Wednesday, January 26, 2011

Saya Malas Nak Gaduh Dengan Makcik

Kisah annoying ini happened waktu pergi Singapore tempoh hari la tuh.

Tetiba memilih untuk teringat hari ni. Ala, tak kisah la nak ingat bila-bila pun.

Waktu tu saya dengan niat murni nak bersolat. Dan dah tentu-tentulah takda proper place macam surau kecil ke apa yang dah siap tempat wudhu' semua. Did I mentioned yang surau dia berupa sebuah stor kecil yang full of boxes dan perlu di kongsi bersama-sama kaum Adam. Memang lah

Kalau tak ingat cerita saya boleh pergi SINI, SINI dan SINI 
Boleh pergi boleh, free.

Kemudian, saya pun masuk lah toilet dia untuk amik wudhu'. Jadi, sebelum berwudhu' kita kena lah buang apa yang patut. Get it get it? Takkan nak elaborate secara detail disini? Haishhh.

Jadinya sebagai orang Islam kita kena lah bersuci dengan betul-betul. Maksud dia kena pakai air yang banyak. Pastikan tiada najis yang melekat pada pakaian sebab nak solat kan tadi.

Kau tahu apa yang jadi? Ok takyah teka, memang nak cerita.

Makcik cleaner yang berbangsa Melayu dan bertudung ketuk pintu tandas aku dan my aunty gedegang gedegang sambil jerit-jerit Jangan ambil wudhu' dalam tu, Hei dengar tak, jangan ambil wudhu' dalam tu blablabla membebel tah pape. Tapi, aku buat keras je dalam tu dan terus basuh kaki semua. Bukan wudhu' pun, cuma dah terbiasa lepas membuang terus cuci kaki.

Dia tunggu depan pintu tandas tu kemudian sound aku kerek-kerek, aku cakap leklok, saya bukan ambil wudhu'. saya buang air. Lepastu dia pun membebel non-stop keluar masuk keluar masuk toilet marahkan aku sambil mop lantai. Habis satu toilet tu pandang. Dan ayat yang tak boleh blah makcik tu cakap JANGAN BUAT MACAM RUMAH SENDIRI.

Excuse me makcik, habis kau pun orang Islam, takkan kau nak suruh bersuci guna tisu macam orang-orang itu. Kau penat nak cuci tandas, jangan lah kerja sebagai pencuci tandas. Kerjalah siram pokok bunga ke apa. Some how kau pun orang Islam, takkan tak tahu yang kalau nak bersolat kita kena bersih-bersih sebab nak jumpa Allah. Kau tak solat ke Makcik? Alasan dia taknak lantai dia basah. Dah kalau nama dia toilet, ada ke yang tak basah. Pengotor gila makcik neh.

Berlagak heh, tapi malas nak gaduh-gaduh dengan makcik yang mungkin tak faham konsep. Biarlah dia jaga tandas kering dia tu. I buat muka stone jah sambil ambil wudhu' dekat sinki. I renjis-renjis lagi kasi basah betul. Sapa suruh buat perangai tak molek? Aku pun lagi suka nak hangatkan hati dan perasaan makcik

Tolong lah. Sesiapa jumpa makcik kerek yang jaga tandas dekat entrance tu, Tolong Ingatkan Dia kata Ana Rafali yang dia adalah seorang muslimah yang tahu membezakan najis dan kebersihan. Tak, buakn Ana Rafali yang pesan. Saya.

10 feedback:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

astagar, kenapa lah dgn mak cik tu. dia tension tak tentu pasal. tapi at least hormatilah hak org kn?

tak patut tak patut!

BonekadalamChermin said...

gerek seh~~



...

susah kan?
huhu

negara depa mmg cemtu
even azan pun xleh dgr serata ceruk
setahu sy la

mengganggu ketenteraman
katanya

.

mungkin kerek dia tu
sebab tekanan polisi yg ketat

mungkin.

.

Nurul Aima Hj Kaim said...

ntah apa-apa ja'...lagi x faham bila kat M'sia ni ada "tandas kering"..hello dah tau malaysia bnyk MUSLIM..tengok pemerintah la kan..dah terang-terang MUSLIM..kena guna air utk bersuci..so sila la bubuh paip d setiap tandas..

shininghepiness=) said...

vetul2....makcik2 skang nk2 lagi yg over de downgrade tuh kan, perangai mcm xsenonoh....mulut diorg xde manner....bersepah2 je kalo nk ckp...
sius mmg skang ni kt shopping2 complex yg mahal2 tp toilt mcm miskin plok, xcukup budget nk byr duit air...hmmm.....

cik fiza said...

kesian makcik tu..
mgkin tudung tu uniform dia je kut yati..
tp bila dh dok kt negara yg x amalkan nilai2 islam, dia xleh fikir ape yg ptt huhu~~

eLL said...

huh. bikin EMO la makcik ni

gadisBunga said...

hmm....

Hairil Rizal said...

Itulah bezanya bila sesebuah negara tu majoriti penduduknya Islam atau tidak.

Kalau kejadian camtu berlaku kat German yg Warlord pernah pegi dulu mmg tak heran sbb diorang tak tahu keperluan seorang Muslim.

Dan bila Che Det bercerita ttg Muslim Singapura, mereka melenting...


Wallahu A'alam..

miss nina said...

uiks..makcik itu emo agaknya haritu.

ingatkan yaty: sabar2 dik yaty :)

norinaomar said...

saya dah kena marah dengan cik anon sebab buat entri pasal takde surau kat sibu..

actually saya dah banyak kali ke spore..sebenarnya tourist tak berapa tahu sangat pasal surau2 atau masjid kat spore..kalau awak pergi lagi,kat orchard road ada hotel brunei punya (tak ingat nama apa hotel tu),solat je dalam surau kat kotel tu..takde sapa nak marah

lagi satu,ada jugak masjid al falah-dekat somerset

takpe..pengalaman tu menjadi guru kepada kita kan?biar org kurang ajar kat kita asalkan kita tak kurang ajar kat orang lain..=)