Saturday, February 12, 2011

I Lost My Ring(s). Damn!!

Kehadapan Emak yang di kasihi. Harap emak senantiasa sihat di tingkat bawah. Sebab kalau emak tak sihat, kami berdua (saya dan babah) akan kelaparan dan rumah kurang serinya.

Emak,
Harap emak tak menyesal punya anak yang degil dan patut dapat kaki saja sejak lahir. Kerana kedegilan ini memang membawa padah. Macam Motto 999. Jenayah membawa padah. Tapi, bukan saya yang lakukan jenayah. Seorang pekerja bangsa asing lah ni. Kurang hasam!!! @#$%^&(*

Saya tahu, kalau saya dengar cakap emak tempoh-tempoh hari, pasti kotak yang berisi 2 bentuk cincin emas dan seutas gelang tak hilang. Damn!! Aku letak elok-elok saja dekat rak. Sejak warga-warga asing tu kerja, takda apa barang pun yang hilang. So, dengan yakin dan percayanya bahawa mereka mahu kerja secara halal dan takkan mencuri. Nanti malu majikan mereka.

Tapi, nasi dah jadi bubur (eh, emak masak nasi ke masak bubur hari ni?) Semalam baru perasan yang kotak tersebut dah hilang. Dan emak menebak (meneka) yang warga asing tukang cat tu yang ambil (kot) sebab dia cat separuh jalan, lepastu terus tak datang 2 hari. Terus orang lain take over kerja mengecat.

Mungkin, dia dah kaya sebab dah dapat barang kemas (mungkin) jadi, buat apa aku susah payah mengecat rumah lagi.

Eiii, pening kepala fikir mana nak cari. Yang buat saya sedih sebab tu semua pemberian emak. Dari zaman kanak-kanak dulu saya kumpulkan satu bekas. Tu yang rasa ralat teramat.

Menyesal gila jadi budak degil dan cepat percaya orang. menangis tersedu-sedu satu malam semalam pun tak berguna lagi (siap nak ajak Dak Yang pergi Poh Kong cari the exact ring, tapi Dak Yang kata takkan sama) Nangis lagi. Menangis saja lah kerja kau heh.

Baiklah, nak teruskan meratapi kehilangan barang-barang kemas pemberian emak. T____T

10 feedback:

wanie said...

pergi jejak mamat tu cepatttt. grrr. cat balik muka diaaaaa

Nurul Aima Hj Kaim said...

T__T menangis utk yaty..wuwuwuwuwu

zaradgreat said...

aish. sabaq yaty. jahat betul lah orang tuh. tuh bukan mahal lagi. priceless... T_T


tadi baru igt nak beli cincin rm5 je. tapi tak muat T_T

gadisBunga said...

barang kemas yang hilang????

maCy said...

sah2 careless tu. adeh... sis. jgn mcm tu lagi..

percaya berpada-pada~

Cik Kentang said...

Jangan senang percaya pada orang, especially pada orang yang kita langsung tak kenal. Orang yang kita kenal pun boleh buat hal, inikan pula a stranger? Lain kali hati2 ok dear...

asfira aminuddin said...

eee jahatnya warga asing tu! mmg takkan aman la diorg amik barang kite. dapat pun duit haram! patut angkat kaki kat diorg tuh!

asna cute said...

sabar la kak sayang.. insyallah semua nie ada hikmah di sebaliknya.. sabar tau... Peluk ketat2!

LyNn HaMzAh said...

huhuhuhu...sedihnya...sabar yer dik...

MasZuber said...

sabar

dan jadikan ia pengajaran di masa akan datang.

people make mistake but u have to learn from it.