Monday, May 30, 2011

Temu Janji Sihat bersama Chong Wei (Wannabe)

Beliau tahu GF (GF la GF. Segan ah nak guna that 'T' words) beliau gemuk. Beliau tahu perlu lakukan sesuatu. Ye, beliau dengan sengaja-sengaja cakap saya tak pandai main badminton. Mari bertanding!!. Ciss, pantang keturunan Tun Fatimah dicabar-cabar.

Anda pun tertanya-tanya ' Siapa Tun Fatimah?'

Saya dengan selamba jongket bahu. Engkau ingat aku tahu? Saya memang suka petik nama yang hebat-hebat saja, kenal belum tentu.

Sebelum anda diminta selak buku sejarah Tingkatan 5, mari kita lanjutkan cerita kepada karangan bergambar.


Pagi Sabtu yang lalu, saya bawak lah bala tentera saya yang terdiri daripada

Abang & Kakak ipar

Kakak kepada kakak ipar dan suami serta anak-anak. Dak Yang bawak sepupu 2 orang, jiran sepupu dan tunang sepupu.

Abang saya tempah court belakang Jusco Bukit Raja. Dak Yang tukang beli shuttle sebab shuttle lagi mahal dari court. HAHA, tah pape.

Mari tengok aksi-aksi Piala Sudirman (kononnya) kat bawah neh

Single Match



Double Match



Saya pun tak tahu siapa yang lebih hebat. Sebab saya pun sibuk main di court belakang. Eh, kau ingat aku datang sebagai penangkap gambar saja? Kata tadi keturunan Tun Fatimah. Malu lah sikit setakat datang pegang kamera je.

Aksi-aksi kongkang

Kekuda tu yang mahal


Perghh, Lin Dan nampak ni terus nak suruh sign jadi model Raket Li Ning

Last but not least, Si Katik dan Gergasi keding


Kebenaran terserlah jua. Selalu heels jadi penyelamat. Sekarang takleh nak hide lagi kekurangan diri. Gualah Hantu Kateeeek. HUWAAAA

P/s ; Kesan dari pantang dicabar tadi, pinggang dan tangan belah kanan sakit dan lenguh-lenguh. Rasa nak nyanyi anak itik Tok Wi sekarang.

And the school holiday begin. What a happy teacher I am. PD, here I come

8 feedback:

~ NANA ~ said...

wahhh sesi kuatkan stamina! kekekeke

Miss Sunshine said...

sesi dating secara sihat... hehehe.. ^_^

asna cute said...

hey.. pelik nie. apesal nmpk ketara sgt beza ketinggan nie.. ari tue xde pun. TAK PERCAYAAAAAAA...............

Ms. Fiena said...

yang da g ke kursus kawen?. nk ajak same2 ni. hehe

MasZuber said...

wahhh sesi mengeluarkan peluh utk kurus?????

wanie said...

akakkkkkk, tingginyaaaaa diaaaa! hidung paras ketiak sajaa. dapat bau ketiak je lah akak ni kikikiki :P

Hairil Rizal said...

Alamak...tinggi sungguh Dak Yang itew!

Cakap ngan dia, tak aci dia main badminton. Tak payah jump pun dah boleh buat jumping smash!

Soh dia main basketball lah. Hehehe!

Hidayati Farhan said...

NANA
Tuh la, dah montel, kena la kurus

Miss Sunshine
hehe, kena sihat sikit, nnt org tu bising je. huuu

Asna
PERCAYEEELAHH. haha, mmg camtu la saya punya tggi

Ms Fiena
ALaaah. x dapek lah yang

Kak Mas
absolutely lah kak. huuuu

wanie
ye la hari2 cium ketiak wanie. hahaha

warlord
hahaha, nnt sy sampaikan