Wednesday, May 11, 2011

E-Day Review - Finale : 3 in 1

Bismillah

MUA

Eynna Omar - Supervisor Elianto Klang Parade

Terima kasih kepada my little diary, Fasya Amir yang kenalkan Eynna. Nasib baik mahu terima job last minute. Walaupun beliau bekerja pada hari kejadian, tapi, sempat juga datang dan make-up kan saya dulu. Beliau juga B2B!!! Ek eleh, eksaited sendiri.

Sebelum

Ni muka fresh lepas mandi.
Mata berciri kecik sebelah yang obvious
Kening tebal yang tak berhaluan
Jerawat gatal atas kening kiri

Hanis Zalikha in the making?

Taklah, tu kan Yaty si Jawa berhidung kemek.

 Hasilnya

Sorang kata cam Marsha
Sorang kata cam Ziana Zain

Hakikatnya, itu cuma si Yaty berhidung kemek di bagi pakai bulu mata Rozita Che Wan dan tahi lalat Siti Nurhaliza. End of story.

Kalau berminat boleh add FB Eynna. Nak murah datang make-up di Elianto, nak mahal, boleh panggil datang rumah. Harga masih dibawah RM200. Murah kan?

ATTIRE

DRESS
Hanieym Boutique
1st Floor, PKNS Shah Alam
Price Range - Below RM300

Kurung Moden

Detailing lace dekat dada tu buat saya suka sangat. Lepastu border manik. Simple dan cantik. Kain potong duyung.

Banyak gila baju cantik-cantik kat Butik tu, cuma saya yang takda size sebab semua nak cutting model. Ini lah paling besar iaitu saiz M stands for Mokmok. Kenapa pilih putih? Sebab nanti nikah tak dapat pakai putih. Sekian



Tudung - Chiffon 2 layer (without batu-bata dekat awning)
Bellamar
Seksyen 7, Shah Alam
Price Range - Below RM150

Veil
Rent from Azika Collection
Meru, Klang
Price Range - RM30 je

Maaflah pada yang emel saya nak sewa veil sebab bukan diri ini yang punya.


Arabian Canopy
Ini urusan orang tua-tua, saya tak masuk campur sangat. Tapi saya suka warna hijau tu.



Mini Dais by Azika Collection

Masa request hari tu dah cakap bunga nak dua pasu je, dengan bunga yang atas dekat tirai. Sebab seboleh-bolehnya mahu yang paling simple. Bila dah siap, ambik!!! Bukan makin kurang, tapi makin bertambah. Harga makin kurang ada. Siap ada daun terjurai-jurai, ada bebola daun. 

So far, Azika Collection memang highly recommended sebab service bagus. Dia pasang hari Khamis, dia buka hari Ahad. Tapi, kalau nak kahwin dalam masa terdekat memang tak dapat la sebab fully booked dah date mereka. Baik booked setahun awal.

SEKIAN. Yayyyy!!!

16 feedback:

♥ Kasut Pink ♥ said...

Pewittt.. make up cun, pelamin indah, baju cantik... semua sempurna...

Hidayati Farhan said...

hehehe, tq :)

tiramisu said...

nice! pelamin comel! nak add fb Eynna la... kot2 leh mntak tlg make up utk pre wedd photoshoot. ^_^ boleh?

zimie said...

hehe cantik.dress tu suka.harga reasonable.hehe

ehh murahnya MUA yaty!! ok masuk dalam list.zimie tengah pk2 ni nak amik MUA atau tak untuk tunang ni.hehe

LisaLisut said...

kalau u senyum mcm marsha.hahaha
muka u flawless je yaty oiiii.jeles i hehe.jgn ckp muka jawa.i pn mak org jawa ok.lol.org jawa cun.ngahahahaha

btw,i suka ur mini dais.cntik..(kite takde huhuhu)

Lynn Hamzah said...

memang cun...kak lynn suka...

Ati Masrif said...

lainlah muka yaty jadiknya..

mcm gini..kecik2nya majlis
besau tu...

kak ati dulu ..sgt simple
make up pun sdn bhd jek

cik fiza said...

sangat cantik n gojesssssss...
wah siap bg panduan tu bagus btul cik yati :)

~ NANA ~ said...

i sgt suka pelamin u :) utk nikah i nnti pon i pilih warna camtu...kekekeke

nida-razak said...

mekap cantik..pelamin cantik..sumenya cantik.. =)

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

wah berseri-serila dia bila mekap. kusyen bunga tu cantik warna dia.

MisZ DeAnNa said...

congrats!

;p

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

wah.. bila dah mekap tu mmg berbeza. sangat berseri-seri tau. tahniah sis!!!

Cik Emie said...

cantiknye pelaminnnn...sgt jeles hehe ;) nice e-day u had dear :)

theorangelily said...

perghhh gojes!
yaty.. tuh da bley akad nikah je terus.hiks
btw i like the dress, very nice. i loike

Hidayati Farhan said...

tq semua2 tq. nak add eynna tu boleh je. silakan. heee