Thursday, July 29, 2010

Mode Private. Until Further Notice. Gonna Miss All Of You

Tuesday, July 27, 2010

Bantu Saya Mempilih, Please!!

Saya (bukan nama sebenar) ada masalah dalam hati.

Bila saya (yang bukan nama sebenar tadi) tengok orang keliling pakat-pakat pakai HP canggih mula-mula tak berasa apa. Sebab dalam hati lebih fokus kepada Ford Focus. Eh, Tak. Lebih bermimpi kepada penaklukan Mitsubishi Lancer 2.0. Ewah bukan main lagi.

Tapi, bila si Saya ni rasa macam impossible sikit dalam masa terdekat neh, Si Saya pun terus tekan Delete button dalam kepala dia. Walaupun sukar nak memadam memori Lancer tu sepenuhnya,  pfrttt tapi takpa tengok dalam 2,3 tahun akan datang ni kalau dapat naik pangkat jadi Guru Besar ke apa. (eh, saya tu pun kerja cikgu juga? What a small world)Teehee

Jadinya, saya ni tadi pun ubah channel (no, no. Bukan bermimpi nak beli handbag Chanel pulak. Ini memang tak mimpi T__T) Ubah haluan kepada meminati smartphone.

Sebelum ni Saya selalu pakai Handphone Nokia saja sebab friendly user(atau sebab user tak perlu serabut).

Mula-mula Saya rasa BB nampak smart. Tapi, bila Saya cuba guna yang seangkatan dengan BB iaitu Nokia E72 kepunyaan Abang nampak cam serabut sebab banyak button kecik-kecik . Alahai. Saya give up dengan BB

Oh. Jadi, Saya dah mula obses dengan Apple i Phone. Dalam hati ni memang aim kuat nak i Phone.

Tapi, bila tanya para pengguna i Phone yang dihormati, mereka kata leceh, megapixel tak besar, tak boleh 3G dengan handphone biasa dan macam-macam yang negatif lagi. Saya terus luntur semangat. Alamak, nak kena give up on i Phone juga.

Jadinya, Handphone apa yang terbaik dipasaran, yang tak mensusahkan saya dan saya takkan give up sampai bila-bila? Tolong! Cadangan anda mungkin membantu Saya yang buntu tu mempilih Handphone.

Yang Benar,
Saya T__T
(bukan nama sebenar)

Friday, July 23, 2010

Bersama Chef Ty - Lasagna

sNahh, siapa yang mentulis blog berani mati neh. Sebab dia berani bagi resepi yang taknak kalah. Trust me. Saya berani bagi sebab dah cuba dan ternyata berkesan. Eh, ini iklan FAB. Ternyata sedap.

Credit to My Luvly Kezen Dr. Azrina. After a few days berkampung dekat rumah beliau, yang sangat rajin memasak walaupun beliau bakal sibuk kelak (dan bakal berkahwin next year)

Mula-mula, takda niat di hati pun nak cuba (Eh, ni belum masuk cara-cara membuat. Belum) Tapi, atas desakan dan permintaan keluarga (lepas mereka rasa Lasagna yang saya bawa balik) saya pun pergi mintak resepi.

Bila boleh kami dapat resepi dia Chef Ty? Dari tadi scrooling, takda nampak apa resepi pun? Muak dah dengan intro yang kami tak berapa nak kisah tu

Ok, sekarang! Pergi ambil pen sekarang


INTI
  • Daging Cincang
  • Ayam Cincang
  • Tulang Cincang
  • Prego Traditional
  • Cendawan Butang
  • Tomato puree
  • Cili giling
CARA-CARA

Panaskan minyak. Tumis cili

Cili dah masak, baru masukkan daging cincang cap Ramly tadi.
Kalau cili tak masak, kau sakit perut kelak.
Eh, bukan pantun kelakar. Serius

Bila nampak daging dah hancur habis bergaul dengan cili.
Tuangkan sos Prego (yang tu botol kecil)
Pastu tutup biar daging well cooked

Masukkan tomato puree dengan tin-tin sekali
Jangan!
Masukkan 2 sudu saja. Nanti masam terlebih

Last sekali masukkan cendawan butang yang dah potong nipis-nipis. Jangan biar dia seketul-seketul. Malu sikit, jadi perempuan tak boleh malas potong cendawan.

Ok, pergi minum air jap. Resepi panjang lagi neh.

SOS PUTIH

  • 60 g Butter
  • 40 g Tepung Gandum
  • 560 ml Susu Segar
  • Secubit Nutmeg
  • Garam
  • Pepper
  • Gula
CARA-CARA

WARNING: Api kecil saja sepanjang membuat sos putih. If not, dia turn jadi sos hitam (hangit)

1. Cairkan butter dalam kuali
2. Dah fully cair, masukkan je tepung dan kacau pelan-pelan. Supaya tak jadi ketul-ketul
3. Pastikan tepung dan butter dan bergabung dalam erti kata sebenar. Angkat dia ketepi
4. Masukkan susu segar tadi perlahan-lahan sambil kacau (kalau pakai susu HL, nescaya sos anda wangi dan harum)
5. Letak semula atas api dan kacau perlahan-lahan
6. Masukkan secubit je Nutmeg (serbuk buah pala). Kalau over nanti rasa pelik
7. Kacau sampai jadi pekat. Sambil tu tambah lah garam, pepper dan gula sampai rasa dia memuaskan hati. Ikut selera sendiri. Kau suka masin, kau letak garam macam Aziz Satar buat dalam Bujang Lapok tu.

Pheww. Tarik Nafas
-
-
-
-
Kulit Lasagna

Jangan cari tempat frozen
Nanti anda jumpa yang ready to cock

Rebus kulit Lasagna tadi bagi lembut
CARA-CARA SEMUA SEKALI

Susun kulit Lasagna yang dah lembut tadi dalam bekas pilihan anda.
AWAS!! Jangan susun bertindih. Nanti dia tebal. Susun sebelah-sebelah macam kawan baik tu (?)

Letak inti daging tadi selapis. Ratakan sampai kulit lasagna hilang dari pandangan.
Lapis pulak dengan sos putih. Ratakan sampai daging ahncur hilang dari pandangan juga

Letak tomato hiris.
Tabur kan dengan MOZARELLA cheese ikut suka nak berapa banyak.

Susun semula kulit Lasagna tadi untuk lapisan seterusnya. Ulang-ulang lah cara kat atas sampai berapa lapis kau suka.

Lapis atas sekali takyah letak kulit Lasagna dah.

Letak hirisan tomato.
Tabur Mozarella
Tabur PARMESAN

Ready to bake
Suhu = 190 darjah
Masa = 45 minit atau sampai masak

Hasil

Warning: Jangan potong waktu panas, sebab dia masih lembik.
Kalau nak makan juga, kena pakai sudu.

Macam gangstar bagi resepi. Asyik nak warning orang saja. Cara dia sangat complicated. Nanti kalau tersalah, I juga yang di salahkan.

1st trial I tak berapa jadi (gambar di atas). Rasa pun kurang enak. Semalam, buat untuk kali ke-2 untuk Kakak-kakak di sekolah itu, barulah dapat pujian menggunung. Better. Hari Ahad ni, Emak suruh buat lagi sebab semua adik beradik pulang. Oh, gembira

Ini bukan makanan kesihatan, mind you. Ini makanan untuk orang yang nak gain weight dan orang yang tak sedar-sedar dia sudah overweight
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, July 21, 2010

1st Attempt-Bawa Bekal

Result - Completely Failed

HAHAHAHHA jom gelakkan Yaty secara berjemaah.

Tahukah anda, sejak saya mempasang LOST WEIGHT TICKER di atas yang saya suruh anda tengok sambil berdoa tu, saya pun mempasang strategi sama. Oh, bukan hanya letak ticker dan berharap berat akan hilang sendiri like magic. Pasang ticker je boleh kurus, pasti lepas ni semua blog ada lost weight ticker tu I yakin. HAHA

Percubaan saya yang julung-julung kalinya ialah membawa bekal sumber makanan sihat. Oh, selama ni saya seorang penggemar makanan yang kurang sihat sangat. Saya bukan golongan omnivor iaitu si pemakan sayur. Banyak teruk punya perangai. Saya adalah golongan karnivor, iaitu si pemakan daging.

Semalam, saya mencuba lah stim brokoli bersama ketam. Ketam merah yang pat segi panjang-panjang macam dalam yong tau fu tu (tak, nama dia yong tau fu saja, tu sebagai penambahan atau dia ialah singkatan kepada itu) Ada orang tanya ke? Ok, takpa.

Saya benci brokoli, dan cuba untuk mensukainya. Saya tambahkan sos black paper from Tesco Choice sebagai penyedap rasa. Brokoli alone rasanya tak dapat di telan dengan kata-kata. HAHA

Kemudian, saya buat sup bebola ayam but without minyak, halia, bawang putih, sup bunjut dan lain-lain. Yang ada cuma air, bawang merah dan bebola ayam. Sedikit chicken stock penambah perisa.

Dah yakin sedap (yakin je dulu. Keyakinan tu penting), masuk dalam tupperware. Yakin akan makan sambil berbangga sebab makan bekal sendiri Teehee.


Pendekkan sikit cerita ni, waktu makan, saya pun buka bekal dan makan. Dan terus rasa nak vomit sendiri. Siyesly. Oh, kenapa ni? Saya cuba juga telan-telankan. Tapi, sayang berjuta-juta kali sayang, tekak memang tak boleh terima. Saya pun tutup bekal.

Tahukah anda makanan kesihatan memang tak enak sama sekali?

Oh, azam untuk bawa bekal ini memang tak berjaya. Harus cuba method lain pula.

Tahukah anda lagi (eh, da macam ruangan info dalam surat khabar saja) kenapa saya makan dekat bucu-bucu meja saja. Sedangkan kalau ikut kaki persegi, meja tu luas lagi. Ini kerana ;

Meja sudah penuh.

Sila jangan nganga lama sangat. Ini meja untuk 2 orang, saya jadikan meja sorang diri. Tablemate, saya suruh pindah temporary. HAHAHA. Bersepah gila dengan kertas ujian yang sedang dalam proses

Tadaaaa
My new pencil basket
Cute isn't it?

Nanti I cerita kisah kenapa pencil box (dulunya) bertukar jadi pencil basket. T__T

 End up saya makan Oat Krunch saja

*sigh*

Tuesday, July 20, 2010

Bad, Bad Dream

Owh, saya benci mimpi buruk. Apsal mimpi buruk sangat? Hodoh tahu! Buat saya bangun tidur dan kelihatan hodoh sama, seperti mimpi.

http://www.ilovemybaby.org

Macam dah lama tak bermimpi buruk. Definition mimpi buruk for me, bila 'perempuan itu' punya image masuk dalam mimpi saya. Choiiii

Malam tadi bermimpi buruk yang sedih

Dak Yang ajak keluar, I jual mahal. Tak berapa minit kemudian, I kata ok lah, jom keluar. Suddenly, Dak Yang tak reply message, tak call me back. I cuak. The feeling sangat berat kat dada. Nak bangun tak boleh. Sedih sangat sepanjang mimpi.

Kalau mimpi buruk, subuh-subuh lagi I akan call Dak Yang.

Jawapan dia kan : I tertidur kot time You mesej & call dalam mimpi tu.

Bleeerrghhh.

Dan sudah banyak kali I bermimpi buruk bout our wedding

1st - We are getting married, tapi I tak tempah baju, takda pelamin, semua takda. Pastu I cuak gila, macam mana nak kahwin?

2nd - Kami dah sanding, tapi kami belum nikah. Teehee

3rd - Waktu tengah-tengah majlis, baru ingat, I tak jemput pun kawan-kawan datang majlis I

Nauzubillah

I hate bad dream. It'll ruin my mood all day T___T

Monday, July 19, 2010

Please lah Mother

Entry untuk mother-mother yang ada anak bawah 13 tahun. Bakal mother pun boleh juga. Ada niat nak jadi mother pun boleh tumpang baca.

Saya nak marah sebenarnya (eh eh, suka hati saja nak marah emak-emak)

Bukan nak marah takda hala tuju. Tapi more as teguran.

Ini berlaku waktu saya pergi mentengok ECLIPSE Sabtu lepas. Yup, my 2nd time. ECLIPSE terbaik I rasa. Ok, kita bukan nak cerita pasal kenapa Edward semakin hotter day by day. Bukan. Bukan nak cerita kenapa lah Jacob semakin tough body ketul-ketul macam kuih bangkit ke apa. Bukan ye.

Saya nak tegur attitude ibu-ibu yang bawa anak dia pergi tengok Eclipse. Kalau anak-anak sudah muda remaja semacam saya tak mengapa nak bawak pergi tengok Eclipse. In fact, Ibu-ibu takyah bawak pun, anak-anak boleh pergi sendiri. Tapi, bila budak lelaki kecik lagi di bawa tengok cerita sedemikian, sangat-sangat tak sesuai.

Dah dua kali saya lihat. 1st masa New Moon dulu. Mungkin emak dia pun peminat fanatic Edward ke siapa-siapa tah dekat Twilight tu, di bawak anak perempuan dia sama. Dalam umur 4, 5 tahun. Bila part-part kissing kan (emak dia syok habis lah kot) anak dia pulak menjerit dalam wayang EIIIIIIIIIIIII!!!! Tengok, anak dia pun rasa geli tengok. Emak buat tak faham pulak. Semua orang dalam cinema tuh toleh. Mujur gelap, kalau tak, nampak kot ada orang mencebik geram dengan kebodohan emak. (aku lah tu)

Waktu Eclipse neh lagi la, anak dia buat bising. Duduk belakang sekali. Lari sana-sini buat macam kat rumah sendiri. Lepastu, kaki dia tendang-tengdang kerusi aku. Cess, sekali toleh dia stop. Lepastu buat lagi. Sakit hati sungguh. Dah lah kat kepala aku. Ikut naluri cikgu memang nak snap kaki dia kasi patah. Ehh, silap. Snap kepala emak dia dulu sebab tak fikir bawak anak tengok cerita macam tu. Bila tiba part Muah muah tu, dia suruh anak dia tutup mata. WTH

Sebab macam ni lah, makin banyak gejala sosial. Eceh. Mungkin ini salah satu penyumbangnya. Kecik-kecik dah disogok dengan cerita tak sesuai umur. Esok besar bila dia practise, hah, baru emak nak nganga?

Yang jaga tiket tu pun, check lah betul-betul. Kalau dah PG13. Maknanya budak-budak bawah dari umur tu mana boleh tengok lah. 

So, mother-mother sekelian. Please lah. Pergi tengok Zoo sana.

Friday, July 16, 2010

Tengok Atas

Nampak tak?

Saya sedang lawan strawberry sama veggie. Owh, saya memang selalu fight dengan veggie and selalu buang dia dalam tong sampah.

Tapi sekarang, veggie dan saya berkawan baik. Belajar bersama, main bersama.

Jadi, am crossing my finger and doa sama-sama.

Kakak pun doa sama lah (iklan ombak jahat)

Wednesday, July 14, 2010

Mama Pesan . . . .

Apsal terasa minggu ni lebih sibuk dari minggu-minggu lain? Padahal pekerjaan yang sama juga. Masih jadi cikgu juga. Belum lah jadi penarik beca ke, anak dah bertambah tiga, pat orang ke, mengurus rumah tangga ke. Belum. Tapi masa untuk diri sendiri macam terkurang. Dah tak sempat nak habiskan Game Mario Galaxy. Dah tak sempat nak layan 3 Idiots sepuluh kali sehari. Semua dah tak. Bleerrghhh.

Yang paling sedih. Cinta Musim Julai dah habis T____T

Wake Me Up When July End

Khamis lepas saya berteman. Khamis esok, saya sendiri. (This is what people call Chipsmore. Kejap ada, kejap hilang. Cyril Simply Magic. tetiba)

Oh, baru realize kenapa masa untuk diri sendiri terkurang. Sebab;

1. On Thursday menjadi supir peribadi jemput beliau di Sek 17. Minum-minum dekat D.E Sek 8. Kemudian balik.

2. On Saturday menjadi Secretary pulak. Tolong print, tolong susun proposal untuk MOSTI. Makan KFC, beli tix Eclipse. Kemudian balik

3. On Sunday menjadi anak solehah belikan Emak makanan untuk sahur (1st time keluar malam bersama, untuk tahun 2010). Kemudian balik

4. On Monday, menjadi Secretary semula dengan mem-print, meng-check ayat, spelling surat untuk MOSTI. Kemudian balik.

Semuanya for free. Ada siapa-siapa nak hire saya? Boleh, boleh___________

Satu hari lepas beliau balik dari house hunting with his parents, beliau menyampaikan pesanan

"Mama kata nak cucu ramai-ramai. Nak lebih dari 3. Sebab tu Mama tengah cari rumah yang tanah luas, biar cucu dia boleh main. Habislah You"


GULP!!!!

Sunday, July 11, 2010

1st Time - Alamanda

Bila mood sudah hadir, haruslah menconteng blog yang dah di tinggalkan 3 hari tanpa isi. Sepi. Eceh, ayat novel sesekali bagus juga.

Ye, saya sudah berjaya ke Putrajaya hari Khamis lepas. Bersama-sama dengan Kakak sehati sejiwa atau My soulmate sister (betul ke?) Kami menuju ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk mengambil dokumen si Bongok yang konon brilliant a.k.a buat kerja pantas. Akhirnya mensusahkan diri sendiri juga. Yes, akhirnya T___T

Sambil menyelam, minum air kata pepatah yang saya apply pada petang Khamis lalu. Alang-alang ke Putrajaya, apalah maknanya kalau tak main tersinggah-singgah dekat ALAMANDA. Tersinggah, mind you. (Kalau Penyelia petang I baca blog neh, tahulah anda Pn. Mary bahawasanya, saya tersinggah. ter tu sendiri menunjukkan tak sengaja. Teeheehee)

My 1st time to Alamanda. 1st time!!! (Booooooo dia, Boooooo)

T_______T

Habis dah sesi menge-booo?

Pergi Alamanda pun sebab nak isi perut. Bukan jalan pusing keliling tawaf pat, lima kali pon. Terus straight ke Restoran Lemongrass (tah, dah lupa pun nama sebena. Ni kira bukan nama sebena lah ye) Restoran tu betul-betul depan Carefour. Anda, pengunjung setia Alamanda pasti tahulah bukan? Dah takyah nak Boo-Boo saya dah.

Sebab kata lapar tadi, jadi kita anggap saja makanan di situ sedap-sedap belaka. Pertimbangan waktu lapar selalunya tak berapa nak betul. Jadi, takyah kira lah apa saya rasa. HAHA. Kalau nak tahu, pergi rasa sendiri.

Orang lapar selalu tamak
Macam Yaty dan nasi-nasinya
(ubahsuai peribahasa Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang)

Saya suka air pelik neh :)

Asam Laksa
&
Kopi Cincau
Tahukah anda, It taste good :)

Perempuan Serabut jangan dilupa

Owh, apsal kakak selalu cantik?

Kesimpulan dia, saya sampai di sekolah semula tepat jam 5.00 petang. YAYYY!!!

Wednesday, July 7, 2010

Serabut Di Hari Anniversary

Perempuan neh takda mood nak berblog

Belum ada mood nak blogwalking juga

Nak menggoreng ayat pun takda hati

Blog ni straight, AWAS!! Jangan Bosan

Tak tahu sawan apa tah sibuk nak hantar borang jawapan terima lantikan dekat SPP cepat-cepat sangat, esok dah satu kerja nak ke Putrajaya kutip balik surat aku. Sebabnya, tak buat salinan langsung untuk simpanan sekolah.

Macam mana akak nak buat gaji? Kakak kerani tanya.

APA? GAJI? Jeng je jeng.

Aku cuba tahan surat dekat post ofis, tapi sayang sekali. Tak sayang 2 kali ah dekat abang posmen sebab dia kutip surat awal-awal. Apsal rajin terlebih? Sepatutnya abang posmen kutip surat pukul 2.30 petang tahu. Tadi, pukul 12 dia dah pergi kutip surat. Aku benci betul dengan posmen rajin.

Ingat nak menghayati lah konon hari ni genap setahun menjadi ibu guru. Bling bling aik, dah setahun dah. Sekejapnya. Rasanya hari tu baru merungut-rungut kena KISSM, BTN segala. Rupanya dah setahun dah meninggalkan Maktab.

But, Am not in the mood nak cerita pengalaman ke apa. Aku tengah meratapi betapa bongoknya diri ini sehingga menyusahkan diri ini juga. Bosan ah. Maaf, semua pun kena tempias mood busuk perempuan neh.

Eh, blogspot pun macam tengah problem juga. Comment hilang, tajuk tak update. Sengaja nak tambah sengsara pada mood pengguna blogspot. Blerghhhh!!

1st day mengajar after maktab

Tuesday, July 6, 2010

Peniaga Cantik

 HOH? nenek I lagi cantik
:)

Konon tadi nak bagi title gempak. Tapi, bosan ah fikir title lama sangat, Bagi saja title simple. Bukannya ada contest Title paling canggih. Nah, saya bagi idea, siapa yang selalu buat contest tu anjurkanlah, boleh saya tumpang se-entry :)

Wah, lately neh sangat giat menjana pendapatan nampaknya. Ada apakah? Baru semalam mentubuhkan Tabung Kahwin, hari ni sudah tukar status jadi peniaga pula. Macam dah nak kahwin sangat nampaknya? Oit, Oit kan dah pesan, jangan tanya banyak-banyak hal perkahwinan, nanti dada berat nak fikir (aik, dadaku pandai berfikir?) Lebih baik anda memberi moral support seperti, Go Yaty Go atau Pergi, Yaty Pergi. HOH?

Saya menjadi peniaga atas permintaan. Aku nampak muka kau boleh jadi peniaga berjaya, pergilah jadi peniaga. So, tadaa, peniaga lah saya sekarang. Kalau esok ada orang tegur  Muka kau boleh bedah oranglah esok juga aku jadi surgeon. Apakah?!!!

Saya peniaga kuih raya sekarang. Ye, saya tahu, Rejab pun belum habis, kenapa kau sudah menjual kuih? Sebab saya suka. Ikut mood. Bulan puasa nanti nak banyakkan ibadah (artis, tumpang lalu) Lagipun, kalau bulan puasa bagi sample, macam mana mereka nak rasa. Jap gi ada yang bagi alasan nak buka sebab nak rasa sample, kan dah. Apa nak ku jawab di akhirat kelak? Jadinya, better late than never. Eh, apa kau neh?

Antara barang-barang dagangan
Siap dengan pamplet untuk kesenangan bersama :)

Siang tadi sibuk packing untuk sample kuih raya bagi kawan-kawan sekolah rasa. Siap ada form order lagi. HAHA, skema!!! mereka gelakkan ramai-ramai. Cess!!! Menggunakan kelebihan mulut banyak neh untuk menggamit customer. Teehee. Orang yang aku jarang tegur pun aku jerit juga suruh datang rasa. Bijak, bijak (minum susu pergi!)



Untuk ahli meja, saya sudah mempaksa mereka beli. Siapa tak beli, jangan duduk dekat-dekat. Kakak-kakak tuh tensen dapat ahli meja semacam neh. Rasa macam nak bagi tendangan percuma. TSKTSK

Bila mereka tanya, Yaty ke yang buat ni?

Ha lah, saya dah mula uli dari sekarang *penuh kepalsuan*

Uhhh, takutnya nak makan  T___T

Jahat tak? Tahulah saya belum flying colours dalam membezakan pulut dan beras (oh, insiden yang mereka sengaja taknak lupakan T___T) tapi saya boleh buat kuih tahu.

Trust me!

Excited dapat makan ayam
Masa Hari Terbuka Jumaat lepas
Kebulur tahu selepas membebel almost 3 hours non-stop!!

Monday, July 5, 2010

Wujudnya Tabung Kahwin

Pssttt, guys tengok sebelah kanan. Tengok. Alololoh, comelnya dia toleh dengan muka curious padat kerutan kat dahi.

Nah, idea neh tercetus bila wujudnya soalan;

Bila nak kahwin? bila nak kahwin? Bila lagi? Bila nak kahwin?

Kalau kahwin pakai daun dan pasir-pasir pantai, dah lama dah aku pergi buat rumah tepi pantai. Tak kait. 

Masalahnya, kahwin pakai duit tahu, duit. Duit yang datangnya sebulan sekali. Yang mana, sebelum datang pun, bila dah di tolak-tolak jadi negatif dah. Hebat tak hebat.

Duit belum ada pun dah tahu tak bermimpi untuk dapat Shade Guess, atau atau Handbag dia, atau atau lagi sehelai baju di Forever 21. Tak Mimpi. Cuma mampu beli sandal I-Panema Gisele Bunchen saja (dapatlah bag free 1, HAHA)

Jadinya, daripada asyik tanya soalan yang korang tahu jawapan dia buat aku keruh muka, baik kamu semua buat sumbangan. Sumbangan ikhlas okek. I dah buka tabung kahwin dah. Yang tak ikhlas jangan klik. Jangan, nanti tak berkat kenduri saya. Teehee.

Dah, banyak tanya, JANGAN sesekali. Banyak KLIK, sila, banyak kali.

Thanx pada yang pernah meng-klik. Tabung saya dah naik banyak dah *happy*

Kempen Jom Gemuk Macam Saya

Itu tajuk entry akibat terlebih makan for weekend neh. I benci weekend. Benci sebab akan makan macam tiada hari esok. Eh, esok tak dapat dah makan ikan masak tempoyak emak neh. Makan. Eh, esok tak dapat dah makan maggie goreng emak petang-petang macam neh. Makan lagi. Eh, esok tak dapat breakfast nasi kerabu yang adik beli neh. Makan terus.

Bila berat kau dah mencecah 61kg.  (Yes, I am over 60kg right now. Zon bahaya) Mula lah bising marahkan emak sebab masak sedap-sedap. Marahkan adik sebab sapa suruh dia beli sarapan? Marahkan Dak Yang sebab sekarang nick name I Si Gemuk atau lebih manja MOK. Aik, tak memasal Dak Yang terbabit sama. Memang dia tu.

Solution? I mula berpuasa sunat esok. Puasa Sunat mind you. Puasa ganti dah beres tahun lepas lagi. Tak, tak. Bukan nak riak. Kalau emak tak paksa I puasa sunat 6 tahun lepas, (no, not 6 years ago lah, puasa 6, tahun lepas. Ok, much better) mungkin I pun tengah terkedek-kedek nak ganti puasa jugak lah ni. Jadi, terima kasih dekat emak sebab selalu jadi contoh yang baik. Eh eh, memanglah. Engkau saja yang tak berapa nak baik T__T

Sabtu & Ahad sibuk mengunjungi orang kahwin, jadi tak sempat nak mengunjungi blog kawan-kawan. Kalau anda kahwin dekat blog, Insyaallah saya kunjungi. 1 hari bersamaan 2 rumah. 2 hari bersamaan? (segmen mari mengira, sapa menang dapat nasi minyak sepinggan) Pastu tolong calculate kalori untuk nasi minyak sepinggan,berapa? Tolong darab dengan 4 pinggan. Tolong. Tapi, tolong bagitau jawapan dia are you nuts? Jawapan dia sama macam kau makan untuk sebulan. TOLONG!!!!

Selain dari sibuk mentengok orang kahwin sana sini, saya juga sedang sibuk fighting. Yes, fight for your right (?) Tahukah anda, saya gamers tegar. (Eceh, pandai. Jap gi ada orang ajak lawan X-Box tangis tak berlagulah). Tak, tak. Saya tegar untuk game tertentu saja. Dan saya takda X-Box pun , X-Box Slim apatah lagi T___T Saya sedang berjuang dalam Deadrising for Wii (weehuuu). Sekarang perjuangan terhenti sebab CD Wii tu rosak. Benceee, dah semangat habis dah nak berlawan dengan semua Zombie. Tiba-tiba je CD cannot read, read Wii manual. Eh eh, dia takleh nak baca CD, pastu suruh orang pergi baca manual pulak. 

Sudah kau. Esok akan ke SA Mall tukar CD lain. 

Sesekali emak temankan juga saya dekat Pusat Game tu (adik ubahsuai bilik jadi pusat game). Lepastu emak kata, kenapalah kau main pancung-pancung orang neh. Darah sana sini. HAHA. Adik pun takut nak main game tersebut. Perghh, kira aku tabah hati juga lah main game ganas macam tu. Aku excited lebih sebab nak tahu ending dia saja. Lepas neh, boleh sambung Deadrising 2 pula.

Haah, tiba-tiba saja ajak cerita pasal Deadrising. HAHA. Pasti anda rasa bosan gila ah dia neh. Baiklah, taknak bosan. Jom tidur :)

Friday, July 2, 2010

Tunggulah Aku, Di Jakartamu

Tempat labuhan
Semua mimpimu...
SO7

Date - 21-23 Mei 2010
Venue - Cengkareng - Mangga 2 - Tanah Abang

WARNIG; Pensidaian gambar yang melampaui batas. Kalau jelik gambar pertama, jangan scroll sampai bawah. Kalau scroll juga, maknanya tak jelik lah kan? HAHA Warning yang begitu manis sekali :)
LCCT, Sepang-21 Mei

Benci, benci, benci sebab bangun seawal 4 pagi sebab flight pukul 7 pagi lebih kurang. Oh, jalan nak, bangun taknak. Lain kali tinggal rumah sana tengok Benci Bilang Cinta (?) Perjalanan ambil masa saya almost 2 hours. Ambil lah ambil. Masa saya ada banyak lagi. Saya hanya dapat lelapkan mata lagi a few minute nak landing. Itu pun tersedar bila pramugari cantik manis kejutkan saya suruh buka tingkap sebab saya tidur kepala lentok dekat tingkap. HAHAHA. Feeling sangat tengok awan sampai tertidur.

Yayyy, sampai sudah. Eh, silap. Alhamdulillah, dah selamat mendarat dekat Soekarno Hatta International Airport, Cengkareng. Smooth landing. Good job Mr. Pilot sebab tak buat saya pening dan vomit. Bila turun saja anda akan rasa Eh, eh aku ambil flight pergi Langkawi ke tadi? sebab airport dia lebih kurang. Jauh panggang dari KLIA.

Tengok muka masing-masing macam nak telan orang sebab lapar plus tak cukup tidur. Dalam flight dapat makan nasi goreng dengan 2 cucuk sate. Uhh, nasi lemak habis. Nasib tak buat perangai, hentak-hentak kaki sambil merengek nak nasi lemak jugak, nak jugak. Kalau tak dapat saya turun sekarang!! HAHA.
Impian menjadi realiti. Dulu masa tengah layan movie Ada Apa Dengan Cinta & Eiffel I'm In Love kan dia ade scene dekat Bandara (airport). Teringin sangat nak pergi and tengok dengan mata sendiri tempat ni.Saya suka terpengaruh cerita. Finally, I was here. Tak jumpa Rangga pun!!! Tapi masa saya datang ni tengah heboh pasal wedding Dian Sastro. Semua chanel  TV dia pun siarkan cerita Dian kahwin. Err, kalau tak silap mereka ada berbelas chanel TV :)
Jalan macet (jammed)
We stay at La Grandeur Mangga 2

Cut it short;

  • From airport ke hotel ambil masa 30 minit lebih kurang.
  • Kiri kanan jalan sangat daif. Sangat. Banyak rumah setinggan should we call it
  • Tapi, kereta dia takda yang cikai-cikai. Semua main Kijang (Innova dan seangkatan) No Kancil. Mostly ramai pakai Toyota dan Honda Jazz
  • Fakta sedih; Vios digunakan sebagai teksi di sana. Owh, Shyang T____T
  • Jalan sangat jammed. To make it worst, kita siap boleh masuk lorong bertentangan.
  • Persekitaran kotor. Air sungai ke longkang dia hijau lumut. Pokok bunga semua layu. DBKL dia tak kerja kali. HAHA

Sampai hotel terlalu awal. So, kami pergi Mangga 2 untuk shopping. Ohh, sangat besar, sangat ramai, sangat rimas dan sangat sesat. HAHAHA. Kalau kau dah berkenan baju dekat satu tempat, lepastu kau kata nanti lah nak survey tempat lain dulu dengan niat will come back later kau akan totally rugi sebab kau takkan dapat jumpa punya tempat tadi. Like siyesly, unless kau memang mahir dengan Mangga 2.

Almost menangis sebab kaki terlalu penat tawaf Mangga 2. Dengan sesak ramai orang lagi. Takkan ada niat di hati nak buat 2nd round.

We are struggling for food. Sudah lah kau, bukan pergi London ke apa. Nope, memang lah dia negara Islam tapi macam mana kau nak tahu dia Islam ke bukan. Mereka kan muka serupa, tapi hati lain-lain. Belum tentu dia Islam atau tak. Jadi, ke HALAL an jadi isu kat sini. Kebersihan juga. Cara paling selamat makan di food court.

Tapi, belum selamat juga sebab memang tak sama dengan food court Mid Valley ke apa. Dia campur halal dan haram. Kan dah kata. Nak kena tanya setiap gerai halal tak? halal tak? Fed up juga. Terhasil lah gambar muka tension-tak-cukup-makan kat bawah ni. Gerai hujung sana tu menggunakan kepala babi dekat signboard dia. Nampak tak? Siap tulis FAVOURITE lagi. Eiiuuuwww.




Bila dah kenyang sikit. Sikit je. Kaki dah penat. Dapat bilik. Selamat jalan Romeo lah. Tidur tak ingat dunia. Waktu sembahyang pun lain. Kita awal 1 jam dari Indonesia. Pukul 4 pagi itu subuh. Zohor dan Asar tak ingat sebab Solat Jama'. Maghrib dia dalam pukul 6 lebih sebab pukul 7 itu sudah Isya'. Lebih kurang lah tu.

Kedai-kedai buka pukul 10 pagi tapi tetap juga tutup pukul 6 atau 7. Kalau pukul 8 tu, dah senyap sunyi. HAHAHA. Jalan lengang habis. Kau nak cari mineral kena pergi kedai 24 jam yang belum tentu jumpa.

Malam 1st dapat makan Nasi Padang. Gembira sakan. Makan puas-puas. Kalau minta air melon, dapat lah kau tembikai susu T___T





2nd day shopping di Tanah Abang. Ini memang heaven sebab kain lace untuk kahwin atau sesaja nak pakai memang murah. Like, Hoh? nak beli lapan helai. HAHAHA Tipu. Saya cuma dapat 3 pasang saja. Telekung, kain sulam. Memang semua dekat sini. Tapi awas, tolong ingat jalan masuk dan jangan sesekali langkah ke sebelah bangunan sana sebab kau takkan jumpa jalan pulang nanti. HAHAHA. Kami jalan dalam satu arah saja sebab peristiwa di Mangga 2 jadikan pengajaran.

Dekat sini bukan setakat kaki lenguh. Tangan pun boleh tercabut akibat memborong tak ingat dunia. HAHA. Kat sini boleh apply lah term Shop until u drop. Shp shop shop

Penat shopping, dapat makan best di malam hari. Uhhh, Heaven :) Di Pondok Sedap Malam. Sedap tak nama dia? HAHA. Inilah dia 1st time dapat makan proper selain dari breakfast kat hotel. Memang sedap banget. Cumi (sotong) bakar dia 2 thumbs up lah. Enakkkk. For the 1st time saya makan ikan kaloi. Yup, ikan yang emak Bawang Merah tu. Ha, kan dah cakap terpengaruh TV. HAHA.

Telur ketam masak black paper dia sangat lah marvelous. Kalau makan kat sini hari-hari pun takpa. Tapi, agak-agak lah kan. Ini macam restoran mahal lah  juga. Sebab yang makan kat sini pun Indonesia kaya saja. HIHI
Hari last, kami ke Ancol. Dia macam di Genting atau macam Sunway Lagoon juga kot. Tapi, dia lebih besar dan luas. Ada pantai sekali. Pantai kotor. Memang besar, kami tak turun pun. Round dalam kereta saja. Itu pun dikenakan bayaran kau tahu. Dekat sini lah baru nampak rumah orang-orang kaya macam dalam sinetron yang kita selalu tengok tu. HAHA. Memang bapak besar lah.
Bye-bye Jakarta. Sampai ketemu lagi :)

Maaf, saya rasa penulisan tak berkualiti. Entry ni bosan kan? Takpa, saya diburu masa. Petang ni ada Hari Terbuka. Len kali saya tulis elok-elok lagi :)

Thursday, July 1, 2010

LADAP bukan BIADAB

LADAP stands for Latihan Dalam Perkhidmatan. Tapi, we used to call it BIADAB. HAHAHA. Takda niat lain di hati selain dari bergurau. Hah, anda, anda dan anda, jangan kecil hati dulu. Gurau oke. Kidding. Joking. full stop.

Esok ada LADAP pukul 10.00 sampai pukul 1.00 (bored to death). Dengan tajuk SISTEM FAIL. WTFun punya topik? Kenapa kalau kursus tajuk selalu nampak Ughh-this-gonna-be-bored-like-hell. Cuba letak tajuk SISTEM KEKEMASAN TUDUNG ke atau CARA-CARA JAHIT MANIK DENGAN KEMAS ke (ouhhh, my new hobby, nanti I share) atau HOW TO DRESSED-LIKE-DATIN-BUT-BUDGET-LIKE-CIKGU. Mesti kami pergi tanpa disuruh-suruh. Tapi untuk LADAP SISTEM FAIL, masing-masing pun bawak muka macam pergi majlis kematian ke apa tah. Unhappy. Cuba ajak pergi majlis makan-makan tengok. Semua muka. Sunshine :)

Semester satu dah cukup jam LADAP yang saya attend. Sila tengok kad biru kalau tak caya. Cuma kadang-kadang keluar awal, tapi masuk balik. Kadang-kadang saja lagi yang keluar awal lepastu tak masuk-masuk. HAHAHA.

Nah tengok a few pictures muka I masa LADAP. Happy gila (rahsia dalam hati tak siapa yang tahu) oke, novel again. So, what? Tehehee. (Ihsan; FB Syed Mahazan)

Ni masa main urut kaki kawan
Tajuk; Kelas Urut (HAHA, tipu)
Tajuk sebenar; Guru Jutawan Akhirat

 LADAP yang 1st sekali
Tajuk; Easy Math


Si Bulat Mokmok jadi "dayang"
Tajuk; Protokol

Doakan saya tak bosan untuk LADAP esok 
*sigh*