Saturday, January 8, 2011

Tentang Perasaan

Saya tahu, saya tahu.

Sedang mengalami sindrom wanita usia pertengahan. Perghh, cerita macam umur sudah menginjak 50 tahun. Tapi, seriously lah. Saya semacam mengalami proses perubahan yang mendadak. physically & mentally.

Perubahan paling ketara selepas demam yang agak teruk tempoh hari, saya kurang selera makan. Makan ikut dan saja. Kemudian, kerap cirit-birit dan muntah. Sebab tu rasa malas sangat nak makan. Lepas makan mesti diri rasa tak selesa. Baring tak kena, duduk tak kena. Golek sana sini pun tak kena. Ahh, bosan.

Kepala semakin keras. Yup, Dak Yang banyak tahan perasaan lately dengan kekerasan kepala yang tahap kalau di campakkan konkrit pun, konkrit yang pecah. kepala gua steady beb. HAHA. Saya suka degil. Bukan sengaja nak bersifat degil. Tapi, rasa ini saja yang betul. Rasa semua kena ikut idea haku. Kalau sudah berkata tidak tu, tidaklah. Kalau sudah berkehendak tu. Dah tak boleh kata nanti lagi. *sigh* Perangai middle age agak teruk juga.

Lebih banyak berdiam dan berkhayal. Macam duduk dalam dunia sendiri. Ye, kurang bersosial dan bergaul dengan teman-teman. Rasa macam takda hati nak bercakap, malas nak cakap, takda benda nak di cakap. Sekian

Berperang dengan hati sendiri, mahu go too simple or menjadi drop-dead gorgeous. Saya tak mahu sesal kemudian sebab tidak berguna langsung. Macam lah boleh ulang balik masa dan kahwin once again. Ishhh, semua ni mensesakkan dada. Bosan

Tapi, saya sedang mengalami sesuatu revolusi yang sukar di tafsirkan. Apa aku merepek tah. Maaf, saya jarang dah nak berjalan blog. Sebab sedang menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan sejagat. Bai.

6 feedback:

Norhidayah Rasin said...

mungkin simpton2 untuk org yang dah nak kawin kot...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

semoga sentiasa berada i bawah payung lindungi-Nya...:)

perubahan itu normal di dalam diri manusia. isn't?

Kreatifbuzz said...

owh..masih ok lagi la tu..xjuga la kritikal sgt..hehe

yg pnting teruskn idup..jgn pl sampai jd katak d bwh tempurung ( eh, betul ke? )..hoho

yela..kan sendiri, senyap, xbsosial..

Hairil Rizal said...

Hmmm...fikir fikirkanlah lagi.
Mungkin ada lagi yg positif masih tersembunyi diceruk dan lubuk hati :)

iszieylyanziy said...

hati yang sukar dimengertikan,,ehhe

Poyaty said...

dayah - hahaha, mungkinlah.

fifie - yup, amin :)

kreatifbuzz - :)

warlord - mungkin :)

is - hehehe, sukar juga