Monday, January 10, 2011

Pameran Pengantin 2011

Adakah tajuk kau akan terus ber-ekor kan perkataan pengantin di hujungnya? Adakah kau sudah kemaruk mahu sangat jadi pengantin? Adakah? Adakah?

KAHKAHKAH, Hoi, kebetulan saja terbuat entry pengantin back to back. Bukan sengaja nak bagi seluruh entry bercirikan pengantin ke apa.

Kalau tidak, hampir tak jadi mahu ke Pameran Pengantin 2011 ini. Sebab bakal pengantin dia fatal satu badan. Tapi dah kata kemaruk sangat nak jadi pengantin, sakit cemana pun gagah juga akhirnya.

Saya tak dapat sangat nak grab feel dia sebab feel sakit kepala lebih kuat menyerang. End up satu Stadium Malawati sepasang bakal pengantin yang demam in the house Yaauuuw. Suruh rasa makanan itu ini tak mahu. Ye lah, bukannya deria rasa berfungsi sangat.

Memang berguna juga ada Pameran Pengantin macam ni. Tak perlulah nak terjah satu-satu butik pengantin untuk cari yang terbaik. Dalam satu tempat ni, semua ada. Apa kau nak? Just name it.

Pelamin semacam ini?

Rasa bersanding dalam cerita Jungle pun ada

Semua cantik-cantik. Lepastu kaki dah kengkang. Sekejap nak ke booth itu, tapi hati rasa booth ni lagi best. Semua pun nak di telek di tenung. Tapi, kepala pusing macam nak terpecah belah. Tak boleh nak fokus sangat dengan apa-apa.

Akhirnya, kami cuma duduk depan pentas dan discuss, Kita cari apa sebenarnya ni Yang? AHAHAHA
Gaah, ni bincang ke cam nak gaduh jek
Muka tak siap pun ada tersidai di sebelah
Pucat lesi

Tekun sungguh telaah menu


Adakah hasil pencarian kami success?
Of cos lah. Kalau tak sia-sia tawaf 7 pusingan pusat pameran. We nailed 2 major things. Katering & kad kahwin. Ini sungguh bizarre sebab kami takda the final date pun lagi. KAHKAHKAH. Nanti akan dilayangkan kad kahwin kosong. Anda tolong catat tarikh later. Ok?

9 feedback:

.Anna. said...

Woot woot. Sudah lama tak menjengah cik yaty kite. *enjoy lah anda dengan panggilan cik ini ye*. HEHE.

weee bestnyeee. nampak jugak bunting pameran ni. nak pegi, tapi pegi secara bujang ke sane adalah tidak feel. oleh itu, niat untuk pergi lenyap begitu saje. heee

anyway dah tempah kad & katering ea? more details plzzzz. cam harga sekeping berape ke. sile la turun2kan ilmu sikit kat adik-adik yang dah gatai jugak neh. muehehehehe ;p

Hairil Rizal said...

Majlis sepenting itu mmg saaaaangat perlu dirancang dari awal...utk elak tensyen dikemudian hari :)

zaradgreat said...

kalo letak tarikh sendiri hari2 i pergi datang tau yaty. hehehe. btw pelamin tuh yang kat part atas tuh mcm sarat je. ke mmg trend skang. hehehe. tak tau part2 nih lagi

Gentleman Frog said...

salam,

apahal yang kisah pengantin ja dua tiga menjak ni?

MasZuber said...

ajak akak tau kawen nanti..
happy for you :)))

Ati Masrif said...

salam yaty,

macam dah tak lama lagi je
majlis besaq tu..

bila agaknya..
buat kat mana..
jangan le lupa jemput kita ..hihi

maCy said...

sis org mane ea? lupe. xnk jemput? lalala ;p

LyNn HaMzAh said...

mcm x lama la jer dik...jgn x jemput kak lynn yer...

Poyaty said...

anna : belum lagi go into detail. nnt klau ada info, sy akan bgtahu

warlord : so true

zara : tu pelamin utk show je. hehe i pon tak suka

mr. frog : sbb feeling sebegitu

kak mas : anda VVIP saya :)

kak ati : semua akan di jemput

maCy : org klang je. melaka klang tak jauh naa. haha. dtg

k.lynn : insyaallah akan