Thursday, July 21, 2011

A Love Journey - V4- Dimana Saya Jumpa Jodoh Saya

I'll be your strength,
I'll give you hope,
Keeping your faith when it's gone
The one you should call,
Was standing here all along

Life must go on. Takkan sebab dia dah tak mahu hubungi saya, saya perlu cuddle dalam selimut tak bangun-bangun macam dunia dah berakhir. Padahal, SPM pun tak lepas lagi. Sibuk nak akhirkan dunia. Long way to go (belum jadi cikgu lagi pun :P)

2001-2002
No news, no stories, no butterflies, no sunshine 

(Cerita lucu : Saya pernah potong keratan akhbar hitam putih yang ada muka beliau dan rakan-rakan cemerlang PMR beliau, lalu simpan dalam kamus, dengan niat supaya saya rajin baca kamus. Saya minta rakan bawakan majalah sekolah KUSESS adik dia. Bila orang takda dalam dorm, aku feeling sorang-sorang tengok gamba besar semut)

That's the only way untuk melepaskan gian tak dapat jadi stalker pekan.

Pada tahun 2002, waktu itu tengah menggilai Sheila On 7 dan saya salah seorang ahli Sheilagank dan chatters tegar di Sheila sonic. SO, saya bertemu 1st puppy love saya di situ *grin*


7 Nov 2002 (beberapa jam sebelum paper BM SPM) telefon berdering (teka, jangan tak teka) and yes, tekaan anda tepat sekali. Seorang makhluk Tuhan paling seksi (bakal jodoh) call saya untuk wish good luck and all the best. God sent him back pada musim peperiksaan. Muka saya haruslah serupa kera dapat bunga. Tersengih sorang-sorang dan panjang-panjang. Tapi saya cepat cepat sedar. He'll be gone just like before T_____T

9 Nov 2002 Puppy love pula ajak declare us as a couple (macam tahu-tahu saja). Saya memang tak berfikiran panjang dan jauh. Terus terima. Serious. Sebab saya rasa beliau (bakal jodoh) akan hilang. Saya taknak mengharap dan kecewa lagi. Syukur sangat kalau beliau sudi nak jadi kawan sepanjang musim periksa ni..

So am happy with my couple (waktu itu. 1st time feeling-feeling hangat bercinta gitewww) dan saya cuma menghitung hari bila bakal jodoh akan hilang semula like pufff! hilang tiba-tiba macam dulu.

Unfortunately, day by day bakal jodoh masih wujud tak hilang-hilang. Makin kerap call ada. Aik? aik? aik? What happened neh? Saya pula yang dalam dilemma. Apa mahu bakal jodoh ni sebenarnya?

Saya pun taknak fikir banyak kerana target saya bukan mahu kahwin lepas SPM. Apsal nak berat-berat kepala fikirkan hal jodoh? Saya pun teruskanlah hubungan dengan puppy love dan berkawan dengan bakal jodoh macam biasa.

Saya dan bakal jodoh pernah plan beberapa kali nak keluar dan berjumpa (as a friend of cos). Tapi, manusia merancang, Rancangan Allah pastinya yang pastinya menang.

One of the situation : Dah plan cantik punya nak keluar. Saya pun dah tidur rumah my cousin, sebab dia saja yang dah ada lesen waktu tu. Malam tu saya tertidur awal, tak dengar bunyi HP dan msg yang bertanyakan lokasi nak jumpa dimana dan masa. Bila saya call semula tak berangkat. Msg tak berbalas. End up, kami pergi Sunway Pyramid. Dalam hati dah agak dah, dia ni nak main-main kan aku je ni. Saya msg dan cakap mekasih bebanyak, aku ingat punya, takde lupa ( Why on earth aku msg macam ni?)

2 hari berlalu dan takda balasan. See, dia dah pufff again. Thats what I really thought. MIA secara tak bagi salam. Hari saya suram suam-suam sebab saya masih punya puppy love remember?

Masuk ari ke-3 dia call. Rupanya, HP dia tertinggal dalam kereta his uncle and on that particular day, dia pergi KLCC dengan harapan, kami akan kesana. Masha Allah, kalau Tuhan tidak berkehendak, memang tidaklah ia.

Hinggalah pada tanggal 28 Disember 2002
Rumah my uncle jadi saksi pertemuan kami selepas almost 4 years tak pernah bersua muka. Waktu itu hari raya. Lutut bergoncangan takyah cerita, macam makcik yang kena parkinson. Lepastu 2-2 jadi batu. Duduk sebelah-sebelah tapi satu perkataan pun tak terkeluar dari mulut masing-masing. Membisu seribu bahasa. Duduk saja tengok beliau makan (Oh, bakal jadi full time job saya kelak) He's here, sitting besides me, what else I could say. I am beyond happy.

It's just me or all of you forgot that I already had a Boyfriend. Danggg!!! Puppy love remember?


Sebulan kemudian......

12 feedback:

shakirah samsudin said...

tak disangka-sangka je kan yaty punya lah banyak halangan dan rintangan. anyway, tak lama lagi 'bakal jodoh' dah jadi jodoh..sweet! :)

sambung lagi plz......

Renee Meow said...

sambung story plssss...hehe ;)

Linda Yusoff said...

hamboiiiiiiiiiii, ade puppy love, kau main mata dgn bakal jodoh naaa, gatai.

cepat sket sambung.

~ NANA ~ said...

hahahaha comel la cerita u ni...sukaaaaa :)

fitria said...

cepat la yaty.. smbg plz..

rara pinkmafia said...

wow sweeet love story,tu lah kan,kalau Allah kata bukan waktunya lagik,bukan lah.tp kalau Allah kata waktu tu jumpa.mmg kite takkan jangka.sp sweeet dear.

~ mizzAmy ~ said...

tapi part dia g KLCC tuh sgt solute lah. at least, nampak dia beria even x dpt kata putus confirm ke tak. good effort.

Ain is the name said...

interesting story. ive link u too! :)

kueh bakar said...

dah link!

kueh bakar said...

high skul gf dia mana?

Miss Sunshine said...

yaty.. serius boleh buat novel ni... menarik sungguh kisah cinta yaty ni.. tak sabar nak tunggu sambungannya.

Cik Puan Lara said...

i love your love story...bestnye..mcm i tgh bc novel..smbung lg plzzzz..