Sunday, January 9, 2011

Pengantin 1.1.11

Tahun baru tahun ini dimulakan dengan kadar kesihatan di bawah sifar. Tapi macam biasa, tahun baru mesti banyak sangat aktiviti menarik yang tak boleh katakan tidak, maka ku gagahkan juga diri dengan sisa kudrat yang tinggal. Kudaku lari gagah berani, jeng jeng jeng jeng jeng. Ayuh lari, ayuhlah lari *PANG SEKALIK*

1 Januari adalah hari mengepaw duit ibu bapa sedunia. Atau dalam bahasa moleknya, bayar yuran. Walaupun ada ibu bapa yang takda kesedaran, dia ingat sekolah itu abah dia punya, ikut suka dia nak bayar ke tak. Tapi, sebenarnya ramai lagi yang masih punya kesedaran dan tahu malu. Tahu malu, nanti kalau tak bayar yuran, anak tak dapat buku teks. Kalau tak bayar yuran, anak tak boleh periksa. Tapi ada juga yang tak bayar yuran, lepastu marah-marah mintak buku teks, dia kata atas sebab apa anak dia tak layak dapat buku? Dasar muka tembok. Tapi, lantaklah. Itukan urusan kau dengan Tuhan Maha Adil.

Tetiba ada sesi pesanan khidmat masyarakat. WTH??!!

Tapi, 1 Januari hari tu saya cuma mampu bertahan sekerat jalan saja. Mintak permission balik awal sebab dah tak mampu nak duduk lama lagi. Luckily, saya punya Penyelia petang yang baik hati. Dia bagi saya pulang awal. *Jangan tanya macam mana rupa daku masa mintak permission tu*

Dalam pukul 11 lebih macam tu Dak Yang setuju nak bawa orang demam pergi kenduri kahwin BFF dia. Demam-demam pun gagahkan juga diri nak pergi kenduri.Kalau sekadar kawan say hi & bye mungkin saya lebih prefer untuk tidur-tiduran saja. Mempujuk Dak Yang ni pun sehari semalam. Finally, beliau setuju. Thank You Darling, You're the best. Tak memasal.

Pelamin cantik

Kek pun cantik

Setting meja beradab pun niceeeee!!!

Pengantin mana? Pengantin? Kami nak tengok pengantin. Hoh, orang demam mana mungkin dibenarkan jumpa pengantin. Kan dah cakap tak larat nak duduk berlama-lama. Jadinya, lepas dah sudah makan pun pengantin tak muncul-muncul. Jadi, lebih baik saya membawa diri dan pulang. Teehee, Elok keluar je dari dewan, rombongan FORTE pengantin pun sampai. Nampak pengantin dari kejauhan saja. Dah tak mampu nak berlama-lama.

Demi anda semua. Demi anda heh, saya pun jadi pencuri gambar di FB beliau. Anda kan yang mintak gambar pengantin tadi. Aiyyokk, tatayok!!

Affan sorry, curi gambar dari FB kamu :)
Tahniah Affan. Both of u sangat comelll.
Majlis berlangsung di Taman Botani, Putrajaya. Nice place. Tapi, sebab mood zero tak dapat nak capture sangat keindahan semula jadi ke apa. Keindahan kami, dapatlah kami capture

Keindahan si muka boolat
Jangan benci. LOL

11 feedback:

MasZuber said...

muke yaty bulat macam akak la..;)

Gentleman Frog said...

salam,

tahniah, bertuahnya badan.

SOS CAP CICAK

Norhidayah Rasin said...

kalo awk g dating,azim pn ikut skali ke?..haha

maCy said...

naiseeee.. keje paw duet tu macy xtemasuk. lalala

bdw macy suka merah. really suka la ;D

Zaffan Arifin said...

thanks yati for coming! sian dia, demam2 pun datang jugak dr jauh.. thanks sgt :)

i love u! waiting for ur 'nasi minyak' plak ;)

miss nina said...

warna tema pengantin kali ni merah.
tema yaty ape pula ye? hehehe

Poyaty said...

kak mas - ye ke? hidup si muka bulat. ahahaha

mr. frog - tuh la, tahniah pengantin

dayah - takde lah. baru sekali je ade azim ikut. hehe

maCy - ape lagi, sila jadikan tema wedding anda :)

affan - okeh2. hehe. tggu ye

nina - ahahaha, jeng je jeng. awk tggu ye

LyNn HaMzAh said...

pelamin pengantin memang superb cantik...yaty bila lagi nak bersanding nie?

gadisBunga said...

saya pun bulat. heheh~

asfira aminuddin said...

haha. babe! u bila pulak nii??

Poyaty said...

kak lynn - sabar satt. ahahaha

GB - yeh yeh hidup muka bulat

asfira - auwww, u tggu eh pengumuman i