Thursday, July 21, 2011

Bila Murid Kasi Ujian dekat Cikgu

Betapa hati seorang ticer ini rasa tercabar dari hari ke hari. Episod demi episod yang tak nice lah mereka nak pertontonkan dekat cikgu mereka. Tentang prestasi pelajaran saya memang tak punya masalah dengan mereka-mereka. In fact, mereka semakin well done dalam membuat latihan. Tapi dari segi attitude buat saya tepuk dahi.

Bermula dari episod ter-iyak dalam seluar. 2 orang serentak. Saya tak punya masalah sebab saya mintak mereka bertahan sampai waktu balik lalu cuci di rumah. Settled. Pencemaran bau kena la tahan sikit. 

Berlanjut ke episod dimana bukan waktu saya budak ni main hayun-hayun badan antara meja lalu terjatuh ke depan dan terpatah giginya. Yes, he admitted yang itu kesalahan sendiri. Menangis sendiri lalu penyelia petang tuamkan ais pada mulutnya lalu tertidur. Kemudian, ada ura-ura ibunya macam kecil hati dengan guru kelas (me of cos) dan mahu bersua muka. Ya, saya ada sedikit hangin. Di luar waktu saya, kenapa saya yang mahu dicari. Saya ada obligation dengan kelas lain juga.

Kemudian, membawa ke episod budak bertumbuk dan bertampar lalu berdarah mulut. Bukan juga dalam waktu saya. It makes my blood go upstairs. Ceritanya, Si A main zombie-zombie. A memang anti sikit dengan si B. Alih-alih si B pergi baling kertas pd si Zombie A ni tadi. Si A bagi penumbuk, Si B balas balik dengan kekuatan luar biasa mungkin sampai berdarah mulut si A. Si Cikgu dah angkat kain dan singsing lengan masuk ke kelas untuk mengamuk.

Apa masalah anak-anak murid aku sekarang? Bukannya budak kelas hujung pun. Budak-budak intelek tinggi. Kelas depan sekali. Tapi mengalahkan jaga budak kelas hujung. Masalahnya, buat perangai bukan pada waktu saya.

Apa-apa jadi, guru kelas juga yang dipertanggungjawabkan. Tahu pulak kalau masa saya, semua duk mengintai dari atas ke bilik guru nak make sure saya dah naik ke belum. Memang pandai berlakon, bila cikgu ada, masing-masing buat muka baik. Bila cikgu tinggal je, memang pertempuran dan pertumpahan darah berlaku. 

Minta dijauhkan dari penyakit darah tinggi dan serangan jantung. nauzubillah

9 feedback:

Miss Sunshine said...

yati, budak kelas yang hana masuk ni.. cikgu ade depan mata pun, die boleh main tumbuk2.. adoi, rasa nak lempang je sorang2.. memang tak tercontrol sangat. hana jerit, setengah minit je diorang senyap, pastu bising balik... geram, geram, geram!
Dahlah tak boleh sentuh sangat budak2 ni, nanti mula parent dtg jumpa g.b komplen itu ini.

Kadang2, hana rasa kenapa jadi kes cikgu pukul budak.. sebab perangai budak tu sendiri.. cikgu tension, stress dengan perangai sorang2... kalau tak dapat control diri, memang teruklah budak tu cikgu kerjakan..

hana rasa budak2 sekarang tak hormat langsung kat cikgu. GERAM!

~ NANA ~ said...

sbb tu org cakap jasa guru sgt besar :)

murid tu ibarat anak, bkn senang kn nk didik semua supaya jadi "orang"?

btw i mmg sgt2 respect kat cikgu & siapa2 je yg jd cikgu...

bykkn bersabar & blaja cara nk tambat hati murid...hihi

amani.. said...

dugaannye dengar cte yati ni..sbar ye...mgkin qis tak berada di tempat yati ckp bersabar mmgla senang kan...hehe..
kdg2 qis pun pelik npe parents ske salahkan ckgu di sekolah sedangkan ank diorg tu nakal nk mamp...tak sedar plak..

iedaurora said...

tapi mesti fun kan mengajar budak2 comel nie...

Alia.A said...

hahaaha. mesti rase nk gigit2 anak org tu kan. naseb anak org. kalau anak sendiri. lame dh kene. ahaha.

letih kn jd cikgu. i penah jd tutor utk form 5 stdents kt skolah i dlu. letihnye tak terkata. tapi degil pun boleh tahan.

♥ Kasut Pink ♥ said...

Yati, ct dlu pon pnh jd guru sandaran selama 6 bln mengajar bdk sekolah rendah. Mujur takde insiden yg teruk2 sgt. Yak dlm kelas tu biasa tp mintak tlg tukang kebun yg cucikan sbb murid lelakikan.

Dulu, cita2 mmg nk jd guru tp agaknya Tuhan tu tau tahap kemampuan ct utk jd seorang guru maka tak jadilah guru cume sekadar merasa 6 bln. Lepas berpengalaman menjd seorang guru, ct mmg tabik spring dgn guru2..

miss nina said...

wah..macam-macam cubaan ni. minta jauh dari stress la.

kanak-kanak sekarang ni maju betul. ade2 je, sabar ajelah yati

~ mizzAmy ~ said...

yati, i nak gelak dulu. hahahaha... kelakar je budak2 nie. ok dah.

sabar ekh cikgu. tu lah, bukan senang nak jadi cikgu nie. kena banyak bersabar. mcm2 perangai, tambah lagi yg sekolah rendah. yg sekolah menengahnya perangai lain plak. sebab tu lah kenapa x nak beria apply jadi cikgu. saya ni kurang penyabar. kang ada yg kena pelempang. kuikuikui...

Cik Emie said...

mmg mencabar jd cgu skang nih kan? dgn budak2nye peel mcm hape2 2 1 hal..tp mak bpk budak punye peel pon ntah hape2 jugak..emi pon dah byk drama ngn parents kt skola sobss