Sunday, November 28, 2010

Sayonara Klang

Salam kepada semua yang passing by. Secara sengaja atau tak. Ek eleh, macam lah aku nak singgah sangat kat sini. Ok, takpa. Kau menggembirakan aku sebab 'ter'singgah tadi.

Blog akan sepi selama beberapa hari. Blog akan di mamah mentari dan anai-anai sekali. Spider web semua ada nanti. Minta jasa baik tolong sapukan sawang siap-siap, susun pasu bunga ke apa. Buatlah macam rumah sendiri. hehe. Kidding saja.

Saya dan sekeluarga sudah memulakan Our-Fun-Week-Holiday-Together.

Passport - check

Duit - double check

Tiket - check

Destinasi - check


Semoga perjalanan kami sekeluarga dilindungi-Nya.

Nota cinta; Kehadapan bakal suami atau abang saleh suka panggil future hubby. Jaga diri anda pada level paling tinggi. Sebab nanti saya kecewa kalau ada tanda seekor nyamuk di hujung jari atau tanda seorang wanita di leher kiri. HEPPP. yang itu Nauzubillah sangat. Anda patut tahu kasih sayang saya takda bertepi macam baju kena jahit tepi. Jangan bersedih hati sebab nanti hati saya pun luluh pedih tertikam tombak Mahsuri. Sejuta kali maaf pun saya tahu tak dapat sembukan luka itu sekelip mata. Tapi jangan worry, nanti saya balik bawak Hand-a-plast sama. Kita balut luka lama together.

Saya ada cakap ke tadi saya sayang kamu? Oh, lupa kali. Untuk yang ke zillion kalinya saya nak kamu tahu bakal suami, sesungguhnya saya, eh tak nice ah berkasih sayang di khalayak. Kamu tunggu mesej saya. teehee,

Hati saya ada dengan kamu. Tolong jagakan sebaik mungkin :)

Saturday, November 27, 2010

Jangan Caya Muka Seposen

Ok, Cerita manis dah tamat. Hari-hari cerita manis saja nanti boleh buat orang terjeluak. Lagipun yang manis-manis memang tak baik untuk kesihatan. Nanti kena kencing manis. Darah manis pun bahaya, nanti dingorat orang. Ah, kau dah kenapa?

Hari ini cerita masam yang nak dipersembahkan. Boleh baca sambil makan asam boi atau asam masin. Takda hal lah tu. Jangan korek hidung lepastu makan. Rasanya pun masin juga (orang yang kata)


Ini adalah penyesalan yang tak bertepi. Lagi lama hidup, lagi banyak kenal orang, lagi lah patut extra careful. BUKAN SEMUA ORANG KITA BOLEH PERCAYA.


Saya tak punya rakan sebaya di tempat kerja. Kalau dengan rakan sebaya kan kita boleh gosip gedik sambil giggle-giggle lepastu dah. Habis cerita. Rakan sebaya takkan bawa mulut kepoh nak pergi sebarkan cerita sana-sini macam mami jarum. Dia takkan buat part time job sebagai inetrnet bergerak. Rakan sebaya akan jaga cerita rahsia kita sampai nyawa dikandung badan, budi yang baik di kenang jua. Ah, tak memasal.


Sebab itu yang saya lalui bersama rakan sebaya. Oh, rindu tiba-tiba dengan rakan sebaya Akmar, Eca, Caa, Aetul & Nemo. I miss u guys.


Tapi, nak buat cemana. Masuk kandang kambing, kena lah pandai-pandai sesuaikan diri dengan kambing-kambing yang ada. Hoi, bukan. Sesuaikan diri dengan keadaan maksud dia.


Yang buat aku angin, dekat mukadimah tu dah bagitau siang-siang "JANGAN CERITA DENGAN SESIAPA YA" tapi, habis je dengar cerita haku tak sampai 5 minit terus pergi sampaikan dekat orang lain. Damn, siapa aku nak salahkan? Mukadimah kot. Patutnya kita cakap je, "LEPAS SAYA HABIS CERITA NI, BOLEH LAH TERUS SEBARKAN. TAKDA HAL LAH" 


Memang saya agak panas juga dengan seorang, dua individu ni. Depan kita kan punyalah ayat manis tertikam kalbu, Ko ni tak caya ke dengan akak? Akak cite sini habis sini. Ceh, muka Masya Allah. Innocent nak mam***. Sebenarnya yang menuturkan ayat tuh la yang kita jangan percaya.


Alih-alih cerita tu bertebaran seantero dunia. Pergghh, ayat taknak kalah saja kau ye. Masalah dia, aku memang tak pernah cerita dengan sesiapa melainkan kau lah orang dia. Bila orang lain tu cerita seketul-seketul sama, mana dia dapat cerita? Takkan haku pulak yang bocorkan rahsia sendiri. Begitu bodohnya haku ini.


Kesimpulan dia hari ini, jangan percaya sesiapa pun. Even muka dia seposen jek. Sebab muka yang memang seposen tu lah yang paling tak boleh percaya. Dah lah murah.


Azam baru walaupun belum masuk tahun baru, saya takda hati nak bersosial secara gembira dengan sesiapa. Well, Tahniah dekat aku sebab berjaya tempah nama buruk tahun 2010. Gila ah, dengan cerita skandal terhangat lagi. Puhh-liss lah.

Ada rupa Fasha Sandha ke aku ni, mana lah ada suami orang yang hingin.

Friday, November 26, 2010

New Leaf, New Life, New Love 26.11.10

Catatan Peribadi.

ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.


Memanjatkan SYUKUR yang sangat-sangat pada ALLAH SWT.


Rasanya air mata sebaldi pun belum dapat nak gambarkan kegembiraan hati sekarang. Hati tengah sarat dengan debunga-debunga cinta. Jadi, kalau tengah baca entry ni ada yang cebik bibir atau lebih teruk ada yang muntah darah. I don't give a damn care.


Tak tahu nak mula macam mana, dari mana, mana-mana. Blerrgghh.


Lepas kejadian worst tempoh hari, I spend most of the time duduk dalam bilik sorang-sorang. Saya cuma mahu dengan diri sendiri saja. Honestly, makan minum saya adalah terabai since a few days ago. Tahap hygiene takyah cakap lah. Kalau lipas terserempak dengan aku pun dia geli agaknya.


Rambut diva dah bertukar jadi macam rambut perempuan tepi jalan tu. Bergumpal-gumpal, oily, busuk. EIIIII. Dengan baju tidur yang dah berapa hari tak tukar. Muka pun oily sampai jadi licin berkilat boleh jadi cermin diri. Eh eh. Over. Saya hanya bangun, solat dan tidur terus.


Tengok FB, tengok blog takda nafsu. Takda hati nak blogwalking, takda hati nak approve komen. Saya hanya hidup untuk diri saya. Berapa ramai orang yang saya janji akan call semula, tapi tak buat. Saya tak mahu dengar suara-suara atau apa-apa. SAYA MAHU TENANG DAN SENDIRI.


24 Nov malam tuh saya tidur jam 3.++ pagi. Selesaikan masalah berbangkit. DIA- seorang lelaki yang sangat MEMAHAMI, PENYABAR, PENYAYANG, MENERIMA SAYA SEADANYA, MENDIDIK & MEMBIMBING tak jemu-jemu. Bercakap dari hati ke hati secara serius bercampur provokasi. Tapi, saya dapat elak dan hampir jadi gaduh sebab aku angin gila dia taknak percaya apa aku cakap. Macam mana dia nak percaya sebab deep down inside his heart, he knows that am lying.


Haku pun menyesal tak sudah, kenapa at the first place mulut tak bedung ni tak nak admit saja kesalahan aku. Dengan muka tak bersalah pergi menegakkan benda yang salah. Dia tahu, aku  pun tahu. Aku pentipu yang buruk (am such a bad liar) sebab takut sangat. Tapi, dia sangat sabar. Sangat.


25 Nov, Siang hari, dia masih slow talk dengan aku. Masih berharap aku buka cerita. Masih lagi lovely. Dah lama tak rasa berkasih sayang yang sehebat ini. Dalam sehari aku caj HP 3 kali, batt habis sebab asik tekan-tekan mesej. Ibu jari pun dah senget kekanan sikit. Uhh, harap bukan kecacatan kekal.


Masih lagi memilih nak bersendiri, aku sarapan pagi dekat PKNS pukul 8.30. Balik-balik terus tidur. Bangun tidur hanya untuk bercakap dalam fon, mesej, solat, angkat kain dan minum. Langsung tak jamah makanan.


Malam hari tu, mula pukul 9 lebih sampai pukul 4.00 pagi aku berbual dekat telefon. Bayangkan penangan feeling orang baru bercinta tu. Bergayut-gayut dekat telefon sampai 5 jam lebih. Bayangkan, bayangkan. Heaven. Seploh cakap sayang pun masih tak cukup.


Dengan lafaz Bismillah dan hati yang terbuka, I spilled everything out. Sampai hati rasa kosong. Terus perasaan sangat lapang, sangat lega sangat penuh dengan kasih sayang tak bertepi. Habis semua kisah dari A sampai M keluar. Luar dan dalam. No more secret. Tahukah anda bahawa sebuah relation yang penuh kejujuran itu sangat best? I baru dapat rasa hari ini. Pity me :(


Bila dah takda rahsia, baru lah satu relation tu boleh berjalan smooth and silky. Hoi, ini macam iklan syampu. Tapi takpa. So, inilah our turning point. Inilah lembaran baru untuk satu perhubungan baru. Inilah saat dan ketikanya. This is much more better than 1st love.


Lelaki baru saya (My New Man) pun sangat happy dengan our achievement. Dia dah cipta satu shield yang sangat kukuh for this new relationship. We have to take care of it. Jangan lagi berbuat kesalahan yang amat bodoh. Jangan cakap tipu. Jangan ada rasa nak flirt sini sana lagi.


What past is past. Yang dah terjadi tak boleh nak ulang balik kasik dia tak pernah jadi. Yang perlu sekarang ialah looking forward untuk the next stage. Lupakan yang lalu. Lupakan yang lain. Damn, iklan lagi.


Semoga beberapa bulan 'lagi' itu cepat berlalu. Hari ini satu Rahmat dari Allah yang tak terhingga. Dalam masa seminggu semuanya berubah. Betul kata orang, kalau dah jodoh, tiba-tiba aja semuanya terjadi. Tiba-tiba saja hati terbuka seluas samudera untuk menerima kasih sayang baru. Tiba-tiba saja nak lari ke Siam untuk berkahwin. HEPPP, ini tipu. Tiba-tiba saja terus disayangi dan menyayangi. Semua nak tiba-tiba. Itu yang dinamakan jodoh.


Hidup baru. Buku baru. Cinta Baru.

The new me. Syukur Allah. Syukur.


Ini adalah soundtrack percintaan kami. Dah macam superstar siap ada soundtrack segala. Hey, bagi canlah untuk brand bew couple nih :)



Doa anda semua sangat saya hargai
Mahu anda semua baca dan gembira macam saya
Sebagai reward, hari ni tak perlu komen. YAYYYY. Cuti komen :)

Wednesday, November 24, 2010

Still In Shock

Oh, sangat terharu dengan komen-komen anda semua. Terima kasih. Terima kasih. Tak sangka ramai yang concern juga. Semoga Allah merahmati anda semua :)

Mungkin akibat selalu melambat-lambatkan solat, lalai dan lupa dengan Yang Maha Pencipta, jadi Allah turunkan sedikit peringatan supaya kamu cepat sedar apa salah kamu. Mujur tak cedera, tak luka. Cuba fikir kenapa dengan tak semena-mena ada kereta nak hentam kamu yang tak salah apa pun.

Emak mengingatkan.

Selalu bawa kereta suka curse orang sana sini. Cuba beristighfar dan mendoakan supaya Allah maafkan perbuatan dia.

Geram sangat. Bawak kereta macam orang tak pergi sekolah.

Tu la, tak habis-habis dengan temper dia saja. Tak boleh nak bersabar sedikit.

Sekarang saya memang usung emak ke sana sini. Masih fobia. Masih kecut hati bila ada kereta dari belakang. Masih terasa-rasa ada orang nak langgar saya secara sengaja. SUMPAH TAKUT. Hati kecik je sepanjang jalan.

Memang semangat dah hilang. Gone baby gone. Perlukan masa untuk recover dan boleh kembali seperti Kimmi Raikonnen semula.

Perlu juga gagahkan hati untuk urusan duniawi yang lainnya. Ikut hati memang nak tidur saja dalam bilik. Rasa lebih secure.

Sayang, cancel lah semua kereta idaman. I tak mahu dah kereta yang fancy-fancy yang mahal-mahal.yang tak menjamin keselamatn I. I dah buat pilihan muktamad takda talian hayat supaya I kental nak bersaing di jalan raya dengan Si Bodoh Yang Tak Sekolah Langgar Orang secara suka hati.

Bai bai Lancer
Bai bai Polo
HELLO TANK WARS :)


SOURCE: SINI

Ada berani?

Tuesday, November 23, 2010

Malang Menimpa :(

-Cuaca hari ni hujan

- Aku drive slow and steady sebab jalan licin

-Memang ambil lorong tengah, sebab nanti terus masuk lorong Touch N Go

-Secara tak bagi salam X-Trail Putih yang bangang hentam pintu kereta aku dari belah kanan.

- Aku yang terkejut terus tekan hon dan elak ke kiri.

- X-trail putih yang bangang tadi berpusing dan melintang kat tengah jalan.

-GILA B@B!

- Aku terkejut gigil-gigil sambil cursing sepanjang jalan

- Sampai rumah,
'Nak buat macam mana dah nak kena langgar' - Big Brother
'Apasal tak ambil nombor plat orang tu? taunya menangis saja' - Babah
' *senyum*' - Emak

-Pintu tak boleh buka sebab kemek teruk. Dengan bahagian atas tayar

-Naik atas terus '..........SAYANGGGGG' sambil sobbing-sobbing

- Menangis, tidur, call Dak Yang, menangis lagi, tidur lagi, call lagi

- Abang  terus hantar pergi bengkel sebab hati saya akan sedih tengok kereta. Nanti akan repeat perbuatan kat atas sampai doblas hari.

- 'Mana kereta hitam?' Makcik bertanya
"Nak jalan jauh, kena la hantar repair dulu"

Oh, Emak. Pandai jaga hati anak supaya tak menangis terus dan meratap hiba.

-Saya Trauma, saya fobia.

-Masih seram nak pegang stereng. Masih terbayang waktu kena hentam tu.

-Mujur takda yang pecah, mujur takda yang patah, mujur saya dan Kak Adah selamat.

-Takut nak bawak passenger. Ngeri.

- Saya perlu jumpa therapist untuk pulihkan semangat.

- Berat sedikit Ujian Mu Ya Allah kali ini

Middle -Eastern di Bukit Raja

Hari ini nak ajak anda semua jamu mata. Jamu mata saja. Nak ajak jamu selera tak tahu macam mana. Ada cara?

Nak perkenalkan makanan baru. Baru untuk anak tekak sendiri. Belum pernah jamah lagi makanan from Middle-East. Selalunya makan kebab je. Itu pun hasil tangan Mamak. Mamak bukan asal dari Middle-East kan?


Located at Presint Zapin, Bukit Raja, Klang

Tengok resepi baru, dah tahu lazat. Belum cuba lagi. HAHA. Nak pronounce menu dia kena dengan Qalqalah dan Mad Asli sekali. Baru Pak Arab yang ambil order tu faham. Hah, Pak Arab betul ke? Wajib pergi ni sebab nak mengorat Pak Arab berhidung mancung berdada bidang.

Acah Mak Enon. Tapi, yang ambil menu malam tu memang kategori Abang Surau. Suara pun lembut saja tanya I nak makan apa? I pun buat-buat banyak tanya supaya dapat dengar suara itu lagi. Damn, silap strategi pakai tudung saiz S. Lepas ni pinjam tudung emak lah (hipokrit)

Beliau ada ciri-ciri Suami Soleh membawa isteri ke syurga. Siapa yang solo, boleh try tengok. Tapi, AWAS!! Sangat pemalu. Heh, kau nak cerita makanan atau promosi Abang Surau neh?

Sorry, my bad. teehee. 

Malam itu kami cuba Chicken Kishwah kot. Alaa, dah lupa nama.


Kalau anda berselera besar dan bertangki besar boleh makan sorang satu. Kalau tidak, baik berkongsi. Sharing is caring dan nak menselamatkan air muka dari bertukar biru sebab tank dah penuh. 1 plate ni boleh share 3 orang.

Kalau tak tahu macam mana nak makan dia. Bawang tu sebagai apa. Takyah risau sangat. Bakal bapa mertua saya ehemm, I mean, bapa abang surau itu a.k.a Tokey kedai yang ramah tamah akan bagitahu cara makan yang betul. 

Chicken Shawarma
I sebut Chicken Sharmala. Sounds Bollywood

Semua yang chicken-chicken tu boleh tukar dengan lamb-lamb kalau suka. Kalau tak kesah darah tinggi naik. Boleh try. Boleh juga makan pakai dulang kalau pergi secara berjemaah. Jangan lupa ajak saya sekali. The more The merrier

Barbican Strawberry Malt

Takyah minum pakai ais. Nanti dia tawaq habiaq

Ahli rombongan ke Middle-East

Emak & Kak Adah :)

Makan 3 orang pun dah tak larat nak habis. Jadi, apa tunggu lagi. Cepat-cepat pergi makan kat sana, untung sabut timbul, untung anda dapat no telefon abang surau. Siapa tahu. HAHAHAHA

Harap Dak Yang tak sentap. You lagi kacak dari Abang Surau. I bohong. HAHAHA Niat I tolong mereka yang single je Bukan I yang nak pun. :P

Sunday, November 21, 2010

I Cried Over This

Ada 2 sebab besar kenapa aku menangis secara tak bagi salam sangat.

PERTAMA

1998-2002 kami adalah budak sekolah yang nakal, perangai Nauzubillah punya jelek sampai ada yang nak kena buang asrama. KAHKAHKAH gelakkan orang itu yang absolutely bukan saya.

Kami bertiga juga adalah anak dara yang riang gembira

Once upon a time lah

Bila, 5 Disember 2009

Sorang dah jadi Puan Nurul Akmar

20 November 2010 pula

Lagi seorang dah jadi Puan Faisyariza

Macam mana tak rasa nak nangis

Sebab saya masih mengekalkan gelaran Cik Norhidayati
25 tahun berturut-turut

Harap lepas ni terus lompat anak tangga
Jadi Datin Norhidayati terus :)


KEDUA

 Mr.Google's Picture

Harry Potter And The Deathly Hollow sangat menyentuh tangkai jantung. Berdebaran sepanjang berapa minit durasi tayangan tah, tak ingat. Boleh membazirkan setitik dua air mata. Bayangkan lah. Sedihnya cerita magis tersebut. Sangat terkesanlah kali ni. Tapi, damn, nak tunggu bulan Julai 2012. Lamanya.


Anda nangis tak? Harap ada. Jangan hampakan saya :)

Thursday, November 18, 2010

Setabah Mana Hati Wanita?

Hari ini should be the happiest day in my life. It should be.
Turned out, saya pergi membawa tawa, saya pulang membawa luka.
Tak, saya tak salahkan sesiapa. Saya salahkan diri sendiri juga. Macam banyak benda lain boleh cerita. Banyak. Yang, esok kita kahwin sambil menyelam di dasar laut dan cium dolphin  macam cool juga atau Nanti I ingat nak kahwin dekat dewan terbuka sekolah sambil lalu bawah buku lah. Contohlah, contoh.

Tapi, mulut yang tak di bedung waktu masih baby ni sibuk nak pergi cerita hal Zaman Jahilliyah. Patutnya emak ikat saja mulut ni pakai benang biar dah besar-besar ni takyah sibuk nak ungkit zaman gelap.

Yes, aku ingat aku kuat. Aku ingat aku tabah. Aku ingat aku akan rasa biasa-biasa bila kita 'open' cerita lama. Saja nak test power.

Akibat dia, bila sorang-sorang macam sekarang. Bila luka yang sudah sembuh di usik parutnya. It's keep bleeding. Ini bukan metafor ke apa. Memang aku dapat rasa hati aku berdarah.

This wound won't seems to heal, This pain is just to real, There is so much that time cannot erase.


Rasa senang bila ada Dak Yang. He keep comforting and calm kan myself. Dia buat joke so that conversation tuh tak tense sangat. Tapi, bila dia dah balik, mula rasa nak teriak. Habis, takkan nak ajak balik satu rumah pulak. Kejap lagi ada Pesta Parang Terbang dalam rumah, dah susah pula dapat bakal suami OKU dikerjakan future FIL sendiri. Duhhhh


Kita takkan dapat lupa kisah lama yang dah jadi. Kita takkan dapat padam luka lama biar hilang. Kita tak boleh nak hantukkan kepala kuat-kuat dekat batu bagi otak gegar lepastu cerita pahit pun, Tadaaa, hilang. Ehh, magic. Kenapa aku menangis ha tadi? I wish

Kisah yang berlaku dulu, membentuk diri kita yang sekarang. Yes, he proud of me sebab mempunyai hati yang besar memaaf dan menerima kesalahan beliau. Yes, he really appreciate ketabahan dan kekuatan yang saya ada untuk lalui saat-saat getir itu. Yes, he knows how deep my love for him.

Tapi, bukan semua orang tahu, setabah mana wanita itu harap dia boleh jadi, bila seorang diri, dia masih menangisi luka lama yang bersemadi dalam hati.

Damn, novel mana aku copy paste neh?


Nope, am not blaming you for today. In fact, you tak buat salah pun. I tahu, you pun terasa sama. Cuma you lelaki, haruslah nampak tabah dan gagah dari I. Sebab tu you boleh bawakkan kotak vacuum keliling Jusco tadi. Salah I yang nak terkenang lebih-lebih. Salah I yang masih nak cari jawapan kisah dulu. Salah I bila you jawab dah lupa dan I pun nak hangin sebab kenapa you boleh lupa padahal I masih ingat. You try to forget but I try to dig everything sampai ke kerak bumi. It's not fair.


Marilah kita sibuk fikirkan hal khemah yang macam mana kita mahu. Marilah kita sibuk fikirkan kalau tak lepas Inspira, kita ambil Myvi saja. Marilah. Mari sibuk fikirkan hal kita yang tah macam mana nasibnya kelak.

Reminiscing Our Odd Friendship

Hari ini hari raya haji yang kedua. Tahu ke? Hari ini juga hari kedua saya bergelar anak dara rumah. Tahu ke? Kalau suri rumah adalah merujuk kepada perempuan yang sudah berkahwin. Jadi, saya yang belum berkahwin memilih rujukan anak dara rumah. Tahu ke? PANGGGG

HAHAHA, tahu ke? Hari ini saya memilih untuk menulis secara serius. Takda HAHAHA mahupun HEHEHE ataupun TEEHEEE.


Ok,

Sedia?
Mula serius sekarang. Muncungkan bibir untuk menunjukkan yang anda betul-betul serius. Kalau serius je mesti nak muncung kan. Pastu dahi kerut-kerut tujuh lapis. Tah pape.

Me + Kak Riza
LADAP '10
credit: FB Syed

Tahun 2008, beliau mula posting. Tapi dia sesi pagi. So, tak berapa kenal dan memang jarang bersua muka. Memang tak pernah bertegur pun. Saya 'terperasan' masa latihan sukan. My best buddy Kak Intan rumah hijau sama dengan dia. Saya dengan gaya gedik dan riang pergi menyapa Kak Intan. Dia terus memandang atas, bawah, atas semula dengan hujung-hujung mata. AIKKKK?

Sukaneka Tahap 1

Mula dari hari tu, ada sikit perasaan lain macam dengan dia. Apsal nak slek-slek kat aku ek? Bercakap pun tak pernah. Masa Hari Sukan kat Stadium pun sama. Saya ingatkan beliau anak dara sebab nak anti aku lain macam. Rupa-rupanya lah sudah ada sorang anak lelaki. Jarang lah emak orang nak slek-slek kat anak dara, melainkan anak dara tu kacau suami dia. TETTTT.



Tahun 2009 dia kena mengajar sesi petang. Saya mula susah hati sebab saya tak suka ada orang tak senang dengan saya di tempat kerja. Rasa tak bebas. Ada kawan usik-usik, mana tahu nanti jadi kawan baik. ERKK, macam mana boleh? Impossible (terus nyanyi lagu Shontelle)

 Farewell Party

Rupa-rupanya, masin mulut rakan itu. Minum air laut terlebih la tu. Waktu mula-mula saya pun tak sedar macam mana boleh 'ter-rapat' dengan dia. Sungguh, takdir Allah itu kita tak boleh nak menidakkan. Kami berkongsi minat yang serupa, (handbag GUESS dan Wedges) pemikiran yang serupa. Dia kawan yang sangat baik. Sangat.



Dia memang nampak garang. Cakap lepas, Laku lepas. Boleh dia berlari-lari dalam bilik guru macam kanak-kanak. Sedangkan beliau ibu beranak dua. Semua orang pun dia nak sapa. Orang yang tak berapa kenal pun dia pukul rata.




Bulan puasa hari tu, dia lah peneman waktu nak ke Bazar Ramadhan. Almost everyday. Sebab saya ada masalah nak lintas jalan. Walaupun dia kena ambil anak dari pengasuh cepat-cepat. Still, dia tetap nak temankan saya dulu. Sangat terharu.

Hari Anugerah

Sempat kongsi rahsia yang orang lain pun takkan faham. Dia sangat understanding. Just like her best friend Kak Ezy. Masa semua orang mula tabur ayat-ayat fitnah. She defends me. Tapi, dia tak pernah bagitahu saya siapa yang mentabur fitnah tu. Masa saya sedih, dia mesti cheer me up.
Dia nak sangat-sangat tengok saya kahwin. Hari-hari doakan saya bahagia dengan Dak Yang. Hari-hari tak sabar nak makan nasi minyak saya. Hari-hari ingatkan saya 'Kau ada Dak Yang, ingat. Jangan sampai sesuatu yang buruk happen'

Ohhh, now she's gone. Dia pindah ikut suami ke Perak. Me, macam speechless. Nangis tidak, ketawa saja bila ingat pesan dia. 'Kalau nak dating pun, cari lah tempat jauh sikit' HAHA.
Jangan cepat membenci orang yang kita belum kenali sedalam-dalamnya. Dan bukan orang yang mula baik dengan kita akan terus baik forever.

Gonna Missed Her So Much - Rizawati Azmi.

Ada yang gelak ke? Cehhh

Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha '10

Yang mana satu pilihan hati anda?

Yang tah mana satu suami Rita Rudaini
& Yang tah mana satu Tunang Ayu Raudhah

Jadinya, yang mana-mana pun tak boleh dipilih dah. Tapi, kalau nak juga. Peluang masih terbuka. Masih. Jangan worry. Kalau tak kisah mahu di cop perampas. Silakan.

Oh, sehari sebelum Aidil Adha tahun ini adalah bekejaran ke sana ke mari. Macam tokey lembu cari lembu hilang tah mana-mana. Sangat letih. Sangat penat. Bukan uruskan hal Aidil Adha pun. Tapi, sibuk uruskan hal duniawi. Lagha.

Pagi-pagi hari dah bangun sebab hari ini (semalam) adalah Hari Anugerah dan Hari Terakhir Persekolahan. Ucap tahniah dan tepuk semangat semua.

.
.
.

Sekali lagi.
.
.
.
Ok, terima kasih.

HOOOORAYYYYY

Habis juga sesi persekolahan tahun 2010 yang terawal 2 hari dari kalendar. Biasalah, bab cuti memang suka sakan kalau di awalkan. Bertango bersalsa segala. Tapi, bab naik sekolah, semua nak kena BABAB sebab pura-pura lupa dan buat-buat malas. Padahal takyah buat-buat pun memang dah tahu. Natural habit.

Baik bekerja semula pada tanggal 30 Disember (mesyuarat guru), 1 Januari (kutip yuran) & 3 Januari (Sessi persekolahan 2011) GOSHH- 2011? 


Kita sambung esoklah. Dah menguap seploh kali bersama air mata berjejeran mengalir di pipi. Sayu kan dengar takbir kali ini. Tak tahu kenapa. Sangat menyelinap dalam hati.

Jadi, saya sudahi entry yang takda hujung pangkal ni dengan ucapan

Selamat Hari Raya Aidil Adha
Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesera
Sejati dan mulia

Salam,
Si Mata Ngantuk berbaju belang

Sunday, November 14, 2010

Menjilat Bibir

Istighfar Yaty, istighfar. Tajuk yang begitu menggamit hati para Arjuna.

Semua Arjuna, Istighfar banyak-banyak. Kalau cari foto Angelina Jolie jilat-jilat bibir memang takda sini. Cari dekat angelinajilatbibir.com sana.


Kat sini cuma nak cerita tentang aiskrim yang bisa menjilat bibir. Jilat bibir sendiri lah. Yang pergi jilat bibir orang lain buat apa? Penampar nak? Allah marah tahu. Don't try this before married. Teehee


Menjilat jari dah tak relevan kat sini sebab sapa yang makan aiskrim pakai jari?


Selalu memang Baskin Robbins adalah kegemaran hakiki dan pilihan sepanjang zaman (sambil mengalir-ngalir saliva tengok kek dia dengan background lagu Happy Birthday Happy Birthday)

Monolog hati sendiri
Ehhh, dah nak menghampiri Disember lah. Birthday sapa eh? sapa eh? sapa eh? Kalau dah gaya gedik tanya seploh kali ni mesti semua dah agak sapa. HAHA Tak sabarnya nak tunggu hadiah tahun ni. Tadi dah bagitahu dah kalau pengguna Digi boleh dapat i Phone 4 dengan harga murah 800ringgit. Kalau tak pun dah tunjuk brochure Blackberry Torch dalam kereta tadi. Hope he get my signal. KAHKAHKAH pun dalam hati juga

Ehem, ehem. Ais krim yang sedap sangat tu? Kami nak tahu cepat. Sebab nak pergi beli sekarang juga ni.

Ais krim from LECKA LECKA (meleleh lagi saliva daku mentengok ais krim pelbagai flavor kat website dia)

Ais krim dia sangat sedap. Sedap sangat. Lepastu baru jilat sikit yang meleleh dekat jari pun dah sedap. Ok. Enough enough. Kami tahu. SEDAP. Lepastu ais krim ini sangat unik sebab dia jenis GELATO. Saya takda peduli dengan semua semua tu. Yang penting enak dan di jamin HALAL.

Flavor yang cepat habis selalunya Ferrerro Roche (ada coklat tu seketul-seketul dalam ais krim) pastu Famos Amos Cookies (ada biskut yang hancur dalam tu) PERGHHHH

Saya selalu mendapatkan bekalan dadah ini (Lecka Lecka ice cream) di Famos Amos Bukit Raja. Walaupun harga dia sama dengan beli dua bekas besar ais krim WALLS, still takpa. Bukan selalu. Bila craving for ice cream then baru go for it.

Nak tengok Model Lecka Lecka paling huduh di pasaran sekarang? Nah



  Benci tak mulut tu?
Macam nak lempang kan

Friday, November 12, 2010

Penat Sampai Sebak

Secara tiada angin yang datang

Secara tiba-tiba

Secara tidak semena-mena

Secara tak bagi salam

Hati rasa berat sangat. Rasa nak crying. Tapi, tak boleh. Air mata takda nak mengalir pun.
Bosan gila tunggu air mata neh. Macam tunggu bulan jatuh kat mana-mana, tapi jangan atas riba. Berat.

Pernah tak kamu ada perasaan yang sama? Or, it's just me yang tah pape ada perasaan macam orang bulan?

Tak faham tah nape nak kena menangis. Takda sebab. Tapi, hati ni rasa macam dah sarat sangat sampai sebak. Penat gila bawak hati sebak sana sini. Letih. Sebab benda kecil pun boleh buat kita melenting, tapi tak boleh menangis.
Haihhh, takda sebab langsung nak menangis bila ada orang ajak menyulam cinta esok hari. Tapi, hati berat nehh. Dah la kau. Hati berat, hati berat. Kalau hati berat, duduk rumah diam-diam

Agaknya, kalau dapat menangis sekali, mesti rasa lega macam orang sembelit dah berapa hari. Pheww, lega.

Tiba-tiba

Thursday, November 11, 2010

Pergi Urus Masa Depan

Lately ni asik-asik sibukkan tabung kahwin. Suruhan agama kena sibukkan juga. Jadinya, pagi ini secara rushing-rushing sikat rambut, pakai Tudung Ekspress dan nak pergi berdiri depan Tabung Haji PKNS. Hoi, berdiri kat depan saja nak buat apa? Pergi masuk sana, bagi duit tu biar dia selamat tersimpan dalam tabung. Kalau tak habis dalam sekelip mata saja. Like, BLING boleh habis 2K dalam masa tak sampai 24 jam.

Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah. Semalam dapat semua tunggakan baki gaji plus elaun rumah yang backdated dari 7.7.2009-10.11.2010

Alhamdulillah sangat-sangat.

Dapat lah memberi secara tak seberapa kepada ibu bapa.

Membelanja kaum keluarga, rakan-rakan sekerja, anak-anak murid dan kakak kerani yang buatkan gaji.

Shopping Online secara tak ingat dunia, tapi ingat masa depan. Tunggulah Parcel berkodi-kodi sampai kat rumah nanti.

Tunggu Darling Boify balik dan akan haunting for his birthday present yang tertunggak. Takkan nak bagi Ridsect lagi. KAHKAHKAH.

Me? Ikut kan hati ni nak pergi sambar juga handbag yang berkualiti banyak. Tapi, bila fikirkan. NEXT YEAR NAK PAKAI BANYAKKKK DUIT. Jadi, ayuh batalkan saja niat tersebut.

Oh oh ohhhh. Cepatlah habis 2010. Can't wait duhh

P/S: Asna, kita jumpa awal bulan Disember ya.

Tuesday, November 9, 2010

HA HA HA

Entry ni sumpah tak kelakar. Tapi tetiba rasa nak gelak. Apa nak tulis sebenarnya? Ok. Dah ingat.

Tahu tak anda satu fakta? Kerja saya akan menjadi super duper sibuk pada awal dan akhir tahun. Dia semacam kisah kau kekasih awal dan akhir. Walau tak jelas apa kaitan dia, kita abaikan saja. Shall we?

Hari-hari lain selain  awal ashaari dan akhir tahun adalah biasa-biasa saja. Masuk kelas. Bising sana sini sebab kelas kotor, suruh kutip sampah bawah meja kerusi semua, suruh mereka basuh tangan dah habis 10 minit kat situ. Mintak keluarkan homework, bising-bising lagi sebab ada yang tak siap denda bagi mereka berdiri kat koridor suruh siapkan kerja sambil berdiri dah habis lagi 15 minit. Suruh semak jawapan kerja kalau salah betulkan nanti senang cikgu tanda dah habis lagi 10 minit.

Masuk masa kedua, ajar tajuk baru pung pang pung pang bagi latihan bagi homework habis dah satu jam. Solat, makan, buat lesson plan tanda buku sambil mulut ngomel-ngomel dan kunyah-kunyah sireh dengan kawan depan kiri kanan dah KRINGGGG 6.30. Ok, thumb print dan pulang.

See, I told you. Tak susah kan?

Tapi, bila dah nak akhir tahun neh, takda masa dah nak pung pang pung pang segala. Cakap dengan budak pun mata pandang bawah saja. Workload. *sigh*

Daripada isi markah periksa akhir tahun. Nak tulis ulasan, kira kedatangan, ukur tinggi berat, kira buku nilam, tanda tangan bersepah-sepah, rekod disiplin, buku lisan, kad gigi, rekod kesihatan, fail budak, buku RMT, Pulangkan buku teks, serah buku teks tahun depan, hari terbuka, hari penyampaian hadiah, asingkan ikut kelas tahun depan.

SEMUA NAK KENA AMBIL TAHU. SEMUA NAK KENA BUAT SENDIRI.

Selalu datang sekolah pukul 1.05. Sekarang pukul 11.30 muka dah tercongok dalam bilik guru

Sebab tu masa untuk blog sangat terhad. Tunggulah, tunggu. Cuti sekolah nanti akan saya kunjungi anda 24 jam. Sampai kau muak. Haik? Lagi-lagi si Yaty yang komen. Takda muka lain dah? Takda, takda muka aku saja yang free 24 jam nanti. Kamu semua siap!!

Amacam alasan gua? Layan tak?
HAHAHAHA

Eh tak tak. Ini serius kata Ming Ming Wonderpets.

Tengah cari arah kiblat
Ini serius kata Ming Ming lagi
Ah, sudah kau

Sunday, November 7, 2010

Cinta Keluarga Bawa Ke Melaka; Harta Ahmad Albab

Kisah sambung bersambung. Kalau tak tahu hujung pangkal turun bawah sikit dah boleh jumpa hujung dia. Pangkal belum tahu kat mana lagi.

Lepas solat, menturunkan diri ke bawah cari rakan-rakan seangkatan yang berbaju merah. Ohh, semuanya pakat-pakat berkumpul tepi kolam. Jadinya macam biasa. Sesi fotografi tak boleh di tinggal ke tepi. Tak ambil gambar sama macam tak gosok pagi waktu pagi. Ha'ah, perumpaan kau boleh tahan gelinya.






Dah macam gambar bersiri animasi kalau tengok cepat-cepat. Bahana dia kalau kamera dah banyak, tak tahu nak pandang mana satu. Jadilah macam kat atas tu. Mata masing-masing takda hala tuju. HAHA. Yang kau psoing macam sotong takda tulang tu why? Hikhikhik, Ella memang macam ni. Ella tak buat-buat. Ella memang manja (dengan aksi gedik manja malu tapi tak malu sangat) *Kak El, tumpang lalu :D

Dah, dah. Sesi fotografi dengan Ella dah tamat.

Lepas kami di bahagi-bahagi dapat lah tujuh kumpulan. Tapi tu pun tak semua ahli ada sebab kan I cakap ramai yang sesat barat. SO, mana yang ada saja. Kalau nak tunggu semua, sampai esok pun belum tentu boleh mula.

KAMI, ahli kumpulan 5

Sebelum kami fight antara satu sama lain

Ketua kumpulan bukan main lagi khusyuk dengar arahan
Anak buah dia yang peluk botol air patut ditempeleng saja

Again, si Yaty buat muka nak kena tempeleng oleh instructor
(kalau dia ada mata kat belakang)
HAHAHA

Si Yaty macam PATI
Nak kena hantar balik Nepal dengan botol air sekali
:P

Keputusan cari harta; Kami Kalah

Kalau semua nak menang, payah lah. Eceh, ayat si loser. Semangat yang penting. Bukan kerjasama macam Wonder Pets gembar-gemburkan tu. Tak caya tanya Wonder Girl. Kan Zara? HAHA

Semangat memang tak luntur walaupun kumpulan lain semua dah berhenti sebab dah dapat kumpul semua harta Ahmad Albab. Kami tetap juga meredah hujan ribut yang secara tiba-tiba turun. Padahal dah tahu dah, takyah cari sampai habis pun takpa sebab memang dah kalah. HAHAHA.

Bila dah ribut-ribut neh, secara automatik semua aktiviti pun cancel lah. Perkara yang molek sekali dilaksanakan ialah mentidurkan diri. HAHA. Tapi, tak jadi tidur bila dah beramai-ramai duduk serumah, nak pok pek pok pek saja mulut tak mahu diam.

Pukul 5.30 dah perlu bersiap-siap untuk feeling TITANIC pukul 7.00 malam (dalam jadual kata)


...to be continue

*Gambar takda kualiti dari kamera sendiri. Thanx Canon
*Gambar berkualiti banyak dari FB Kak Atiyah, Kak Mardzilawati & Syed Mahazan
*Gambar I dan Leonardo opss, maksud I Kate Winslet dari Encik Google

Saturday, November 6, 2010

Cinta Keluarga Bawa Ke Melaka; Arrival

Fikirkan tajuk saja nak telan masa almost setengah jam. What a waste? End-up nanti tak best jugak tajuk dia. Sungguh tah pape.

30 & 31 Oktober itu hari saya yang bernama Seri, sejak bila nama dia Seri tah. Hei, itu kan tajuk lagu. 

Ok Ok. Ikut suka kau lah nak letak nama apa. Yang penting saya bersama keluarga tercinta tolak babah tolak Husna dan Abang Zaky tolak adik pergi Family Day di Melaka.

Konvoi secara beramai-ramai dari sekolah pukul 10.00 pagi, lebih 10 buah kereta jugak yang terlibat. Lepas berhenti isi minyak, berhenti isi perut semua, kami sampai nak cecah pukul 1.00 gak

Lepas saja Ayer Keroh, Melaka jammed tak ingat. Habis konvoi dah berpecah. Kepala konvoi tah kat mana-mana. Waktu ni lah penyelamat dunia di gunakan. GPS GoGoPal. Terima kasih GoGoPal kerana kau kami takyah nak tawaf Garden City sampai sepuluh kali sebab tak jumpa jalan masuk. HAHA. Walau nama kau funny macam Raja Gopal, kami tak kisah. Apa ada pada nama? Ceh, tetiba.


 Ahli keluarga dekat R&R Ayer Keroh
Emak, Abang Beruang & Kak Adah

Saya si Anak Emak


Info secara tak bagi salam: Saya, Abang Beruang (abang sendiri), Kak Adah(isteri abang beruang, kakak ipar saya) dan Ibu Sarah (jiran depan rumah) adalah mengajar di sekolah yang sama.

Ok, dah takyah nak cerita panjang-panjang salasilah keluarga, keturunan nenek moyang semua. Kejap lagi Family Trees semua nak keluar. Cerita Melaka hilang di telan zaman.

Tempat tinggal dekat Apartment Garden City Bandar Hilir, Melaka. Satu apartment ada 3 bilik, jadinya adalah 3 keluarga iaitu keluarga saya yang bernama Seri tadi Grrrr, dengan keluarga Sarah dan keluarga Kak Baiti (another jiran yang mengajar satu sekolah jugak. Betul-betul sebelah dinding rumah yang mana kalau dia tumbuk sambal di dapur, saya boleh bersin kat bilik (?)


Ada Tragedi Oktober dekat Pool neh
T____T

Aktiviti pertama sekali sebelum ribut melanda adalah Tressure Hunt menggunakan Kompas. Yang tu pun cerita lain entry. Baru lah satu hari boleh post pat,lima entry. HAHAHA. Aci kan?

Beberapa keping gambar dan caption mengiringi. Bagai irama dan lagu. Bleergghh, dari tadi kau ni Yaty, Gua hentak baru tahu :p

Ketibaan 2 family.
Memandangkan family-family yang lain sesat barat
Jalan Sehala amat annoying sekali

Anis anak Kak Su yang pemalu
Tapi, dulu masa kecik-kecik waktu saya dukung
Dia pernah kencingkan diri ini
TSKTSKTSK

Apsal aku nampak cam Raksaksa Gorgon neh?

Assistant seksi sibuk nak bagi pertolongan

Ruang tamu dia. Ok.
Kerusi keras.

Menikmati ciptaan Tuhan dari Tingkat 4
Berpeluh jantan nak panjat tangga sebab lif ada 1 jek

credit kepada abang yang takda kerja

Khusyuk dan tawadduq


Doa semoga menang treassure hunt
Tapi, sayang seploh kali sayang
T___T

Thursday, November 4, 2010

Tak Bertanggungjawab

Oh, saya bersalah. Saya tahu. Takyah acu senapang ke pistol M-16 segala

Anda didakwa sebab tak bertanggungjawab dekat blog dan hati-hati pelawat Blog sekeliannya.
Banyak komen tak reply pun - Still ada yang sudi komen
Banyak yang tinggal jejak di Shoutmix - Still tak sempat nak di balas
Banyak yang datang berkunjung - Walau tak update dah berhari-hari
Nuffnang bagi BE sampai 5 - Ni yang tambah rasa bersalah lagi neh

SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH DARI HATI. JUJUR. SAYA TERHARU

Walau bukan Raya Aidilfitri, haku nak minta maaf berkali-kali. Maaf sangat. Saya akan gerakkan seluruh kekuatan nak berkunjung ke sana ke mari.

Saya cuma memanfaatkan cuti yang panjang pergi berjalan tak ingat. Sebab bukan selalu dapat cuti waktu orang-orang lain tak cuti. Jadinya, kan fun bila ronda secara berkeluarga kita saja. Takda orang lain sana sini. Jalan lengang, feri lengang, van pelancong lengang, pantai lengang, kedai lengang. Sangat Fun hokeh.

Nanti akan di beritahu mana destinasi yang semua lengang tu. Pulau Abah Hang kah? Bukan. Pulau Persendirian pun bukan.

Sesungguhnya, sabar itu separuh daripada iman :D
Lots of Love
Pesalah mandatori
Penjara Hati 2010