Tuesday, July 5, 2011

License to Wed: Dapat Ilmu, Dapat Kawan, Musuh Pun Ada

Ok, sebelum pergi kursus kahwin ni memang dah plan dengan orang sana-sini supaya nanti takda la kebosanan sangat. Memang pergi dengan Dak Yang sekali, tapi tahu la kan. Bukan boleh duduk berdua bersama ke apa.

Tiba hari kursus, bawak diri sorang-sorang la jugak. Duduk la dekat kerusi tepi sekali yang 3 lagi tu dah full. Baru je duduk, bersalam dan terus jadi kamcing. Terus pok pek pok pek. KAHKAHKAH segala. Padahal baru je jumpa. Terus jadi geng. Dak Yang? dah tak dipedulikan sangat. AHAHAHA.

4 of us
Aini, Nurul, Tasha dan Yours Truly

Daripada seat belakang kena halau suruh duduk seat depan. Dah lah mulut bising, siap makan gula-gula lagi depan penceramah.


Makan sama, gi tandas sama, gi surau sama. Semua lah nak sama-sama. Padahal baru je kawan. Memang kelakar tahu. Yang tak boleh blah ada pula satu geng jambul ni, (geng pakai tudung macam Siti Nurhaliza) tak puas hati dengan kami. Apakah?

Yang rasa kelakar rasa nak berguling kat jalan tu, dia siap jeling-jeling lepastu sound pergi kursus kahwin pun nak ambil gambar. WTH? Macam la orang mintak pertolongan dari dia kan. Kenapa tah tak memasal busuk hati. Hello, dah nak kahwin kot, tapi perangai cam budak sekolah rendah je aku tengok.

Kitorang ambil gambar takda lah melanggar peraturan JAIS yang tak bagi makan atau duduk berdua-duaan. Geng jambul ni siap makan bersuap dengan pasangan masing-masing, takda pun kitorang nak ambil peduli. Masing-masing dah besar dan ada otak. Mind your own business lah kan. *tetiba nak hangit*

with Darling Tasha

Dak Yang and his new friend

Rupanya,

Kawan Dak Yang adalah Tunang kepada Nurul
HAHAHAHA

Us :D

Nampak macam ustazah tengah bagi ceramah rumahtangga

Tak lah, saya cuma Emcee slot terakhir

Graduate with flying colours. 

Dah boleh kahwin. Yayyy

Tapi geng jambul tak habis-habis buat masalah. Sijil-sijil ketua kumpulan yang akan serahkan lepastu kena check dan tandatangan. Tasha ketua kumpulan geng jambul. Bila orang suruh sign dia boleh jawab Why should I? Pftttt&^%$#@. Bajet artis la orang nak mintak dia punya signature tu? GRRRR
Alhamdulillah, sempurna akhirnya

15 feedback:

Aida Azryn said...

wah.. dah pi kursus kahwin ye. :D

♥ Kasut Pink ♥ said...

Orang berhati busuk & poyo ada je di mana2 kan? padahal x usik sikit
pon mereka kan. Tak paham betul.

Yati, kursus dah pegi, ilmu dah mantap sikit lagi dah boleh kawen. Yey!

fitria said...

haha.. tah pape geng jambul tu.. bajet artis lettew..

fira. said...

gagaga.. interesting nye kursus kawin u, yati. time i, sume org xde mood nk berkawan pasal bilik kuliah xde aircond. hahaha.. u pnye siap ade cam highschool musical lagi.. caya la, cikgu!

Najah Izzati Suleman said...

hi dear. b2b, jom join contest http://cakebyanna.blogspot.com/2011/06/my-best-cake-moments-contest.html untuk menang tajaan kek kahwin free!!!Hehehe, boleh la tolong promote2 kat member2 yg b2b area utara.. :)

zimie said...

yati g kursus tawin pon ade org yang tak puas hati ye.meh cni kite lekuk diorang seko2.*nak hangit gak* hihik sabo jela macam2 ragam.btw congrats dah graduate with flying colors.da ley kawin!!;p

K.I.N.A said...

hehe..nampaknya sangat meriah kursus kawen yaty ni..:P

UyaRayza said...

jom kawen reramai hehehehe

Nurul Aima Hj Kaim said...

ish ish kat tempat mcm tu pn ada juga org mcm tu ek..

nida-razak said...

yeay..da boley kawin..hehe...wah, yaty siap jadi emcee, pastu siap ada ketua kumpulan ek..

~ NANA ~ said...

wahhh yati...mesra alam gitu...hihi

Hairil Rizal said...

Haha...kursus kawen mmg satu peristiwa yg selalunya mnyeronokkan!

Bila nak kawen ni Yati?

Miss Sunshine said...

Ek eleh... manusia berjambul tu pun ade dalam dunia ni... Ape kes lah manusia tu.. Tak senang tengok kesenangan org lain agaknya.. ishk2, tak patut2.. toksah layan lah kalau ade manusia macamtu yaty...

seronoklah tu dah dapat sijil kursus kahwin.. ^_^

eLL said...

perghhh.

sama lah sijil kita.
yg tak sama, kitorang tidak bergambar.

hiv test pre-wed dah buat T?

Hidayati Farhan said...

belum lagi ella. tggu an x bz. hehe