Thursday, February 3, 2011

Setahun Yang Lalu

Belum pernah tercatat dalam sejarah peribadi menghabiskan waktu cuti tanpa sebarang perancangan. Ini kali pertama, menghadap cuti hanya di rumah. Rumah saja. Keluar dari pintu rumah pun tak lagi. Apatah lagi pagar rumah. Tanpa kemana-kemana. Bleergghh. Ada rasa nak menangis, ada rasa nak terketawa, ada rasa nak menjerit. HUEEE HUEEE HUEEE

Perkara ini akan berlanjutan hingga ke cuti-cuti seterusnya selama setahun. This is the price that I have to pay. Mahu berjalan dan bercuti semacam biasa, majlis nanti akan bersifat sederhana dan biasa-biasa. Mahu majlis yang sedikit luar biasa. Sedikit saja. Harus korbankan segala leisure dan holiday. Takpa lah, setahun saja. SETAHUN SAJA? *can't imagine* pengsan.

Tahun lalu kami ke Lumut menghabiskan cuti Tahun Baru Cina. Kenapa Lumut? Sebab nak cari anak ikan mak. HAHA. Sebab mahu cari ikan bilis untuk buat stok setahun. Ikan bilis Lumut adalah bersifat fresh dan elok sifatnya putih mulus. Emak suka. Saya? Biasa-biasa saja. Asal dapat berjalan dah cukup. Drive all the way from Klang to Lumut adalah sangat exhausting.

Sampai-sampai saja semua emak-emak cari ikan bilis. Saya decide mencari tilam dan bantal. Tidur lebih baik. Kalau aku tak ikut pun para-para sakura, ehem maksud dia para ibu boleh cari bilis yang baik juga. Saya bukanlah penasihat yang baik dalam hal-hal ikan bilis ni.

Bangun tidur. perut terus berkeroncong. Terus pakai tudung dan bersidai dekat waterfront depan hotel penginapan. Dengan muka bangun tidur yang tak dicuci langsung untuk menserlahkan lagi natural beauty. KAHKAHKAHGELIIIII

Order ABC dengan Banana Split

Dengan Calimari blablabla (tak ingat, dah setahun dah)

Di temani oleh Makcik ini. Waktu ni beliau belum kahwin lagi
Masih anak gadis. KAHKAHKAH

Nampak tak natural beauty di situ
Double chin pun boleh dilihat di situ

Orang kata, kalau nak tahu bakal isteri sebenarnya cantik atau tidak, try mintak gambar dia baru lepas bangun tidur. Baru boleh tahu memang beauty queen atau dark witch sebenarnya. HAHA

Malam itu, baru lah pergi dinner secara berkeluarga. Misi mencari bilis pun masih diteruskan. Sampai kedai dah tutup separuh pun tetap nak serbu.

Model jalanan

Model Air Pancut
(kurus dalam kenangan)

Miss you guys

Ohhh, seksanya nak menghabiskan setengah hari let alone 4 boring days. *pengsan lagi*
Psssttttt, boleh I datang Ipoh naik ETS tak? Plishhh

9 feedback:

gadisBunga said...

sangap wo cuti lama2 tapi takde buat apa2..huhu~

hiro said...

bestnye keluar gtu..mkn2.

zaradgreat said...

wah. setaun tuh yaty......

Poyaty said...

@ GB - dats wat happen rite now. urghht

@ hiro - yup, bile dgn family sume best

@ zara - nak wek camno. haha. terpaksa lah

maCy said...

baru macy tahu ikan bilis turut diukur dari aspek warna kulit. keh2

Amni said...

cuti penuh.., huhuhuhu... sampai tak larat dah nak keluar... kaki pon sakit drive.. aiyoooo...

cIk pEnNa said...

yaaa...saya nampak natural beauty disitu!
hehehe..
:)

Poyaty said...

@ macy : semua rupa bentuk fizikal perlu di ambil kira. haha

@ amni : saya cemburukan anda plish. haha

@ penna : oh tq walaupun sy tau anda menipu. kahkah. am honored

Hairil Rizal said...

Dah dapat keluar dah kan? Yipaaa!