Tuesday, February 8, 2011

Happy Birthday Auntie :)

28 Januari sama dengan hari Jumaat 2 minggu lepas lah tu adalah hari jadi Auntie. Jadinya, Yours Truly ini sudah berhari-hari err baiklah tipu tu dosa. Sebenarnya dah berminggu-minggu fikir the perfect gift untuk beliau.

Hadiah yang tak nampak macam desperate nak jadi menantu sangat atau hadiah yang tak nampak cam kaki bodek atau kaki ampu ke apa. Hadiah yang semata-mata hadiah. Bukan sebab mahukan anak bujang beliau cepat-cepat. Eh, tapi memang mahu pun. Lagi cepat lagi baik. KAHKAHKAH

Pagi-pagi sudah mereka ayat mesej yang indah-indah. Bila dah send lupa nak tulis nama bawah tu. Lepastu hantuk kepala sendiri sebab mestilah Auntie takda tahu gerangan siapa lah yang hantar mesej berbunga-bunga macam nak mengorat beliau. Tak berapa minit pun mesej berbalas. Pheww, nasib baik beliau tahu siapa sender yang lupa taruk nama tu. HE HE

End up, saya rasa better memberi hadiah yang sama macam anak beliau terima dulu. Tayar kereta? Eh, tahukah anda yang saya memberi tayar kereta kepada Dak Yang sempena hari jadi beliau. Tak tahu takpa. Belum dikategorikan out dated lagi. Haa, sekarang dah tahu kan? Pfffttt.

Jeng je jeng

Hadiah Satu

Hadiah Dua

Eh, nampak macam sama je Yaty? Memang lah sama. Saja nak bagi nampak macam bagi banyak-banyak hadiah. Ok, not funny.

Perancangan awal adalah Dak Yang datang dan ambil hadiah ni bawa pulang ke rumah. Tapi, last-last minute suruh yours truly ini deliver hadiah sendiri.

Pergghh, sepanjang 20 minit perjalanan ke Shah Alam, kaki tangan sejuk membeku,  bibir dah biru (tipu) tahap gigil dah. Seploh kali fikir nak patah balik, nak patah balik. Esok je soh Dak Yang ambil. Tapi bak kata pepatah Hang Tuah, pantang anak melayu berundur. Bila Hang Tuah cakap camni? Tah, mein petik je nama Hang Tuah. Tumpang lalu Hang Tuah.

Lucky me Along yang sambut dekat pagar. Cepat-cepat bagi dan balik. Tak boleh nak beramah mesra ke apa.

Ye, dah berapa kali datang dan jumpa dengan mama beliau masih lagi ada rasa malu dan segan yang melimpah ruah. Rasa malu sampai rasa nak sembunyi dalam baju sendiri (?)

Dah sampai Sek 7 tu Mama beliau mesej say thank you and everything. Lepastu Dak Yang call tanya dah kat mana sebab Mama nak bagi nenas. KAHKAHKAH, Takda tahukah beliau dalam masa beberapa minit saja yours truly sudah sampai ke Klang semula. Macam pengedar VCD cetak rompak kena kejar penguatkuasa.

Itu je kisahnya :)

10 feedback:

Nurul Aima Hj Kaim said...

happy birthday untie soon to be mama kekekekeke :)

LyNn HaMzAh said...

ayoooo...mcm mana leh malu lagi nie...x lama lagi nak jadi menantu kan...

gadisBunga said...

happy belated birthday to auntie tu. cekelat tu atas rasa stroberi ke?

poyaty said...

kak nurul - haha, amin. Insyaallah

kak lynn - xleh nk buang lah malu tu. hehe

Gb - xlah, yg bunga2 je rs cekelat :)

Ungu said...

hahah.
kau sweet, bagi coklat.

kalau aku, asyik asyik frame gambar. balik balik frame gambar.
;D

TiKa LEh said...

hahah..amek hti nmpk nya...hehe

zaradgreat said...

wah. hepi besday auntie!!!! kalau tak habis boleh pas dekat sini. hehehe

CIK TOM said...

wah..bestnya coklat tue..nak jugak leh??

Amri Abd Rani said...

Pakwi kurang coklat2 ni..
tp kekadang sapu gak...anak punya,
bila org cari sapa makan...xngaku..
hahaha...

maCy said...

HB juga :)