Tuesday, March 8, 2011

Yang Ini Buat Kepala Pusing Keliling

Tengok, tengok. Kepala memang tengah pusing keliling. Aku takda masa nak HAHAHUHUHEHE dalam ni. Tahu apa yang buat kepala pusing neh? Ok, takyah teka. Memang nak bagitahu lah ni.

DOOR GIFT

Benda simple pun nak pening-pening kah Yaty?

Ikut diri ini memang simple. Simple sangat. Rasa nak ambil batu 3 biji, cat warna-warni masukkan dalam beg plastik, ikat riben. Senang. Simple. Santek. (Nak S juga, baru jadi 3S). Yang penting keikhlasan hati. Lepastu secara berjemaah kita baling semula batu kat pengantin.Sedap!! (dah jadi 4S).

Tengok, kalau kepala dah pusing keliling, entry pun dah serupa Macha pun ayat.

Baiklah, idea utama adalah mahu menggunakan boxes macam my sister guna dulu. Takyah nak packing-packing. Takyah nak fikir banyak. Nak bagi pada tetamu pun mudah. Nah, Nah. Ambik. Senang kan?

Abaikan objek berbaju melayu itu.
Fokus pada kotak-kotak dibelakang.

Tapi, ye lah. Takkan sampai nak tunggu orang kata asal datang kenduri rumah dia, dapat kotak ni. Asal datang kenduri rumah dia, dapat kotak ni. Dah takda idea lain ke? Eh, eh. Loghat. Taknak sudah. Jawab balik. Tapi, dalam hati.

Saya cuba come out dengan beberapa idea yang tak kurang hebat juga. Tapi, still tak hebat juga. Pfft

Objection by Emak & Dak Yang
Reason : Kecik sangat. Nampak tak ikhlas

NEXT!

Objection by Yours Truly
Reason : Over budget

NEXT!!

Objection by Emak & Dak Yang (Eh, mereka ni memang ada komplot menentang aku kah?)
Reason : Macam tak kemas, nampak murahan (TSK, mereka tak tahu nilai estetika) Emak kata isi dalam boleh hancur lebur. Baiklah, syurga dibawah telapak kaki ibu. No?

NEXT!!!!

Objection by errr, nobody
Reason : Nampak kemas, comel dan memang nice ah. Sempurna serba serbi

Tapi, hati belum mahu bertenang. Itu tandanya belum dapat keputusan muktamad. Yang jadi bahan bertikam lidah sekarang adalah isi dalam tu. Yang seorang mahu kek (ehem) yang seorang mahu cookies, yang saya mahu coklat dan nail clipper (HAHAHA). Lepastu semua against idea masing-masing. Semua taknak kalah.

Japgi kalau anda semua dapat 3 ketul batu warna-warni. Tahulah anda angkara siapa. KAHKAHKAH. Dah hujung, boleh gelak. Silakan, silakan.

Pic kredit to i like card & merisik gallery

12 feedback:

en_me said...

yg penting ikhlas kanns.. ehehe

Ati Masrif said...

senang bagi benda yang kekal lama
selain senang ...
org yg dapat akan kenang
majlis yaty ni selagi mana
benda tu boleh bertahan tau

all the best ..
toksah fening2...
be cool yah..bride to be...

^____~

cik fiza said...

ahaaa.. pastikan kotak2 tu kukuh sbb aku penah dpt kt umah org kawen, letak byk2 dlm kotak pastu bobos brg2 masuk dlm longkang... sgt tragis huhuhu~~

LyNn HaMzAh said...

hehehehe...x kan la bagi batu dik...memang jimat habis tu...

HanaBella said...

Memang peningkan nak pilih doorgift. Daripada bungkusan luar sampailah benda apa nak taruk kat dalam, buat kita pening je..

ehem.. Hana rasa Yaty punya event mcm dah dekat tu. Hana punya after Yaty kot. hehe Cari leklok. Biar puas hati. Kahwin sekali je seumur hidup. (Insyaallah).

zaradgreat said...

yaty. try tengok kat fb. cantik gak diaorang wat. berkenan tak? hehhe

http://www.facebook.com/marryme2u

CIK TOM said...

cik tom setuju yg last..nmpk sweettt....

bestnya dah nak kahwin....bila la turn cik tom plk ni...hehhehe

cheQmOomOo said...

huhuhu penin juge pk doorgift T_T

Cik Puan Syafa said...

bab doorgift pun satu perkara penin...heeehe luckyly dh settle.Syafa beli kotak terus dr kilang..pastu deco sikit2..berbaloi2 ^__^

poyaty said...

en. me - betullll

kak ati - betulll. thanx

fizzie - hahaha, klaka. ok i'll make sure x bg paper bag

k.lynn - haha. da pening sgt

hana - tuh la. mmg pening sgt

zara - tq. mmg likeeee sgt. thanks

cik tom - dun worry dear. one day nnt :)

cheqmomo - kannn. mencik tull

miss nina said...

sempat lagi buat pilihan.
pening eh ?

Adawiyah A.Halim said...

hahhaa..mak i lagi la..suh bubuh makanan la air mineral la..semua benda ni nak kasi..patu nak paper bag besar2..kalo tunjuk yg kecik..wat muka derk jer...rabak poket anak dia ni..huuu..