Thursday, March 31, 2011

Ada Sarawak di Kajang

Kita lupakan kekecewaan semalam. Semoga hari ini lebih baik dari semalam et cetera et cetera et cetera

Selepas mengambil kira banyak segi termasuk segi bulat dan Kolej Segi. Kami dah buat keputusan muktamad tanpa talian hayat *drum roll*

Bahawasanya *drum roll*

Door gift untuk rombongan lelaki kelak *drum roll*

ialah * drum roll*

Hoi, boleh buang drum kau sekarang tak?

Baiklah baik *dru...errr tak jadi

Kami nekad untuk proceed dengan idea Kek Lapis Sarawak. clap clap clap



credit *google image*

Dak Yang come out with this idea since kebanyakan idea saya adalah bercirikan merepek. (Aku nak bagi bekas lilin lah, bekas garam lah) Dak Yang & emak memang tak setuju. Mereka kata door gift mesti bercirikan makanan.

Saya bertanyakan Makcik Maznah (ibu kepada BJ, kawan kepada Dak Yang) kot-kot boleh dapat kek lapis murah dari Sarawak. Dia kata kek nanti rosak tak masuk dalam peti ais sebab nak travel jauh. Tumpang peti ais Dania tak boleh? OK OK.

Pendekkan lagi cerita, di Kajang ada seorang guru yang mengajar buat kek lapis ni. Dan sememangnya originally from Sarawak. Kami pun bergegas ke rumahnya di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Selepas tawaf bandar Kajang 3 kali dan lalu Tol Kajang Silk seploh kali (exaggerate) akhirnya sampai juga. Penat sudah Kak Rini tu tunggu tepi jalan. HAHAHA. Ampunkan orang yang pat lima tahun sekali baru sampai Kajang.

Lepas berbincang sakan, saya dibekalkan dengan kek lapis free 2 roll. Dua-dua aku rembat, Dak Yang balik Ipoh kempunan saja. Ampunkanlah GF yang kalau mendapat makanan, kekasih sendiri dilupakan.

Packaging, riben semua Kak Rini tu yang settlekan. Malas nak fikir banyak. Nanti saya tinggal letak Tag Terima kasih saja.
Ok dah habis dah. Nak drum roll boleh?

11 feedback:

e k i n ♥ y u s r i said...

sy datang cni jugak
dan folloowwwwww...

eh,kek batik serawak nie x mahal ke?
cam mahal je...
huhuhu

kalau buat hantaran nie,cantik

Ati Masrif said...

wokey lah tu...yaty

kak ati dengar dah terliuq ni

jangan lupa layangkan kad
jemputan tau...tak sabaq ni :)

psst...akak dah buat n3 baru
td tu test je..pasai smlm ada prob
kat blog kak ati tu ^__~

poyaty said...

ekin - a bit pricey. tp bkn lah sorg dpt segulung. pengsan nnt :P

kak ati - ok2. sabaq naa. nnt da ada kadnya saya bg. hehe

asna cute said...

hari tue ada jumpe kek lapis sarawak dorg jual sebungkus tue RM20. kira murah ke kak?

~ NANA ~ said...

waaaa i sgt suka kek lapis srawak okey!

Nurul Aima Hj Kaim said...

kalau dapat segulung sorang..utk kitorang dah dpt dua gulung..kalau bawa 1 family dah macam-macam jenis kek sarawak dapat ha ha.. letak kek ni dlm bekas comel..so ada lah jg kenangan kan? sbb nnt dah makan dah x da kenangan dr yaty T_T

~ mizzAmy ~ said...

kasi kek lapis ke? kek lapis ni mahal kan?

TiKa LEh said...

nt pos ek kek lapis ni..hehe

Hairil Rizal said...

Adoyaii...nape la nampak kek lapis cun cun ni malam malam camni. Lapar la plak...


Gud idea tu cik Yaty. :)

anaztasias nora aira said...

alamak saya pun jadi lapar hehehe

miss nina said...

cantiknya kek ni
nanti yaty buat posting anggaran door gift lak :)