Monday, February 14, 2011

My Dreamland

Sudah 2 malam mendapat tidur yang sempurna. Sudah dua subuh juga terlajak sebab sedap sangat dapat tidur yang sempurna. Memang mudah sungguh di hasut bila syaitan suruh teruskan tidur. Istighfar, Istighfar.

Katil saya sudah selamat sampai masuk ke dalam bilik. Hip Hip Hooreyy!!! Macam mana cara dia sampai ke dalam bilik adalah sangat luar biasa. Para pekerja kena angkat katil yang bapak berat melalui bumbung dan balkoni. Memang kerahan tenaga.

Saya takda tips untuk membeli furniture. Just follow your instinct. Kalau rasa cantik rembat saja. Tapi, pastikan poket bakal suami anda memang tebal. Kalau sederhana, bawa berbincang. Bagitahu 10 kebaikan kenapa perlunya anda memiliki katil tersebut. Insyaallah, bakal suami akan faham.

Kalau tak faham juga? Anda hanya boleh bertawakkal dan berserah pada Allah. Selepas berusaha (memujuk) kita hanya boleh berserah. HAHA.

Kita kena terima pasangan kita seadanya. Kalau di luar kemampuan, jangan paksa (Mesti Dak Yang senyum sinis sambil tak sabar nak lempang muka GF sendiri) Hai Yang!!!


As for me, saya memang tak ambil set bilik tidur sebab saya sudah punya almari build-in seperti dalam gambarajah di bawah



Jadinya, another almari adalah sangat tak relevan. Kemudian, dressing table yang saya suka (sangat, sangat, sangat suka!!!) adalah from IKEA

Yang ini Yang :)

Itu lah yang menyebabkan saya tak pergi angkut satu set. Tapi, memang keburukan dan kerugian lah bila beli seketul-seketul asing-asing. Harga memang naik mendadak.

Untuk sebuah katil yang boleh bertahan sampai anak lima. Saya nasihatkan (Ceh, siap bagi nasihat, tak boleh blah) baik anda memilih katil divan atau divun atau devon atau devun err, eh tah la. Kau cakap saja dengan SA tu. Tahulah dia katil apa yang aku maksudkan ni. Sebab selalunya, katil yang kayu atau besi ni bukan tak tahan, tapi tak berapa lama lah.

Tilam pula pastikan yang terbaik untuk tulang belakang. Sebab kita bukan nak beli tilam hari-hari. Janganlah juga beli tilam dari lori yang honk..honk.. tilam lama, tukar baru..honk..honkk.. tilam..tilam tu jangan. Sebab Insyaallah, selepas berkahwin, semua pun ada impian nak pregnant, jadinya, kita akan rasa tak selesa kalau tilam tak sedap nak baring. Sakit pinggang, sakit belakang, sakit hati. Semua sakit.

Kalau dah sakit-sakit, mood pun memburuk. Jadi, yang akan menjadi mangsa mestilah orang yang disebelah. Ehem, bakal-bakal suami, tolonglah mengerti. (Boleh guna dalam 10 alasan tadi) HAHAHA

Naah, ada muka doc yang approved kan tu sekali.
Kalau dia tipu, boleh cam muka dia dan cari dia sampai lubang cacing.

HAHAHA

P/s: Maaf, gambar katil tak boleh turut serta sebab Dak Yang minta privacy dan privilege. Eceh :)

9 feedback:

zaradgreat said...

wah wah wah!! yaty.............
wah wah!!
hehehehe

hiro said...

wah..empuk tu.

theorangelily said...

sile cepat edar kad jemputan supaye bulih dilihat katil penoh privasi itu. kehkehkehkeh

LyNn HaMzAh said...

cehhhh...baru nak tgk gambar katil...awal2 bakal suami x bagi tgk ek...hehehe...

Hairil Rizal said...

Pilihan yg bagusss! :)

ilyana said...

beli set bilik tdo asing2 mmg sangat mahal....hahahaaha..i pun beli asing2..saje ngade

Mama Lija said...
This comment has been removed by the author.
Mama Lija said...

berapa harga tilam tue?

amalina baharuddin said...

ececey:)

last week , prabot bilik i baru smpai .. eksaited tdo mlm2 dpt katil n tilam empuk ..
smpai terlajak subuh jgk .. hehehe