Sunday, May 22, 2011

Fun Weekend

Update laju-laju sebab rindu nak menconteng arang dekat belog sendiri.

What a fun weekend I had

Pulang dari gerak kerja kokurikulum (perghh, skematik) terus di kidnap oleh Dak Yang. Tudung tak sempat bukak, baju dan seluar je yang berganti. Terus buru-buru menuju ke Jusco Bukit Tinggi.


Sejak jadi handicap ni keupayaan untuk bercantik-cantik terbatas. Pakai apa yang senang nak pakai. Nak pakai jeans adalah kesusahan yang teramat. Nak bubuh contact lenses dalam mata pun dah jadi satu isu besar. Memang banyak bersabar seminggu ini dengan diri yang kurang terurus. Mandi pun asal basah. Ok ok.

Waktu sakit-sakit macam beginilah masa yang sesuai nak manja terlebih. Macam contoh mengadu lah yang muka semakin malap akibat terdedah secara over dekat matahari. Jadi, ada point nak berbelanja lebih di Body Shop. Eh, lupa lah Yang, perfume dah nak habis. Dan kini... saya harum dengan Lychee Blossom from Body Shop.

Yang paling best, my feet successfully landed on my 1st Crocs ever. Tak pernah ada selipar Crocs. Baik dari Uptown mahupun dari Downtown.1st time neh, bagi lah gua batak-batak sikit. HOHOHO


Sekarang mahu bersiap-siap sebab nak pergi menonton Nur Kasih The Movie bersama. Bukan bersama Dak Yang, tapi bersama keluarga masing-masing. Saya punya sesi bersama keluarga jam 11.20 ini, Dak Yang pulak bersama keluarga jam 5.20 petang.

What a great weekend I had. Anda, have fun juga :)

9 feedback:

Miss Sunshine said...

Nanti bgtau ye.. best tak cite Nur Kasih tu? Waa... nk ikut jugak tengok Nur Kasih..
Tak baik lagi ke luka haritu? harap2 cepat sihat tau.. ^_^

HanaBella said...

Hey.. kita pakai perfume yang sama. sweet kan percume lychee tu? hehe

btw, saya dah had fun semalam, dapat shopping and tgk Nur Kasih. Sgt seronok kuar sorang2 semalam. What a great weekend. ^_^

zaradgreat said...

wah. fun jugak la weekend nih yaty. dduk rumah. golek2. selamat tengok NKTM!

eh. sekarang dah pukul 3. dah habis dah movie nya. amacam? best? belum berkesempatan lagi nak tengok

Hidayati Farhan said...

miss sunshine - da kering da luka. xleh bengkok je takut terkoyak blik. huu.

hana - mcm nak makan kan bau dia. haha

zara - best la gak. tp air mata x kua plak. huuu.

MasZuber said...

ramai komen nurkasih kurang feel. betul ke? akak macam ade niat nak tgk jea nie.

lind said...

selalu beli crocs pasar mlm je haha

Alia.A said...

nice crocs. hehehe. skrg ade lg ke jual kt downtown or uptown? rase mcm ssh nk npk dh skrg.

asfira aminuddin said...

babe, pirates pun best tau. kalo muka makin malap, pakai fair and lovely. serious bole cerah :)

Hidayati Farhan said...

kak mas - mcm kot sbb saya x nanges sgguh2 plak. haha

lind - ye ke. hehe, sy jrg jumpa. pasar sini xde

alia.a - tuh la. pasar saya xde lak

asfira - ye ke? ok2 nnt i torai