Saturday, December 31, 2011

Farewell 2011 and Hello 2012

2011 adalah tahun paling manis dan paling magis (bukan typo, di Indonesia Magic itu disebut Magis. Tak bukan manggis T__T)

Ia jadi magis bila secara tiba-tiba kekasih ajak kahwin di hujung 2010. Dah la bila mula-mula ajak kahwin, perkara pertama yang kami cari adalah katil. Nampak sungguh tidak sopan disitu. Tapi, haruslah ada cerita disebaliknya. HAHA.

Secara tiba-tiba juga kami bertunang pada bulan April. Padahal takda dalam planning langsung. Itulah yang dikata "Bila dah jodoh" semua jadi sepantas bullet. Dan selepas berdrama sana sini, akhirnya jadi lah kami sepasang suami isteri. Akhirnya tauhu, selepas 8 tahun peram tauhu (?)

Mana magisnya? Magis lah, dulu cik seorang diri, kini puan dah berdua. Eh, aku ni sebut magis banyak kali dah nak jadi bunyi najis dah. Euwww.

Apa lagi pencapaian puan selain dari dapat seorang suami?

Saya dapat turunkan berat badan. hewhewhew. Total up to 5KG. Tapi sekarang dah gain 4KG's back. SO what's the point? The point adalah aku nampak kurus di hari perkahwinan lah. Tu je target aku. KAHKAH. Gila.

Jadi, bila berat dah naik 4 KG maka baru lah aku boleh buat azam 2012 iaitu menurunkan semula berat badan. HAHA, kalau kurus terus nanti aku tak punya azam untuk 2012. Alasan huh?

Lagi cerita manis 2011, 1st time travel oversea tanpa family tapi bersama suami, 1st time pi Phuket (ini akan direview later) 1st time memiliki BB, 1st time juga memilik Coach (buhbye GUESS. Berlagak? PANGGG!). Oh, banyaknya 1st time di tahun 2011.

Tapi, di tahun 2012 esok juga menyaksikan saya bakal tidur seorang diri selepas 1 bulan lebih berkahwin. Tak, aku tak nak cakap sedihnya, takda bantal peluk ke, takda teman seselimut sebantal ke. Aku tak nak cakap itu. Aku rasa terlalu dalam kelambu bercakap tentang itu. But I just did? Did I? HAHAHA.  Aku cuma mahu cakap, takda orang nak bacakan doa sebelum tidur supaya aku tak mengigau yang bukan-bukan T____T

Doakan saja suami berjaya. Moga 2012 memberi lebih rezeki dan happiness kepada kami. Rezeki anak itu yang di pohon siang dan malam.

AMIN, hopefully tahun 2012 membawa lebih manis dan lebih magis lagi. Magis la magis, bukan najis.

Friday, December 30, 2011

Amarah dan Emosi

Bila sedang di baluti emosi marah, memang rasa nak cakap (atau tulis) saja apa yang terbuku dihati. KALAU BOLEH. Tapi, Istighfar, Istighfar.. syaitan sedang mencucuk hati dan minda biar kita meroyan bagai manusia hilang akal. Mungkin perasaan amarah sedang di sokong oleh hormon tak stabil seorang wanita. Jadi, can you blame it on me? no?

*breathe in, breathe out*
Fuhhhh (mode tenang)

Aku tak peduli kalau ada yang mahu terasa. Sebab sekarang aku rasa geram sampai nak tumbuk orang. Jangan jadi pengecut, baling batu sembunyi tangan. Jangan lupa daratan. Jangan jadi Kaduk naik junjung. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Kalau kau benar-benar dewasa, tunjukkan. Jadi contoh yang baik pada semua bukan jadi batu api lah oii. Hasut orang sana-sini. Bawa mulut macam Mami Jarum. Blerghhh.

Ya, doa insan yang teraniaya, Insha Allah Tuhan perkenankan. Kalau berasa diri terlalu hebat, sepatutnya lebih tunduk ke bumi, bukannya terus menongkat langit. Saya percaya dengan Qada' dan Qadar Tuhan. Bukan selamanya kita hanya boleh duduk di atas, tiba masa, rasa lah kau duduk bawah tempurung. Eh, itu katak. Kau duduk lah bawah mana kau suka.

Sedarlah, perlakuan dan perkataan kau telah menyakitkan hati insan lain. Diam tak bererti kalah, dan menjeling serta sebarkan fitnah tak tentu hala tak bermakna kau dah menang dan hebat. Eh, orang hebat tak perlu buat macam tu untuk tunjukkan kehebatan. Kan?

Cantik nau mata kau tu. Korek nak?

Thursday, December 22, 2011

Tetamu Dari Seberang Laut

As we grow up, we realize it becomes less important to have a ton of friends, and more important to have real ones.

 BJ's family from Limbang, Sarawak.

Siapa BJ?
Bj adalah best friend hubster waktu di UTM.

Macam mana kami boleh jadi rapat?
Dahulu kala, waktu kami dilanda tsunami, BJ dan GF beliau Leen (duduk belah kanan mama) yang banyak tolong saya, bagi support segala. Ok, lets not dwell on the past. Jadi, we become close. Kemudian, waktu family BJ from Limbang datang semenanjung, mereka teringin nak ke Melaka, jadi saya dan hubster yang bawa mereka pusing-pusing sana. Kebetulan Makcik Maznah, Mak BJ pun seorang guru, memang jadi lah. Since then we always keep in touch di FB.
Macam jawab soalan pemahaman dah

Walaupun mereka datang Jumaat malam sebab BJ tak dapat cuti dan perlu balik semula ke Sarawak keesokan harinya, still, we feel honored. Dari Limbang ke Kuching perlu naik flight and from Kuching ke KL dah cerita lain pula. Memang terharu sangat.

Sampai-sampai di KLIA, mereka terus menuju ke rumah in law. Penat dan letih semua tolak ketepi. Mereka sampai dulu sebelum saya sebab saya balik rumah tukar baju segala. Saya sampai saja, Makcik terus peluk cium saya. Makan-makan, sembang-sembang. Mereka sekeluarga sangat peramah. Even baru jumpa beberapa kali, tapi memang dah rasa macam satu family.

Lepastu Makcik hadiahkan saya gelang dan brooch mutiara Sabah. Beliau siap nak pakaikan lagi T___T

Baru sudah acara pakaikan gelang

Makcik, yours truly, Adik BJ dan Leen

Dah lah datang dari jauh, mereka siap bawakan hadiah set pinggan mangkuk dan set teko plus gelang mutiara lagi. Hubster dah geleng kepala saja. Kita kena kumpul duit ni, kalau BJ kahwin tahun depan, wajib pergi. Muka isteri dah glowing habis kalau dengar pasal berjalan. HAHA.

Kawan baik selamanya. HAHA

Kenangan

Leen dan BJ ambil berkat. HAHA

Sampai jumpa lagi makcik dan pakcik :D
Rasa terharu sebab Makcik dan Pakcik sekeluarga sanggup datang dari jauh untuk meraikan kami.
Thanx BJ walau ke Semenanjung hanya untuk sehari.
Thanx Leen sebab sudi datang :D

Tuesday, December 20, 2011

Birthday Celebration with New Family

New chapter, new age, new family.

Sambutan ulang tahun tempoh hari jatuh pada hari saya di rumah in law. Lepas dapat ucapan tahniah dan hadiah, siap-siap nak pergi wedding Lienda, suami jatuh sakit. Pening kepala, muntah-muntah kemudian tak larat nak jalan. 

Saya sedikit kecewa sebab itu lah wedding pertama kawan-kawan yang saya nak attend secara husband and wife. Jadi, suami tinggal dalam kereta, saya berlari-lari mendapatkan kawan-kawan. Peluk cium secara laju, tengok lienda sanding secara laju, makan secara laju dan baibai secara laju. Semua buat laju-laju.

Sampai di kereta suami dah basah lencun sebab berpeluh sakan dan lembik, saya dah naik cuak. Saya selalu doa suami tak sakit sebab saya tak tahu cara macam mana nak jaga T___T

Saya drive laju-laju balik rumah. Lepas buatkan milo dan ambilkan nasi, sapu minyak angin segala, saya pun tertidur sebelah suami. Sambil tidur sambil sedih sebab di hari ulangtahun suami tak dapat hiburkan saya, saya yang kena jaga suami.

Bila petang, suami macam bertenaga, PIL kata kita tak payah keluar dinner lah since suami tak sihat, tapi suami insist nak pergi celebrate juga.

Lepas solat semua, kami bergerak sekereta pergi makan. Sampai tempat makan, teka saya jumpa siapa. HAHA. Saya jumpa pengantin baru siang tadi. Lienda makan bersama keluarga besar di situ juga. Berpeluk-peluk sakan macam lah siang tu tak jumpa kan? Biasalah, kalau dah jumpa ahli persatuan, suka nak eksaited lebih.

Kami pengantin baru.
Ok ok tak, saya pengantin baru sebulan T___T

Mak mertua order sampai nak penuh meja, lepastu saya disuruh habiskan sebab saya birthday girl. Nasib lah Along membantu. Kalau tak, pengsan!

Lepas makan, suami dengan Along nak pi Shah Alam Mall sebab saya teringin sangat kek Baskin Robin. Konon-konon suami tak bagi ikut sebab nak buat surprise. Tapi kalau dah dasar muka tembok, tetap juga mahu ikut.

Sampai di BR, mereka tengah mop lantai, saya cepat-cepat cakap nak beli kek sebab takut kempunan. Nasib baik boleh. Jadi, sesi mencari kek pun bermula.

Tertonggeng-tonggeng pekerja BR ni cari mana satu kek dalam tu kek coklat

Customer terakhir yang bertuah. KAHKAH

Sampai rumah, suami pergi siap-siapkan semua. Saya tolong ambil piring je. HEHE


Lepastu kami gather di bilik TV untuk acara potong kek. Along yang jadi fotografer tak rasmi.
Birthday girl dengan kek BR yang dia ingin sangat tu. HAHA

Birthday girl dengan suami yang dia ingin sangat tu. EH? HAHA
Hari tu potong kek guna pedang, hari ni potong kek guna pisau plastik T__T

With my new family. Tapi tak cukup sebab ALong yang tukang ambil gambar. HAHA

Kek itu MashaAllah punya keras, tak daya saya nak potong. Jadi, apalah guna ada suami kalau beliau tak tolong saya mempotong kek.


Tapi, beliau sendiri tak larat nak potong, keluar segala urat tangan, muscle-muscle yang tak berapa nak ada tu. KAHKAH.

Begitulah kisah peranten baru sambut ulang tahun. Walau simple tapi mestilah sangat meaningful sebab 1st time sambut dengan seorang lelaki bergelar suami. Apa wish saya waktu tiup lilin? Mestilah rahsia. KAHKAH.

Thursday, December 15, 2011

Review : MUA for Resepsi & Bertandang

Sebelum blog tergendala untuk beberapa hari, sebab pulang ke rumah in laws maka saya harus post satu entry. Macam addicted gila bila dah mula update blog, nak update saja selalu. Super fun!

Yang ini review untuk make-up waktu majlis resepsi di rumah dan bertandang. Dah cerita seploh kali rasanya kenapa saya nak sangat ambil Kak Kelrina untuk make-up kan yada yada yada...

Dan hasilnya sangatlah menggembirakan. HAHA. Mereka kata make-up bahagian mata sangat cantik. Nampak nau diri ni kurang cantik, mata je yang orang nampak cantik T__T. Ok takyah nak touching-touching sangat lah. Nah, tengok gambar

Resepsi 13/11/11

Bertandang 20/11/2011


Pic credit : FB Kak Kel

Kak Kel sangat kelakar, friendly dan suka gelak dengan suara beliau yang ala-ala Ella tu. Her daughter pun sangat comel. Beliau tak bising-bising walau saya lewat setengah jam waktu di dewan. HEHE. Sorry Kak, busy nau waktu tu. Waktu di dewan tu, bukan saja touch up pengantin, dengan pengapit lelaki dan MIL pun Kak Kel touch up without any charges. Baik kan

Beliau kata rate beliau takkan naik dah lepas ni sebab beliau kesian dengan yang ada budget rendah, tapi nafsu taknak kalah macam yours truly ni. HAHA. Sekarang rate Kak Kel RM 900 untuk area Klang Valley. Syukurlah daku tempah awal, dapat murah.

Waktu majlis di rumah, Kak Kel pakaikan 2 layer saja bulu mata palsu tu, waktu di dewan sampai 3 layer, nak buka kelopak mata punya la payah. Sudahnya aku ni nampak cam pengantin nak tidur. HAHA.

Majlis Bertandang



Dari Lensa OP. Cam Cik Joyah lah gambar last ni T___T

Wednesday, December 14, 2011

Review : Make-Up Artist (MUA) for Nikah

Bismillah.

Semoga penulisan kali ini tidak hanya sekerat jalan. Maaf pada yang menunggu. Ok, tak tunggu takpa, saya sengaja-sengaja perasan ada yang menunggu. Ye, kesihatan saya merosot secara tiba-tiba sewaktu honeymoon hari ke-3. Tapi itu bab lain, jangan jadi kan entry ini sepinggan rojak boleh OK.

Atas permintaan bakal suami (waktu itu) dia tak mahu saya di make-up kan oleh lelaki, jadi untuk majlis pernikahan tempoh hari, saya telah hired Kak Anis from Anis Finese Touch untuk menata rias wajah innershine ni. Saya minta Kak Anis make-up sweet-sweet dan pink-pink just like yours truly. Pffftt. Ini lah hasilnya

Before

After

Pic Credit : FB Kak Anis

Memang transformasi 360 darjah. Gila skema. KAHKAH. Dari buruk sikit-sikit terus jadi errr, cantik kot. *Pang*.

Rate Kak Anis untuk majlis nikah ni RM500. Tak tahu lah kalau sekarang sudah naik harga. Do ask Kak Anis ya. She's nice dan datang sangat awal. Jadi, memang tak risau MUA tak show up or ganti dengan orang lain ke apa.

Ini lah dia Kak Anis

Beliau even tolong saya tutupkan rambut bila OP dan OV datang secara tiba-tiba. Dan tolong saya pakai baju juga. Rasa tak kekok sebab sama-sama perempuan kan. HAHA. Thanks Kak Anis sebab buat saya nampak sweet muwit. 

Dari lensa OP. Muka excited tengok bakal suami (waktu tu lah) HAHA

Tuesday, December 13, 2011

List of Vendors

Saya tak tahu nak mula dari mana, Eh, apa tak tahu pula, lupa lagu Raihan lettew. Di mulakan dengan Bismillah. Baiklah, baik.

Saya mulakan review wedding saya dengan list of vendors terlebih dahulu. Takda idea sebenar cerita, bila tengok Tatie update list of vendors beliau, maka saya harus buat satu juga. Untuk membantu kepada yang wonder. Here they are:

Kad Kahwin
Amazon Card Shah Alam (free bunting and boxes)

Make-Up Artist
Nikah - Kak Anis from Anis Finese Touch [FB]
Resepsi & Bertandang - Kak Kelrina from Kelrina House of Fashion [FB]
Malam Berinai - Eynna from Elianto

Official Photographer
- Redza dan Botak from Deryanz Colour [FB]

Official Videographer
- Abg Sabirin from Dosh Production [FB]

My Attires
- Material from Jakel
- Norhalim Bridal Boutique [FB]
- Aliaa Farhana (Veil Nikah & Aksesori) [FB]

Hantaran Maker
Iryani Azlan from The Craft Potion [FB]

Catering
Akad Nikah & Malam Berinai - Nassir Catering
Resepsi - Nurul Izzah Catering [FB]
Bertandang - Kuzie Catering

Pelamin
Resepsi - Merisik Gallery [FB]
Bertandang - Norhalim Bridal Boutique [FB]

Handbouquet
The Craft Potion [FB]

Shoes
Nikah - URS
Resepsi - Sembonia
Bertandang - Norhalim Bridal Boutique

Canopy
Nurul Izzah Catering

Guestbook
Creative by Lynda [FB]

Easel & Photo Canvas
The Photobooth Corner [FB]

Guestbook Corner
DIY

PA Systems
Nurul Izzah Catering

Bride's Room
DIY

Bunga Manggar
DIY

Payung Lace
Ren-da Bellezza [FB]

Bantal Nikah
Kina [FB]

Signage Guestbook & Landmark Print
Zimie [FB]

Candy Buffet
Sponsored by The Craft Potion

Doorgift
Boxes - Sayangku Klang
Kek Buah - Homemade from Tanjong Karang
VIP - Kek Lapis Sarawak by Kak Rini Kajang
Friends - Kacang Tumbuk from Elya Jonaidi [FB]
Boxes - Thank Q Nilai 3

Credit to Tatie :D

Monday, December 12, 2011

Happy 1 Month dan Review

I can't believe this. Time flies so laju. Pejam-pejam celik, pejam lagi celik lagi dah sebulan saya jadi isteri.


Antara pencapaian-pencapaian selepas sebulan berkahwin :
  • Suami sudah naik berat badan sebab muka beliau dah semakin berisi bersama perut yang sedikit ke hadapan. Bila orang cakap, beliau denied gila-gila (tak boleh terima kenyataan), tapi bila beliau duduk sorang-sorang sambil pegang perut dan berkata, kena sit up ni. LOL
  • Berat badan saya tak berubah, tapi lemak saya bertambah. Kau faham ke aku cakap ni? HAHA. 
  • Every morning akan bangun pagi dan terus turun ke dapur untuk buatkan air Nescafe suami. Dah takda dah istilah tidur balik. Beliau ketagihan caffein yang serius. Satu hari harus pekena Nescafe 3 kali. 
  • Saya pernah masakkan nasi goreng buat suami secara solo tanpa bantuan ibu. Itu pun terlembik sebab nasi dah lembik aku tambahkan telur, bertambah lah lembik. Ni nasi ke bubur? HAHA
  • Saya menguruskan pakaian suami secara total. Maksud dia, basuh, sidai dan melipat aku buat sendiri. Tapi kalau di rumah saya sendirilah. Kalau disana, saya tak sempat buat semua. HAHAHA
  • Baru berkesempatan pergi dinner dan menonton wayang sekali sahaja. Tengok Breaking Dawn midnight, saya punya lah feeling-feeling waktu mereka pergi honeymoon, yang suami sudah krohh kroooh hanyut dalam mimpi. Blerghh.
  • Sudah mengunjungi klinik sekali, hospital sekali dan rumah urut sekali. Tempat orang mengurut maksud dia. Sebab sejak lepas kahwin, both of us selalu tak sihat T___T. Badan sedang cuba adapt dengan benda baru maybe.
Err, apa lagi. Tak boleh fikir dah. Oh, nak ucap terima kasih kepada yang hadir waktu majlis kahwin dan yang buat review. Thanks so much. Antara blogger yang hadir tempoh hari
1. Gadis Bunga
2. Kak Mas Zuber
3. Warlord

Geng-geng BBF Fariza, Haliza, Ryn, Laila, Zimie, Lienda, Fira, Amy, Lisa, Uya, Raden dan yang datang belah bertandang Emi, Suria, Kak Nawal dan Kak Moose. Yang kirim hadiah Lyana dan my silent reader, Sue. Thanks sangat-sangat. Tak tahu nak ucap macam mana, memang terharu dengan kehadiran kalian. Pada yang mendoakan pun saya nak ucap terima kasih dan amin atas doa-doa kalian.

Antara reviews on my wedding, kalau ada yang termissed tu, do tell ya. Saya sangat hargai.

by Zimie

http://amyfahmi.blogspot.com/2011/11/their-big-day.html
by Amy Fahmi

http://frzminside.blogspot.com/2011/11/weddings-on-weekend.html
by Fira

http://frzminside.blogspot.com/2011/11/7-years-n-counting.html
by Fira (bertandang)

http://krlisa2011.blogspot.com/2011/11/of-weddings-fiena-and-yati.html
by Lisa


http://dia-honey.blogspot.com/2011/11/bbf-wedding-hidayati.html
by Raden

http://sorbetpurpleandbabyblue.blogspot.com/2011/11/blogger-wedding-fiena-yatie.html
by Lienda

http://makberuang.blogspot.com/2011/11/ikan-paus-melawat-mami-kari-bersama.html
by Kak Nawal (bertandang)

http://thealiaa.blogspot.com/2011/11/to-my-sims-social-virtually-sister.html
Ucapan khas dari Kakya (macam ucapan khas PM dah)

Terima kasih again and again!

Saturday, December 10, 2011

I am 26

and am married....

Nothing more I could asked from God. I have my loving husband who loves me unconditionally. I have families and a few friends that I can rely on. I am blessed. 

Terima kasih Tuhan atas kurniaan dan rahmat selama 26 tahun hidup. This year is the greatest among all.

Pagi-pagi tadi sudah terima ucapan tahniah dan hadiah berupa envelope dari in laws. Belum sempat buka lagi apa isi dalam, suami sudah minta cukai 20%. Heh, dasar. Hadiah perkahwinan tempoh hari dari mereka pun belum diguna pakai lagi. Ya, hadiah perkahwinan juga berbentuk envelope. Saya suka hadiah envelope nowadays. HAHAHA. In laws juga menyelitkan ucapan, dapat anak cepat-cepat. Harap kami faham mesej itu. LOL

Hadiah dari suami? Suami itu sendiri adalah hadiah yang tidak ternilai. Jadi, saya sudah tak mengharap apa-apa. Kalau ada apa-apa itu rezeki terpijak nama dia. HAHA

Malam ini akan pergi celebrate dengan keluarga in laws dulu, nanti bila adik beradik saya dah cukup semua, baru kami akan celebrate lagi sekali bersama keluarga sendiri. Seronok bukan? keluarga bertambah, celebration pun haruslah bertambah.

Kau tengoklah, niat di hati sebenarnya mahu buat ayat kesyukuran barang sebaris dua, sekali dapat hentak keyboard, berbaris-baris ayat yang keluar. Tapi, anggaplah ianya hadiah ulang tahun dari saya sebab saya dapat taip banyak baris semacam ini.

Bila sudah memasuki fasa wanita dewasa. Saya harap peningkatan umur selari dengan kematangan saya. Semoga saya matang. KAHKAH. Hoi, ini bukan ayat kelakar. Tapi saya rasa nak tergelak. Ok,ok Saya dah dengar suara ibu mertua tanya "Dah siap?" Saya belum siap.

Ok bai bai bai

Sunday, November 27, 2011

Akad Nikah - Highlight

Sebelum pergi honeymoon, saya takkan tinggalkan belog sunyi sepi dan kering kontang. Nah, video yang saya akan tonton seratus kali sehari seumur hidup (exaggerate)




Hidayati & Farhan - Akad Nikah-highlight 121111 from Dosh Productions on Vimeo.


Playback ini Abang Sabirin from Dosh Production buat untuk ditayangkan waktu majlis resepsi pihak lelaki. Lagu Pasha dan Adele memang dah jadi pilihan sejak zaman tok kaduk. SO, bila Abang Sabirin tanya nak guna lagu apa, laju je jawab.

Masa 1st time tonton video ni waktu ditayangkan dalam Dewan Jubli Perak depan seribu orang. Kiri kanan penuh VVIP, tapi saya terus capai tangan suami dan pegang erat-erat sebab perasaan itu tak tergambar. Video dengan lagu macam seiring dan sangat menyentuh tangkai jantung dan ulu hati. Dah, dah sebelum lebih parah ayat novel keluar disini.Enjoy the video

Friday, November 25, 2011

Kehidupan Isteri yang Bakal Gemuk

Mahap la semua mahap. Email dan inbox FB dah di banjiri soalan itu dan ini. Oii, kata nak update waktu school holiday? Memang lah nak update, tapi internet di rumah in laws tak mengizinkan saya update. Pakai internet from blackberry suami saja, MashaAllah, siput pun lari lagi laju. Saya memang tak boleh tolerate dengan internet kalau macam siput, nanti asik nak memaki. 

Beginilah keadaan newly weds yang homeless. Makan tengah hari dirumah emak sendiri, makan malam di rumah mertua, tidur dimana-mana yang kami suka. To be fair, last week seminggu dirumah sendiri, jadi minggu ini di rumah mertua lah saya.

To be honest, saya bakal gemuk berlipat kali ganda kalau berterusan dirumah in laws ini. Bagaimana tak gemuk. Bangun pagi, makanan dah siap terhidang, nak tengok TV ada yang buka dan matikan siap pasangkan kipas segala. Nanti dah bosan tak tahu nak berbuat apa, saya pergi tidur, nanti bila bangun disuruh makan dan makan lagi sampai ke malam. Begitulah aktiviti isteri jika duduk di rumah mertua. Itu pun nasib baiklah baju kotor saya hangkut ke rumah emak dan basuh sendiri sebab kalau tak baju pun orang basuhkan. Lucky? no?

Itu adalah penyumbang kepada kenaikan berat badan nama dia. Duduk dalam rumah semata sebab suami sibuk dengan pekerjaan. Saya sibuk makan. Blerghh, apa nak jadi dengan aku ini? Nak upload gambar pun boleh bikin hati remuk. Lebih baik saya tidur. HAHA

Cuma ini yang saya dapat kongsikan sebab banyak perkara dan review tersimpan dalam draft. Nanti kalau internet sudah laju bak halilintar, segala draft akan keluar. Tak sempat nak ucap terima kasih pada yang datang dan review majlis saya. Nanti lah!! Mari sama-sama tuding jari dan senyum sinis pada internet T___T

Saturday, November 19, 2011

7 days ago

I am anxiously waiting for the moment of ijab dan qabul.



Dan kini sudah 7 hari menjadi isteri. Perasaannya sungguh luar biasa.


and I enjoyed every second of it 

Wednesday, November 16, 2011

Menyandang Gelaran Isteri Kini; Alhamdulillah

Syukur pada Tuhan, atas izin-Nya, sudah genap 5 hari bergelar isteri.

Kenapa dah 5 hari baru nak update? 

Takkan kau harapkan, lepas-lepas nikah straight away buka lappy update belog? HAHA. Lagi-lagi bila hubster sangat cemburu jika saya mendahulukan benda lain dari beliau. Nanti hubster kata, cukup-cukuplah dah berapa tahun dah hadap belog je, dah dapat suami pun nak hadap belog lagi?

Tak boleh ingkar arahan suami, nanti Allah murka. Dah ada suami, kena la hadap suami pula. Gila taknak hadap, 8 tahun menunggu saat dan ketika ini. HAHA

Baiklah baik, saya faham, anda sangat tak hingin nak baca ayat lintang pukang cerita perasaan lima nam para. Kami nak review oii, review. Perghh, tak menyabar sungguh kan? 

Saya akan review sebaik sahaja cuti sekolah bermula sebab bila cuti sekolah, suami kerja, jadi isteri takda pekerjaan di rumah. Haruslah pekerjaan diisi dengan menghapdet belog sekerap mungkin. HEWHEWHEW.

Nah, gambar sekeping untuk tatapan bersama. Harap suka.


We are husband and wife now...

Friday, November 11, 2011

JEMPUTAN UNTUK SEMUA (PETA DAN ATURCARA)

Kepada yang tak mendapat kad undangan, sama ada saya ter miss atau posmen mogok, saya kurang pasti. Tapi kalau takda kad nak datang, bawah ni ada peta untuk memudahkan semua. Jemput, jemput. Takyah malu-malu. Saya tak makan orang. SEMUA DI JEMPUT HADIR

Aturcara majlis

SABTU - 12 NOVEMBER 2011
MASA - 11.00 PAGI
MALIS - PERNIKAHAN
TEMPAT - MASJID RAUDHATUL MUKMININ, SG PINANG

AHAD 13 NOVEMBER 2011
MASA 11.00 - 4 PETANG
MAJLIS - RESEPSI
TEMPAT : NO 16, JLN LABIS 104, TMN HJ ISMAIL, KAW 19, 41400 KLANG

Thursday, November 10, 2011

Semua Ada Disini

Alhamdulillah

Lately memang banyak abang posmen singgah rumah. Macam-macam parcel dah masuk. Haha. Kadang-kadang rasa rumah dah macam store pos laju. Kuikui

Starting from Spanx yang di purchase from Kerry sudah selamat sampai. Risau oh kalau takda spanx. Nanti tak tahu nak sembunyi spare tyre kat mana.

Lepastu signage from Zimie dan pillow cases from Qistin pula sampai serentak. Kalau tak sarung bantal tu Qistin boleh deliver 15.11 sebab beliau kerja. Tapi saya insist mahu this week juga and luckily Qistin usahakan supaya saya dapat sarung bantal on time. Thanx Qistin.

Malam Selasa tempoh hari pula Diba bersama tunang dan adik-adik datang rumah deliver easel dan print canvas. Saya sukaaaaaa sangat. Nanti tengok lah di guestbook corner saya :p

Kepenatan berlipat ganda dapat malam tadi, dari pukul 8 keluar, balik tepat 12.30 tengah malam. Tapi kami bukan berdua sebab the elder sudah tak bagi keluar berdua. Along menemani.

Dari ambil baju di kedai H, Seksyen 7 terus ke Kerinchi untuk ambil alas nikah Kina yang besar sangat. Tersepit daku di belakang. Terus ke rumah Anil, owner Renda Belleza untuk ambil payung lace di Alam Damai dan last sekali ke Jusco Maluri untuk ambil tudung from Kak Hawa, owner Koleksi Vispera

Penat baca? Yang tulis pun penat same. Tapi, nak kahwin tak penat tak thrilled lah.

Saya dah mula cuti mulai hari ni sampai la selasa depan. Hewhewhew. Dan hari ni adalah spa day. Oh, tak sabar mahu dimanja-manja.

Semua akan direview selepas majlis tamat :p

Ok tamat.

Tuesday, November 8, 2011

Tq Tag and Boxes In The Making

Baru lepas collect Tq Tag dan Guestbook from Lynda. Walau jumpa rushing-rushing dan beliau mahu cepat, but am happy coz hasil kerja beliau sangat superb.

Thank you Lynda. Lepas kahwin saya review secara detail. Sekarang semua pun macam tak sempat. Sebab seperti yang anda lihat, ada berbakul-bakul lagi kotak yang saya kena sarungkan tq tag. Sekian

Monday, November 7, 2011

Bilik In The Making

Thanx to emak yang sudi basuhkan balkoni, sapu dan mopkan lantai. Saya tak tahu apa nak buat tanpa emak.(Ah, mula dah keluarkan ayat-ayat emosi. Tak lama lagi dah tak jadi anak gadis emak) SOBS

Thanx to abang ipar sebab tolong pasang langsir, catkan tempat aircond lama dan pasangkan rak untuk toilettries.

Thanx to abang demok, kak adah dan kakak gemuk sebab tolong riuhkan bilik dengan bermain angry birds.

Saya? Pasang tikar dan carpet serta membeli fresh flower supaya bilik wangi tak habis-habis sampai majlis.

Saya suka bilik pengantin saya sekarang. Tinggal tunggu roomate baru masuk je Ahad ni. Ehhhh, that soon? Can't wait!!

Hewhewhew

Saturday, November 5, 2011

Korban Darah

Apa yang paling di annoyed kan pada saat dan ketika ini?

Jawapannya ialah NYAMUK.

Panas hati betul bila semua orang potong bawang dengan tenang. Saya seorang diri yang tergaru serupa monkey. Di kaki saja dah berapa bintat dapat.

Semua pun pelik,apsal aku tergaru-garu mcm orang tak mandi ni, apsal di kaki penuh dengan bintat-bintat merah.

Ye tahu darah tengah manis, tapi jangan la pakat-pakat serang aku secara berjemaah. Dekat bilik pun kena, dekat dapur pun kena, tengah tengok tv pun kena. Apa korang dah takda kerja lain ke? Ikut je aku pergi mana?

Eh, apsal marah sangat dengan nyamuk ni? haha, mau tak marah, kaki buruk penuh bekas nyamuk

Seekor nyamuk dah terkorban,aku mintak balik darah aku. Haha

Friday, November 4, 2011

Hasrat Tercpai

Alhamdulillah Alhamdulillah

Syukur sangat hal tok kadi dan tempat nikah dapat diselesaikan. Thanx to Darling Fiance sbb sanggup turun PAID Klang dan pujuk Tok Kadi mintak nikah dirumah.

Sebenarnya takda masalah mula-mula, Ustaz siap minta kalau boleh ada yang menjemput di masjid. Tiba-tiba saja beliau berat hati untuk nikahkan dirumah.

Saya hampir hilang kewarasan (exageratte) siap cakap nak tumbuk Tok Kadi (macam hebat nak tumbuk kadi.KAHKAH) ok tak kelakar.

Jadi Dak Yang pergi menyatakan hasrat hati yang saya benar-benar ingin sekali mahu bernikah di rumah. Ingin rasa belong to somewhere(?)

Masalah kadi selesai, harap tiada mana-mana masalah yang ingin memunculkan diri. Tapi saya kurang bimbang since saya ada Superyang (macam Supermak lebih kurang) Ok tah pape
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, November 3, 2011

Testing

Kalau lah berjaya post entry ni mmg aku hebat
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kemanisan di Kala Senja

Ehem, maaf jika entry sedikit manis. Maklumlah, darah sedang manis, muka pun tengah manis, semua yang terjadi pun manis-manis belaka lately, 8 hari lagi akan terjadi event dan sejarah termanis seumur hidup. Cakap manis lagi sekali, kami lempang. Ok ok

Cerita dia macam ni
  •  Saya sibuk seharian di sekolah sampai tak ingat nak pegang handphone
  • Bila Maghrib, macam biasalah, nak hantar report harian kepada Darling Fiance
  • Telefon takda line.
  • Mula lah nak memaki DiGi. On, off, on, off sepuluh kali, line tetap takda. Teruknya DiGi ni, bukannya hujan lebat sangat pun sampai takda line
  • Saya pun turun untuk mendapatkan telefon rumah
  • Keluar pintu bilik, dengar telefon rumah ringing and dengar ada bunyi kereta diluar
  • Saya lari cepat-cepat angkat phone sambil buka pintu rumah
  • Tiba-tiba Darling Fiance tercegat dalam kereta di luar pagar (?)
  • Beliau minta hard disk beliau semula
  • Bergegas lah naik semula, menyarung jubah dan tudung dan berlari bawak hard disk dalam hujan (Hindustan sangat)
  • Terus mengadu, tahu tak Digi @#$%^&* takda line?
  • Tahu! Pendek saja beliau jawab. Aik?relax je?
  • habis macam mana?!!
  • Nah, ambil ni *bagi satu paper bag coklat* bukan paper bag isi coklat lah hoi
  • Apa ni? Buat-buat tanya, padahal dah dapat teka lepastu buat-buat terkejut.
  • Nampak kotak hitam lalu terus terharu, teruja macam nak menangis *Panggg!!*
Rasa romantik sungguh tak kronologi di atas? Kalau cakap tak, boleh keluar sekarang!


HEWHEWHEW
I love big black box with blackberry inside and I love you even more sayang!!!

Wednesday, November 2, 2011

Progress - 9 Days Left

Oh oh oh, for real kah?

Ok, mari lihat apa yang sudah settled

  • MG sudah hantar sketch pelamin dan saya sudah minta penambahbaikan here and there. SO, anggap pelamin anganku settled. Simple dan cantik dan saya suka. Modern Vintage :D
  • Wakil NIC dah datang untuk tengok dan susun kedudukan khemah macam yang saya mahu. Harap takda masalah dengan ini since dah tambah 4 orang kakitangan lagi.
  • Semua barang-barang hantaran dah selamat di hantar kepada Yanie from The Craft Potion untuk sesi gubah-menggubah and all. AHAHAHA, Yanie comel gila bila cakap non-stop. 
  • Veil yang dinanti sudah ada dalam almari. Happy. Sebab warna dia sama dengan baju, Harap menjadi cantik seperti previous owner. Eh eh, prev ke? memang carik matik. HAHAHA *waves mak budak*
  • Saya mempunyai 3 pasang kasut : nikah, sanding, hantaran. Tu belum campur kasut untuk majlis bertandang. Emelda Marcoss sangat.
  • Kacang tumbuk from Elya pun dah selamat sampai. Mengangkut 11KG kacang tumbuk di Mid Valley adalah cabaran!
  • Kotak-kotak silver sedang dalam proses pembuatan. Baru siap suku, macam nak muntah juga nak siapkan 800pcs
  • Langsir yang super simple tu dah siap, belum pasang lagi.
  • Baju emak, adik beradik perempuan dan baju malam berinai semua dah siap and total damage RM6++. And FYI, emak yang punya baju paling banyak dan paling cantik TSK
  • Paper bag untuk doorgift hari nikah dan untuk ahli marhaban sudah siap di beli bersama bekas plastik untuk diisi pulut kuning dan rendang.
Ye, setiap update takkan disertakan gambar rajah sebab haku sudah jadi pemalas. Memang bukan malas dari dulu ke? Bleerghh

Saturday, October 29, 2011

Kepenatan dan Ketenangan Yang Di Cari

Ya Allah, Tuhan saja yang tahu betapa lelah dan letihnya badan ini. Terlalu lelah sampai tak lalu makan. Scratch that. Makan banyak sangat sampai lelah. Ok, sounds better.

Seharian ini ke hulu hilir. Dari Shah Alam ke Kota Damansara. Dari Pameran Pengantin membawa diri ke The Curve. Penat, memang penat. Tapi, I have no choice. Saya perlu independent. Saya harus bergerak solo since Darling Fiance got himself more important things to do.

Bila penat macam ni, air mata pun berjujai-jujai turun. sedangkan takda apa pun sebenarnya yang nak ditangisi. Akibat badan terlalu penat, otak pun berfungsi secara aneh. Dak Yang tengah menonton bola pun saya nak emosi.

Lalu saya memilih untuk berdiam dan layan emosi aneh ini dengan mendengar lagu POMPA BENSIN. Pergilah dengar lagu tu, memang tak rugi sesen tapi rugi masa kalau kau tak suka. HAHA. Aku mendengar dengan penuh penghayatan sampai pejam-pejam mata sebab nak feel the music and the lyric. Lagi-lagi part Aqasha nyanyi, wallawehh, sampai taknak nyanyi sama sebab nak bawak suara Aqasha masuk dalam hati. Hendsome nya Aqasha. Tetbe.


Dear Hubby-To-Be - Jangan Lupa Namaku

Walau aku tidak bersamamu. Jangan engkau lupakan diriku. Walau aku tiada di sisimu. Jangan engkau lupakan namaku. Kerana. Aku mengingatimu. Kerana. Aku mencintaimu. Andai aku. Bisa bertemumu. Dengan senyum ku tadah syukurku. Andai aku bisa menyentuhmu. Air mata pasti deras gugur. Kerana. Aku merindui mu. Kerana aku sentiasa. Menyintaimu oh sepenuh hati. Walau kamu jauh di mataku. Jangan aku hilang dalam kalbu. Saat kamu samar mengingati. Jangan aku terus kau lupakan. Kerana aku. Sentiasa mengingatimu. Kerana aku. Sentiasa menyayangimu oh sepenuh hati. Andai aku bisa memelukmu. Pasrah aku tabah diujimu. Andai aku bisa dicintai. Dengan rela menyerahkan hati. Kerana. Aku merindui mu. Kerana aku sentiasa menyintaimu


This is not good. He just left a few hours ago and I missed him soooo bad. Am really sucks for LDR nowadays. 8 tahun boleh di tempuh, baru 8 jam rasa nak berguling. Macam mana nak LDM? How can I handle this kind of feeling? Ini bukan mengada lah hoi, you just do not know how it felt T_____T


Nah, dengar lah lagu ni. My new addiction. Lirik plus melodi paling best ever yang kau rasa nak kunyah-kunyah lagu ni sebab kenapa sedap sangat tah. Dedicated to Darling Fiance dengan ucapan, Bila nak balik?!!!

Friday, October 28, 2011

Four Days of Shopping Hantaran Stuff - D2

Day 2

Usai dari Majlis Bertandang my Darling cousin di Concorde, saya bergegas menemui Dak Yang yang berada di Kedai H. Beliau minta datang bawa baju nikah yang tak sempurna itu (malas ingat). Dari sana kami terus ke Shah Alam Mall untuk beli kasut beliau pula. 

Kali ni beliau nekad nak beli terus, sebab beliau dah confirm kasut itu lah yang KJ (Khairy Jamaluddin) pakai tempoh hari. Ye, kasut KJ pun jadi idaman beliau. TSK, Sayang, sayang :P

Tak, bukan yang putih tu. HAHA

Mula-mula ingat kasut tersebut boleh diguna pakai waktu bersanding nanti. Jadi, dah jimat kos beli sepasang kasut saja. Tapi, bila tunjuk FFIL untuk approval, kasut tersebut telah di reject dengan sepenuh hati sebab kasut tu macam err, takda tumit. HAHA. Haruslah pergi cari lagi sepasang kelak.

Dari Shah Alam Mall terus menuju ke Jusco Bukit Raja untuk mendapatkan barang saya pula.



Saya mendapat idea dari hantaran Dr. Halina yang simple itu
pic credit : google

Beliau menggabungkan perfume dan set skincare sekali. Jadi, anda boleh faham mengapa perempuan ini pun sibuk-sibuk cari Lola dan SKII? HAHAHA, sebab beliau nak feeling-feeling Dr. Halina lah ni :D

Sambil tunggu kakak tu wrapped dan gubah-gubah kan


Hamba Allah ni tidur dengan bersungguh. Kepenatan sangat lettew.

Dari pagi membawa ke malam. Waktu ni (early October) beliau tengah sibuk sendiri kemas dan cat bilik sebelum katil sampai. Sekarang, katil dah sampai dah pun. Kawan-kawan dan nenek pun dah rasmikan dulu. Takpa, takpa.

Eh, nak cakap thanks Auntie sebab secara diam-diam belikan dressing table untuk saya. Kalau ikut Dak Yang, takda harapan la dapat dressing table baru di rumah sana. Beliau kata, letak je barang make-up saya mana ada ruang T__T tapi hanya wanita (auntie) yang memahami hati wanita lain (yours truly) hewhewhew, Boleh la berdandan lama dengan selesa kelak :)

Entry dah terpesong habis.

Hantaran List-Day 2
Kasut for him
SKII for her