Thursday, March 3, 2011

Perasaan Sekarang Ini

.....adalah sedang kucar-kacir.

Sangat takut menghadapai malam. Bukanlah sampai dikejar Freddy Kruger bagai dalam Friday 13th on Elm Street. Bukan. Saya sukar mahu tidur. Nak di suruh lelap mata macam disuruh pergi perang. Liat Nauzubillah. Bila dah sedap-sedap dapat tidur, datanglah haiwan-haiwan comel datang menyerang. Kalau tak semut, nyamuk. Ya Allah, belum manis lagi darah ni dah dihisap-hisap. Tidur memang tak tenang lah pokok pangkalnya. Hilang nikmat tidur sekarang T_______T

Selalu fikir, mahu yang terbaik. Jadi, takut bila tiba masanya, tak jadi as I expected. Sebab tu macam berusaha sangat untuk dapatkan sesuatu yang terbaik. The best dress, the best caterer, the best pelamin. Berdoa saja lah.

Jerawat sedang bermaharajalela di mana-mana. Tension, tension, tension. Saya sekarang mengamalkan free product on my skin. Sebagai apa aku pun tak tahu. Saya hanya mencuci muka menggunakan Clinique facial foam. Yang lainnya hanya natural. Kita harus percaya dengan natural beauty dan inner beauty. KAHKAHKAH aku malas sebenarnya mahu apply apa-apa di wajah. Masa itu kan emas. No?

Rasa jauh sangat dengan Dak Yang lately. Baiklah, baiklah kita tak patut complaint kalau ia berkaitan dengan kerja. Tapi, dah nama perempuan. Sikit-sikit harus nak sentap. Sikit-sikit complaint mesti ada untuk dapatkan perkhidmatan terbaik (?)

Tengah KIHKIHKIH kejap-kejap ada call masuklah. Nanti I call balik. Lepastu dah setahun tunggu (exaggerate) tak call-call semula. Bila kita call balik kena pergi ofis lah, ada meeting lah, nak kena jumpa orang lah. TSKTSKTSK. Oh, Saya tak boleh complaint lebih-lebih. Mahunya tak complaint dah berapa kali tunda hari kepulangan. Tapi takpalah, demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. (Psstttt, borang KPLI masih ada, mahu ke Yang?) Ok lah ok lah. Main-main je.

Itulah perasaan saya sekarang ini? Normal kah?

14 feedback:

asna cute said...

nak hilangkan jerawat?. minum la innershine!~ ;D

poyaty said...

betul ke? kena cuba neh. huhuhu

cinta sang ratu... said...

jgn tension!tu yg bertambah2 jerawat tu hehehe

LyNn HaMzAh said...

jangan stress la dik...insyaallah okey tu...

MasZuber said...

huhuhuhuuuuu

saborrrrr

dia tgh penat carik duit utk menyuapkan mulut2 yang bakal hadir dalam diri dia nanti..

en_me said...

complain jer.. ehehe

cik fiza said...

yati, kena dapatkan ur beauty sleep tau..
jgn fikir byk2 sgt nnt sakit plak... cmne nk wat mcm2 keje kalo ko sakit huhu~~

TiKa LEh said...

wah, natural beauty tu..ehehhe

norinaomar said...

normal lah tu..kan kita akan kawen dgn family dia plus his work too
doa banyak2 k
saya silent reader all b2b blogs..tak payah folow my blog pun takpe...

Hairil Rizal said...

Hehe..susah susah dulu, berkepit kepit kemudian!

Tunggguuu..tak lama dah ni kan??

skandaLdariLangit said...

jerawat? ni ha ada satu. dekat2 anak rambut. menyorok. period msti ada satu dekat situ.

zaradgreat said...

sehari je untuk kita jadik raja. mesti la nak terbaik kan. hehehe

theorangelily said...

rutin aan :
cuci muke-buh serum/essence-buh moisturizing lotion-buh sunblock
hari2 minum lemon (no sugar) plus saki baki lemon tu buh kat muke tu.jerawat pon cpt kecut. boleh diamalkan... hehe

miss nina said...

takpe.. relaks la yaty.
takmo tension2 okay?