Wednesday, June 30, 2010

I-Pun Ada Entry I-City, I-Phone Belum Lagi

YAYYYY, ucap tahniah pada manusia jakun yang sudah sampai I-City neh. I-Cemerlang, I-Boleh blahhh

Bila tengok semua blog orang ada cerita I-City, eh, I pun mahu juga. Asna pun dah sampai I-City. Saya yang duduk sekangkang kera dari I-City cuma lalu lalang saja setiap hari. I-City nampak macam memanggil-manggil. Bila kau nak datang heh? Bila? Tapi, I buat-buat jual mahal. Eleh, setakat tengok lampu, tandas aku pun ada lampu. Tapi, tu la tak baik riak. Sekarang kau juga yang terhegeh-hegeh nak tengok lampu dekat-dekat. Kalau boleh nak ambik bawak balik. Amboi, over tuh dia :p

Ni semua tanpa di rancang. takdir Tuhan, siapa mampu menolaknya (tiba-tiba ayat novel). Perancangan utama nak pergi Ariani cari tudung untuk majlis nikah (my sister).Ini cerita lama lah kiranya. Eh, silap ah. Tujuan utama nak memujuk saya yang menangis sehari semalam akibat minor accident yang berlaku dekat padang sekolah. 

Kisah dia semacam ini lebih kurang;
Saya yang kabut tak tentu hala dah seret kereta seorang kakak. Kejadian berlaku waktu petang masa balik sekolah. Sebab nak balik cepat sangat ambil kakak aku tu la saya pergi sapu kereta orang. Kereta saya mengalami kecederaan dalam sebab kemek di pintu dan cat kakak tu lekat dekat kereta saya. Selepas membuat panggilan telefon mengadu dekat polis bernama Dak Yang, saya terus melalak-lalak tak tentu hala. Beberapa orang yang ada di tempat kejadian bagi ketenangan sikit dekat hati ni. Macam orang mati laki saja lagaknya. T___T

Jadinya, sampai rumah terus menangis tanpa henti like siyesly. Yang saya sedihkan tu kereta kakak ku. Nanti orang kata kita pandai jaga harta orang. Padahal selama ni saya jaga dengan baik gila. Pergi basuh, pergi isi minyak. Aik, ye lah kalau kau tak isi minyak macam mana pulak.

Jadi, malam tu mereka memujuk hati ku yang rawan. Aik, apsal macam dah hilang je bayang-bayang I-City neh tadi :p

Sampai-sampai Ariani dah nak tutup. Hoh? Apsal tutup awal sangat? Kami terus menuju ke A&W mengisi perut yang terluang. Ada space sikit lagi untuk float. Okey lah tu

Kesian dia, masuk penjara, nampak s****a

Ingat tak lagu zaman belum baligh dulu. Bahaha. Tuh dia melantak dengan muka sedih. Makan nak, simpati pun nak. Over heh!!

Lepas melantak float besar taknak kalah baru lah menuju I-City. parking bapak jauh. Habis lah lemak-lemak !!!!

 Menuju puncak, ni baru dilereng. harap maklum

Gambar kat atas buat kami se-family gelak macam nak pecah perut. SIL berdiri tegak macam tugu tengah kagum dengan pokok. Cute gila macam snoopy :p

Sampai puncak terus duduk. HAHAHA
Penatttttttttttt


Habis je snap, rusa santa clause tu bergerak nak pegi hantar hadiah
(dongeng kanak-kanak)

Owhh, aku ada telinga Mickey

Opsss, I did it again
Jangan tiru aksi ini

Tungguuuuuuu, semua nak tinggal sebab saya taknak balik

Bye semua, balik dulu :p

Tuesday, June 29, 2010

Rasa Nak Saman PhotoG

Hah, kalau ikut hati yang gembira memang dah lama saya ajak main teka-teka. Main isi tempat kosong dengan slogan ke apa. Tapi, pagi ni aku bangun dengan kemarahan. Panas hati sungguh dengan fotografer neh. Not really good to start a new day dengan kemarahan. Tapi, aku memang blame a few people yang mengusik nerve aku di pagi Selasa.

Aku bengang dengan fotografer for my sister weds. Yup, fotografer yang sangat kurang ajar. Adakah saya tak perlu marah bila saya dah bayar full, tapi dia ignore saja mesej yang saya hantar 3 hari berturut-turut? Adakah saya perlu memuja-muja dia sebab dah spend duit beribu ringgit tapi kita tak tahu hasilnya. Ataupun kita patut kesian sebab dia sibuk kot sebab tu tak boleh angkat call saya sebanyak countless itu?

Kalau reply still in progress, bukan patah pun jari dia taip mesej tu. Hati saya senang, hati dia pun senang sebab saya takyah nak bugging dia every 30 minutes. Tapi kalau dah buat stone je macam takda pape, siapa yang tak sakit hati. Heh come on lah. Kau sebagai lecturer, act like one. Jangan lah nak buat-buat dah ambil duit pastu tak bertanggung jawab. Masa mintak payment bukan main. Belum masa pun dah sibuk mintak duit. Bila orang dah habis bayar, dia buat dunno je dengan job dia. Mintak tolong orang carikan job, tapi bila dah dapat buat macam T***.

Kenapa tah semua fotografer yang aku deal macam #$%^)($##@^& dan )(*&^%$#

P/s : Entry dah edit berpuluh kali dan dah remove sebanyak mungkin curse yang tak elok untuk. Yup, nanti people blame me pulak sebab curse orang banyak-banyak. Cikgu harus bagi good example. Tapi, Cikgu pun haruslah ada perasaan marah kan.

Monday, June 28, 2010

Sayang Selasih Hamba Turutkan

Happy Birthday Shyang
Happy Birthday

Ini Shyang bersama kesibukannya

Owh, last year kita celebrate birthday dekat Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah. Tahun neh, kita celebrate birthday awal 3, 4 hari dekat Secret Recipe, SACC saja. Tapi, itu sudah memadai. Kalau kita tak celebrate lagi sadis atau come to worst, You celebrate dengan orang lain. Eh eh, merepek apa neh?

Dari tahun lepas lagi, You dah pesan "Tak yah bagi hadiah. Simpan duit untuk masa depan" (Eceh, main masa depan saja sekarang). Even dalam hati I bertango salsa kerana terlalu gembira sebab  Pheww, jimat duit 2, 3 ratus tapi depan you haruslah I insist nak bagi juga hadiah. Walaupun ianya semacam menanam tebu di pinggir bibir. HAHAHA. Tapi, I tak pernah kata You takyah bagi hadiah. Sebab I nak juga hadiah birthday weither it is i-Phone 4Gs or new glasses. Ok, kita takyah cakap pasal hadiah I lebih-lebih coz today is your birthday. Bulan 12 nanti we back to this matters :)

Chocolate Moist Cake
He hates cheese cake, mind you

Oleh sebab kita berjauhan kali ini, dan sebab You sangat gemar dengan kek coklat takda tandingan, I dah ambik inisiatif untuk order Kek Coklat dari Kak Erzura Najwa. Luckily, kakak dia kerja di Fakulti Pendidikan UTM. So, kurang satu masalah tentang cara-cara macam mana kek tu boleh sampai dekat You. Kalau kek tu ada kaki, dah lama I suruh dia jalan. Tapi, kalau kek ada di Fakulti Pendidikan saja, susah jugak. Maka, I mintak kawan You yang nama Al-Akhbar tu, oh, Paper. Ha, Paper pergi jemput kek datang STC special untuk You. I nak suprise kan You. Like, suprise!!!!

Just Like Us
You tinggi Kurus
I rendang sikit, mokmok pun sikit. Sikit je

Masuk tahun neh, dah 8 kali la kita celebrate your birthday as a couple. Bila lagi You nak tamatkan zaman bujang? Ecehh. Nampak genius tak soalan I? That's another version of asking Bila You nak Kawen dengan I? HAHA. Tahun ini bukan birthday celebration yang terakhir sebagai orang bujang kan? Takpa, takpa. Kita enjoy zaman bujang kita sampai lah kita rasa taknak jadi bujang dah.


Shyang, Thanx for everything. Thanx sebab let me be someone whom very important and special in your life. Very near and dear to your heart. Thanx sebab percaya yang saya mampu membahagiakan, menjaga dan menyayangi anda kelak. Insyaallah with undivide and unconditionally. For me, this year sangat remarkable. Your family dah  give their support, so do my family. I dah boleh datang rumah You tanpa rasa malu. You pun  dah pandai pick up I at the front door (bagus, bagus). I dah boleh mesej-mesej Take care Aunty dekat Mama. Take Care Uncle I belum ada guts and courage. HAHAHA.


Shyang, Thanx sebab selalu kopekkan udang untuk I. Tapi No thanx sebab tak bagi I makan kepala udang. Dah lah kepala udang tu Gemuk gila. Pasti sedap bila dapat sedut otak dia. Tapi, You selalu dengki dengan benda yang I suka. Walaupun, I dah suruh You tengok tempat lain supaya I dapat sedut kepala udang tu sikit, Still you lagi pantas dari I. Eh eh, kenapa cerita kepala udang masuk dalam ni. Iklan maybe. Pergilah Makan Tom Yam Kung dekat Secret Recipe. 1 bowl for two person. Sedap belum tentulah. Ikut tekak masing-masing. Tapi yang pasti kepala udang memang sedap Teeheee.

Selamat Hari Jadi yang ke 25
Harap Hari Jadi yang ke 26 kita takyah celebrate dengan kotak biru dan lighter merah tu lagi
They are not a good company to keep

I selalu Sayang You Shyang
No matter what

Nah, tengok hadiah I untuk You

I tempah hadiah You from http://mygiftmaimaz.blogspot.com/

Sunday, June 27, 2010

Rajin Tiba-Tiba

Selalu saya malas. Cukup malas walau untuk bangun awal pada hari Ahad. Macam mata dah buka, tapi bila ingat Oh, Ahad?! Pejam balik. Pejam. Rugi buka mata awal-awal hari Ahad. HAHAHA. Kalau mata dah taknak pejam pun, saya pejam-pejam kan juga. Hep, jangan degil!!!

Hari ini mata saya terbuka awal. Kira awal lah bagi saya. Lepastu dah siap planning, untuk sehari. lepas mandi kemas bilik, pasang balik sarung bantal, Basuh semua baju dan tudung-tudung. Bila dah siap, nak gosok baju pulak. Dah terbayang dah saya lakukan semua planning saya hari ni. Tapi, sayang sejuta kali sayang. Semua planning masih kukuh dalam kepala. Terbayang je lah yang saya dah basuh baju, siap gosok baju semua. Anda pun bayangkan sama ya. Padahal, satu baju pun saya takda sentuh. Eh, kan dah kata tadi, selalu saya malas. Rupanya rajin membayang je. Apa punya rajin tah

Teringat lagi (hari ni nak main mental picture je) Dokumentasi Sukan belum siap. Soalan untuk Ujian Topikal pun belum siap. Dokumentasi Perkhemahan dah nak kena buat. Still, teringat saja. Terbuat belum tentu. Dalam pukul 3 lebih kurang, saya cuba juga gerakkan diri yang semakin malas dan bertambah berat neh untuk buat kerja. Kita mulakan dengan soalan Ujian dulu. 10 soalan siap *yawn*. Masuk nombor soalan yang ke 20 *yawn*yawn*yawn*yawn*. Tolak lappy tepi sikit. zzzzZZZZzzzz

Esok pagi harus juga siapkan soalan tu sebab 7 Julai dah mula ujian. Nak hantar rezo lagi. Bukan main lambat dia nak siapkan. Kang aku mula la nak jadi mak tiri bila benda tak siap. Muncung sangkut baju semua keluar nanti. Orang lain gak yang tensen. Baiklah. Nak berhentikan entry ni secara tiba-tiba jugak.

Saturday, June 26, 2010

And The Award Goes To.....

Me, Me, Me. Haruskah jadi tamak bila dapat award sampai 2. Dah lama tak main tag-tag and award neh.

1st I wanna say thanx to Niza sebab bagi award yang comel. Comel. Sumpah comel. Alololo comelnya. Ok, stop it Yaty. Kau tak comel pun kalau buat perangai sebegitu.

 Award comel

Yang kedua award neh cool gila. Thanx to Mell. Cool okeh award neh. I kagum gila. Jakun 5 minit

1
2
3
4
5

Ok habis jakun






Sorry am in hurry. Thanx again ya semua :)

Thursday, June 24, 2010

Anak-Anak Kecilku

Bukan anak sendiri lah. Tapi, tapi, tapi............Tadaaaaa
Kelas 3H

H stand for HEBAT. Just like the teacher. Naah, bukan susah nak guess mane teacher dia. Mestilah yang paling BESAR dan paling BOOOlat (terima kasih sebab boo saya dulu). Ini dia anak-anak kecil saya yang saya pegang dan didk supaya besar esok dia boleh jadi apa-apa yang berguna kelak yang dia suka. Saya tak paksa dia jadi engineer ke apa (eh, terpengaruh 3 Idiots lah ni)

HEBAT kelas yang ke 8 dari 13 kelas. HEBAT BUKAN?! Tak awal sangat, tak hujung sangat. (maksud tersirat tak pandai sangat juga tak b***h sangat. Cikgu tak boleh say dat word. Not nice) Semuanya sederhana. Tapi perangai tu ada lah beberapa orang yang dah ter arah macam budak kelas hujung *urut dada*

Sesi Mari Berkenalan

Ketua kelas saya nama Muhd Nurimran. Yang duduk sebelah saya pastinya. Maaf kan saya sebab ketua kelas saya haruslah memenuhi kriteria comel dan cepat pick-up. Err, tapi yang penting comellah. COMEL, BERSIH dan cepat PICK-UP. Yang lampi, get out. HAHA Jangan harap muka comel tapi ada hingus-hingus. Tetap reject. Jadinya, saya senang berurusan dan senang hati. Imran dia bagus sebab saya angkat kening je, dia dah tahu dah nak buat apa. HEBAT tak saya trained ketua kelas. Lepastu, rakan-rakan guru pun selalu bagi puji-pujian. Cute lah ketua kelas kau Yaty. Ehem, tengoklah syarat-syarat ketat nak jadi ketua kelas tadi. HAHAHA

 Ni gambar masa Sukaneka hari tu

Yang hujung belah kiri depan tak pakai tudung neh pulak anak murid yang jadi harapan. Bukan harapan untuk dapat 5A ke apa, tapi harapan untuk tolong ambil apa-apa yang diperlukan. Kelas saya dari bilik guru jauh. Memang jauh. Jadi, kalau saya ulang alik sebab nak ambil buku sebuah je, kan dah buang masa di situ. Masa itu emas (Iklan) Jadinya, Atikah (ingat tak yang tulis kad hari guru hari tu) ni lah yang menjadi tunjang harapan untuk ambil barang. Dia tahu semua selok belok tempat saya. Dia tahu mana letak kereta saya, dia tahu macam mana nak tutup boot kereta. Jadinya, kalau sehari dia absent, saya memang susah hati dan patah kaki sebab kena ambil barang sendiri T___T

Yang sebelah saya tuh (gambar di atas) Haiqal Haris. Dia memang anak murid saya yang paling pelik. Masa 1st time masuk, saya letak dia depan sekali sebab nampak macam kurang cerdik. Tapi, dia pandai dalam kepelikan dia. Dia pernah takda buku berbulan-bulan. Saya belikan buku baru. Dia banyak tertinggal. Dia suka main sorang-sorang. Bila buat kerja tu, baru tulis hari, pastu main. Bila tegur , dia buat kerja. Kejap je, lepastu main. Dia macam takda perasaan je bila kena marah. Tapi, bila periksa, KABOOOM. Dapat no 1 tu taklah, tapi dia top 10. So, sekarang saya tak risau sangat sebab dia pandai cuma dia pelik sikit je. Saya letak dia belakang-belakang je sekarang

Comel dan pandai

Ni lah murid kesayangan saya. Paling kesayangan. Tapi, takdalah murid lain tahu. Nanti semua berkecil hati, semua taknak saya mengajar lagi dah sebab sayang Amirun sorang je. Teehee. Ini Amirun Siddiq. Dia sangat comellll, pandai pulak tu. Yang best nya comel dia datang dengan package. tuh la yang penting. Dia ada twins Amirul Hakim. Tapi, twins dia (belah kanan) lagi pandai sebab dekat kelas BESTARI (kelas no 2). Mid Year hari tu Amirun periksa no1. Cepat-cepat saya tukarkan tempat duduk dia depan meja guru. Senang cikgu nak tatap wajah dia. HEH, Kidding. Budak kecik berhingus-hingus tu. Sunat pun belum. Jap gi aku di dakwa sebab affair dengan budak bawah umur.

 Akibat dapat cikgu yang muda dan energetic lebih

Tuh lah dia anak-anak murid saya. Yang paling nakal Saniy nama dia. Mulut dia senyap bila dalam kelas. Tapi, bila cikgu takda, siap lah kau. Dia lah hero. Nurul Intan Zulaikah ni penolong ketua kelas. Mulut memang lebih. kaki mengadu no 1. Kadang-kadang benda kecil pun ngadu. Bosan cikgu dia. Syahmi Hakim ni pula. Dia comel, tapi kerja dia Nauzubillah, paling lambat dan paling malas. Geram sangat. Semalam baru ku amukkan dia sekali. Saya pukul dia pakai buku (saya tak pandai pukul pakai tangan, macam tak sampai hati. Pakai buku takpa).

Tapi, jangan judge dulu. Benda ni simple je. Takda cikgu yang saja-saja nak pukul budak baik, siap kerja dan rajin. So, kalau anak anda mengadu kena rotan dengan cikgu. Anda fikirlah logik akal neh. Tiba-tiba bagi nasihat. Ok, fikirkan lah. Taknak pun takpa.

Wednesday, June 23, 2010

Luahan Hati Sang Adik; Dedicated To My Sister

My Dear Kakak;

Semoga menjadi isteri yang baik kelak. Lepas 3 bulan, jadi ibu pula (Insyaallah). Kalau kau tak bengong, sekarang pun dah boleh jadi Ibu, tapi takpa rahsiamu tersemat di kalbu. Kakak, kalau hari raya tolong berselang dengan Wahid, sebab nanti sapa yang nak beli santan untuk Emak. Daku kan kurang boleh di harap. Nanti emak nangis pagi raya sebab santan takda nak buat rendang. Semua orang sedih juga sebab tak dapat makan rendang pagi raya. Kakak, kau boleh lah tidur dengan aman Jumaat malam Sabtu neh sebab daku bermalam di sekolah. Ada camping. Malam esoknya, boleh lah kau ke Royal Comfort (rumah keluarga angkat Abang Zaky) kalau kau mahu. Aku pun boleh temankan juga. HAHAHAHA. Jangan lupa pesan emak suruh cari ilmu banyak-banyak. Jangan tahu ilmu cakar harimau saja (aku tak baca lah buku Wahid tu). Jangan lupa panggil Emak. Nanti emak kecik hati. Durhaka kau jadinya. Eh eh, lupa. Syurga kau bukan dekat tapak kaki emak lagi. Takpa kalau kau nak durhaka. Paling-paling pun kena buang keluarga je. HAHAHA. Kakak harap kasih sayang dan duit-duit kau masih lagi untuk aku dan emak. Emak dah dapat kasut Bonia, aku cuma nak handbag Coach saja. Tak mahal pun Kakak. Oklah kakak, minta banyak-banyak nanti tak tertunai. Kau tunaikanlah yang sikit-sikit tu dulu. Aku dan K.Ayu nak makan Jonisss. (yang ni pun kena tunaikan ye Kakak) Oleh kerana kau tak sudah-sudah ugut nak sebarkan gambar aku, aku pergi telefon kau sekarang kakak.

Love,
Your Pride & Joy

Saya hidup dengan beliau sudah hampir 25 tahun. Eceh, macam suami isteri ke ape tah. Sebagai adik beradik lah. Beliau bosan dengan perangai saya hampir 30 tahun. Siapa lagi lama hidup. Tapi, yang aku benci, tiap-tiap kali raya, tiap-tiap kali apa-apa je pun mesti orang nak kata aku kakak. Benci tak rasa. benci tak. Orang mesti nak confius. Yang mana kakak nya? owhhh, ingatkan yang ni kakak. Fine. Fine. Aku muka tua.

 Kadang-kadang looked like twins

Masa mula-mula dulu, macam nak bagi sedas je dekat orang yang tanya tu. Hati terluka sungguh. TSKTSK. Tapi, bila dah lama-lama macam rasa suka hati kau lah nak rasa sapa adik. Like I care. Makcik saya kata, saya kurang senyum. Muka serius sangat. Takkan aku nak sengih kiri kanan tak tentu hala sebab nak nampak muda. Maybe sebab Spect kot Yaty. I pun pergi tukar spect. Maybe sebab saiz badan. Orang nampak Husna (My Sister lah tu) Comel. Oke, sekarang saya pun dah mokmok. Still..... T___T

Masa wedding beliau that day. I yang banyak juga menyumbang idea dan tenaga. I kan wedding planner. So, biasalah, bila I buat kerja, cepat naik angin. Banyak kali juga mengamukkan beliau. Kalau call je nak ngamuk, kalau call je nak ngamuk. Boleh jadi darah tinggi. Not good, not good. Macam mana tak hangin...Err, takyah lah cerita. Bendah dah lepas pun

So, bila beliau dah kawen neh, rasa sedih juga. Ye la, sudah ikut suami. Takda kawan gaduh, kawan shopping, kawan mengarut dan macam-macam kawan lagi dia boleh jadi. I pun dah tak berani terjah bilik dia macam dulu-dulu. (Dulu-dulu I sepak je pintu bilik kalau nak masuk) Japgi aku yang kena sepak balik dengan laki dia. Hai Abang Zaky :p

Di rumah, beliaulah yang rajin dan err, siapa-siapalah yang pemalas tuh. HAHAHA. Kalau beliau ada kat rumah, cari I kat atas katil. Pergghh, anak dara ke apa neh. Benda tu macam automatik. Bila ada orang lain yang boleh di harap, jangan lah harapkan daku sangat. Daku hanya suka bergolek-golek atas katil sambil nonton movie. Aku kan Adik. Kakak lah yang kena rajin. Kan kan kan? Sebab rajin macam mana pun adik, adik tetap takleh kawen dulu. Buat apalah nak rajin-rajin macam tu. Teeheehee.

 Ni masa hantar beliau berinai
Masa ni baru lepas ngamuk sebab lambat
*sigh*

Waktu majlis bertandang di Lipis

So, memang saya muka tua kah?

Tuesday, June 22, 2010

Double Happiness For Today

Kisah 1.

Malam tadi, selepas melakukan rutin malam harian (?) Mengucapkan selamat malam kepada insan kurus bernama Dak Yang sambil ada sikit-sikit selingan nyanyian lagu Faizal Tahir oleh Gf beliau yang bertajuk "Selamat Malam Sayang" ke "Selamat Malam" saja. Pandai-pandai ah kau tambah sayang. Beliau pun mengkhabarkan berita gembira, yang pada awalnya tak gembira pun. (Dia bukan nak pinang I, baca sampai habis dulu :p)

Dah, pergi tidur awal

Aik? Apsal (dah mula sentap sebab ingat beliau tak suka nyanyian I yang sikit punya merdu)
Tidur awal, boleh bangun awal. Kejut I esok nak naik bas pagi.

Eh, pergi kerja naik bas ke sekarang? (Gf dia siput. Dia tahu dan bersabar tentang itu)

Esok I balik rumah lah

Tak bagitau pun nak balik (tetap juga nak sentap)

Bagi tahu lah ni (beliau bosan!!) HAHA

Tuh la dia kegembiraan pertama untuk hari ini. Actually, beliau balik sebab Along masuk DEMC (suspek H1N1, suspek baru. Dan result dia salah sama sekali)

.......................................................................................................................................................

Kisah 2.

Datang sekolah hari ni sarat. Bawak beg plastik kiri kanan penuh dengan makanan dari kenduri tempoh hari. Yang tak habis tu, agih-agihkan lah kat sekolah. Habis, yang ada kat rumah pun 3 kerat je. Lepastu, yang 3 kerat ni pula berlagak tak tentu hala, takmo makan pun kerepek-kerepek, kuih-kuih tu semua. Bukan berlagak actually tapi lebih kepada muak. Dah hari-hari ngadap benda tu je, muka pun dah macam kerepek bawang. Tipu lebih.

Tengah-tengah sarat ni la kakak kerani tu memberi lambaian. Alamak, tangan kiri kanan penuh, cara apakah nak ambik surat neh. Aku pun letak semua plastik-plastik sarat makanan atas bangku kat luar tuh, siap tergolek lagi. HAHAHA malu siuttt.

Kenapa kak?

Nah ni

Logo ni la yang di tunggu sekian lama

Hah, dah dapat. Cepatnya

Dah dapat la

Terima kasih kak

Keluar pejabat bawak muka riang sepanjang jalan.

Alhamdulillah, dah lulus interview SPP hari tu. Surat neh la yang di tunggu-tunggu sekian lama. Hari tu bukan main cuak lagi. Lulus ke tak interview aku neh. Dah lah jawapan aku ala-ala betul-ke-ni-aku-rasa-betul-kot. HAHAHAHA. Pliss, dun try this bila nak kena interview. Try this at home takpa. Practise makes perfect. Blerrggh, apa kau cakap neh?


So, daripada tangga gaji DB 27, sekarang saya akan naik ke DGA 29. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Mula dengan elaun RM 600 je masa belajar kat Maktab dulu, sampai sekarang dah merasa gaji sebanyak ini (bukan gaji di atas, Hep, belum lagi rasa gaji di atas) Jadi, rasa syukur lah. Hurmm, lepas sah jawatan memang nak sambung belajar lagi. hari tu dah dapat offer, tapi belum sah jawatan. So, payah sikit. Lepas neh, takda halangan lagi. Insyaallah.

Berdoa Dak Yang nak teman pergi medical check-up esok.

Monday, June 21, 2010

Cerita Cinta, Naahhhh

 Siapakah?

Beliau cinta hati saya yang selalu kena migraine. Kesian heh beliau. Saya selalu bagi khidmat pesanan ringkas (SMS) annoying!!!!, Yang takyah fikir banyak-banyak. Jangan pressure-pressure nanti nampak tua. (Uban pun dah banyak) TSKTSK.

Tapi kan beliau bagi jawapan sadis macam contoh,

Kalau la Gf I nak pakai beg plastik je pergi sekolah, kalau dia nak pakai baju raya RM 50 je, kalau dia tak mintak Lancer, dah lama dah I jadi posmen. 

Aik, kenapa posmen?

Kerja posmen senang, hantar surat je takyah fikir-fikir.

Baiklah, baik. Semua jawapan macam jerut leher sendiri balik. Takpa Yang, teruskan berfikir T__T

Hari Ahad (6 Jun 2010) masa majlis kakak tu, beliau datang bersama-sama Mama & Abah beliau. Phewww, serius jiwa bergetaran. 1st time lah tu Uncle & Aunty datang rumah and met my parents. Apasal jiwa kau yang bergetaran lebih neh. HAHAHA. Haruslah. The moment of truth.

So, masa datang tu macam biasa Dak Yang buat muka ketat. I bosan. Konon-konon macam tak kenal orang je. Amboi, biasa tu dia sombong tak tentu hala neh. Masa heret beliau masuk dalam rumah untuk sesi bergambar kenang-kenangan tu pun muka ketat. Nasib baik mahu di heret. Masa kat pelamin tuh my S.I.L tease him. Baru lah nak tersengih sikit. Blerrghh.

 Oh my.....

Petang tu I call, tapi beliau cakap masih pening kepala lagi. Bagi I rehatlah. Baiklah Yang. Baiklah. Lepas je I letak fon, beliau call balik ajak makan A&W. Aik, aik. Tadi macam moody habis. Tak sampai 5 minit. Bling mood terus tukar angel-angel. 

Menuju lah ke A&W lepas tukar baju & mandi semua. Even penat, gagahkan jugaklah. Nanti mood Bling balik jadi mood raksaksa, I juga yang susah. Jadinya, wujudlah pensidaian beberapa keping gambar macam kat bawah. Kita Enjoyy!!

Yang nampak sedap hujung sana, beliau punya
Yang nampak bosan belah sini, saya punya
T__T
Cubaan memasukkan beliau dalam gambar bersama
Kurang berjaya
Ok, kita cuba lagi Yang
Nah, terus macam terkeluar dari frame
Sipi-sipi je. Pipi tembam gak yang over
Dah lah, I bosan jom kita balik
T__T

Sunday, June 20, 2010

Babah Saya Garang


Ini Babah saya. Semua say hai to Babah. Hai Babah !!!!!!

Babah saya bekas guru. Tapi kalau cakap bekas Askar pun orang percaya. Air muka Babah saya garang dan serius. Semua orang cakap camtu. But once u get to know him, beliau sangattttt lah kelakar. Sangat okek. Sampai emak pernah cakap, Babah ni kalau dengan orang lain, ramahnya!! 

Sekarang, kami tinggal bertiga je di rumah. Nak bergelak ketawa pun bertiga neh la dia, nak bergaduh pun dengan tiga inilah jugak. Teehee. Yang selalu kami gaduhkan ialah remote TV dan pergi beli nasi lemak. Semua lapar, tapi semua malas nak pergi keluar cari nasi lemak. End up semua duduk keras-keras tengok TV konon-konon tak lapar dah. Tapi, saya bijak sikit. Kejap-kejap nanti saya akan jerit Aduh, laparnya, laparnya!!!! Mula-mula memang boo layan. Tapi, bila di lakukan secara kerap iaitu 5 minit sekali Babah yang akan mengalah dan pergi beli nasi lemak. YESSSS!! Bukan jauh pun, depan rumah saja. Teehee

Masa kecil-kecil dulu Babah memang garang. Saya pulak sebagai yang paling stubborn. Paling okeh. Saya pernah kena pukul dengan kayu sebab main dekat sekolah. Kayu tu tugas dia sebagai penghalang tikus dari melepasi pintu rumah. Kayu tahu, bukan pembaris kayu ke apa. Kayu betul. Memang menangis belakang pintu.

Saya juga pernah kena tampar. Kemudian kepala saya terhantuk dekat bucu pintu. Yang itu sebab saya berebut nasi kenduri. Dulu-dulu kan berkat kenduri dapat nasi berlauk. Nasi putih dengan serunding pun boleh di buat berebut adik beradik. Tapi, saya lah yang dapat pendarahan di hidung dan benjol kepala. TSKTSK. Emak menangis masa tu tengok saya. Tapi, dah degil sangat.

Saya punya beg, buku-buku dan baju sekolah semua pernah kena buang dekat tempat pembakaran sampah sebab saya buat degil malas bersiap pergi sekolah agama. Babah naik angin, dia ambil beg semua, dia campak kat luar. Saya pun pergi sekolah sehelai sepinggang sambil menangis teresak-esak. Lepastu, kakak saya hantarkan buku-buku dan beg sekolah yang dah kotor-kotor dekat sekolah agama

Owhh, kalau nak di ingat banyak lagi lah habuan yang saya dapat akibat kedegilan tahap dewa-dewa saya. Gila degil ah dulu. Macam mana tah berani, padahal tahu akibat dia kelak. Nama pun budak. Tapi, sebab tuh semua lah yang buat saya jadi orang. Kalau tak mungkin saya dah jadi beruang sekarang. Mungkinlah.

Dalam hati memang lah sedih. Kadang-kadang rasa macam, aku ni anak pungut kah? Sedih betul hati masa tu. Meleleh air mata. Babah memang tak sayang aku neh. Bapa orang lain tak pukul pun anak dia macam tu. Tapi, tu masa hati tengah marah. Bila sekarang fikir, tu la cara Babah mendidik anak-anak beliau kan. Thanx to Babah, semua anak-anak dia dah ikut jejak sebagai Cikgu. Menantu dia dua-dua orang pun cikgu juga. Kalau Babah tak bantai dulu mungkin kami jobless, mungkin saya dah jadi pramugari. HAHAHHA. Cita-cita zaman kanak-kanak. Pramugari adalah paling glamour.
Gambar sempena Birthday Babah yang lalu. Kami celebrate 2 kali. Yang kali ni cuma ada saya dan Abang Mok je.

Restoran Tasik Indah, Shah Alam

Abang Mok & Isteri

Beliau hadiahkan Babah Handphone

Menu yang buat saliva meleleh
*drooling*

Babah selalu cakap saya paling gedik. HAHAHA. Bukan gedik yang annoying tuh. Cuma macam saya terkinja lebih, atau ter happy lebih. Sebab tu lah. Tapi, dalam hati saya, Babah la lelaki paling saya sayang. Dak Yang jatuh banyak tangga. Emak selalu cakap, mana ada lelaki macam Babah yang sanggup masak, membasuh bila isteri dalam pantang. Sangat kagum dengan yang itu. Sampai sekarang pun Babah kadang-kadang masak. Walaupun pelik, kami cuba juga makan. HAHA. Suka tahu Babah buat air, buat makanan mesti pelik. Mencuba sesuatu yang baru lah sangat. End up nanti, beliau habiskan sendiri.

Ucapan untuk Babah

HAPPY FATHER'S DAY
Kasih sayang kamu tidak ternilai

From;

Saturday, June 19, 2010

Mandi Air di Bukit Gambang Water Park


Cuti sekolah kali ni dapat mandi dekat Bukit Gambang Water Park. Yessss!! Bukan anak murid je yang nak bersuka ria cuti-cuti sekolah, bagi chance lah dekat cikgu suka-suka jugak. Ingat Cikgu takda teruja ke bila dapat masuk dalam air ha? Ingat cikgu tak gembira ke dapat main gelungsur? Wee, wee, wee. Ingat cikgu tak release tension ke bila dapat jerit-jerit masa pelampung macam nak terbalik sebab berat sebelah? Cikgu pun manusia juga macam anak murid. HAHAHA.

Cikgu pun jadi mabuk laut bila main ombak buatan dekat pantai buatan tu. Sumpah mabuk. Uwekk T__T

Dah lah cikgu. Tadi nak sangat bersuka ria, apsal mabuk-mabuk pulak? Tak adventure sungguh.

Kesimpulan daripada lawatan ke seluruh Taman Tema Air neh, saya rasa Bukit Gambang so much better than Bukit Merah Lake Town Resort. Bukit Merah tah pape. Nak main satu permainan kena pakai seluar pendek. Lepastu ada yang kena buka baju pulak tu (?) Permainan pun tak banyak. Sungguh Bleeerghhh

Macam dekat Bukit Gambang, semua kita boleh harung. Kau pakai seluar pendek, panjang, pakai long sleeve, semua boleh. Cuma kau tak boleh la gedik-gedik pulang dari kenduri berkebaya ayu, nampak air terus excited ke apa lompat masuk kolam. Memang kena PRITTT!! PRITTT!!! lah dengan life saver ala-ala Baywatch tu.

Dekat Bukit Gambang cashless. Maksud dia semua free? HOHOHO, kau ada share dengan Bukit Gambang ke nak dapat free? Maksud dia, semua duit kau akan di masukkan kat band wrist tu. So, nak beli apa-apa semua kau tunjuk je wrist kau yang banyak duit tu. HIHIHI, nanti dia akan scan and deduct dari sana okeh. Takyah nak berlagak tayang note 100 ke apa sebab sumpah tak layan.

Hurmm, walaupun permainan dia tak sebanyak macam dekat Sunway Lagoon, tapi ok lah dengan harga masuk dia yang cuma RM19.90 untuk dewasa. Kanak-kanak tak tahu pulak saya. Teehee.

 Abaikan je statue Mok Mok yang ada depan neh

 Walaupun rupa mu tak ku kenal,
Tapi aku tahu kau lelaki.
Hep, jangan nak amik kesempatan peluk-peluk ye.
:D

Aik, apsal ada makcik di kalangan kanak-kanak neh
Makcik, pergi pasar bukan pergi mandi-manda

Friday, June 18, 2010

Menjejak Siti Nurhaliza

Saya bukan stalker. Hos Trek Selebriti pun bukan. Paparazzi apatah lagi. Saya cuma peminat Siti Nurhaliza. Like a huge, HUGE fan of Siti. Luv u Siti!!! (screaming) *tiba-tiba*

Gambar ni originally from my camera. Saya yang capture dengan tangan gigil-gigil. Gigil beb jumpa Siti. Like, OMG OMG Siti depan mata. breathe, breathe. Tapi, jangan tanya mana tudung beliau. Ni gambar tahun 2007. Masa neh, beliau datang kenduri kahwin belakang rumah saya which is tuan rumah itu adalah kawan Datuk K.

Siti sangaaaaat comel.
Flawless sungguh muka beliau
Gunalah Simply Siti
*Tetiba sangat*

Ok, habis dah perenggan intro. Intro baru, nak kenalkan siapa Siti. Pffrttt. Macam la diperlukan. Tapi takpa, hari ni saya pemurah nak buat entry panjang beserta gambarajah lengkap. Takda bosan punya. 

And the journey begin......

Sabtu pagi bertolak from Klang to Kuala Lipis. Tujuan dia nak menghantar pengantin kakak. She's marrying my friend from Maktab. Abang Zaky baik. Beliau selalu sayang adik-adik including me. Sebab beliau yang paling dewasa kan kat maktab. Teehee. Eh, mana cerita Siti nya? Sabar dulu deh. Jadi kan dulu saya selalu cakap dengan Abang Zaky, nanti nak datang kampung Abang, lepastu nak pergi rumah Siti Nurhaliza. I always repeat the same ayat bila kami berborak. Kan Tuhan dah makbulkan, finally he became my brother-in-law dan saya dapat datang Lipis. Yes, finally.

Sampai di Lipis, terus cari makan. Tak cari makan biasa-biasa. Harus cari patin masak tempoyak. My fav ever. Dapat makan, dapat katil. Tidur.  Eiii, mana rumah Siti nya? HAHAHAHA. Baiklah, baik.

Dah dapat tidur yang enak, kami pun meneruskan journey keliling Bandar Lipis. Bandar Lipis kecil saja. Pusing sini, pusing sana habis satu bandar. Depan hotel yang kami stay tu adalah Dataran Lipis, tempat Siti Nurhaliza bersanding dulu-dulu. Sebelah padang tu pula Sekolah Menengah Clifford, sekolah Siti. Yesszaaa (bajet Jimmy Shanley)

Penulis bangun dari tidur.
Penulis di hadapan hotel
Penulis pakai baju paddle pop

Dataran Lipis

Penulis di atas padang
Penulis di hadapan Dataran Lipis
Penulis.... Bleerghh, damn u penulis. HAHA

Nasib baik gambar neh takda penulis

Semua tempat-tempat neh memang dekat-dekat je. Rumah Siti jauh sikitlah dari tempat-tempat neh. Taman Pertama kalau tak silap lah nama Taman Siti tu. Jom, jom, jom.

Ini lah banglo Siti yang 1.2M itu
Semua gambar takda muka penulis kan?
So. I memang bukan stalker
I duduk dalam kereta diam, diam je snap gambar

Happy sungguh sebab sampai juga ke Kampung Siti. Kalau nak harap pergi saja-saja, saya bukan peminat yang itu. Tadi kata huge sangat. Teehee. Memanglah minat, tapi saya bukanlah yang pagi-pagi raya tak balik kampung sendiri, pergi kampung Siti nak beraya sama. Bukan, bukan.

Saya suka lagu Siti, saya suka karakter Siti, Saya suka bila Siti nyanyi Seiring camar pulang setia pada janji, itu doaku selama ini... Tapi saya tak suka lagu Cahaya Cinta Siti. Saya suka konsert Royal Albert Hall London Siti. Tapi, saya tak pernah pergi pun satu konsert Siti. TSKTSK. Bila la agaknya.
So, the journey end here