Thursday, December 30, 2010

Demam tahun Baru-Tandanya?

Bangun pagi-pagi. pagi betul ni (7.20) Pagi betul kan? kan???!!!

Siap make-up, siap pakai jam tapi tak siap berpakaian. Masalah juga kalau dah iron satu lemari (brag) sampai tak tahu nak pilih yang mana. Cuba kalau tak iron baju selemari (brag lagi) mesti senang je nak cari baju. Issh, jadi rajin (brag, brag, brag!!) pun ada keburukan *PANG!!!*

Pergi meeting bosan, tetiba ada ceramah pasal emas. Lepastu ada ceramah RHB Bank. Eh, sebenarnya pergi meeting atau pergi dengar ceramah?

Menjalankan tugas sebagai PENYELARAS buat pertama kali (clap, clap,clap). I penyelaras tahun 2. Kalau kerja kilang lebih kurang jawatan supervisor. Eh, tapi supervisor tu penyelia. Kalau penyelaras apa? Damn!! terpampang keb*dohan diri. Ish, takleh jadi ni. Nak kena masuk Cambridge ni Yang, penyelaras pun I tak tahu. Wajib dah ni masuk Cambridge yang dekat Setia Alam tu (berkesan tak agak-agak ayat bodek camni?)

Saya adalah CIK PENYELARAS yang kalut. Jadi jangan gesa dan pressure saya. Nanti saya depress dan takmo menjalankan tugas. 

Balik meeting terus hantar adik pergi klinik. Ingat adik serabut tu? Emak kata demam dia mungkin berpunca dari rambut dia yang serabut tu. HAHA, emak suruh pergi kedai gunting rambut terus, tapi saya kata, biarlah, dia dah besar. Takkan gunting rambut pun nak suruh kakak hantar. Tak jantan langsung.

Balik hantar adik, terus balik kampung. Ye, terus. Perjalanan adalah 1 jam lebih sikit. Sampai ke Klang semula jam 6 petang waktu tempatan.

Terus pergi Carefour. HAHA, Busuknya aku, seharian dengan baju yang sama. Pffft.

Lepas mandi dan membersihkan segala, rasa badan seram sejuk, tekak sakit. Dan, ye aku rasa dah ada tanda

Esok...

Nak bersihkan kelas dengan Dak Yang. Err, I tak larat neh, you tolong-tolong mana yang you rasa patut je ( I rasa you patut, lap tingkap, lap meja, pasang lapik meja, balutkan soft board, bersihkan kipas, sapukan lantai. Ha, tu je yang I rasa you patut buat)

I uhuk uhuk, rasa nak uhuk uhuk, demam lah T____T

Wednesday, December 29, 2010

Anugerah

Bila dah nak mula sekolah baru teringatkan pasal Hari Anugerah 2 bulan lepas. HAHA. Saja nak ambil mood persekolahan semula. Kalau ikut hati, cerita percutian lebih menggembirakan. Tapi, kadang-kadang patut dilempang biar sedar sikit, ada tanggungjawab yang sedang menunggu. Adoiila, dah nak sekolah lah. Cuti panjang pun ada keburukan rupanya.

Jadi, tugas saya tahun ini lah yang paling serius. Selalunya jarang sangat dapat tugas yang mencabar neh. Eh, selalunya jarang dapat kerja lah senang cerita. Selalu je takda tujuan. Kali ni bertujuan lah sikit hidup ini. Saya jaga bahagian pendaftaran penerima anugerah. Mencabar sungguh kan? *rasa nak lempang lagi*

 Yang lain-lain hanya watak tempelan
 Bila nak bergambar haruslah semua datang menserbu booth kami


Kerja mencabar ni pada awal pagi je, lepastu dah takda tujuan lah semula. Kesana sini cari rakan gosip. HAHA. Tak tak, I pergi cari tempat VIP makan. Lepas mereka dah selesai makan, I pula lah jadi VIP.

Datin Dot Com

Bila dah makan, energy pun semakin bertambah, semangat nak bergambar terus..

Purple's clan

Baju rasmi sekolah ni terdapat dalam 4 warna menarik. Tipikal wanita yang sukakan warna pink, tapi pink dah habis di rembat oleh guru-guru yang dapat memilih awal, kita sebagai orang yang selalu datang lewat kena akur dengan pilihan yang ada. Pheww, mana lagi nikmat? Datang lambat atau dapat pilih warna kegemaran. Ahh, purple pun nampak cantik gak la. 


Yang kanan sekali itulah pink rebutan ramai. Jadi, anda rasa mana cantik?

A. Kiri sekali
B. The Left One
C. Perempuan yang pandang atas
D. Yang sebelah baju grey paling tinggi

Eh, apasal kuiz kau selalu takda jawapan? Blerrghh.

Hoi, yang serius sangat kenapa. Ini hanya untuk hiburan semata-mata

Back to early 60's
Tarakucha, tarakuchacha



Hasil didikan saya yang berjaya. Alhamdulillah, semoga mereka menjadi insan berguna kelak. Anak murid favorite yang depan sekali ni, kalau tak berjaya memang dah putus kasih sayang semua. HAHAHA

Monday, December 27, 2010

My New Look(ed)

Ini boleh diklasifikasi kan dalam senarai entry kepam. Kalau entry ialah anggur mungkin saya adalah tokey wain sekarang.

Semua kejadian sangat pantas. Okeh, kalau tak faham boleh buku rujukan di SINI

3 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri tempoh hari, baru saja saya memotong dan me-rebonding-kan rambut dan hasilnya sangat mengkagumkan. Weh, tak malu ke kagum dengan rambut sendiri? Jarang sangat dapat hasil yang puas tahap dewa-dewa. Tapi, kali ni macam, sukanya rambut baru. Sukanya rambut baru.

Setelah puas menggodek google, inilah yang nampak paling close with mine

Nak letak yang muka comel saja. Takda pun nak pergi pilih model takda rupa, tapi rambut sangat sama dengan kepunyaan sendiri kan. HAHA. sebab rambut sendiri tak pernah pun sepanjang itu. Eh, kan dah bagitau tadi lebih kurang. Sort of, sort of. Hesshhh.

Rambut tersebut sempat digunakan dalam lebih kurang 3 bulan saja. TSKTSKTSK. Tak, tak I tak nyesal pun Yang sambil kesat hingus. Srooottt.

Di satu petang yang hujan lebat, lepas makan dekat sek 17 gagahkan diri juga redah hujan untuk ke Salon Anura. Thanx Fasya Amir sebab suggestkan this place. Semua orang kat situ like "sayangnya rambut, sayangnya. Cantik lagi ni, kenapa nak potong?". Ehhh, takyah lah sedihkan aku lagi. Potong ajelah. Bukan aku bayar korang untuk sedihkan aku. SOBSOB



Bila sedih dan bosan bergabung, terjadilah aktiviti tak bermoral sangat


Sekarang? Saya sudah kelihatan semacam ini


Anda rasa?

A. Comel sekali
B. Comel Sangat
C. Super Comel
D. Semua jawapan di atas
E. Takda Pilihan Lain, melainkan 4 di atas

HAHA

Di Sebalik Kejayaan Malaysia

Pemain-pemain yang beraksi cemerlang. Dah tentu

Jurulatih yang sangat berdedikasi. Semua orang tahu

Goal Keeper yang, aduhhh cakep banget dong!!

Tapi, ada lagi satu faktor yang semua tak tahu.

Di sebalik kejayaan Malaysia adalah seorang lelaki ini.



Hah, seorang lelaki yang dah berapa bulan tak jumpa kedai gunting rambut milik lelaki sebenar. Sebab dia asik-asik Nampak Unisex Salon tapi emak tak bagi dia masuk. Nanti ada Leng lui cantik picit-picit tengkuk. Hep, emak tak suka, itu dosa.

Seorang lelaki yang dulu mempunyai sebuah cermin mata bapak besar yang mana boleh dikongsi dengan 5 orang rabun. Sebab dah patah frame dia, pergi kedai mintak potong kecilkan sikit. Habis 5 orang rabun dah tak boleh tumpang baca. Sekarang, spec tu milik dia sorang je.

Seorang lelaki yang tak tahu pun jalan dari Klang ke Bukit Jalil, tapi tekad mahu pergi juga dengan bantuan Gogopal yang kadang-kadang boleh tahan juga menipu orang. Lepastu, di seret lah kakak ini sekali. Walaupun sedang berkonflik hebat dengan kekasih, di turut juga lah kehendak seorang lelaki itu. Dengan duit yang tak cukup sebab kawan-kawan kirim tiket tapi tak bagi duit. Kakak ini lah gak yang menghulurkan sekeping note dengan jumlah rahsia supaya kawan-kawan boleh tengok Malaysia kelak.

Dengan pelbagai rintangan, akhirnya..




Yay!! Dia dapat jugak tiket nak pergi tengok Malaysia lawan Indonesia dengan kawan-kawan yang dah dapat tiket tapi belum bayar. Eh, eh. Masa entry ni dah publish mungkin dah lunas lah hutang piutang mereka semua. HAHA. Kakak kau kepoh lah. Tiket RM30 pun nak heboh satu Malaya.

Apa yang kakak dapat? Aiskrim Cornetto Classic dengan peluh sebutir-sebutir menitik. Cuaca adalah HOT!

Tahniah Malaysia. Tahniah Pak Sapam sebab jaga gol baik-baik. Jangan bagi bolossssss!! Bukan bolos saja dinding itu. Itu rancangan memang tak mencabar minda.

Sebab ada seorang lelaki itu sebagai pensokong yang tak berbelah bagi, Malaysia berjaya. Di sebalik kejayaan lelaki itu dapat tengok bola adalah perempuan ini yang tengah tulis blog. Blog ni tak siap pun lagi, tapi dah gigil nak hentak keyboard gak.



Walaupun ada issue peribadi dengan Bukit Jalil ni (dah sesumpah tak ingin nak jejak kaki kemari, bad memory) Tapi sebab kasihankan adik yang serabut tu, temankan jugak lah. Kejadian di atas berlaku pada hari Jumaat yang lalu.

Sunday, December 26, 2010

Under Construction



*New Year*
*New Look*
2011 will be added with a new chapter in my life

2011 is gonna be my year

YAYYYY

apa yang aku merepek tah

Sunday, December 19, 2010

50 Bloggers Diperlukan II

Celik mata terus celik IT. Lepastu, terbaca tentang berita gempak INI. Woww, ini cool. Ada chance nak join komuniti blogger yang cool bersama-sama dengan 100 blogger terdahulu yang cool cool. INI sangat cool. Yess, Mat Kool Mat Kool Kawanku (sambil buat goyang gerudi).

Baiklah, Cut the crap sebelum Tuan Juri angkat kaki dan tarik balik niat dia nak senaraikan kau dalam list cool itu.

Cerpen

Kebiasaannya saya hanya akan jalan-jalan blog (blogwalking) pada senarai blog yang ada disebelah kanan tuan/puan (maaf, jantina juri adalah unknown) Dari mana list itu terwujud? List itu saya wujudkan untuk mereka yang selalu datang dan jadi sangat penyayang dan caring sekali terhadap diri saya. Jadinya secara automatik, mereka adalah kesayangan saya.

Dengan menyertai 100penulis ini mungkin saya boleh tambah kesayangan-kesayangan baru yang cool. Rakan-rakan yang caring juga boleh bertambah. Siapa tahu kan?

Lagipun syarat dia kena aktif, jadi secara tak langsung dia bagi motivasi kalau saya malas. Alamak, kang tergugur dari senarai 100penulis. Tak boleh jadi ni. Pergi update, pergi update. Taip Hai pun kira update kan? Ok itu tak kelakar. Tapi, saya nampak dah juri senyum senget sikit tadi.

Baiklah, sebelum saya teruskan cerpen ni ke perenggan yang 100 dan dia jadi cerpan, saya nak tag 2 orang yang mungkin berminat. Tapi, saya tak tahu sama ada mereka sebenarnya dah tersenarai atau belum. Mereka adalah

2. Tomato yang boleh menulis-Cik Tom

Sekian, itu saja untuk kali ini. Yang tak di tag pun boleh join lah. Takyah sentap terus putus sahabat ke apa. Jom join reramai. Kalau saya yang tersingkir pun takpa. Demi anda yang lain (ok, ni tipu. Juri jangan singkirkan saya)

Saturday, December 18, 2010

Patut Cuba

Weh, weh pernah tak bawa kereta ikut lane tengah, pastu kat depan belah kiri ada trailer panjang yang sarat dengan muatan dan sebelah kanan adalah lori simen yang takda sivik nak duduk lane laju dan bawa laju. Apa yang anda lakukan?

a) Bawa selaju mungkin untuk lepas dari laluan mencabar adrenalin
b) Bawa slow dan steady sebab tak mungkin lori berdua tu akan himpit anda
c) Bawa bersabar sebab sabar itu separuh daripada iman (?)

Pada semua lepasan SPM yang bercita-cita untuk lanjutkan pelajaran dekat kelas memandu, baik korang hapal soalan ni sungguh-sungguh. Selalu di tanya pada soalan no 51. *dengan muka tak salah aku bagi soalan bocor*

Ok, sapa caya memang lah dia. Soalan objektif tu sampai 50 je. #$%^&

Petang tadi pergi mencari furniture. Ok, apa-apa soalan simpan saja dalam hati. Belum masuk sesi soal jawab lagi. HAHA. Hoh, degil betul. Ada juga yang angkat tangan sipi-sipi tuh. HEPP!!

Memang syok eh cari furniture. Apsal tak bagitau awal-awal?  Sekarang ni shopping mall hanya di kerling dari celah eye lashes Rozita Che Wan je. Ecehh, belagak tu dia. Sekarang sibuk-sibuk nak pergi Plaza Furniture saja. Plaza Masalam? kem salam je.

Ok, apsal merambu je ni? Sebab dari semalam cuba nak buat entry bergambar, tapi apatah sebab musabab gambar tak naik-naik (upload). Bosan ah tunggu. Tengok katalog perabot lagi best ah.

Saya akan mencuba lagi di lain hari, bila dah tak sibuk-sibuk cari perabot lagi.

Ok. bai. (nasib baik, lagi sekali je dia sebut perabot, aku lempang blog dia) HAHA tau dah hati anda :)

Thursday, December 16, 2010

Paling Sedih 2010

Pernah tak mentonton filem sambil merembeskan air mata dan air hidung dengan derasnya?

Pernah tak mentonton filem yang sama pat lima kali dan feeling nya masih sama, tapi kali ni even worst. Di tambah dengan esak tangis sedu sedan senduk semua ada.

Eh, eh apa kau melalut neh? Ni lah akibat dah lama tak melalut tak tentu hala. Mula lah dia.

Baik, saya nak cerita tentang filem yang sudah di tonton 5 kali setakat ni tapi still, saya tetap menangis tersedu-sedu. Ini serius. Hati akan terasa sebak yang teramat dan meruntun-runtun jiwa nak menangis.

Sepanjang durasi tayangan, mulut tak sudah-sudah kesian dia, kesian dia, kesiannyaaaaa.

It change my perspective about life. Ohh. You should watch it yourself then you'll know.

Filem apa yang kau gebang sedih-sedih neh?

From-Mr. Google

HUWAAAA, Apsal movie ni ada unsur-unsur kesedihan yang melampau. Patut kena ada klasifikasi untuk filem camni. 25 SD perhaps. Sesuai untuk tontonan 25 tahun ke atas, ada unsur-unsur kesedihan yang tinggi dan boleh membanjirkan kawasan tempat tinggal dan kejiranan.

Kalau tengok tapi tak nangis camne? Kau memang kurang emosi lah mksud dia. ok. jumpa lagi :)

Monday, December 13, 2010

USS - Hollywood

You may click the words in blue for further info

Warlord tanya ada nak gebang lagi pasal USS ke dah habis? HAHA. Belum mula lagi pun cerita USS. Hari tu cerita secara general. Lets get  the bigger picture here. There are 7 main themes based on the box-office movies. We started from the entrance, shall we?

Main Entrance








Dekat sini boleh siap-siap keluarkan buku autograf sebab kita takkan tahu nak berlanggar bahu dengan siapa kejap lagi. Untung-untung boleh beli popcorn sama-sama dengan Nicholas Cage atau kau boleh hop on satu taxi dengan Marilyn Monroe. Yup, they did bring the 'dead' artist alive. HAHA

Welcome to Hollywood

Boleh makan popcorn doblas ringgit kat sini.
Air tangan Nicholas Cage, Nicholas Saputra & Nicholas Tse (tipu)

Kena cekik dengan hantu secara tak bagi salam
Jangan pulak pergi tendang 'anu' dia
It's still human inside
AHAHAHA

Kalau anda bertuah, ada pencuri yang akan tarik beg anda dari belakang
Lepastu dia sengih-sengih je dengan baju banduan
Jangan histeria.

Walk of Fame

Diner Girls buat show
Guysss, tutup mulut sikit pliss
Ok, thank you

Belly (with her new image obviously) entering the building to buy a pain of blood for her vampire boyfriend Edward Colen.
The white shirt paparazzi with his long lense somehow noticed her
Damnn!! ehh, apasal aku yang emo. HAHA
Nampak real kan macam kena stalked
Mentang-mentang kat Hollywood terus feeling Hot celeb.

Perghh, kereta polis macam ni terkicit lah kau nak kejar Mat Rempit
Excuse me, dekat Hollywood adeww Mat Rempit kewww?

Jawanesse's Next Top Model

Ada show akan di buat kat sini

Boleh duduk sini sambil....

Makan COCOPIE from Malaysia untuk tengok...

Orang seret badan kat lantai
HAHAHA
Nasib baik kacak belaka
Ini adalah Rockapella Dance Show

Boleh bentang tikar dan keluarkan bekal nasi lemak dengan telur mata sambil menikmati jejaka-jejaka kacak menari melompat macam kera tak cukup bulan. HAHAHA. Itu adalah nikmat bagi anak dara. Feast your eyes ladies.

In memory Marilyn Monroe (padahal I cover skirt dia yang terselak over)
Sorry guys, coz I have to let all of you down. HAHA

The best way nak tahan yellow cab. HAHA

Ok, our next destination will be the Sci-Fi City and Ancient Egypt

Saturday, December 11, 2010

Try Sleeping With A Broken Heart

Friday, December 10, 2010

Quarter of Century

Celik-celik mata terus rasa Alhmadulillah. Syukur Ya Allah masih bernafas untuk yang ke 25 tahunnya.

Celik-celik mata terus rasa Alhamdulillah, Syukur Ya Allah masih ada rakan-rakan yang menyayangi dan menemani sepanjang 25 tahun kehidupan.

Celik-celik mata terus rasa Alhamdulillah, Syukur Ya Allah masih ada KEKASIH yang sama disisi sejak 8 tahun yang lalu. Takkan nak gebang cakap kekasih yang sama sejak 25 tahun yang lalu? Lahir-lahir je dah terus gedik cari pasangan sendiri. Ahh.
 
Saya sudah 25 tahun? Ya Allah. Unbelievable. Sepatutnya boleh masuk show Believe It or Not neh. Saya sudah memasuki fasa Wanita dewasa. Saya bukan kategori anak gadis yang manis lagi atau remaja belia. Saya adalah wanita.




Saya tak sepatutnya menangis, bila orang lambat ambil saya pergi sekolah.
Saya tak sepatutnya menangis, bila adik saya dah habiskan ABC waktu buka puasa.
Saya tak sepatutnya menangis, bila kakak taknak drive terus ke IKEA sebab dia nak balik rumah dulu
Saya tak sepatutnya menangis, bila abang taknak naik Flying Canopy tapi saya meronta-ronta mahu
Saya tak sepatutnya menangis, bila Dak Yang kata kita kahwin bulan 12 pun boleh. Damn, ini memang patut menangis.

..... and the list goes on and on and on.


I have to be a grown-up woman
I have to think like mature lady
I have to act like average-25-years-old-single-person.


Saya lahir hari ini, 25 tahun yang lalu. Terima kasih Emak & Babah sebab jaga & didik saya sampai jadi besar gadang semacam hari ini dan saya pula boleh didik orang lain supaya jadi manusia berguna

Alhamdulillah, besar sungguh rahmat, kurnia dan rezeki yang telah kau berikan. Aku bersyukur :D

Thursday, December 9, 2010

Klang - JB - USS ; The Emptiness

Tah, lantak kan situ kalau tajuk takda kaitan

Lepas settle hal jual beli tiket bas, kami terus menuju ke Danga Bay atau nama kelakar dia Dang Bai.

Asal usul nama kelakar diperoleh bila mana tahun lepas Abang Domok dan Kakak Ipar membawa keluarga besar kakak ipar ke sini. Lepastu lampu dekat huruf A pada perkataan DANGA BAY di main enterance tu padam, jadi perkataan tu tinggal DANG BAY. Bapa kepada kakak ipar adalah seorang warga emas. Jadi, disebutnya perkataan tu DANG BAI. Lekatlah perkataan lucu tersebut dalam keluarga sampai sekarang.


Bila sampai di sana, kami mengimpikan untuk naik cruise keliling Selat Tebrau mahupun naik tram secara berebut-rebut dengan orang ramai sebab nak ke Bazar sebelah sana yang jual banyak makanan tuh. Dah terbayang karipap giant dan otak-otak pedas depan butik Mawi & Ekin tu.


Sayang, sayang seploh kali sayang. Eh, Sayang, you kat mana sekarang? Hati-hati house haunting tu ye. Jangan ter-haunting sebelah rumah anak dara. !@#$%^&*

Sampai je Dekat Danga Bay, lengang takda orang. Kosong. Haikk, Danga Bay dah tutup ke? Sungguh musykil dan pelik sekali. Bazar semua tutup. Takda orang berniaga, takda orang duduk makan lepak-lepak. Takda Bangla dating dengan awek Myanmar. Takda orang kayuh basikal yang double tu. Kenapa sunyi sepi sekali?


Lepas diselidik baru tahu yang Danga Bay hanya meriah pada hari minggu. Kalau kau datang hari Isnin waktu hujan turun mencurah-curah memang takda sapa lah. Buat lah Danga Bay tu macam ayah kau yang punya. Perghhh, bosan.


Sebab takda buat apa, haku pun takda apa nak di cerita lah. Moh la menghayati gambar si Yaty

Cruise yang tak bergerak

Susunan tangga :)

Tunggu pacar ku yang berenang merentas Selat Tebrau
Bila nak sampai tah

Hah? Dah sampai? Ok ok, I jemput you kat jeti

Bosan gila takda orang nak rebut-rebut tram

Bila tram kosong baru boleh posing takda malu

Emak pun buat muka bosan

Kakak Ipar tak bosan bila datang Dang Bai. HAHA

Tram ni bapa aku ada share. Boleh duduk mana-mana gerabak kau suka.

1st time main kereta langgar
Langgar pun ahli keluarga sendiri
Habis, mana ada orang lain
Funny

Klang - JB - USS ; The Beginning

Ahad, 28 Nov 2010

Dari Klang ke Singapura singgah sebentar di Batu Pahat. Eceh, lagu Joget Pahang yang di alter dan di tukar tajuk jadi Joget Singapore. Best juga. Cuba korang try nyanyi sambil berjoget. Layan beb. Gaaah, kau nak jadi komposer dah ke sekarang Yaty? Dak aihhh.

Cuaca tak baik sangat tempoh hari Lepas dari Melaka, hujan lebat selebat lebat lebat lebatnya. That I mentioned that rained heavily all the way to Batu Pahat? Ok, sampai satu masa tu saya tawakkal sangat sampai nak menangis sebab takut yang melampau. Kereta depan memang dah hilang dari pandangan.

Semua kereta dah pasang hazard lamp sebab kalau nak harap lampu break memang bencana. Bas pulak macam aku nak sekeh-sekeh je. Laju gila hokeh walaupun hujan lebat macam tu. Line tengah pun sampai tak nampak. Jadi, saya bantu adik tengok line kiri to make sure dia tak masuk lane kanan. Cemas sampai rasa nak buat panggilan kecemasan. Unforgettable. With thunderstorm memanah sana sini. Ya Allah.

Finally dengan izin Allah, kami selamat sampai ke Batu Pahat.

Isnin, 29 Nov 2010

Ok, lets continue our journey shall we?. Destinasi seterusnya Johor Bahru. Ye, JB. Belum sampai Singapore lagi. Sabar semua. Hari ni pun hujan juga, tapi hujan manja-manja.

Ahli lain muka sipi-sipi jek

Kereta Abg Domok yang bawak ahli lebih ramai

Kereta saya. Lagi pat lima tahun


Kami terus ke hotel penginapan iaitu di The Embassy Hotel & Apartment. Habis, kau takde lah duduk Tune Hotel tu? Memang tak duduk situ sebab pertama, ahli rombongan ramai. Apartment yang sesuai untuk kami. Sebab kedua saya baru saja tahu pasal Tune Hotel tu waktu kami ke Tune Hotel. SO, lucky anda sebab takyah susah payah. Just enjoy your holiday okeh? HEHE

In front of The Embassy

Pemandangan Bandaraya JB dari tingkat 10
Dengan hujan lebat

Inside the apartment

Petang hari tu lah baru kami ke Tune Hotel untuk cari bas ke USS. Tak, bukan pegi US as in United State naik bas. Kang ada yang ingat saya buat cerita dongeng khayalan pergi US naik bas. HAHA. Rezeki kami petang tu sebab seat memang tinggal 8 je yang kosong. Jadi, jangan berlengah lagi. Pergi booking sekarang aku cakap!! Garang tak? HAHA. Dah garang ada haha plak. tah pape.

My aunty and my adik

Emak & cousins (yang antara nampak dan tidak tu)

Last but not least
Sidai muka sendiri memang menseronokkan

Next Destination, Danga Bay :)