Tuesday, May 10, 2011

E-Day Review - Hantaran From Her

Mula-mula dapat berita di paksa bertunang (exaggerate) sudah celaru memikir eh, barang hantaran macam mana? Tak boleh nak fikir langsung nak membagi apa. Tu yang end up menangis tak sudah-sudah. Bosan kan? benda kecik pun nak ditangiskan. Tah pape.

Emak yang bijaksana telah list down kan barang-barang yang saya patut cari dan beli dan bagi kepada Dak Yang. Ini lah dia

Red velvet cuppies & Buah-buahan

Cuppies adalah sponsored by my darling bestie Kak Ezy. Dia punya sebuah kedai kek, so dia tanya mahu cuppies apa dan design apa. Saya yang kusut tak tentu hala cakap apa-apa pun takpa. Design saya cilok my best friend punya yang baru sudah bertunang tempoh hari. HEHE. Thanx Aetul.

Bakul buah saya buat di PKNS. kehkehkeh. Maaf lah. Masuk blog ini takkan menjumpai sebarang DIY pun. Sebab saya bukan insan kreatif yang boleh do it myself without crying and give-up ing. I fed-up dengan benda remeh.

Kuih tart & Coklat

Kuih tart dari the famous emak Hanis Zalikha, Kak Nani. Masih ramah macam dulu juga. Bercerita tentang pertunangan anak sulung beliau. Even dah lama tak jumpa pun, Kak Nani masih ingat lagi diri ini. HEHE. Coklat tah pape. Main rembat je apa depan mata. Takda motif langsung. Ah, lantak. Dah lepas pun :P

Kain Baju Melayu & Kemeja

Kain baju melayu dan sampin songket semua FMIL dah sediakan. Saya tinggal ambil dan gubah. Bukan kau pun yang gubah. Ah, shadap. Kemeja beli last minute. Dak Yang kata pergi Mark & Spencer boleh dapat kemeja murah. HOH? nak pergi OU boleh la. Nak balik tak tahu cemana. HAHAHA. Pergi SACC saja cukup. Masuk Bonia, erghhh, masuk British India, keluar balik (read: tak mampu) Berakhir di Pierre Cardin saja. Tu pun tak da saiz. Ahh, lantak. Aku ambil saja saiz apa yang ada. Benda last minute memang tak banyak kebaikan.

Sireh junjung

Memang sudah jadi tradisi kot. Kot lah. Sireh junjung mesti hasil tangan ibu saudara saya. Dari abang ke kakak ke pakcik makcik, semua ibu saudara yang buatkan. Memang cantik dan suka sangat. Ibu saudara adalah best friend kepada FMIL. hehehe. Thanx Auntie Edah :)

Ok, dulang dan hiasan dari pihak saya, saya serahkan bulat-bulat kepada Izwa Hasnan. Dia juga lah yang jadi OP saya di hari kejadian. Semua last minute. Saya sangat suka dan berpuas hati. Boleh la tengok-tengok blog beliau yang sediakan khidmat sewa dulang gak kat SINI

Habis pun entry ni :)

10 feedback:

Wawa Yusoff said...

suke la alas hantaran kamu tu. mcm kaca..

LisaLisut said...

poyatyyyyyyyy i tergoda dgn kain alas dulang putih u yg ade lace tu.u pye ka?sewa bape?pm me heheheheh

cntikla hantaran u...wuwuwuwu

cheQmOomOo said...

a'ah la dulang n alas dulang klas!!! :D

cik fiza said...

bagus la ko yati..
simple dan x membazir..
i likeeeee

R-YuzSha said...

cantiknyer alas dulang itue...
berkenan sangat!!

gadisBunga said...

kelasss!

Nurul Aima Hj Kaim said...

sirih junjung mmg fevret saya

zaradgreat said...

sume cantik2 yaty.. wah....

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

dulang cantik.. gubahan pun cantik. congrats ya sebab da tunang. eheheh.

nurul hanna said...

congrats.. :)
sbnarnye sy ni pun tngh nak survey2 for my engagement day.. n sgt berkenan dgn samping songket tuh..
kat mane nak cari yg cantik dgn bajet yg xbrape tinggi ni.. harap boleh bantu..
dlm mase 10 hari preparation pun meletoppp... ;)