Monday, June 20, 2011

My Caterer - Nurul Izzah Pilihan Ramai

Demi membantu rakan-rakan memilih caterer yang bersesuaian, saya gagahkan jari-jari tak berapa nak runcing ni untuk menghentak keyboard.

Untuk Miss Sunshine & Fira yang sedang dalam kegelapan. HAHA, saya datang bagi torch light neh.

Kami jumpa Nurul Izzah Catering waktu Pameran pengantin di Stadium Malawati tempoh hari. Dak Yang ada good experience with them. Bila dah makan kenyang-kenyang, sembang kencang. Kami pun setuju letak deposit RM200 untuk booking mereka.

Apa yang kami dapat kalau bayar deposit waktu tu?

PERCUMA
  • cendol/laksa
  • Extra makanan 10%
  • Riben untuk semua kerusi
  • PAKEJ HONEYMOON (HOOORAAAHHH)
  • Chaffing Dish Exclusive
Jadi, Sabtu lepas kami beramai-ramai pergi Food Testing di Dewan Bankuet MBSA. Untuk rasa adakah bila dia masak secara banyak rasanya berbeza waktu Pameran pengantin tempoh hari.

Jawapan dia, SAMA SAHAJA. Keenakan dia tak terjejas even dia masak banyak sekalipun.

ACARA FOOD TESTING

Emak suka, abang suka, SIL pun suka.
Dak Yang and Along tumpang suka
Setting meja beradab yang buat saya tak sabar nak makan beradab
Saya nak mintak napkin merah buat bentuk angsa. HAHA
Hiasan mereka memang menggunakan fresh flower
Ada pelayan yang akan layan di meja beradab. Huiii, lagi lah tak sabar

Err, rasa nak kahwin kat Dewan MBSA lah sekarang.

Cantik

Meja Beradab dari sisi depan

Setting meja VIP untuk rombongan pihak lelaki.
Minus kuih tart tu
Kang tak memasal marah-marah Nurul Izzah Catering sebab tak sediakan kuih tart macam dalam gambar.

Chaffing dish exclusive like I mentioned it before

Ada Tagging signage untuk setiap menu. Jadi, orang takyah penat selak satu-satu tudung nak tengok apa isi di dalam.

Stall Kopi Corner
  • Kopi O
  • Teh Tarik
  • Bubur Kacang
  • Rojak Buah
  • Cendol (yang dapat free tadi)
Oleh sebab kami setuju mempilih pakej Nasi Arab, jadi Stall Kopi Corner ni termasuk dalam pakej tadi. Lepas dah kenyang makan nasi, boleh datang sini rasa cendoi Jonker Walk (tipu)

Hiasan Meja kek

Kek adalah percuma dari Nurul Izzah Catering beserta dengan Dummy 2 tingkat. Jadi, sudah save budget untuk Kek kahwin saya.


 Serius discussion with Atiqah (wakil dari Nurul Izzah)

Centerpiece bunga ros sekuntum just nice. Nanti takda lah orang nak makan sampai tak nampak muka suami diseberang.

Kompang, deejay, PA system dan 12 lelaki gagah kacak-kacak muda remaja pelayan pakaian seragam termasuk dalam pakej ni sekali. So, pening no more nak cari asing-asing.

Part paling saya suka bila diorang kata yang ayam goreng berempah akan digoreng di tempat kejadian. Weehuu, aku nak jual seketul singgit macam kat pasar malam. HAHAHAHA

Lawatlah Nurul Izzah Catering  atau terus tuju office mereka di Taman Subang Mas, Shah Alam kalau nak ada ayam hotsss pada hari bahagia anada. Oucchh.

14 feedback:

Adawiyah A.Halim said...

sy pun amek nurul izzah!!ska3..tang pakej honeymoon tu...heeee

nida-razak said...

waa..sumenya best yati,...

Norhidayah Rasin said...

nurul izzah anwar ibrahim ke?..hehhehe

LisaLisut said...

bestnye u amik nurul izzah.KL and klang valley area so lucky ade byk caterers best2... i tak bole amik sbb risiko ke seremban bygkan kalau lauk tak cukup diorg nk cekau mana tetiba.haha.tp i dh rasa mknn nurul izzah kat wedding cik atia.memang sedap!!!!! terbaik!!! i nk dtg wedding u yati!!!!!!!!!!! nk makannnnnnnnn

lovelyadibah said...

huhu~...mesti best makanan nyer!!nk rasa cendol t!haha:)chewah!

ettyzukhair said...

NURUL IZZAH caterer the best...they treat me & family like family of their..from day 1 bincang2 until the big day they perform well in every aspect foods, the lelaki gagah kacak2 muda remaja as penghidang yg cekap & sentiasa senyum hehe..my review also in their website..

Miss Sunshine said...

thanks buat entry ni.. huhu, sebenarnya NIC ade ajak abah g food testing kat dewan MBSA sabtu lepas.. tapi abah kata abah malu sbb takde org teman.. maybe next time lah food testing..
bila baca review Yati ni, rasanya memang tak salah pilih NIC ni... terima kasih tau... Tak sabar nak suruh abah bayar deposit.. hehe.. ^_^

Hidayati Farhan said...

Adawiyah
Yayyy, give me 5. haha. suka kannn

Nida
tuh la. Alhamdulillah :)

dayah
hahaha, bukan la :)

Lisa
betul gak kan. xpe, pilihan u pun mesti lah yg terbaik. HAHA, ehh, mesti lah u kena dtg lisa. makan nasi arab :)

Dba
hehe, dtg nnt dba g rs cendoi dlu taw. hehe

Etty
yahh, mrk sgt friendly. lagi tuan haji kan. yup looking forward utk jumpa those lelaki kacak dan gagah :)

MS
laahh, ye ke. klau x bole jumpa abah awk. xyah malu. diorg ok je. rs x menyesal la pilih NIC nnt. hehe

Fariza said...

Nurul Izzah mmg best.
Suka nasi arab. yummy !!!
Alhamdulillah you dh jumpa yg terbaik. :)

~ NANA ~ said...

jgn lupa jemput i mkn yg best2 kat wedding u nnti tau :)

cik yaya said...

yang ni kena komen ni.sbb nti nak mkn kann.wei buat pe soh laki dok seberang?gilo

dapnyee ayamm roreng

StrewberiManis =) said...

yaty, if i not mistaken, nurul izzah catering nih pernah buka kedai makan dekat pusat komersial sek 7 shah alam kan?

ke i salah org ni?
tapi macam betul
HEHE

if yes, masakkan dia mmg sedap
selalu lunch di kedainya itu :)

.:shura shushi:. said...

ramai 0rg ambik nurul izzah.. ai xpernah try ag..nnt try mkn kat wedding u :) **kalo u ajak lor kn :p**

Hidayati Farhan said...

Fariza
tuh la Alhamdulillah

Nana
datang ekkk

K.Ya
hahaha, bukan la. Dok seberang dari akak la.masih lagi satu meja. faham tak? akak da ade nonet. mane boleh duduk sebelah2. kahkah

SM
Betul lah tu. haha, sedap kan. nnt awk dtg kenduri kita taw. mkn byk2. haha