Sunday, June 26, 2011

Hal-Hal Kait Nikah untuk Negeri Selangor-VOL 1


Pergi lah wei Kursus Pra Perkahwinan dekat JAIS, Shah Alam. Memang tak rugi bayar RM80 anda akan dapat sebuah beg, banyak-banyak pamplet dan buku yang mengandungi ilmu tak ternilai, makan sarapan, tengahari dan minum petang tanpa pasangan serta hiburan padat kalah Maharaja Lawak for 2 days in a row. Pheww, try baca senafas kalau hebat.

Kat sini boleh tengok tarikh yang available dan no fon untuk booked tempat kursus pra perkahwinan [LINK]


Semua masih dalam keadaan baik sebab tak pernah diselak walau sekali. Kantoi perangai buruk disitu. EH, orang nak pergi belek lah ni. Jika anda punya kemusykilan. Do ask. Saya akan rujuk semua kitab-kitab yang ada diatas. Jangan lah tanya pasal dah setahun tak dapat nafkah anak ke apa. Tanya lah soalan ringan skek. InsyaAllah :)

Sedikit info yang saya dapat catat

Tiada HANTARAN untuk NEGERI SELANGOR
Semua frust tunggeng-tunggeng. Ya, I guess ramai yang dah tahu. Negeri Selangor memansuhkan wang hantaran. Yang ada cuma MAS KAHWIN. Nilai mas kahwin di Selangor sebanyak RM300 minimum.

Habis macamana dengan duit hantaran kami? Takda masalah, kalau duit hantaran anda bernilai RM100,000 dia akan disebut sebagai aku terima nikahnya Erra Fajira dengan mas kahwin sebanyak RM100,000 blablabla.

Bukan kah mas kahwin akan jadi hak pengantin perempuan. Macam mana Mak Pak nak guna untuk bayar katering? Selagi diizinkan oleh pengantin perempuan, Mak Pak boleh guna untuk urusan kenduri ke apa. Jadi pengantin perempuan takyah kejam sangat bolot mas kahwin sorang-sorang. Kesian dengan Mak Pak no?

Tak perlu SURAT PERAKUAN BUJANG
(Kecuali polis, tentera dan depends on HR company masing-masing)
Anda tak perlu nak pening-pening fikir apa nak karang ayat untuk mengesahkan anda masih bujang. Jangan pula buat, aku dara lagi la woii, kalau tak caya tanya tunang saya. HAHA. Ini untuk sesi jenaka. Nak serius pergi tengok National Geographic sana. Tapi, ada juga negeri yang masih minta surat ni. Itu saya tak boleh nak komen lebih.

PENGESAHAN PERMASTAUTINAN
Ok, yang ini tak payah nak susah payah balik Pendang nun semata-mata nakkan surat permastautinan neh. Ini bagi yang sama spesis macam saya, alamat tempat tinggal sekarang tak sama dengan alamat pada IC. What you should do? Buat surat akuan pengesahan permastautinan. Yang penting dah menetap lebih 4 bulan. Jumpa ketua kampung sekarang bawa bil elektrik atau bil-bil lain. Tak, bukan nak suruh ketua kampung bayarkan bil kau. Kang tak memasal, bil Astro, bil telefon semua dibawa Tok, tolong bayarkan bil saya sekali. Memang ah tempah azab. Tapi sebagai saksi yang kau dah menetap dekat alamat tersebut dan bukannya homeless.

Hal kait nikah memang panjang. Esok saya hurai lagi. Sekarang nak pi layan Stanza Cinta dulu. Abang Aaron, lebiu muah muah :P

15 feedback:

Miss Sunshine said...

mcm best je kursus kahwen kat selangor. yati, surat perakuan bujang tak perlu tapi pengantin perempuan dengan 2 org saksi tu kene jumpa pendaftar nikah kawasan tu kan..? Aduh, kite pening pasal dokumen ni.. nanti share2 dgn kite ye.

anaztasias nora aira said...

good info dear. banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa info. love it !!

Norhidayah Rasin said...

haha..erra fajira..erra fazira version jawa..

kitakesitu said...

tiada hantaran utk neg slangor.fuh baru tau statment ini.thanks for sharing dear! =)

StrewberiManis =) said...

tang bil2 tu yg xtahan
siap sengih2 & gelak depan laptop nih :P HAHAHA

Hidayati Farhan said...

hana
yup2, nnt saya explain part tu eh :)

nora
ahaha, share mane yg tahu je dear :)

dayah
haha, pandai awk

kitakesitu
aah, xde da hantaran

SM
hahaha, mmg betul lah tu. jgn suruh tok ketua pi byrkan ek

StrewberiManis =) said...

dear, ni details yang u mahu :)


Show room chocolate Beryl's

38, Jalan Utara,
Off Jalan Imbi,
55100, Kl

03-21458211
Mon-Sun, 9am - 6pm


hope this will help u
good luck dear :)

lind said...

eh mcm dipermudahkan urusan kalo camtu.. tp bab hantaran boleh bagi senyap2 kat belah pompuann? mas kawin je la kasi 300 hehe

eLL said...

Sama la Yaty. Kite pun pergi JAIS BUUK punya...

.:shura shushi:. said...

oOo dah tak ader wang hantaran eh!
dulu mmg ader dgar selang0r tak ada wang hantaran dah..maknanya dah berkuatkuasa eh?

zimie said...

yatiiii kenapakah kursus kawin mu banyakkkkkk dpt buku2 tu semua??wawawa yela worth the money la kan.zimie nye bayar rm35.dapat sehelai buku je.hikhik.

thanks bebeh!!nnt ade ape2 pertanyaan,zimie roger keh,skrg nak tanya ape pun taktau, wedding lambat lg.hohoh

Renee Meow said...

tq dear for sharing.. tu la confuse part yg wang hantaran tu sbb mase cousin kawen aritu pun mcm confuse sket..

dba:dba xgi kursus lagi ker??jom gi togeder2.. haha ;p

meow~
http://reneemeowwedding.blogspot.com

Hidayati Farhan said...

SM
thank youuuu, mmg sgt membantu

Lind
boleh juga. xde mslh slagi ikut nilai minimum dia :)

ell
ahahaha, beshkan?

shura
dah lame dah. klau x silap 2 thn lepas rsnya :)

zimie
bykkan? tp satu pon x buka lg. hahaha. nk buat entry baru pi bukak

renee
i pon memula cnfius. bila da di explen baru faham :))

miss nina said...

lama tak singgah di sini.
yaty ok kan?

wah..ada entri yang menarik, boleh jadi sumber rujukan gitu :)

Ayuz said...

yaty, it's ayuz here. sedikit confuse jugakla pasal duit hantaran dgn mas kahwin tuh, agak2 yaty leh kupas lebih lanjut tak pasal ni? hehe. dh bukak website JAIS tp mcm tkde ape2 info sgt.(sbrnye malas).heheh. kalo Yaty rajin dan baik hati, apekate Yaty tolong buat satu entry pasal nih?

-ayuz-