Monday, July 11, 2011

HIV Test & Talasemia di KK Shah Alam : Step By Step

Tempat : KK Shah Alam
Masa : 2.30 - 3.30 petang 
Hari : Isnin - Khamis SAHAJA

1st step - Call klinik kesihatan Shah Alam 03-55186531 untuk buat appoinment. Cakap molek-molek apa tujuan takyah sembang kencang tentang hal-hal lain. Dia tak layan. Waktu ujian hanya dari 2.30-3.30 petang.

2nd -Lepas parking kereta segala, bawak diri masuk dalam klinik dan cari tangga. Kalau nak lagi manis, mintak pasangan turunkan anda depan pintu, biar dia cari parking sendiri. HAHAHA Jangan lupa inform pasangan. Nanti dia lost. AHAHAHA. Pergi naik tingkat satu. Anda akan jumpa kaunter kecil disana.

3rd -Dia akan tanya, ada buat appointment tak? Kalau ya, dia akan semak nama dalam buku dia tadi dan akan keluarkan 2 borang siap dengan nombor giliran. Dia minta anda isi borang tu dan hantar di kaunter 4.

4th - Lepas siap isi borang, pergi turun bawah dan letakkan borang dalam bakul di kaunter 4. Tunggu sekejap-sekejap lama sikit, dia akan panggil untuk buat bayaran sorang singgit. Kalau 2 orang? Ha, keluarkan kalkulator dan kira.

5th - Lepas dah buat bayaran, anda kena bawa borang anda ke bilik 13 dan masukkan dalam kotak transparent yang ada melekat dekat muka pintu. Letak je borang dalam tu, nanti mereka kutip.

 Dak Yang dah buat muka bosan

6th - Lama sikit nanti, dia akan panggil no giliran dan anda masuk. Dia mintak anda bacakan IC sambil hulurkan tangan mana yang anda nak cederakan. Tak sampai seminit pun dia ambil darah. Lepastu anda tunggu luar balik

7th - Lama sikit lagi, dia akan bagi semula borang anda dengan memanggil nama di muka pintu. Kalau dah taknak buat talasemia boleh balik pergi sambung bercinta. Kalau nak buat talasemia baca the next step.

Take 5 jap. Penat ah nak ingat balik semua

1//
2//
3//
4//
5//

Untuk talasemia, bawak diri anda semula ke kaunter 4 dan bitau yang anda nak buat saringan talasemia. Dia akan keluarkan kad kuning dan tanya itu ini semua. JANGAN BUANG NO GILIRAN TADI. sebab kalau tak menanah bontot nak pegi ambil no baru dan tunggu giliran semula.

Kemudian, anda akan disuruh tunggu di bilik 8. Nanti bila Doc panggil, cakap lah, saya nak buat saringan talasemia. Anda akan disuruh ke bilik 13 semula untuk ambil darah. Muka anda akan kelat dan bitau doc, tadi saya dah ambil darah untuk ujian HIV. Nanti Doc cakap, yang ni lain. HAHAHAHA

Kalau tadi anda di cucuk di hujung jari untuk HIV test, kali ini anda akan dicucuk di pelipat lengan. Tengok jarum macam nak nangis. Mintak pasangan tunggu depan pintu bilik 13 dan mintak dia buat muka funny supaya anda tak ingat kesengsaraan lengan anda. HAHA.

Untuk talasemia, dia akan minta sebotol kecil darah. Lepastu aku sedih sebab darah kena ambil. Sayangnya. Lepastu, bawak kad dan sebotol darah pergi ke makmal yang ada dalam klinik tu juga. Bagi pada orang makmal dan tunggu sat sambil dengar your fiance will tease you. Nak sangat ambil Talasemia kan? AHAHAHA

 Bila result dah keluar, bawa semula keputusan tadi ke bilik 8 dan serahkan pada doc kemudian sila tunggu di luar. Nanti doc akan panggil semula dan beritahu, awak normal takda talasemia. Then, both of you boleh sambung bercinta di A&W.

Melahap lepas darah habis sebotol.

Tak sabar-sabar lagi nak replace darah yang hilang

Semua Dak Yang punya. Saya kan diet :P

Clear? ni di KK Shah Alam je la. KK lain tak tahu :D

22 feedback:

fira. said...

owh.. begitu rupenye.. baik, saya akan praktik kan steps yg telah diberi diwaktu hari raya nnt. btw, xnk la buat talasemia. ayat SEBOTOL darah walaupun kcik sudah cukup menakut kan i.. knp nk pakai botol? setitik dua je xbole?

Hidayati Farhan said...

hahaha, i pon cuak fira bila tgk dak yang klua bawak botol. BYKNYEEE. rase nak tarik diri dah tak sempat. kahkah

bole je xyah buat. x wajib la

UyaRayza said...

owh ok2 hehhe..cik hidayati saya akan selalu refer pada entry awak nie eheheh..tkut terlupe...shah alam punye skejap je eh heheh

~~Miss iLa~~ said...

cite yg panjang2 nie memakan mase berape lame ye?? kecuali part yg becinte di a&w tu...eheeee...;p

Hidayati Farhan said...

uya - kejap tak kejap 3-5 la baru siap

ila - err dr 3 smpai 5 je dear. lama menunggu tuh :D

amy fahmi said...

aha. bagus yati bagus. i macam nak buat kat situ je. tapi..service dorg agak lambat kot.

aurikelsan said...

xpnh derma darah ekk?? hehe ada reason kenapa diorg amek sebotol kecik

Miss Sunshine said...

test tallesemia pun boleh dapat result haritu jugak ye... hurm, berdebar2 nak suruh En Bakal Suami buat test tallasemia... sebab kite ni tallesemia carrier... huhu. Mcm abg kite tallesemia carrier, bila dah nak kahwin baru tau wife die pun tallesemia carrier jugak... pastu kene g kaunseling sebab..... haaa tau kan ape risiko kalau carrier kahwin dengan carrier?

anaztasias nora aira said...

cuak cuak !! minggu ni balik kg untuk buat HIV TEST !!

LisaLisut said...

exaggerate la ko yaty.mana ade sebotol.setiub lahhhhhh.melantak cover balik hilang darah mcm derma darah sepeket.pdhal seciput je weyyy hahahah.siottt jaaa ;p

Syima Syaz said...

hahahhahaha...ai tak takut pun jarum mahupun derma darah... tp tak tau HIV test tu berdebar lain mcm...ade ke patut? patut kot dia cucuk jarum tu sakit nya sampai ke mlm....

hidayah hiddensity said...

nora pun nak buat minggu ni?? kita nak buat esok!! takut!!!! hehe

♥ Kasut Pink ♥ said...

nak buat time raye nnt tp bukan 1st n 2nd raye la sbb time raye org x ramai then x yah amik2 cuti. Lps amik darah mesti boleh request mkn best2 sambil buat muka kesian mesti dptlah..

fitria said...

haha lawak la yaty ni.. sakit tak hiv tu? seram la nk cucuk2 ni..

zimie said...

ok noted cik po!!nanti nak kene g HIV test, bukak blk yaty punye blog ni.hihik step by step tuuuu.i loike :)

wande-ful said...

hikhik....samelah kite...

lepas g amik hiv n talasemia...g melantak A&W ....heheh ;)

~ mizzAmy ~ said...

talasemia kena cucuk2. scary lah pulak. dah la 2-2 takut jarum. kuikuikui...

Hairil Rizal said...

Walaupun kompiden pass tapi masih nervous gak tunggu keputusan tu. Ada ke?

zaradgreat said...

yaty..................... hehehhe. wah. macam ngeri je nak pergi wat test segala nih. aish

debu86 said...

sesape yg nak kawin memang kena cek.. sy dulu bbrp minggu lagi nak tunang kena cancel(utk kebaikan bersama dan xnak memudaratkan keturunan)sebab die carrier talasemia. sy pun baru tau sy carrier lepas dia mintak sy gi cek..mak menangis psl ni sebab dia dah suka kat si bakal tunang sy (masa tu la).. apa2 pun mencegah lebih baik dari mengubat.. jangan cinta memudaratkan keturunan.. lagipun susah hati nanti kalau anak sakit-sakit kan.. kalau carrier + carrier anak memang peratus tinggi utk jadi pesakit talasemia( talasemia major)..kesian kat budak nanti.. kalau salah seorang yg carrier takpe.. jangan dua-dua(suami & isteri) yang carrier..

maCy said...

takot kdg2 na wt test.. tah. takot

Fariza said...

thanks
amboi. kemain bercinta. sukaaaa. ;))
mcm ok je buat talasemia.