Saturday, February 26, 2011

Datang Tak Berjemput

Bismillah (dengan harapan membaca Bismillah dapat menenangkan hati yang tengah menyala)

Perggh, suka lah syaitan tiup-tiup api kemarahan dalam hati neh. Aku pun ikut saja kata syaitan. Istighfar, Istighfar. Ingat Allah.

Breath in, breath out. Fuuuh, fuuuh, fuuuh.

DI pendekkan cerita. Panjang-panjang nanti bertambah dosa pula. Cukup-cukuplah dosa yang ada.  Kang tak sampai sekolah pukul 8 lah jawabnya neh. Tapi sebab panas hati punya pasal.

This is free country. Semua orang ada hak nak bersuara dan berkata-kata. Asalkan dia tak pinjam mulut kau atau duit kau cukup.

Here. Di sini. Saya meluahkan buah fikiran dan perasaan. DI SINI. Saya takda pergi pinjam page sesiapa atau menyibuk dimana-mana untuk meluahkan ketidak puas hatian saya. Takda. Aku suka, sedih, menangis, ketawa, membenci. Semua disini.

Anda-anda datang lalu membaca. Saya suka dan gembira. Bagi kata-kata perangsang. Gelak tawa dan duka bersama. Kita dah macam sahabat walau tak pernah bersua muka. Lagi-lagi yang suka bagi ayat-ayat manis dan comel sekali. Ah, kalian buat saya terharu kadang-kadang.

Jadi, perumpaan yang saya nak buat macam ni, ini rumah saya. Saya tak menjemput sesiapa. Open house. Anda datang saya sambut. Tak kira SIAPA pun anda. Tapi, maniskah datang rumah orang, kemudian meludah sana sini? Dah lah tak dijemput, lepastu nak buat hingaq pula.

Kadang-kadang, saya tak faham. Manusia nampak baik luaran, lemah lembut, ciri-ciri muslimah sejati. Tapi, tak tahu hujung pangkal tiba-tiba nak membenci. Betul lah kata-kata pujangga (eceh) Don't judge the book by it's cover. Kau nampak aku yang buruk, aku yang jahat. 

Kalau betul-betul nak membenci, mari dengar cerita dari pihak saya kalau berani. Pihak yang TERANIAYA. Barulah kau nampak siapa yang jahat, siapa yang salah. Setakat dengar cerita nak menangkan diri sendiri, memanglah. Peragut pun nampak innocent.

Kalau niat baik nak berkawan, saya takda masalah. Dengan tangan terbuka saya hulurkan salam ukhuwah. Again, tak kira SIAPA anda. Orang baik dengan saya, takda sebab saya nak ludah muka dia. Tapi, tolong jangan sebab ada niat busuk atau nak buat bahan ketawa ke apa. 

Kau beragama (from your appearance) Takkan tak tahu hukum mengata orang yang kau tak tahu orang tu benar ke salah. Jangan mudah-mudah jatuhkan hukuman sebelum kau tahu cerita sebenar.

Dengar cerita kat rumah aku, lepastu dah habis sampai situ. Keluar dari sini, simpan semua dalam hati masing-masing. Tak perlu nak jadi tukang penyampai atau ahli nujum yang nak ramal masa depan aku ke apa.

Pada yang mendoakan yang indah-indah, amin dan syukur. Pada yang punya hati sehitam bontot kuali kau boleh blah. Datang kau tak aku jemput!

P/s: fahamilah kenapa wanita ini emosi dia meribut di pagi hari. Bulan hampir menjelmakan dirinya.

10 feedback:

MasZuber said...

fuhh ini nampaknya mamang bebetul marah nie

tarik nafas panjang2..

smile sokmo ;)

Nurul Aima Hj Kaim said...

saya mendoakan yang indah-indah sj :)

TiKa LEh said...

mrah lah ni..sabar2..:)

diana said...

uih..
kenapa marah2 ni..
siapa kah sasarannye..
cer ceghite..
cer ceghite..

gadisBunga said...

sesungguhnya mata tempayan sukar ditutup. jari tempayan sukar dikekang. dah, cepat gi beli kelengkapan untuk menghadapi bulan mengambang. heheh~

asna cute said...

bersabar ya kakak sayang. dah lepaskan / luahkan kan.. istifar2 ya. biarkan saje org mcm tue. =)

Senyum sokmo tau.. practice dr skrg hehe =D

poyaty said...

Thanks semua :)))

bulan darling said...

ty meh sini aku rembat perempuan jahat tu muhahahaha

SURAYA said...

erk.. ade ape2 yg ku tertinggal ke yaty>\?

lovelyadibah said...

lama btul dh xsinggah sini.be strong eyh yaty!!:)love your attitude.happy go lucky:)