Sunday, October 31, 2010

I Am Happy When October End

This is it. This is the end for October.

Hello November :D

Tinggal lagi tiga minggu sebelum sesi persekolahan tamat. Eh, tak ah. Minggu depan sekolah 2 hari saja. Rabu sampai Jumaat cuti Deepavali.Selepas dihitung tambah tolak campur bahagi semua buku sifir 4 angka, cuma tinggal sebelas hari saja. SEBELAS HARI!! What The Fun?

Honestly, saya bukan penggemar cuti yang panjang sebabnya cuti yang panjang boleh membuat badan memanjang juga. Tapi ketepi. Huduh. Hu Hu Hu.

Memandangkan saya baru pulang. Nanti-nanti saja ya.
 Cerita tentang ini, esok saja
From lampu with love
*Ihsan Google*

Cuma rasa excited untuk November.

Friday, October 29, 2010

Ini Apa?

Ya Allah, hari ni hari emosi.
maafkan I yang takda angin tada ribut masakan pokok bergoyang. Eh, bukanlah. Takda angin segala macam tiba-tiba nak menangis air mata segala -Yours Truly-


Emosi secara tak bagi salam. Tiba-tiba saja jiwa rasa terganggu. Agaknya sebab menahan rasa selama beberapa hari. Hari ni tibalah masa dia nak meletus. Macam Gunung Merapi saja? (Al-Fatihah buat yang terkorban)

Sejak seminggu yang lepas, hilang rasa seronok nak ke sekolah. Macam takda rasa gigih atau semangat membakar diri ke apa. Pergi sekolah sebab saya fikir budak-budak nak periksa. Kalau aku tak datang secara saja-saja kasihan mereka. Padahal alasan saya amat kukuh untuk tak perlu ke sekolah tu ada.

Saya cuma rasa (perasaan sendiri atau saya terperasan lebih-lebih, biasalah perempuan) macam ada mata-mata yang tak berapa nak senang dengan haku. Saya adalah tipikal manusia yang ambil berat apa orang cakap atau fikir pasal diri ini. Memang orang selalu kata, lantaklah apa orang nak fikir, apa orang nak kata. Mulut orang bukan kita boleh tutup. Tapi, kepala ni tetap berdegil nak fikir apa salah aku kat dia ek??

Secara jujurnya, hari-hari saya datang lambat. Kalau boleh taknak terserempak sesiapa. nak terus masuk kelas dan mengajar. Nak jumpa murid-murid saja. Orang lain saya tak nak jumpa. Tapi, kalau itu sekolah bapa mungkin boleh saya halau semua guru keluar. Dengan makcik-makcik kantin sekali ku halau.

Sadly, tak boleh.

Perasaan adalah bersifat tak enak. Dulu kalau terserempak saya mesti dia (adalah perempuan) senyum, tegur-tegur ramah. Nak peluk tangan lah hape. Tapi sekarang, dingin (nyanyi lagu Ziana sekali kalau mahu. Help yourself). Bersama rakan seangkatan dia like semacam. Ehh, apsal neh? Ke aku yang terperasan lebih. I kan suka oversensitif. padahal tak kait dengan aku kot.

Bila meluahkan rasa pada seorang teman, dia kata hal anak lah Yaty. Jangan fikir bukan-bukan lah. Tak, I bukan suka nak fikir luar norma macam ni. Banyak lagi yang I boleh fikir tentang macam mana nak kurus tapi takyah penat-penat ke. Contoh lah. 


Tapi, kita boleh rasa kan kalau orang tak suka kita. Tapi, atas sebab apa tak suka kan haku yang gemuk dan pendek dan tak cantik dan muka selalu serebeh lepas solat dan bibir tak pernah pakai lipstick lepas solat pastu taknak senyum dan baju selalu kenyok tak iron. dan pakai tudung macam nak terjatuh kedepan dan pakai kasut nenek-nenek. Apa salah aku eh?

Sumpah, aku tak usik pun laki dia. 

Laki orang lain kot? TeeeeTTTT. Apa pula kaitan laki orang lain dengan dia pulak? Kau kenapa? Kalau tak suka simpan saja dalam hati. Takyah diiringi dengan jelingan dan muka masam kalah cuka segala. Aku terasa gila (bukan terasa sampai rasa gila. Gila tu membawa maksud sangat! Baca; aku terasa sangat!!! HOH? ini pun nak explen? Dah tuuuu)

Sebab aku tak tahu pun apa salah aku yang berkait dengan hidup mati kau.

Nasib baik sekolah tinggal 3 minggu je. Saya tak sabar nak cuti. Nak duduk rumah dan hati pun rasa senang sebab takda orang nak jeling-jeling aku ke apa. Sumpah. memang aku tertekan.

Sekolah dah tak seronok macam dulu. Harap, permohonan saya diluluskan. Kalau tak, another year in heLLah.

Pre-Birthday Present For Darls

Kami ingat cuma ada Pre-Wedding Photo saja. Birthday Present pun mahu ada Pre juga? Err, tak mendatangkan dosa bukan? Ok, tak dosa takpa. Semua pun dapat pahala sebab gembira.

Sejujur dari hati sudah 2 tahun tak bagi proper gift untuk Dak Yang. Tipu!! Yelah, yelah Mengaku disini bahawa dah banyak kali juga saya missed bagi hadiah birthday *sambil tunduk macam pesalah nak masuk lokap* Heh, tapi I bagi kek, coklat and celebrate birthday beliau apa *tegakkan kepala dengan muka penuh semangat*

Ok, lupakan. Nak bagi hadiah lah ni. 

Tak yah excited sangat nak tahu apa hadiah dia. Nanti semua menyesal tak sudah.

Sebelum tu (kenapa kau suka anti-klimaks ha Yaty?) rasa dah lama tak tunjuk kan apa-barang-aku-beli-hari-ini.

Shoes

Awal perancangan adalah mahu tukar tayar kereta. Dak Yang dah tiba depan rumah babah kata takyah, bunga dia banyak lagi.
Baiklah Yang hari ni takyah beli bunga tayar.
Jom, nak cari kasut kat mana? *GASP*

wedges from Vincci
RM 62.10 sebab ada less 10%


Dah lama ok. When I said lama, I really mean it. Dah lama nak cuba kasut yang sebegini sebab selama hari ini asik pakai Kasut Nenek Sakit Lutut saja. Mencuba untuk kali pertama, saya cari yang harga tak mencengkam jiwa sangat. Nanti hati berdarah kalau beli mahal-mahal dapat pakai sekali saja sebab kondisi kaki saya NAUZUBILLAH sensitif.


Harap kasut bagi kerjasama yang baik. Kalau tak saya harus kembali ke dunia kasut nenek-nenek. The whole family will tease me some more T___T

LIP ESSENCE

From Vaseline
RM 9.90 takda less?
Over, lip balm pun nak less

Minggu-minggu belakang neh bibir adalah pada tahap E. Tahu tahap E? Di mana bibir macam ada sakit sopak. Berkeping-keping, menggelupas, aku koyak, dia pun berdarah. Fed-up. Sampai anak murid tegur 'Bibir cikgu kering lah, tak minum air banyak kot'. Ecehh, baru darjah tiga dah bagi nasihat macam doktor.

Mari salahkan cuaca kering, jangan salahkan diri yang kurang minum air. Tindakan bijak.

Sekarang keluar dating pasti bawa bekalan air 1.5 liter sebab nak cakap banyak, nanti tekak kering. HAHA

HAND SANITIZER

Manusia yang cerewat wajib di tendang saja bila dia bising pergi kenduri basuh tangan tak bersih. marahkan tuan rumah tak sediakan sabun. macam mana nak salam pengantin? Bau kurma daging dengan nasi beriani kadang-kadang bau Ikan Patin Masak Tempoyak juga. (Ya Allah, ikan patin. Rindunya)

Jadinya, berhenti mengomel dan beli ini

from Antabax
RM 4.++
sebab jenama Dettol dah habis

Lepas ni dah gosok tangan sampai kering boleh pergi peluk cium pengantin laki perempuan semua pukul rata. Over!

SARUNG TANGAN

Nak berkebun sayur ke sampai beli sarung tangan segala. Cakap banyak jangan

Jawapan ; Sebab dia pink & blue
suka suka suka

Tu je :D

Yang terakhir sekali
*Drum roll please*

Yang di tunggu-tunggu

PRE-HADIAH BIRTHDAY UNTUK You

Kertas Meruap Penghalau Nyamuk

I protect You everywhere from any harm.

Kalau call waktu malam mesti nak mengadu hal nyamuk. Dah banyak kali. I cakap beli lah Ridsect racun pembunuh serangga yang menghalau nyamuk lebih pantas *iklan*. Kalau dah tahu ubat nyamuk letrik tu tak lut. Nyamuk tak makan saman dah dengan yang letrik tu. Jawapan kecewa 'repellant tak habis lagi.

Nah ambik, I belikan stok dua bulan punya

Kalau tak lut juga, buka yang gel tu. Pasang every penjuru dalam bilik. I tak mahu you kena gigit nyamuk lagi walau Jeff kata You manusia tulang, patah jarum nyamuk kalau gigit you, still I tak sanggup tengok you makin kurus dikerjakan nyamuk.

Kalau tak berkesan juga?

Bakarlah rumah tu dengan nyamuk-nyamuk sekali mati. Tapi you keluar dulu lah. Nanti kalau tak I nak kahwin sapa? Ajak Azim sekali keluar, kalau tak kurang satu loyal reader I.HAHAHAHA

Hai Azim, happy reading :D

Thursday, October 28, 2010

Hati Seorang Teacher - Buku Terbang

Garang sangat kah diri ini terhadap kanak-kanak?

Ye, di sekolah saya bukan guru yang selalu di hurung oleh murid macam gula kena hurung semut. Walau hakikatnya saya memang manis seperti gula, tapi itu dalaman sahaja. Riak wajah saya memang tak manis langsung. Sebab tu budak-budak takut nak hurung.

Tapi, kalau budak-budak yang dah biasa, mereka suka peluk cium saya. Budak perempuan maksud dia. Hadiah Hari Guru pun masih menggunung. Teehee

Saya tak suka, once kita ni berbaik-baik dengan mereka, mereka akan mula rasa tak heran dengan kita bila kita marah. Alaaa, Cikgu Yaty baik. Mereka ni memang pantang ada peluang cikgu jadi baik. Nanti mula lah buat perangai tak siap kerja sekolah, kita mengajar dia bersembang. Jadi, saya memilih untuk jadi cikgu yang tak nice. Biarlah tak kena hurung pun, biarlah tak dapat hadiah cikgu popular pun. Yang penting budak-budak tak kurang ajar dengan saya.

Minggu lepas, saya bagi kerja yang mudah sangat dengan pesanan ringkas dan tegas. Eceh, macam polis. SIAPKAN!!

Tapi, macam biasalah, ada beberapa orang ni yang dah rasa Cikgu-Yaty-tak-garang-aku-tak-heran dengan beraninya tak buat langsung.

Sebelum masuk kelas tu CIkgu Azhar dah sepak budak-budak tu sebab dia buat break dance dekat belakang kelas. Konon hebat nak buat kepala kat bawah kaki kat atas tu. Kalau patah leher, haku juga yang nak menjawab. Dan muka-muka itu jugak yang tak siap kerja.

Dengan penuh kekuatan super saiya, saya ambil buku-buku mereka yang tak siap lalu berterbangan lah keluar kelas. Kau keluar dari kelas aku sekarang, aku taknak tengok muka budak pemalas dalam kelas aku.

Semua terdiam dengan mulut ternganga. aaaaaaa

Saya tak pernah ber'aku' 'kau' dengan anak-anak murid. Even dengan kawan sekerja, sebab mostly mereka more older than me. Yang sebaya pun saya tak cakap aku kau.

Since that, saya masuk kelas je memang sunyi sepi. Tinggal lagi bunyi kipas je. Sampai ada sorang kakak lalu dan dia pelik apasal semua budak tekun je buat kerja. Tak keluar suara. Dia tanya, apa rahsia Yaty?

Jawapan dia Buku terbang kak. HAHA

P/s: Kalau ada ibu bapa yang rasa ini keterlaluan, cuba fikir sejenak. Seorang guru takkan marah murid dia tanpa sebab. Dia takkan marah kalau baru sekali tak siap kerja. Tapi dia akan naik angin bila dah sampai nak hujung tahun, sepanjang semak buku tu asik kena tulis siapkan, siapkan, siapkan. Jadi, ibu bapa jangan lah suka datang sekolah dan tak puas hati kenapa anak dia kena marah. Biarlah cikgu buat kerja cikgu. Ibu bapa kalau tak suka, boleh buatkan anak dia home-school. Ha, lepas tu tengoklah perangai anak sendiri. Patut di marah atau tak?

Tuesday, October 26, 2010

Dare To Dream

Saya memang tak arif langsung hal-hal kereta.

Apa nak kisah sangat, naik, start your engine gentleman (eh, ini main need for speed lah) dan jalan. Kalau kereta tu ada 7 kuasa kuda dengan shift gear dekat stereng sampai 8 pun bukan dia boleh bawak kita pergi bulan. Tetap jugak atas jalan raya yang sama dengan Cute Little Kancil dan Ikan Kelisa. Eh, sampai juga destinasi yang dituju sama-sama dengan Honda Cup. What's the different?

Tapi, lepas pemikiran dah di develop dengan macam-macam idea pasal kereta,  (thanks to you Sayang) saya adalah sifu. HAHA. Bukan sifu sampai tahap ada kereta rosak aku tuding jari je terus boleh pecut. Bukan. Saya terer bab-bab kereta German terbaik wok. Kereta Korea spare part payah, lepas 5 tahun kondisi tahap lemah. Kereta Jepun design cantik. Correct me if am wrong.

Jadinya, dulu-dulu saya pemuja Honda Jazz. Oh, haku terserempak dengan Nana AF bawak Jazz Pink dekat Tol. Terus *jatuh cinta*

 Jazz Pink
*drooling*
I siap letak syarat, siapa nak kahwin saya, Honda Jazz 1
HAHA

Lama juga Jazz duduk tangga pertama carta kereta idaman. Tangga kedua kereta apa? Err, Jazz juga. 3 - 10 pun Jazz juga. HAHAHA. Am crazy over Jazz Pink. Lepastu, dah dapat naik kereta Jazz Si Montel Eca, walaupun tak pink saya rasa. Ok. dah taknak. Sebab dah rasa.

Kita move on saja.

Saya kemudiannya menggilai Suzuki Swift. Oh, punggung dia yang lebar itu sangat adorable. Sangat. Nak Swift. Nak Swift. In fact, bilik saya penuh dengan Brochure-brochure Swift.(Thanks to you juga Sayang). Rasa nak memiliki-tapi-tak-mampu-lagi, pergi showroom, dapat brochure. Tampal. Rasa nak lagi, pergi lagi. HAHA. Beli sebiji tak juga. Asik dapat brochure dan tampal. Eh, macam gores dan menang.

Cool Huh?

As usual, dapat naik Adik sedara saya a.k.a Dr. Azira punya Swift Sport. Ok. dah rasa lagi.

Next!!

Kali ni saya memang serius. I have to get one. No matter what. Memang yang ini buat saya tak tidur malam. Kalau tak dapat yang ini, saya sanggup bertongkat dagu pergi sekolah. Eh, eh. Keluarga macam mensokong as in moral support. Dak Yang juga yang semai racun dalam kepala supaya cintakan Lancer lebih dari cintakan dirinya. HAHAHA Modal Support? Tak dapek den nak nolong kata mereka. HAHAMPEH. Kalau saya jadi beli kereta. Kalau, ku bilang!! saya mungkin sedang makan pasir waktu tu T___T

  This is exactly what I want.
I want nobadi nobadi batchu
I want nobadi nobadi batchu
*sambil joget seksi*
Sayang, Pweetty Pleaseeee *sambil kejip-kejip mata*

The latest. Asal selak paper saja tanya saya Are You Polo Enough?. Bila tengok TV pun dia tanya lagi Are You Polo Enough? Sampai haku boleh hafal line tu. Lepastu call Dak Yang. Yang, Are You Polo Enough?

 There are also in white
Tapi I think merah is better

Polo enough, Polo enough. Dak Yang bengang.

Lepastu macam biasa lah. Beliau akan search internet untuk cari pros & cons nya kereta yang saya mahu. So far Polo dapat review yang baik. Tapi, Dak Yang fikirkan passanger saya iaitu emak dan babah yang akan bersempit-sempit di belakang Polo. Beliau kata tak sesuai bersama pesanan, jangan jual ikan (selfish) sebab fikirkan diri sendiri saja. Ibu dan bapa bagaimana? Baiklah. Baiklah.

Kereta Malaysia macam tak masuk carta saja? Ehhh, ada lah.



*Menangis air mata darah*
Cantiknya!!!

Dak Yang said Alaa, nanti I tak boleh bawak lah sebab Pink sangat.

P/s: To Sayang, ini kertas cadangan saya. Sila ambil perhatian lebih-lebih. Saya tak mahu CRV mahupun Hyundai Sonata. Nanti Bapa Faizal Tahir kecik hati. Kalau Audi Q5 saya akan angguk dan terus setuju.


Monday, October 25, 2010

Sendiri Lebih Baik (Acha Septriasa, You're Totally Wrong)

Hati tengah terbakar. My heart is on fire. DUDUDUDUDUD bunyi M-16 tembak kepala sendiri. Mati akal sebab dah tertembak kepala. End of story.

Tengah marah, kelakar adalah berunsur kekejaman. Jadi tak kelakar. Jadi macam Psycho lah minah neh. Jadi? Jadi, apa?

Satu hari neh saya menahan tangis. Pergi sekolah rasa nak menangis. Eh, pergi SACC tadi nampak rasa macam seronok saja. Membeli-makan-dan belah dengan riang gembira. Heh, yang kau nampak tu rasa. Kau tak nampak aku. Kannnn?!!

Ok, kelakar dah habis walaupun rasa macam eh, kau buat kelakar ke? tak perasan pulak. Ok, sorry. Aku gelak sekarang. HAHAHAHHAHA (sebab takut kena tembak dengan M-16 jugak)

Marah bermula sekarang (Mana-mana pihak takyah sentap. Sebab err, you don't have to)

*** itu adalah Kata Ganti Nama Diri 

1- When you really need someone to talk and hopefully can bertentangan mata. Tapi, takda respon sampai sekarang? How do u feel? How do i feel?


2- Ok, takpa. Ada lagi seorang. When *** called and asked me like *** really care, suddenly respon nya just OOOOOOOOO <<<

3- Oh, I have someone who 'should really care' bout me. Just want to talk and laugh for the sake of forgetting bout the problem. Bagilah I rehat. But then am not giving up so quickly. I tried to call again after a few hours. I keep talking just to make my mind busy from thinking. but then ** just singing along ***playlist like I am talking to the wall. *SENTAP-MALAS-TUNJUK-NANTI-GADUH*

4- When you need an explaination from people. dia akan kata yang kita mesej tu bukan soalan tapi kenyataan bertulis. Dia tak tahu nak cakap apa. WTF?


5. Bila orang nak pinjam barang kita banyak-banyak, Sanggupnya kita bersusah payah hantarkan. Bila kita tak cakap pun nak pinjam satu barang. Masya-Allah. Kelam kelibut macam aku mintak emas dia pulak. 


6. When you trust that person dengan pesanan sekali, jangan cerita kat sesiapa ye. End up semua orang tahu. Patut tak aku jadi pembunuh sekarang?!! Jangan cerita means jangan ceritalah. Bukan nya main reverse Psikologi ke apa
 
7. Lepastu mesti ada si penambah perisa bagi cerita lagi hot and spicy. Fitnah dowh. Nak kena bakar ke gigi tu kat akhirat?


8. Kemudian, nak bergurau dengan niat kononnya. Tapi tak fikir perasaan org lain. Damn, kalah lah kau!!! 


Rasanya I have to trust nobody but me. Maybe sebab dah selalu sendiri. Layan suka dan sedih sendiri. Aku rasa tak perlukan sesiapa untuk cerita. Kalau orang yang kau rasa boleh membantu ringankan masalah pun buat tak tahu saja. Nak buat apa.


Ye, kawan-kawan semua dah move on. Dah ada kehidupan sendiri. Dah ada keluarga sendiri. Cerita anak dara lanjut usia (someday) memang membosankan.

Ye, kerja lagi penting. Hati saya tak berapa penting.

Ye, Pesanan Ringkas kau hanya akan masuk tong sampah lepas ni.

Ye, cerita lah selama mana yang kamu mahu. Saya tiada daya nk tutup mulut tempayan kepunyaan kau itu.

*Nak mandi, nak tidur, nak mati lampu, nak silent Handphone, nak tutup mata, hati, jiwa. Eh, ini lagu Awie* Ok bai

Sunday, October 24, 2010

My Little-Secret Out (Thanks to Lady Barbella & Cik Tom)

Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you.

If I tagged you, it's because I want to know more about you.
Saya di tag oleh Lady Barbella (ohh, nama awak indah, seriously. Rasa nak kunyah). dan Cik Tom (yang famous tu).


Anda patut tahu;


No.1 -> Nama dalam surat beranak adalah Nor Hidayati. Saya seorang perempuan yang ada seorang abang, seorang kakak dan seorang adik lelaki. Perfect.

No.2 -> Saya tak perlukan adik perempuan sebab saya kuat jeles & tamak kasih sayang. Serius.
No.3 -> Oleh sebab itu, saya ada seorang Darling yang sangat memahami bahawa beliau tak boleh dikongsi dengan mana-mana perempuan sama ada kawan perempuan, saudara perempuan, perempuan simpanan ataupun tol gate girl perempuan (eh eh) 

No.4 -> Kalau tak saya akan marah sampai mengalir air mata. Coz I don't know how to express my feeling. I should throwing small things perhaps. Jadinya benda sekecil anak pun saya akan menangis macam. Tah la. Macam ada yang mati.

No.5 -> Ini kerana saya ada hati yang super duper sensitif. Saya memang tak boleh tengok budak-budak yang kena jual kelendar dengan kismis dekat stesen minyak tu. Ataupun ada nenek yang tengah tunggu bas (Mana pergi anak cucu beliau?) Heh, emo. Kan dah kata Over sensitif

No.6 -> Kemudian suka cemas tak tentu hala. Alamak, alamak handphone hilang. Dah kelam kabut selongkar beg dengan muka pucat lesi sampai keluar keringat jantan betina. Padahal, HP dalam poket seluar. Saya menyampah dengan perangai yang satu ini.

No.7 -> My center of gravity always messed up. Saya tak boleh berdiri tegak, jalan tak langgar orang, tak langgar pintu, tak sepak katil, tak seret tangan kat dinding, tak sangkut lengan baju kat tombol pintu, tak luka kalau kira kertas periksa, tak potong kuku masa hiris bawang. Seirus. Saya adalah resemble of Bella Swan (kekasih Vampire Edward Cullen)

No.8 -> Bila makan saya harus tumpahkan sesuatu or at least tinggalkan stained pada pakaian or tudung. Mesti. Macam kalau tak comot mungkin sebab saya guna BIB  baby

No.9 -> Saya suka mencuba menu yang baru. Lagi pelik, lagi suka. Tapi takdalah pelik tahap Fear Factor.

No. 10 -> Saya ada sepasang kaki gajah yang oversensitif. I mean kaki saya macam lelaki (kembang di depan, besar dan urat-urat timbul). Lepastu comot dengan macam-macam kesan parut akibat gigitan nyamuk dan luka pakai kasut.

No. 11 -> Jadi, saya memerlukan kasut bersaiz 71/2 untuk Vincci & Eclipse. Manakala 7 untuk Primavera (sebab dia takda 71/2) untuk high heels & wedges. Saya lebih selesa dengan Camel & Scholl untuk kasut kerja dan selipar jamban from I-Panema, Roxy & Padini. Serius tahan bertahun-tahun. Mahal tapi berbaloi.

No. 12 -> Range handbag saya dah luas sikit (sikit je). Selain GUESS am falling in love with Charles & Keith. Tapi, saya tetap sukakan ELLE untuk beg kerja (sebab dia bapak besar) & sling bag.

No. 13 ->Tapi, dalam diam saya sedang memburu my 1st Coach (saya jeleskan kamu Asna) or Dior or Marc Jacob or Paris Hilton (ini long term)

No.14 -> Saya mahukan smartphone untuk this becoming Disember (My Birthday lah. haha) Blackberry Torch kan Sayang sebab you lose your bet.

No. 15 -> Saya sedang menunggu the perfect time to pursuing my degree. Hopefully before I get married and having kiddos. And I wish I can be a Master holder. One step behind Darling Boify. Takpelah. Macam tak rajin je nak buat Phd.

No. 16 -> Cita-cita nak sambung belajar overseas tak pernah luntur. Someday maybe. Perancangan Tuhan adalah terbaik.

No. 17 -> Travel adalah perkara yang menseronokkan semua insan. Universal Studio, SIngapore is the next destination.

No. 18 -> Saya cepat bosan dengan sesuatu. Macam sekarang ni, aku dah mula bosan sebab baru no 18 ke? Boleh tak lepas 18 terus 25? Tak boleh? Okeh.

No. 19 -> Saya tak pandai memilih kain untuk baju kurung dan sewaktu dengannya. Sumpah nanti akan confius nak yang mana satu. Sebab takut bila dah jadi baju tak cantik.

No. 20 -> Saya adalah manusia yang paling tak kisah kalau tudung kau tak match dengan baju ke kasut ke handbag. Sebab saya tak suka pakai satu colour from head to toe. Saya kan cepat bosan. HAHA

No. 21 -> Saya sedang try out Clinique Facial Range dan Mascara dia. Macam seronok.

No. 22-> Saya berangan-angan mahu bertunang pada 1.1.11 dan berkahwin pada 11.11.11 dengan hantaran RM 11,111.11 dan kereta Mitsubishi Lancer dengan plat no YAT 11. Shh, ini rahsia, don't tell Dak Yang.

No. 23 -> I love reading. Too much. Sudah 10 kali ulang baca The Twilight Saga. Shopaholic Series tinggal buku akhir. Nak Asna. Saya sukakan Sophie Kinsella. P/S I Love You buat saya sobbing. Sekarang sedang layan Confetti Confidential. Maaf, saya sedang mahu improve my english lagi (bukan berlagak tak baca novel melayu, mind you)

No. 24 -> Hey, tahu tak saya sudah hilang 3 kilo selepas 18 hari menjalankan program buang lemak berlebihan?

No. 25 -> YAYYYY, finally. I will turn 25 years old on 10th Disember 2010. And am still single. And kinda sad bout that fact. KAHKAHKAH

Sekarang dah tahu kan my little secret. Now, saya sedang memburu mangsa
















 I wanna know your secret too. teehee. Spill it out :D

Thursday, October 21, 2010

Pengapit Makan Penuh Semangat

Tajuk sebenar dia 'Aku; Si Buruk Lantak'. Tapi, nampak tak nice lah. Kredibiliti kena jaga juga. Kredebiliti apa yang diperkatakan disini? Aku sendiri pun tak tahu. Nevermind.

Niat di hati ni memang takda nak hapdet pape pun. Takda nawaitu langsung. None. Zero. Kosong. Ok. Fine, Kitorang dah mula nyampah bisik hati anda. HAHA

Nawaitu sebenar di hati nak pergi cuci rambut dan mandi basah-basah (?) Sebab melihat rambut yang pakai jari pun boleh ni semakin hari semakin cannot gi dah. Macam nak guna pencarik sampah untuk leraikan rambut. Sumpah dah tak beralun sekarang. Mula benci. Baik kinting saja tempoh hari. Menyesal, menyesal (sambil hentak-hentak kaki) Eh, sudah-sudah lah cerita pasal rambut yang takda kaitan dengan hidup kami neh. Baiklah.

Kita terus ke jalan yang lurus. Mari (sambil pimpin tangan)

Tadi tengah godek-godek fail yang ber title wedding(s)

Banyak koleksi-koleksi perkahwinan lah. Takkan pulak ada gambar orang berkhatan. Tiada releven.

Saya teringatkan insiden di mana setiap kali jadi pengapit, mesti orang kata saya makan bersungguh. Kalau sekali mungkin kita fikir, Oh, dia lapar. Tapi, bila almost 3 kali orang tegur. Eh, ini buruk lantak nama dia. Memang sesuai dengan tajuk pertama tadi. Tapi, dah terlambat nak ubah. Ahh, lantak.

1st time masa wedding Kak Intan. Mereka perasan waktu tengok semula video kahwin tu. Masalah yang buat saya tak tahu nak letak muka kat mana, bila ibu bapa pengantin pun tumpang gelak sekaki. Eh, Yaty makan sungguh-sungguh. Sampai tak toleh kiri kanan lagi. Ya Allah, rasa nak tinggal muka kat rumah jap. Boleh? Memang melantak sakan. Orang kata makan beradab. Ah, you shadap. HAHA

Muka macam nak terkam nasi
Muka bersungguh tu, sipi-sipi jek
Tekun hadap nasi
Lepas dah malu tahap dewa-dewa. Insaf dah tak mahu nampak macam Anak Somalia di meja pengantin. Nanti penat asik nak tinggal muka je bila keluar rumah. Jadinya, waktu jadi pengapit Kak Aiza, saya tak mahu makan nasi. Jadi, saya takkan malu lagi. Bijak tak? Super Genius. Saya buat-buat sibuk tolong senduk-senduk nasi saja. Tapi, bila nampak udang panjat. Lupa daratan.

 See, saya tak duduk hadap nasi lagi
Saya menjalankan tugas
Senduk-senduk nasi

Tapi

Kenapa udang tu bergerak ke arah ku?
Oh, Nooo!!!

Last sekali duduk dekat meja pengantin waktu kawan terbaik yang nama Kema kahwin. Bulan 12 tahun lalu. Kali ni, cameraman pulak yang sound direct. Semua pun nak sibuk tengok I makan.

 Ni konon-konon

Pengapit, pandang kamera lah, jangan pandang nasi je. Heh, waktu makan pun nak sibuk-sibuk amik gambar? Nak makan pun tak senang tahu!! *sigh*

 Muka bengang sampai terbalikkan pinggan
HAHA

Lepastu jadi bahan lah. Memang dari pagi tak makan ke? Eh, eh, abang cameraman punya insurans mulut memang berjuta lah. Saman nanti. I see you in court!! Eceh.

Aku memang tak boleh nampak makanan lah. Walaupun baru lepas makan nasi setempayan *exegerrate* kalau nampak kuih koci seketul pun tetap nak excited.

Orang-orang kata makan bersungguh macam kalau makan mee dalam mangkuk tu dengan muka-muka sekali nak cium kuah kari.

Orang-orang suka tengok saya makan.

Saya? Tutup muka pakai suratkhabar macam orang kena bawa masuk mahkamah.

Tuesday, October 19, 2010

Tiada Kata Dapat Menggambarkan Rasa <<< WTH?

Saya tengah menulis dengan mata separuh terbuka dan sobbing-sobbing.

Maaf, perasaan saya tengah kucar-kacir. Hati pun bersepah-sepah. Update blog for the sake of meluahkan rasa. Saya cuma nak menulis.

Saya tengah rasa teramat sedih sekarang. YES!!. Teramat. Sangat. Rasa macam di pinggiran. Eh, boleh nyanyi Fransisca Peter, Sekadar di Pinggiran.

Entah. Di tinggal sendiri dah biasa. Tapi i never feel more alone than alone itself. Apakah?

Faham tak. saya rasa tiada sesiapa. Saya rasa sendiri. Saya rasa Alien.

Allah, bantu saya.

Saya hanya menangis sendiri. Selalu sendiri. Bosan. Dah terlalu sendiri sampai rasa tak nak sendiri lagi

Ah, bosan. Nak pergi cari kawan menangis. Nak menangis secara berkawan pula. Mungkin akan feeling better.

Bai. Kawannnnn!!!!

Faizal Tahir, You know my heart content better. FT forever
Aku memang bersalah, selalu saja mengabaikan mu

dan tapi dah ku sedari segala perih kau lalui ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu aku bersalah selalu saja mengabaikan mu meninggalkanmu

dan tetapi tlah aku sedari segala perih yang kau lalui kerna diriku yang terus hanyut.

Monday, October 18, 2010

Saya Richie Rich. Yes, I Am Rich

Teringat zaman kanak-kanak dulu, suka betul tengok cerita Richie Rich. Lepas tu, berangan nak jadi anak orang kaya. Boleh ada bilik sebesar alam yang boleh letak rumah Barbie yang siap dengan kitchen dan ruang tamu. Typical kanak-kanak punya imaginasi.

Bila dah meningkat dewasa, baru saya sedar. Eh, Saya memang rich lah

Hoh, apsal? Kau baru dapat wasiat anak dara ke? Ke kau log in Facebook dapat duit? Heh, anda rasa benci tak? Saya memang benci tengok orang tag dekat gambar duit banyak-banyak pastu kata senang je nak dapat duit bla bla bla.

Maaf. I have no interest what so ever dalam earning duit banyak-banyak dengan cara tah pape. Eh, eh, apsal emo. Benci lah sebab buat semak muka buku haku dengan haku-haku sekali terasa semaknya

Ok, habis dah emo. Sambung balik cerita tergendala.


Tadaaa, bukti memang cukup nak mendakwa saya kaya

Tapi, tapi tapi saya tak kata yang saya kaya duit. Saya kaya dengan buku bank. KAHKAHKAH. Tadi, main kemas-kemas drawer sebab tak boleh nak ditutup (baca: saya seorang pemalas, sampai kan drawer takleh tutup penuh sampah sarap) Lepastu, TING!! saya jumpa banyak buku bank

Hoh? Berapa banyak bank yang aku ada pun dah tak ingat. Masalah dia, ada ke duit dalam bank-bank itu? HEHE. Itu tak dapat dipastikan sebab semua buku bank dah bertahun tak update. Lagi-lagi Bank Simpanan Nasional.

Sejak-sejak habis maktab, tak pandang dah BSN. Ohhh, tak sadar diri kau ya. Dulu, hujung bulan je bekejaranlah budak-budak maktab (termasuk yang menulis blog neh) keluarkan duit kat BSN sebelah 7E dekat Batu Pahat tu (kenangan). Sekarang, pandang sebelah mata pun tak mahu dah.

Ni pun ada lagi buku bank yang takda. Bank Pertanian sebab dulu nak tabung bentuk kelapa. Satu kelapa muda kaler hijau, satu lagi kelapa tua, kaler coklat. Dua-dua pun saya ada (bangga gila). Tabung Kelapa neh dia tak bagi kunci tahu. Bila dah penuh, kita bawa pergi dekat Bank. Nanti orang tu pecahkan kelapa tu then baru kita dapat tabung yang lain. (Salah satu motivasi untuk menyimpan)

Tapi, sangat malanglah sebab tabung yang kedua dipecah oleh adik beradik sendiri (Mereka ingat mereka expert macam orang bank tu) Tak sangka ada adik beradik perampok. Menangis-nangis hentak kaki lah haku masa tu.(kenangan juga)

Maybank pun dah takda buku bank sekarang. Kalau tak, total buku bank yang ada 7. Kalau setiap satu ada baki akhir seribu. Bayangkan-bayangkan.

I Am A Rich Girl kata Gwen Stefyaty
:D

Friday, October 15, 2010

Stalker Siti Situ Sana Sini

Sesss (yess). Semua nak mula dengan huruf 'S' sampai jadi Sess. Sudah sah sasau. Heh, tengok, jadi lagi. Ok ok. Pedulikan dia. Lets move

Esok yang dinanti

Siti Nurhaliza?

Rumah?

Stalker?

Jangan call polis dulu. Kamu semua neh  memang lah. HAHA

My journey begin tomorrow

Dari Bangi ke Kuala Lipis ke Temerloh dan akhirnya pulang semula ke rumah. Habis, kau tak reti-reti balik rumah sendiri?

Tak sabarnya nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak *drooling*

Tak sabarnya nak lalu depan rumah Siti lagi.

Asal pergi ke Kuala Lipis je nak singgah rumah Siti yang kau dapat lalu depan rumah macam takda orang tu. That's what people call STALKER

Buhbye Klang, Buhbye Blog. Buhbye semua.

Tunggu saya bawa pulang ikan patin yang dah jadi isi perut :D

Thursday, October 14, 2010

Ini Kali Kedua. Petanda Buruk Kah?

Malam semalam saya tidur dengan rasa gembira. Bergelak ketawa KAH KAH KAH pukul 2 pagi bila reminiscing our memory mula-mula bercinta dulu. Zaman Tok Kaduk tahu. 2003. Tok Kaduk pun agaknya dah sempat berbini dua. Eh, apsal tiba-tiba Tok Kaduk masuk cerita? Puhhh

Lepas dah gelak-gelak, mengucapkan selamat malam secara paksa tak rela sebab nak cakap banyak lagi, tapi yang di ajak cakap dah separuh sedar je. (I hate you remember?)

Saya pun tidur krooh krrooh. Lepastu masuklah ke dalam dreamland

Masih juga mimpi yang buruk itu. Dulu dah pernah mimpi pasal ni

Esok is my wedding day and saya baru perasan saya takda persiapan. Saya takda tukang amik gambar, takda baju, takda make-up. Padahal semuanya dah ada dalam perancangan. Gelabah sana-sini cari siapa nak ambil gambar. Tapi, dah last minute. Semua dah orang tempah. God, macam mana nak kahwin neh

Sekarang saya fobia. Ya Allah. Minta-mintak ini bukan tanda tak baik. Mintak-mintak ini semua akibat tidur tak baca ayat-ayat sepatutnya.

Ada rasa nak booking semua-semua tu sekarang, biarlah mimpi tinggal mimpi. Tapi, bila nak kahwin tah. T____T

Wednesday, October 13, 2010

Peniru Yang Dah Di Tiru

Ingat tak?
Ala dulu kita masa zaman hingus-hingus, tak sabar nak tunggu jamuan raya dekat sekolah sebab kita nak melaram pakai baju raya cantik-cantik dengan kasut raya. Nak tayang satu sekolah. Aku ada kasut tumit tinggi yang shining lagi bercahaya kalau kena pancaran matahari. Kau ada? (siap berlagak dengan kawan lagi) Kalau jalan mesti sengaja nak dibunyikan kuat-kuat. Kalau tak mana ada chances. Kasut sekolah takda bunyi T___T

Baju pulak dah penuh lis kiri kanan. Dengan ropol-ropol bunga besar semua.

Pastu semua feeling macam cikgu dah. Ye lah, zaman sekolah hingus-hingus idola kita kan cikgu-cikgu yang selalu pakai baju cantik-cantik dengan kasut tinggi segala. Lepastu, jamuan hari raya kat sekolah lah masa nak imitate gaya dia dan feeling diva. Jalan dongak langit je masa tu. Dah cantik kan tadi. HAHA

Sekarang kan

Bila tengok budak-budak lagi advance dalam bab-bab bergaya, rasa nak tergelak. Dengan kain belah dia, mind you. Lepastu selendang lilit-lilit. Dengan tudung Siti nya lagi. Memang ah, sebiji. Siap jambul keluar depan yang tak tahan tu. Ada yang macam Ratu Jamu dengan kebaya pendek yang ketat tu.

Jalan slow-mo je sebab pakai kasut tinggi taknak kalah juga. Dah terhegeh-hegeh nak jalan naik tangga. Huiii, kalau lalu depan cikgu lelaki, lagi galaklah. Saya gelak dalam hati sebab macam rasa tak boleh tahan hati sangat bila tengok. Ok what gelak dalam hati, ikutkan macam dah nak berguling-guling berderai isi perut ketawa.

Ya, ya saya tahu, once upon a time saya pun macam tu T___T

Sekarang saya pula yang ditiru :D

Gambar sekitar jamuan raya sekolah.

Table-mates saya.
Sebab saya yang terkecil(dari segi usia)
Semua treat saya macam kanak-kanak
HAHA

Saya the only 'Cik' yang ada
Dah takyah sibuk-sibuk nak minta no. telefon yang lainnya.
Anda takda pilihan
HAHA

Dengan geng-geng hujung belah kanan
(saya duduk hujung belah kiri)

 Geng Chubby-Chomel
Makan hadap dinding
Tak boleh hadap orang sebab malu
:p

Gosip sikit
Ada seorang cikgu kat sekolah yang suntik Botox kat pipi. 

Nampak tak?
Pipi yang tak boleh blah.

Tuesday, October 12, 2010

Schoooomel

Nah, jamu mata dengan sesuatu yang schooomel


Award ni datang nya dari Wanzi.

Terima kasih daun keladi, ada award, hah jangan lupa bagi lagi. Pantun dan warning kalau di gabungkan bunyinya manis sekali.


1. aktiviti waktu lapang......
>>> Reading, reading, reading pastu baru sleeping

2. n last but not  least ..... kena tag sekurang-kurangnya 3 pilihan kamu.......
 
Nak bagi dekat



 
 
Ok, masa untuk mandi

Mood Baik, Entry Panjang

Pagi ini mood sangat contra dengan mood hari semalam (yesterday). Dalam hati macam ada sekebun cinta nan berbunga (sambil jongket kening baca ni, mind you)

After 11 days of my quest, I lost 2 kg.
Weeeeehuuuuuuuu (joget lambak 5 minit). Kenapa happy sangat? Kenapa? Sebabnya berat saya dah lama tak turun-turun. Masa puasa tempoh hari jarum timbang takda nak gerak ke kiri. Gerak ke kanan terus. Ikut hati nak patah-patahkan jarum timbang (siap kau!)
Jadinya, mari teruskan mentulis sambil tersengih-sengih sebab kegembiraan melampaui batasan.

Saya adalah insan yang sangat menghargai rakan-rakan yang saya ada. Macam saya sangat-sangat menghargai kamu-kamu yang selalu singgah baca dan komen di blog neh. Really, kamu semua sangat near and dear to my heart.

Hari Raya tempoh hari, memang sangat gembira sebab kawan-kawan datang rumah. Macam tak sangka. Memang tak ramai, tapi mereka adalah rakan-rakan yang berkualiti. Mari kita semak siapa mereka (bukan semak rumput-rumput tapi semak check it-out)


Caa atau nama surat beranak Nur Syara. Kami adalah kawan since Form 1 sampailah sekarang. Kami berdua juga orang panggil wedding crasher sebab di mana ada kenduri kahwin kawan di situlah muka kami akan ada. Tapi, kami tetap juga tak kahwin-kahwin. Sampai Umi Caa kata dekat emak saya, asik pergi kenduri kahwn orang je sebab tu la tak kawin-kawin lagi. HAHAHA.

Caa ada business perfume and alat-alat kosmetik. So, ladies, apa lagi? Sekarang tengah buat sale untuk lip gloss, lipstick and mascara Clinique and Estee Lauder. Boleh periksa blog Caa di http://perfumemurah.blogspot.com/ dan Facebook Green Galore. Again, pergi semak lekas. Sale sampai Jumaat je.

Caa, harap dapat komisen sebab buatkan iklan neh. Teehee


Yang kedua sampai ialah Mona. Mana satu Mona? Mona yang baju kotak-kotak. Yess, Mona adalah lelaki. Jangan tanya kenapa di panggil Mona. Dia saja yang boleh jawab. Mona adalah kawan since Form 3. Nama sebenar tak tipu ialah Ridhuan. Mona kerja bank. Dan masih mencari, Anyone interested? Teehee.


Ini takyah kenalkan kot sebab dah selalu nampak muka Si Kema neh kan. Ni lah kawan yang I jadi pengapit masa beliau kahwin dulu. Ye, sekarang beliau dah montel sikit. Tengok ah macam mana tak montel, mangkuk depan tu haaa, susun bertingkat-tingkat. HEHE. She's always be my crying shoulder when I need her. Kalau menangis dengan Kema, nanti dia cakap nangis la, lepaskan semuanya. Nanti kau lega. 

Doakan kau cepat-cepat dapat baby yang comel-comel. Amin


Yang last sekali sampai adalah Giha atau Naziha. Terharu sungguh sebab sampai juga dengan anak dan suami. Kami adalah dorm-mate masa Form 5. Giha pun ada business juga. Nah cuba tengok http://jomdeko.blogspot.com/ macam-macam ada. 

Baby Giha sangat comel, lepastu semua nak jadi ibu tumpang. HAHA. Darwisy sungguh adorable.

Ibu Tumpang 1, takmo lepaskan Darwisy. Asik dia je nak pegang

dia lagi

dan lagi

*sigh* takde chance orang lain

Lepastu Ibu Tumpang 2 pulak ambil
Ecehh, one happy family.
Tapi anaknya tetap Darwisy
HAHA



Last but not least, yours truly dapat juga chances

Time nampak motherly la time tu nak blur

Ok, much better. 
Ouwww, nak baby sendiri lah camni

Panjang gila sudah entry ni. Saya nak kepilkan gambar fav K.A.M.I


Rasa macam semua anak dara


Tamat, boleh bersurai

Monday, October 11, 2010

Semua Tak Kena

Mulakan hari dengan Bismillah bukan dengan marah-marah. Tapi, semua serba tak kena

  • Nak upload gambar masuk dalam entry tak boleh. Nak kena blogger neh (marah sikit)
  • Ada orang balik JB tak cakap. Tahu-tahu dah sampai Rembau (marah lagi sikit)
Kalau dah tak berapa nak sihat, semua benda jadi tak kena. Nak menangis sambil hentak-hentak kaki (typical me) tapi rasa macam ah buang masa je. Lebih baik turun makan, lagi kenyang.

P/s ; Lagu Hanyut- Faizal Tahir tu adalah terbaik. Rasa nak kunyah-kunyah je lagu tu sebab sedap sangat.

P/P/S ; Yang, I ngajuk dengan you. Takmo kawan.

Soalan Ujian From Cik Fiza (Fizzie) & MasZuber

Soalan Ujian Bulanan kali ini lebih susah dari Soalan PMR I tell you. Berpeluh jantan betina semua keluar. Hambekk
 
1. apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
 Semua yang menyokong kehidupan saya adalah penting (e.g udara, air, makanan, tempat teduh,keluarga, rakan taulan and so on)
 
2. benda yang terakhir korang beli guna duit sendiri?
Tak ingat. Tadi bayar makan pun duit Dak Yang. Duit saya safe and sound dalam wallet. teehee
 
3. dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?

Di rumah sahaja. sebab rumah ku syurga ku. Tema? All White. From khemah to tetamu yang hadir. SO, pengantin saja yang ada kaler. Barulah lain dari orang lain.



4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
  Of cos *mata kedip-kedip*

5. berapa lame korang akan mencintai kekasih korang?
I know deeply in my heart, am gonna love him for the rest of my life



6. novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
Novel: Confetti Confidential (again, Dak Yang belikan)
Buku: None
Majalah: In Trend cover Sti Nurhaliza (dress itu sungguhlah)

7. dimana korang selalu jumpa dengan kekasih korang?
Di tempat yang ada makanan


8. apa name penuh korang?
Norhidayati Basirun

9. antara mak dan ayah mana yang korang lebih mesra?
Emak
  

10. namakan orang yang betul2 korang jumpe dalam hidup korang? 
Love of my life - Dak Yang


11. adakah korang basuh baju korang sendiri?
Kadang-kadang. Selalunya emak basuh, saya sidai


12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Mengerjakan Umrah & London, Paris, New York. aik

13. pilih satu, peluk atau cium? 
Lots and lots of hugss


14. beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang? 
Oh, Fizzie adalah rakan seasrama. Dia duduk sebelah dorm masa Form3
 MasZuber =  She's nice


15. 5 mende yang korang sayang sangat dalam hidup korang?
1. My Family
2. Darling Boify
3. Lappy
4. Hp
5. All my birthday presents from Darling Boify (like a lot)



16. 5 lagu yang korang suke dengar?
1. Hanya - Faizal Tahir
2. Impossible - Shontelle
3. Secret - One Republic
4. Dan Bila Esok - Sofaz
5. Already Gone - American Idol 1


17. bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas? 
10 Disember 85. Last year kami celebrate di Tony Roma's Sunway Pyramid

18. 5 orang blogger yang korang nak tag
-none- kinda lazy nak berfikir. So, semua selamat. teehee