Saturday, March 5, 2011

Terima Kasih Cinta

Teringin sekali mahu pergi menonton teater Terima Kasih Cinta. Title saja sudah menarik hati. Tapi, kita lupakan saja kalau nak kena ke Istana Budaya di malam hari tanpa teman yang dipercayai. Itu memanglah mimpi.

Lupakan. Lupakan. Sekarang nak kasi tahu orang ramai yang menjadi seorang kaki complaint memang beruntung sangat. Sebab apa tahu?

Contoh Complaint 1:
Semalam baru complaint yang Dak Yang kurang masa untuk diri ini. Balik sini pun asik tertangguh-tangguh saja. Bila pulang pun hanya singgah untuk beberapa minit. Dapat minum teh tarik sama bihun goreng tom yam dekat Old Town dah berpisah. Memang ah, sedih sekali.

Respond:
Kaki complaint yang beruntung, hari ini dapat spend setengah hari bersama-sama. (Setengah hari pun sudah kira lama, terima kasih cinta) Kesana kemari, ketawa gembira, burung pun menyanyi (tiba-tiba burung pandai nyanyi). Ah, dah macam cerita Hindustan. Tinggal lagi tak berguling-guling di Taman Tasik saja. So 2000 late.

Contoh Complaint 2:
Saya complaint yang everytime pakai kasut sukan Power tu mesti sakit kaki di bahagian hadapan. Tak tahulah kenapa. Rasa tak selesa bila digunakan untuk running (cough, cough. am running nowadays. percayalah) Kemudian, hari Khamis hari tu, rasa janggal sekali bila dibuat berjalan. Rupa-rupanya
Tapak belakang sudah tanggal
Sahih lah yang I kuat lari sekarang

Cepat-cepat saya capture gambar dan MMS kepada Dak Yang. Tapi, takda respond.

Respond:
Rupa-rupanya respond dia lambat 2 hari. Di pendekkan cerita, kami menuju ke Al-Ikhsan dan mendapatkan ini.

Makin rajinlah saya running lepas ni.
Again, Terima Kasih Cinta

Contoh Complaint 3:
Beg dah buruk lah Yang. Saya punya feeling nak beg baru this year. HEHEHE

Respond:
 

TERIMA KASIH CINTA!!!!!!

9 feedback:

al_hakim said...

beruntung awk..=) cntik kasut tu

MasZuber said...

wow

senang nye!

zaradgreat said...

pergh. respon dia memang best betul lah yaty!!!!

TiKa LEh said...

sama sama cinta..:)

gadisBunga said...

alahai beruntungnya badan ada cinta yang veri understanding. huhu

tapi nak bagitau jugak, semalam gb tgk dah teater tu. ngeeee~

Ati Masrif said...

amboiii..

apa nak semua dapat..bestkan!

kak ati ni ...apa nak kena
tunggu budget dulu..hihi
maklumlah anak berderet...

tp masa bercinta dulupun..semua dpt gak..ahaks

^___~

Uncle Lee said...

Hello Chegu Poyaty, I notice you're a teacher.
Outstanding! Never can tell one of your students might be the PM or president of a big corporation....and he or she will remember you.

The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates.
The great teacher inspires.

And the best teacher is the one who suggests rather than dogmatizes, and inspires his listener with the wish to teach himself.

You have a nice day and keep a song in your heart. Lee.

asfira aminuddin said...

haha, babe! biasalah kalo ada benda tak kena, mesti kite nak complain. tapi pasal kasut u tu lawak jugak la. hihi.

miss nina said...

wah... sangat best la begini.
terima kasih juga. eh, terjawab bagi pihak dak yang kamu pula :)