sama sekali. Survey pun tak. Nak beli ke nak tempah ke. Belum terfikir atau tak minat nak fikir. Dekat kaki je kot :P

  • Bedroom deco - Langsir (takda), dressing table (takda) side table (takda) carpet (takda) Katil (ada, tapi dah lama tak guna, tidur lantai saja. Menunggu kehadiran putera kacak beradu sekali)

  • Door gift (tetamu & kanak-kanak) - belum decide

  • Guestbook, Tq tag - pending
  • Handbouquet, buttoniers - pending

    • Barang-barang hantaran - Lagilahhh. Mata merambang dan merambu je. Hati rasa nak semua. Boleh?

    • Honeymoon - Belum decide (Doa-doa ada yang hadiahkan pakej pergi London) Tadah tangan semua. Amiiinn.
    Nampak macam sikit. Tapi kenapa otak saya tak berhenti berputar? Nak tidur pun susah hati. Tapi bila dah tidur macam perghh, tak ingat donia. Tapi takpa, saya tetap berpegang kepada pepatah. Sikit-sikit lama-lama jadilah aku kahwin. HAHAHAHA

    Dengan ini, dah boleh tepek Ticker besar-besar kat atas, supaya semua ikut nerves menghitung ticker. EKEKEKE.

    Betul ke da nak jadi wife orang neh? AKUTAKPERCAYA!!!

    15 feedback:

    Miss Sunshine said...

    yati... banyak jugak tak setel lagi tu... takpe2 slow2, sempat lagi kayuh ni... ceh, pandai je nak nasihat orang, diri sendiri pun tengah terumbang-ambing lagi ni... hahaha... takpe yati, sempat ni.. intak tolng pada sesiapa yang boleh..

    e.t.t.y said...

    yati, 100 hari 100 hari...esok 99 hari lagi....haha....

    relax and enjoy the moment okay. follow the flow je, insyaAllah semua tu selesai dengan manisnya...

    cheQmOomOo said...

    100days to go :D

    ~ NANA ~ said...

    satu je nk cakap...if pegi london nk ikot! hehehehe

    ♥ Kasut Pink ♥ said...

    Esok 99 hari, lusa 98.. tup tap tup tap lagi sehari nak dpt roomate baru...ngehngeh

    amy fahmi said...

    takpe yati. biase kalau buat last minute pantas siap segalanya. hehe

    LisaLisut said...

    haha.xkronik sgt.cuma part hantaran tu cpt beli.jgn delay.nt sakit bila dh dkt2. seingat i,100days i aritu, semua brg dah lama siap beli.smpai dh tak igt apa brg yg i nk bg sbb lama terperosok dlm almari.kakakakaka

    Miss Aai said...

    hehe kejap je tu 100 hari..last minit sgt nnt takut x jumpa apa yg best dan berpatutan.. :)

    eLL said...

    errr

    100 hari bersamaan dengan berapa bulan?

    kah kah

    hanys said...

    Hebat nya.. Adik sy yg nk kwn lg bearatus hr pun dh siap sgla benda. Hehe

    miszatie said...

    uish banyak lg tuh..xpe2 take it slowly n berkesan!!..gewd luck :)

    amani.. said...

    wah tak lme dh syg oi..ok takpe chaiyok2!!...u can do it dear...

    cik fiza said...

    yati.. tarik nafas dalam2 dan lepas.. insya Allah sempat lagi tu.. pelan2 buat sikit2..

    fainie_riz said...

    i masa 100 days pun tak byk progress..tbe2 tgk ticker dh tgl 70days..pecut tak hengat..tp smpt lg tu..

    fitria said...

    luahkan kat atas ketas sketch2 anda tu yaty.. jgn peram dlm otak je.. hehe