Thursday, January 6, 2011

OPS Kasi Clear 1

Pembersihan peringkat pertama dah berlangsung sejak beberapa minggu nan lalu. Sebab dah decide nak guna bilik atas maka jadinya seluruh rumah perlu di bersihkan. Kalau tak, bawah je perlu extra cantik. Yang di atas, kalau ada mayat tikus tersorok pun mampus tak jumpa punya.

Titik Tumpu - Depan tangga
Matlamat - Kasi Clear
Matlamat Tercapai - 2 hari kemudian

Rupa depan tangga

Memang takda harapan lah nak lalu sambil buat-buat tak nampak ke apa. Nak lalu kena kemas sekali. SO, sikit-sikit lama-lama sampah kurang lah. Pepatah cikgu malas.

Eh, emak sekarang memang pandai main blackmail orang. Kalau beliau nampak anak dara ni macam malas-malas saja akan keluar lah ayat yang berbunyi, duduk je lah depan TV tu. Duduk. Esok tahu-tahu je majlis dah dekat, duduk je lah situ. Kita buat majlis depan TV. Perghhhh, menitik air mata. Tajam mentusuk kalbu betul lah ayat emak. Insaf

Nampak ada orang rajin di situ.

Masa kemas-mengkemas macam ni lah akan bertemu dengan segala harta karun turun temurun yang tak tahu motif menyimpannya dulu kala. Ingat nanti boleh masuk kategori vintage ke apa pastu  berlagak-berlagak boleh lelong dekat e-bay dengan harga tinggi-tinggi lepastu Yeahhh, Aku Kaya!!!

Bracelet LOVE from Vincci
HAHAHA
bagi nama taknak kalah saja

Rantai from Tahmanatah.
Habis diamond semua dah tercabut-cabut
Nak juga lelong dekat E-bay
HAHAHA

Ok, dah tu je

4 feedback:

Nurul Aima Hj Kaim said...

hoh ada fight dngn rumah akak sekarang ni..mmg mcm tongkang pecah nak repair sn sini lg sebulan adik akak nak kahwin tah sempat ka x nak clear semua wuwuwuwu

MasZuber said...

abis dah kemas?

cik fiza said...

tahap kerajinan yg tinggi.. bagus2.. semangat ini yg kita cari :)

Poyaty said...

kak nurul -hahaha, sebulan lagi. uikk, x tido malam la kak camtu nk kemas. hihi

kak mas - baru siap sebahagian

fizzie - terpaksa. huhu