Monday, July 18, 2011

A Love Journey - V2- Dimana Saya Jumpa Jodoh Saya

And everytime I see you in my dreams
I see your face, Its hunting me
I guess I need you baby

Julai to Disember 1999

Selepas family day itu, kami bertemu lagi untuk kali kedua di Klang Parade. Waktu itu, saya bersama sepupu dan my auntie pergi menonton Senario The Movie. (Wayang dekat Klang Parade pun dah takda, tapi kami masih ada) Beliau pula dengan his mum and Along.


Naik-naik escalator, muka bakal jodoh yang saya nampak dulu. Oh, sekali lagi jantung berdebaran tak keruan. Kenapa ni? Kenapa? For God Sake, masa tu baru berumur 14 tahun. Berhingus-hingus lagi. Tak tahu pun istilah cinta itu sebenarnya yang buat kita tak keruan. No, bukan ikan haruan yang jahat makan anak tu.

Since I knew that he is studying at KUSESS, and me myself pun masih sekolah di Kuala Selangor waktu itu, misi pencarian pun bermula. Saya admit yang saya sangat obsess dengan bakal jodoh itu. Sangat. But he never knew about it T_____T

His School


Mine :)

Everytime budak lelaki KUSESS ni outing, saya pun akan cepat-cepat ajak teman-teman pergi outing. (Siap kira lagi, kalau minggu ni perempuan, minggu depan mesti lelaki yang outing) HAHAHAAKUTAKDAKERJA. Kalau silap kira, mesti bengang sebab tengok semua budak perempuan je yang memenuhi pekan. Ciss, rugi!!

Tapi kan semua dah dalam perancangan Tuhan. Maka, jika Allah tidak berkehendakkan, maka tidaklah ia.

Ya, saya berusaha mencari lelaki yang berjaya merompak hati saya pada kali pertama pertemuan (Saya jenis sekali saya berkehendak, itulah yang saya mahukan sampai bila-bila) bukan sebab dah takda lelaki lain ke apa. MIND YOU!



Lagu ini adalah pengubat kekecewaan dan bila jemu bertandang dalam usaha pencarian



Sekali Allah mengatakan Kun (Jadilah) Maka tanpa sebarang usaha dan perancangan, Allah pertemukan kami.

Insiden Pertama

Waktu itu saya baru pulang dari aktiviti Kokurikulum. Tah kenapa waktu tu kami ambil keputusan mahu naik bas luar sebab bas sekolah lambat sampai. Walkman adalah sangat in waktu itu. Sampai di stesen bas Kuala Selangor lama, kami pun turun.

Secara tak memasal, hati saya berdegup kencang. (memang tak tipu) Sampai walkman yang saya pegang pun bergegar-gegar. Menggigil tangan waktu tu. lemah kepala lutut semua. Pelik sangat sampai tak boleh nak jalan. I asked one of my friend. Kenapa dengan aku ni? So, perlahan-lahan saya berjalan menuju ke kedai Kandaiah.

Di depan saya itu seorang lelaki yang memakai seragam hijau (tak, tak. bukan askar, tapi prefect) tengah berdiri sambil berbual dengan rakannya. OMG OMG OMG. It's HIM. Bakal jodoh yang dicari-cari selama ni.

Saya tak terkata apa. Cepat-cepat saya beritahu rakan-rakan, itulah dia. Lelaki yang saya cari selama ni. And we just followed him sampailah dia naik teksi. Secara officialnya anda tahu saya stalker sekarang. HAHAHA. (And for your info, dia perasan ada orang ikut dia waktu tu, dia kata dalam hati, apahal minah ni? He doesn't recognize me at all sebab saya berhijab ke sekolah. What a pity)

Insiden Kedua

Waktu itu PM Tun Dr Mahathir datang ke Stadium Kuala Selangor itu. Ya dalam beribu-ribu orang yang hadir dengan keluasan Stadium itu sendiri, sekali lagi lutut saya longlai dan berdebaran tak tentu hala waktu nak melangkah longkang besar. Dan Alhamdulillah, saya sedar tanda apa yang saya sedang alami, dengan pantasnya saya menoleh. Lelaki itu berdiri berdiri beberapa meter di hadapan saya di antara ribuan orang yang ada.


Dan saya masih belum punya kekuatan dan keberanian untuk pergi mendekat sebab masih mahu timba yang cari perigi.

The vibe and the sign sangat luar biasa. Waktu itu memang belum pun punya hubungan apa-apa. Tapi, takdir Allah tiada siapa boleh menidakkannya. Hati saya semakin kuat menyatakan Itulah lelaki yang saya cari.

Tetapi, His high school girlfriend membuatkan saya berfikir. Adakah saya punya peluang?

to be continued....

22 feedback:

LisaLisut said...

perghhhh ko ni buat novel eh yati! hahaha.dh mcm novel cinta dh ni.bole ganti nora elena jd hidayati farhan lol.

cpt la skit abiskan novel ni wey!

tetiba rs nk reminisce the good ol days ,tp dlu aku sucks takde laki nk kat aku hahaha.
dgn KR tp jln cerita cinta ktorg biasa.haha.

theorangelily said...

hahaha.. paan, paan... i know his 'high school girlfriend' tu kot... hiks

eh baju hijau? librarian tu, prefect buku. bukan prefect orang. kan paan kan?

eh eksaited plak...

zimie said...

mak uii 2 hari tinggal kan dunia blog.byknye update yatiiiii.haha aritu zimie terpikir gak nak wt ala-ala-love-story-ttg-perjalanan-centa-kami haha tapi later la kot.bestnye cerita cinta yati ngn DY.buat novel pon boley.hihih

amy fahmi said...

yati..boleh tlg cepat habiskan cerit a ni? i da la suke novel cintan cintun ni. hhihi..

aargh..yati stalker yg suwitt la. ;D

Hidayati Farhan said...

lisa
mmg weh, tgh ade contest nak buku kan cerita ni. sbb tu lah sggup buat post berjela2 neh weh. ikut hati. malasss

aan
ye ke? haha, kite pon xtahu. Form 2 dia librarian ek? sbb igt yg dia kena pecat from jd prefect tu. hahaha, budak jahat. Eh, mestilah awk knal kot his high skul GF tu. ekeke

zimie
hahaha, sbb ade contest ni, tu yg buat tu. cpt buat zimie pny. kite nak bace :D

amy
kahkahkah, memalukan jek jd stalker x bertauliah. tggu sat naa :D

Ms. Fiena said...

yatyyyyyy..

tu je nk ckp. sbb xtau nk ckp pe. best kott..

Hidayati Farhan said...

hahaha, time kasih la sbb ckp gak. ekeke

miey anna said...

wahhh..debaran chenta gtu..ekeke..tapi comel jek kamu ni yati..haha..trskan mngarang novel chenta...okeh..hehe

Linda Yusoff said...

yati..kenapa u ngade2, buat cite separuh2 ni..arghhh stress. ni klu tgk wayang cite ade sambungan ni..haku dh tak pg dah.. ngahahaha.


cepat babe..cepat ayuhhhh..selesaikan cite ni..

♥ Kasut Pink ♥ said...

Kasik rosyam nor bace confirm die nak jadikan drama. bestnye lahai bace org lain punye kisah cinta yg sangat dramatik ni sbb sendirik punye biasa2 je takde yg istimewa. Cpt habiskan stori oke..

~ NANA ~ said...

blh x nk cakap u ni gatal la yati! hahahahahaha

wehhh cpt la sambungg

Hunny Kitty said...

hahahah sabo je la nana!!! hhahahhaa....citer panjang sebab tahun kenal pun panjang...teruskan

Fariza said...

hik3. gelak sorang2 sy bc. comel je. cpt smbung

Cheq Tun said...

oh..kusess..adik sy pernah sekolah kat situ.

ramai kot budak sekolah tu yg hensem2. dahlah hensem bijak2 belaka.

tiap kali adik sy bwk balik majalah sekolah dia, excited bukak semata-mata nak belek mana-mana lelaki yg hensem. heh!

~ mizzAmy ~ said...

mak aii... rupanya dari sekolah lagi ekh dah ada perasaan itu. nice entry. tak sabar nak baca next part. =)

Miss Sunshine said...

yaty... kenapa buat cite episod2 ni... huhu, cepat sambung kisah cinta ni.. lepas ni boleh terbitkan novel dan drama bersiri.. hihi

fitria said...

yaty.. cepat2 abiskan....

gadisBunga said...

tu le namanya jodoh. jika Allah berkehendak begitu, maka begitulah jadinya. :)

asfira aminuddin said...

babe so sweettt! bole bikin novel babe. tapi i excited nak tau lebey lg. i tunggu! :))

kueh bakar said...

dah link dah part 2
tunggu part 3

Mimi Dyana 沙美美 said...

macam drama bersiri dah. i tunggu ni next episode. :)

Hidayati Farhan said...

miey
hahaha, novel cinta sendiri mmg besh lah

linda
oii, sabar separuh dari iman kan. hahaha

Ct
hahaha. rosyam nor muntah plak nnt bace cite neh.oke2

nana
dah byk kali u mentioned. hahaha. jahat!!

raden
haha, mekasih la sbb memahami

fariza
hikhik. part mane yg comel? haha

cheq tun
tp tunang saya antara yg x hendsem pon. kahkahkah. silap pilih la ni. hahaha.patut tgk mag sek sblm pilih (da mcm katalog plak)

amy
alohh, hahaha. tggu2 :D

hana
awk jd pengarah ye? hahahaha

fitria
saya cuba yg terbaik. ekeke

GB
yuo, syukur :D

fira
hahaha, tq2 :D

Kueh
okeh2. mesti cerita saya je da penuh satu buku nnt :P (pasan)

Mimi
hahaha, sila2 :D