Friday, June 3, 2011

Nak Kotak Yang Macam Ni. HELP!!

Ah, si Yaty tak habis-habis dengan kotak dia.

Ek eleh, tak baik taw. Tolong insan yang lemah dapat pahala, tahu ke?

Kan hari tu pergi Butik Halim dengan FMIL sekali. Dia bawakan saya 2 buah kotak yang beliau dapat dari kenduri kahwin kawan beliau.

Saya terus jatuh suka. SUKAAAAA SANGATTT


*Aku jatuh cinta* music background

So, saya pun bertanya sekalian BBF yang bijaksana, mana nak cari kotak sebegini. Mereka cadangkan ke Bagus Bakery Solution or 2ply.

Pagi-pagi dah pergi Bagus Bakery di Jalan Ragbi, Seksyen 13, Shah Alam


Terima kasih semua yang dah bagi cadangan. Boxes yang ada memang silver. Tapi, plain silver dan kosong di atasnya. Saya ini bukan manusia kreatif, jadi saya perlukan sesuatu yang memang sedia cantik. HUHEEE. Kalau pemalas katakan saja. Fine!!

Dekat 2ply pun takda T____T

Ciri-ciri boxes yang saya mahu

Berkilat dan punya texture

Ada tali pinggang untuk selit riben

Pintu pertama ada dua, pastu ada gerigi-gerigi dekat tepi pintu

Yang pintu dalam camni pulak

Siapa ajar kotak ada pintu? (-_-")

Dari pandangan sudut tah berapa darjah tak kira.

Kalau riben Pink lebih afdal dan memenuhi tema :)

SO, readers, kalau tahu mana-mana tempat untuk saya cari kotak ni, Please, please, please, Let me know. Saya belum ke SSF Creative lagi. (Ok sekarang tahu SSF Curtain tak jual boxes. LOL)

Kalau pengantin yang tampil lebih bagus. Siapa pengantin Mimmie? Mana you beli kotak ni? Desperately mencari. Sekian

27 feedback:

fira. said...

dear, i rase kotak ni msti custom made dari whichever gift supplier. kalo carik kat bagus mmg la jumpe kotak simpan cake saje.

try tanye gift supplier kut diorg bole carik kan kotak mcm ni utk u. byk gak gift2 vendor yg bole buat kan kotak according to taste kite so bole la u order je. nk tambah pun bole. =) good luck!!

LisaLisut said...

mak aih.detail.haha.kenapa taknak yg dh jumpa tu?riben buat sndri la yaty oi.i igt i yg mls.rupanya yaty lg malas.kakakakakaka ;p joking babe.hehe

Amni said...

dorang bukan decorate sendiri ke tu? setuju ngan fira.. cubelah tanya.. mana tau dapat... =)

Hidayati Farhan said...

fira
ye ke? ahaha, i ni mmg x tahu. klau gitu i will ask lah sape yg bole buat kotak

lisa
HAHAHAHAHA. jgn x tahu ade org lagi malas dr u lisa. u bole rs selamat. hik

amni
klau riben psg sendiri i x kisah. kotak tu x tahu mana nk cari. hehe

Cik Hazz said...

hehehe. dear, i rasa senang je tuh nak letak ribbon sndri. lagi jimat juga. pastu tampal tq tag sticker. sure nice! =)
btw, mcm pernah nampak kotak cenggini kat Nilai 3. tp kotak je lah. i agree ngan Fira, kena rajin google and tanya vendor2 gifts kahwin. insyaAllah ada tuh. good luck dear! =)
http://corat-corets.blogspot.com/

gadisBunga said...

atau cuba tanya terus kat pengantin yg awak pegi kendurinya tu. :D

nida-razak said...

detailnya yati..hehe..xsure la nida, klo kat kedai barang pengantin yg besar2 ada kot..

~ NANA ~ said...

dear...

masa 1st buat preparation nk kawen dulu i pon nk box camni...

u try mintak quotation kat aeiouo...but a bit pricey i think...kotok dia mmg ada texture mcm yg u nak tu..even u blh customize sendiri...try la :)

amy fahmi said...

haha. yati oh yati..
semoga berjaya mendapat kotak impian. rajin2 tanya vendor tau.

♥ Kasut Pink ♥ said...

Kotak2 ni biasa kat kedai bakery je nak jumpe kot tp ini punye kotak mmg blm pnh jmpe lg.. So,mmg x dpt nak tolong..hehe

Mawar misswateva said...

i ade g my couz tunang belah prempuan dpt kotak mcm ni..tp die tambah ribbon kaler purple..mmg cantik.
i rase bakery shop je yg ade la yaty..u try carik.=)

Miss Sunshine said...

hmm, kotak tu memang cantik.. tapi setakat ni tak pernah tengok lagi kat kedai... maaflah, tak dapat nak tolong... ^_^

.:shura shushi:. said...

kat nilai tiga =]

Hidayati Farhan said...

Cik Hazz
Ye ke? ok2, akn gi google. tq

GB
FMIL yg gi kenduri ni. huuu

nida
tuh la, nk survey x rajin. ekeke

nana
ye ke? cantik kan. alamak, mesti pricey sgt tu. ok2, i'll try. tq

amy
hahaha, tq emy for d moral suppro

kasut pink
ahaha, its ok. thanx

mawar
mmg xde. dah gi da. huuu

MS
xpe, cantikkan. huuu

shura
which kedai dear?

zaradgreat said...

wah yaty. betul2 detail nak yang macam mana. :)

tak tahu la yaty. tapi kalau yaty dah tahu kat mana, nak jugak tahu dekat mana yang ada =p

jangan mareeeeeee

Wawa Yusoff said...

cantekla kotak ni..!
tapi kat mana nak cari tu wawa pun tak tau nak jawab kat mana..
sorry aarrrr... hehe :)

Miss X said...

Cantik!! Mmg lain! Y dont u ask the host of majlis where u dpt the box from! And then share with us! Wuhuuuuu hehe. Ok saya dah click awak, pengunjung setia blog saya!

Hairil Rizal said...

Wah, fenin pencarian ni. Tak tau la nak tolong camne ni.

Miss X punye cadangan tu bagus gak. Terjah je cik pengantin tu..tanya dia beli kat mana :)

Rilla said...

Kalau baca blog Yati ni, mesti gelakkk je manjang.

Rilla ni jenis malas nak survey, hehe. Tapi kotak tu memang cantik.

StrewberiManis =) said...

sape pengantin nama mimmie ni?
sila muncul, cik hidayati kita ni dah pening mencari box macam u
hehehe

btw, dah jumpe ke box yg diingini?

Hidayati Farhan said...

Zara
HAHAHA, igt nk tolong kite td. OK2, nnt kite gtau

Wawa
Its ok, still searching :)

Miss X
Itu FMIL yg dpt, segan nk tny dia. haha

Warlord
Baiklah, awk dimaafkan sbb lelaki. haha

Rilla
awk rajin buat baju. haha, xpe2. gelak la, nnt awet muda taw

SM
hehehe, nnt sy update ye :)

Syima Syaz said...

dear... u buat sendiri je..kalau box yang ada 'pintu-pintu bergerigi' camtu biasanya mahal.beli yang biasa2 macam b2b Ann penah jual tu then ikat dgn riben.
TQ tag tu kalau nak yang simple2 kita blh je tolong buatkan.print out then u cut lah sendiri...hehehehe

Hidayati Farhan said...

syima, dah jumpa da. oh, tq tag itu belum PK lagi. btw thanx taw nk tolong

chancenz_sendsoi said...

Jumpe ktna?????? i pun nk jg.....

Atiqah Ahmad said...

mimmie & syafiq, 29 mei 2011. macam kenal jer? ni wedding kat kelab shah alam ker?

Anonymous said...

u jupe ktne?price cmne?
i jmpe exactly kotak cmni kt yen riben@semua house,rm11.9 for 10 pieces..nk cmpare dgn yg u jmpe..

Maizan Yunus a.k.a cheNon said...

ekceli i pon ade jumpe kotak ni exactly serupe..ade kaler silver and ade kaler gold...

tp kt cni segamat, johor mahal skit 10 pcs rm19.90...