Wednesday, May 18, 2011

Tragedi Berdarah : Dugaan Bila Berdarah Manis

*Entry sedikit serius, sedikit panjang dan sedikit meruntun air mata*

Kuasa Allah, tak siapa boleh menghalang

In a split second

  • Kepala terlanggar rak kaca tempat meletakkan toiletries
  • Rak kaca tergelincir dari tempatnya
  • Saya mahu tahan dari jatuh berderai di lantai
  • Rupanya dia sudah terbelah kepada 2 bahagian
 Bahagian yang besar saya selamatkan
 Hujung tajam tu yang merodok ibu jari
Saya lepaskan ke lantai biar dia. Jahat sangat!!
Tempat asal dia.

  • Ibu jari terodok bahagian bucu tajam
  • Kulit terkopak sampai menampakkan isi putih didalam
  • Darah mengalir macam air terjun tak berhenti
  • Sisa kulit yang tinggal sedikit itu saya cantumkan semula. Tak punya kekuatan untuk dibuang
 Nampak macam luka biasa. Actually luka itu terlalu dalam

Waktu kena ni belum pun sempat gosok gigi. Alamak, takkan tak gosok gigi jumpa Doc, kang Doc yang pengsan dah cerita lain pulak. Semua kena bertindak pantas. Gosok gigi pantas-pantas guna tangan sebelah. Lagi sebelah dah kebas-kebas sebab darah banyak keluar.

Keluar toilet terus MMS Dak Yang gambarajah diatas. Tak boleh nak call dulu nanti jiwa yang saya cuba kebalkan runtuh dengan air mata.

Saya sarung jubah dan seluar panjang kat dalam. Nak pakai lain-lain dah tak boleh fikir macam mana cara dengan tangan sebelah. Dak Yang call, I cakap later, nak gi klinik dulu. Air mata dah bergenang je waktu tu

Mintak adik dengan emak hantar ke klinik. Masa ni memang tadah dengan tisu je tangan. Darah dah berhenti sebab saya katupkan balik kulit tadi, remember? Tinggal keluar sikit-sikit yang kat tepi tu.

Sampai klinik, orang ramai. Mulut saya ketap je sebab memang dah rasa nak pecah empangan air mata. Teringat kenapa satu demi satu musibah melanda diri. Dak Yang kata, sabar k. Itu pun I dah nak meleleh air mata.

Emak kata, cuba fikir mana silapnya. Kenapa Allah turunkan satu demi satu dugaan. Ini peringatan untuk hamba-Nya yang lalai *insaf*

Sepanjang tunggu turn, banyak berdiam diri. Ngeri bila teringat balik apa yang baru jadi tadi. Tak sangka punya hati yang kuat sebab boleh tengok darah sebanyak itu, luka sedalam itu. I have a weak stomach.

Bila jumpa Doc dia kata nasib baik saya cantumkan balik kulit tu, kalau tak perlu dijahit sebab luka dalam sangat. Bila kulit tu ada, dia boleh lekat sendiri lama-lama.

Dia bubuh iodin sikit punya ganas. Tangan yang dah rasa elok sikit makin sakit. Kulit tadi terkopek balik. Ikut hati ringan je kaki nak bagi sedas. Buat gentle-gentle tak boleh ke? Kan tengah sakit tu. Apa lagi, darah membuak-buak semula. Air mata dah kat hujung je sama dengan kesabaran.

Terus berdenyut bagai nak gila. Dia bagi ubat cuci, ubat tahan sakit dan ubat MC. Fav medicine all the time. Tak jadi nak nangis.

Scar di bawah pun akibat dari kaca juga waktu sekolah rendah
Tak tahu ini dipanggil karma atau apa
Jari yang sama, punca yang sama
16 tahun kemudian

Dak Yang kata, You clumsy sangat

Ye, saya dan Bella Swan takda beza sangat

Ada yang kata, bila berdarah manis, macam-macam yang jadi. Kena jaga diri elok-elok. Dugaan bukan dari segi relationship saja. Ini pun dikira dugaan.
Ya Allah, mohon dipermudahkan urusanku dan dijauhkan dari segala musibah.

23 feedback:

Nurul Aima Hj Kaim said...

nasib kulit tu x hilang :( take care dear...hu hu

cik fiza said...

semoga cepat2 baik yer :)

tqahmisdar said...

ngeri..huhu.. take care ye dear.. =)

HanaBella said...

Ya allah, ngerinya yatt. Lain kali hati2 tau.

eLL said...

patutla mc...

sabar ye.

darah manis dah terbuang sikit, takpe. yg menanti di hadapan lagiiii manissss

Alia.A said...

kesiannye u. next time extra careful la k. nk dkt kahwin ni mcm2 bleh dtg. have some rest la k. mesti ngilu kan. huuu.

MasZuber said...

lenkali hati2 yea dik,

adoi..harap2 luka itu cepat sembuh..

UyaRayza said...

scarynye tgk hehehehe..terkejut scroll kebawah tgk ade luka...

Amni said...

ye ke? baryu tau kalau berdarah manis2 macam2 akan jadi.. tapi memang betul dear... skang amcam2 jadi dah... huhuhu... doakan amni n mirul kuat eh...=(

p/s: ingat lagi la kat yati.. pe plak tak ingat... amni baru aktif blogging sejak kes hari tu.. huhu

zimie said...

ouch yatyyyy saya terasa ngilu tengok jari yaty tu.huhu sakitnye!!! penah gak terasa camtu, masa tu jari terkena bilah kipas.haa cuba bayangkan kesakitan camne.nasib tak payah jahit.huhu

Lynn Hamzah said...

kesiannya awak...memang darah manis tu...next time hati-hati yer dik...

cheh...yaty dengan bella swan sama yer...hehehehe...

Miss Sunshine said...

Alahai.. kite tak boleh tengok darah lah... Kesiannya awak... Sabar ye...
Nak bagi luka baik cepat kene pantang makan jugak tau... Kita dookan cepat2 baik tau...

maCy said...

hati2 sis~

asna cute said...

Alhamdulilah.. tak de pape yg serius. tahan ya kak. Next time if ada kata jatuh ke ape xyah sambut2 n timang2 biar jer dia jatuh berderai tau.

Sajer reka ayat kelakar sikit hope akak chill xmo fikir byk sgt. =)) Take care.

Lepas nie xleh la nak taip mesg laju2 kat Abg Dak Yang keke =D

AiDa AzRyN said...

seriau aida tengok.. haish.. Harap cpt sembuh ya! ;)

zaradgreat said...

erkk. teringat masa darjah 6 dulu. tercucuk jari dengan pisau. habis memancut darah. sampai sekarang ada kesan.

baca entri nih terkenang pulak. get well soon yaty. take care ye. takot betul

TiKa LEh said...

semoga cpt sembuh..insyallah xde pape.

farah aminuddin said...

ya allah. takut kite. semoga semuanya ok

Hidayati Farhan said...

ALL : Thanx ya :))))

::puTri:: said...

eh..eh..aku rase cm igt jer peristiwa kne kaca tingkap mse skola rendah dulu....kne jahit kan??hee~

Hidayati Farhan said...

hehe, mmg la ko igt sbb ko satu kelas dgn aku. haha

x jahit la. baik sendiri

Ms. Fiena said...

ngerinyehhhhh. geli2 kaki tangan tgk luke tu, putih2 tu nanah ke?

Hidayati Farhan said...

tu daging saya fiena. ngeri kannn. huuu