Monday, May 31, 2010

Bakal Ke Rumah Bakal

Hari ini bangun awal. (catatan masa terbaik bulan ini, 7.15 pagi) HAHAHA. Memang nampaknya minggu ini harus bangun awal. Esok saya catat lagi masa terbaik. Sebab bangun awal, tunggu Kakak Kurnia (maid per day) datang gosok baju. Baiklah, Yaty baik. Kami tak jadi kagum.

Kakak-kakak kat sekolah tadi sangat impress bila tahu anak dara ini bangun awal, tetapi, bila dengar Yaty tunggu Kakak Kurnia datang. Dia nak gosok baju satu lemari. Terus mereka hilang kagum. Yaty neh kena cari yang sekufu lah esok kahwin. Kenapakah kakak? nampak pemalas sangat kah? Siapa lah yang larat nak tanggung Yaty neh T___T

Tapi tapi tapi, saya bukan setakat tengok Kakak Kurnia gosokkan baju. Saya pun buat kerja juga. Macam basuh kain baju, bersihkan bilik. Sumpah bersih clean & clear sampai takda anak tudung nak pergi sekolah. Sidai kain semualah. Kakak Kurnia suma gosok baju saja. Cikgu, almari dah tak muat. Kalau saya punya baju banyak tuh, sudah boleh beli sawah cikgu. HAHAHA. Dia penat gosok baju dari pagi sampai malam neh tak siap-siap.

Balik sekolah dapat bawa pulang baju pengantin siap bermanik dan tudung pengantin siap berbatu. Tahniah, semua dah siap. Tinggal lagi kain dan kasut pengantin dekat butik Mak Andam. Blerhhh

Esok bakal catat sejarah peribadi. Akan menuju ke Seksyen 8 hantar kad kahwin ke rumah Dak Yang. Ouhhh, berdebar-debaran. 1st time ke rumah Dak Yang secara sendiri. Berhadapan dengan Aunty secara sendiri itu sudah selalu. Macam mana lah kondisi lutut dan tangan saya esok. Akan bergetaran atau pun steady je. Cool lah kan. Eiii, tunggu je esok.

Dah habis. Nak pergi hantar barang hantaran untuk di gubah.

Wednesday, May 26, 2010

Cemburu Ada Mata

Mana ada cemburu buta? Kalau cemburu buta pastilah dia tak nampak apa yang nak dicemburukan. Jadi, cemburu saya ada mata. Dah nampak baru boleh cemburu. Tak nampak malas nak cemburu. Ok, tah pape.

Mari mengenali saya. Tak nak kenal takpa. Tak kenal maka tak cinta. Again, tah pape.

Saya punya level cemburu memang tinggi. HAHA. Honestly. Saya tamak! See, saya memang tamak dalam segala hal, lebih-lebih lagi kasih sayang. Tamak dan taknak kalah itu saya. Siapa suka kalah bukan? Loser nama dia. Booooo. HAHA

Contoh;

Emak belikan kakak katil baru sebab beliau nak kahwin. Saya pun merungut-rungut, habis katil kita tak pernah tukar. Katil Husna dah berapa kali tukar? Kita punya tilam dah lembik, kayu bawah pun asik nak gelungsur je. Tengah sedap-sedap tidur, alih-alih kau bangun dengan memaki sebab kau dah terperosok kat tengah-tengah katil. Mak jawab, nanti-nanti lah. Bila lepas-lepas kenduri nanti. (Owh, saya pasti ingat janji emak)
Emak bagi kakak gelang yang emak selalu pakai. Emak tahu, saya bukan suka emas, saya pun tahu. Tapi!!! mana boleh. Kita takda gelang pon, Husna tuh emak bagi gelang. Tak lama kemudian, saya pun dapat gelang baru. HAHAHAHA. Buruk gila perangai. Takyah ikut contoh sangat.

Itu dengan keluarga. Dengan kawan-kawan pun sama. Sangat tak boleh berkongsi kasih dengan kawan-kawan lain. Sebab saya berkawan baik cuma 2, 3 orang je. Bila yang sikit neh nak direbut orang. Apakah? Saya pun mula lah tunjuk perasaan pastu bagi ayat-ayat sadis sikit bagi kawan sentap. Jadi, kawan-kawan saya tahu, kasih sayang mereka untuk saya tak boleh terbelah bahagi. Menyesal kah mereka jadi kawan saya? Jap gi aku pergi tanya sorang-sorang.

Dak Yang

Yang ni takyah cerita. Ada ke orang boleh share-share boyfriend dia dengan perempuan lain? Kongsi sikit dengan saya macam mana nak buat hati jadi bullet proof supaya kita takyah jeles bila boyfriend kita berbual dengan Tol Gate Girl penuh keriangan? HAHA Yup, that's me. Pernah ke tahap orang nak tanya jalan pun aku marah. Tapi tapi tapi!!! itu dululah. Zaman muda remaja, konon-konon beliau tu kepunyaan kita seorang. Bila dah almost 7 years together neh, tak larat nak cemburu.

Kalau sekarang, Bila beliau nak dimengorat pun, beliau akan cerita dan kami akan sama-sama KAHKAHKAH, apsal Yang apsal? Sian perempuan tu posing sorang-sorang Yang tak layan. KAHKAHKAH.

Kalau dulu mampus, baru cerita ada kawan satu kelas wish hari raya, I punya muncung dah boleh sangkut baju.Berjurai-jurai air mata. Tapi, betul lah pepatah Pengalaman mengajar. Jaga macam jaga peti emas pun, kalau lelaki nak curang, dia tetap curang. So, doa saja banyak-banyak supaya dapat yang beriman dan baik hati

Apasal ending entry dah macam bagi tazkirah neh? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tuesday, May 25, 2010

Sakit Hati Je Datang Sini

PERTAMA

Handphone ok. Handphone. Memang jadi pantang kalau dia buat hal. Kalau selama hari ni saya boleh bersabar lagi dengan kejahanam bateri dia yang fully bergantung dengan charger. (Memang ah dia tak independent langsung!!!) Tapi hari ni dia semakin jahanam sebab tak boleh buat benda selain mesej & call. MMS ke hape semua out. Hmmph. Dengan nombor-nombor telefon sekali clean & clear. Yang I ingat nombor Dak Yang & Fasya. So, nombor tu je lah yang I call everytime I rasa nak call orang. HAHAHA Loser!!!

Ni semua akibat dari saya manusia yang takda kesabaran langsung. Masa dekat Jakarta hari tu  lah ni, dari pagi cari simcard sebab nak call Dak Yang, nak call Dak Yang. Sampai ke petang baru dapat beli simcard. Line 3 @ three @ Tri sebab dia kata call Malaysia murah. Dengan tak sabarnya aku mengeluarkan simcard DG dan masukkan simcard 3. Jeng je Jeng. Dia block semua-semua sekali. Memaki sebakul sudah tak berguna lagi, akibatnya tanggung sampai hari ini. Sekian dari Kapal Karam -__-"

PERTAMA KEDUA

Haha, dia macam para ke dua tapi masih tajuk pertama. Bleergghh.

Dengan sepenuh hati mengadu dengan Dak Yang neh. Sebab tak dapat MMS dekat dia pakai baju baru hari neh. Gf dia gedik lebih, maafkan sajalah. Bolehkan jawapan amat sadis saya terima. @#$%^&* bertambah panas hati. Yang ni!!! tu je yang mampu cakap. Cakap lebih sikit nanti bersama air mata. I malas nak berdrama maghrib-maghrib. Dah terlambat nak pergi aerobik. Biar dia biar.

KEDUA SEBENAR (Takyah baca, nanti menyesal)

Dulu elok-elok je bawa diri sendiri, Kau datang main ketuk-ketuk. Aku tepis habis-habisan. Sampai ke keringat terakhir aku tepis, tapi kau nak jugak masuk. Sekarang, aku dah bagi masuk sikit, Kau nak pergi ketuk-ketuk yang lain pulak? Habis, kau agak-agaklah kan. Apa aku rasa? Happy ke agak-agak? Puhliss lah

kan dah menyesal. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak blog yaty, takleh nak undur. HAHA

KETIGA

Hari ni macam semua tegur

Kak Suryani : "Eh, muka lain lah. Kenapa ye? Tapi lain lah"

Kak Fouziah: "Nampak lain lah. Nampak ceria sangat. Selalu tak macam ni"

Kak Riza: "HAHAHA lainnya muka pakai tudung bawal. Muka jadi bulat, sama dengan muka aku"

Kak Hasikim: " Nampak ceria lah Yaty. Lain sangat"

Kak Lin: " Baju cantik!!!"

HAHAHAHA. Seriously, saya sebenar-benarnya juga konfius apa yang lainnya diri ini hari ini dengan diri ini sebelum ini. Teehee, Tak tahu sungguh. Tapi, tak mengapa. Kita anggap saja semua itu pujian semangat supaya kita pakai baju tersebut hari-hari. HAHA. Tapi memang a few people said that green suits me very well. Jadi, seminggu ini akan pakai tudung & baju yang sama supaya selalu dapat kiritikan posotif. HAHAHA. Gila attention.

Naaah, bersama baju baru
Kain Viscose terbaik untuk hari-hari yang padat
(1 of those kain yang I ceritakan :p)

Credit to my student Aqil Asyraaf
Aqil re-take cikgu gemuklah!!
Class : HAHAHAHAHA

Thursday, May 20, 2010

Just Lie To Me

Owh, my heart been touch by one incident (salah sendiri pun). 

Tapi, when I asked him, You pernah buat ke? 

dengan harapan menggunung yang he will deny bout it.

Sadly, I tak ingatlah T____T TSKTSK SOBSOB SROTTTTT

You tak boleh ke tipu I?

Kalau cakap tak, tapi pernah buat sebenarnya dulu. Tak ingat dah.

Kalaulah, kalau benda dulu tak pernah jadi, maybe kita more happier nowadays. Tapi, semua kan perancangan Tuhan yang mana semuanya indah-indah belaka at the end of it.

Should I happy or should I sad. He just being honest to me. Like I said,

Sometimes the truth freaking hurts
.
.
.
Am hurt

Off to Jakarta for 3 days starting tomorrow. Baibai Malaysia

Sunday, May 16, 2010

Saya Meraikannya; Happy Teacher's Day

Kepada Semua Guru-Guru Malaysia.

Guru-guru di SK Sungai Burong (92-97) SMK Sungai Burong (98) SMK Pengkalan Permatang (98-99) & SMK Convent (2000-2002)

Lecturer di Politeknik Johor Bahru ( Jabatan Reka Bentuk) 2003-2005

Lecturer IPGM Kampus Tun Hussein Onn (2005-2009)

Beloved Friends di SK Rantau Panjang, Klang (2005 sampai sekarang) Especially sesi petang. Sayang all of u. Kita dah macam satu family when we laugh, smile, cry & soksek soksek together, ambil berat, ambil hati (?) makan, minum sama-sama. Bila kena tegur dalam meeting dan kita terus berubah esok harinya. Bila orang buat t***, kita pun boikot taknak join. Bila nak masuk kelas pun nak bersama-sama. Saya sayang kamu semua dengan bersungguh hati (anda tahu siapa anda)

Kawan-kawan IPTHO. Rindunyaaaa. Kita dah tak jumpa dah tiap-tiap cuti sekolah. Kita dah takyah masuk Maktab dah tiap-tiap cuti sekolah. Kita dah takyah nak packing barang satu lemari tiap-tiap cuti sekolah. Semua susah senang kita dah lalui sama-sama for the past 4 years. Sayang kamu semua!

Kawan-kawan blogger yang juga warga pendidik. Jomlah kita ajar budak-budak neh sampai pandai, dengan hati yang ikhlas kerana Allah. Esok lusa, kalau mereka lupa daratan, kita sumpah saja mereka jadi barangan yang berguna skek. Jangan sumpah jadi batu. HAHAHA. Batu lesung takpa.


Last but not least buat Keluarga Pendidik
Babah (he's my idol. Babah selalu pesan kalau kita masuk kelas lambat, setiap langkah kita adalah dosa TSKTSK *insaf*)
Emak (selalu nak jadi cikgu disiplin. Pantang betul anak-anak beliau ponteng even dah bekerja)
Abang Wahid & Kak Adah (kami mengajar satu sekolah)
Husna & Abang Zaky ( silalah buat permohonan pindah secepat mungkin)
* Harap calon suami saya pergi jadi cikgu juga teehee

HAPPY TEACHER' DAY!!!!!

Friday, May 14, 2010

Sakit Dada

Mesti semua rasa apa yang aku rasa neh. Sakit sungguh dada. Cemas tak terhingga. Macam perlukan CPR. Cakap apa kau neh? Tolong explain skek boleh?

Sebab tengok Thomas Cup di kala Maghrib lah. Pulang dari sekolah terus berbaring depan TV. I kan perempuan. Jangan persoalkan okeh? Kami ada tiket free waktu Maghrib. Ha Ha. Komen lebih-lebih tak perlu lah kan? Buat apa bayar Datuk Rahim Razali dengan Razif Sidek mahal-mahal kalau I masih kena komen. Cuma nak cakap, suka tengok Chong Wei main. Lagi suka bila dengar dia bagi komen. Teehee. Kalau I lah yang kena inteview lepas kalah, pasti ada yang menjamu Mic untuk dinner. tu kalau I lah. Tapi bukan. Nama dia Datuk Lee Chong Wei, bukan Datuk Norhidayati Weh.Bukan.

Ok, Next!

Nak cerita apa sebenarnya neh?

Hari ni banyak perkara yang menyesakkan dada selain dari Thomas Cup tu.

1. Hari ini hari ke-3. Jadi, saya berhenti mengambil dadah. Sebab hari ke-2 dah diserang already. Tapi cuma serangan minor sahaja. No siyes pain at all. Suddenly, hari inilah rupanya dia nak menyerang secara besar-besaran. Semalam bagi klu je. Time tengah driving nak ke sekolah pula tu. Luckily, sempat ambil dadah sebelum ke sekolah tadi. Hari ini juga mood swing sungguh tak tentu hala. Sampaikan, cepat sentap dan kurang sabar. Sakit hati dengan perempuan tu!!!

2. Mood swing juga buat saya berkecil hati dengan seseorang. Betul-betul terasa. Tapi, saya suka cara beliau make it right. Tapi tapi tapi, what do I expect?
3. Datang sekolah dengan mood busuk dan kesakitan yang di tanggung bertambah parah when suddenly PRAPPP!!! meja runtuh menyembah lantai. !@#$%^&* Semua kata-kata nista dan bad words saya simpan dalam hati. Nanti terkejut orang-orang dengar ada yang memaki lantang di petang Jumaat. Habislah semua buku-buku, fail segala barang atas meja berterabur atas lantai. Ingat saya nak kemas? Naaah, I tinggal semua berselerakan. Lantak kau situ. Malas layan. Ha Ha. Dah lah perasaan tak baik. Bertambah lagi tak baik semuanya. Luckily lagi ada yang hingin tegakkan balik meja tu. Ikut hati nak biar je. Lantak kau, lantak kau.

Kesimpulannya, pada hari ke-3 I diserang pain yang melampau berserta mood swing yang macam Tornado. So Strange. On the third day?

Thursday, May 13, 2010

Adam Jadi Idaman

Sebab Adamaya, Terus TING*, bertukar segala ciri-ciri lelaki idaman. Esok pulak nak pergi buat Man Haunting.

Sayang, Maafkan saja Gf you yang cepat terpengaruh Tv neh Yang.

Tadaa, I crop gambar Nana
Teehee

Semacam suka dengan lelaki yang dressed up seperti gambarajah di atas. Nampak kemas dan damn macho. I prefer Black Sut more. Kalau ada ketinggian luar biasa lebih parfait (perfect dalam BI) ditambah dengan kulit yang sangat fair (seperti menggunakan Fair & lovely) Fuuuhhh. Kenapa Sein kacak. kenapa?

Tapi haruslah Dak Yang more kacak
HEHEHE
Opppsss. Censored

Kalau dulu zaman sekolah yang naif suka kagum dengan lelaki yang rambut belah tengah dan akan membentuk seperti huruf M di jambulnya. Gelaklah gelak. Imaginasi zaman remaja memang wild. Jadinya, lelaki rambut curly memang dah keluar awal-awal. Ha ha ha. Kemudian, akan jadi bertambah suka kalau jejaka tersebut pakai t-shirt long sleeve belang-belang yang dilipat sampai siku. Terus nyanyi Aku Jatuh Cinta, Pilihlah Aku Jadi Pacarmu (ni bukan tajuk-tajuk lagu Kris Dayanti ke?) Teehe.

Sambung berfantasi

Kemudian, lelaki yang pakai short khakis akan duduk top ten chart. Aksesori jangan sarat. Cukup pakai sepasang subang, I ok je. Semacam suka tengok lelaki bersubang. Nampak macho. Kan dah cakap Imaginasi zaman remaja sumpah wild.

Tapi, itu dulu lah kan?Sekarang tidak lagi *insaf*

Pernah masa mula-mula couple, zaman remaja lah dulu kan, I mintak Dak Yang pakai subang (jahil sungguhlah aku ini kerana lelaki yang bersubang tidak boleh mewalikan anaknya kelak) I cakap, B, kenapa taknak pakai subang? (dululah ni. Dulu, zaman ancient) I rasa lelaki nampak macho lah bila pakai subang. Jawapan dia? hahaha, I dah tape kan ceramah berciri agama tersebut, tunggu masa nak pasarkan.

Pernah juga dulu I tanya, Kenapa B tak pernah pun pakai short bila keluar dengan I? Dak Yang jawab, You pakai tudung, takkan lah I tiba-tiba nak pakai seluar pendek keluar dengan You. nampak tak padan lah. Gf muslimah, Bf Apek kongkong. HAHAHA (You tak apek sangat Yang)

Sekarang I tak demand yang bukan-bukan dah. Dia pulak yang demand lebih dalam dress code untuk saya. Baju mesti lebih punggung. Seluar jangan ketat-ketat. No more tight pendek untuk mandi-manda. Long sleeve itu memang wajib. Kalau langgar dress code, dia sanggup suruh I balik tukar baju lain. TSKTSK

Kita semakin dewasa. Think wisely

So Thoughtful, So Sweet

Saya dikelilingi oleh orang-orang yang sangat baik hati. Sangat angelic. Sangat thoughtful & sangat sweet. Thanx God coz am surrounded with these kind of people.

Kisah 1

Minggu lepas suruh murid-murid buat kad Hari Guru as a homework. Mesti tulis, dalam tulisan berangkai. Tapi, nama dia kan budak. Kau ugutlah ayat paling mafia pun, ada jugak yang tak buat. *tension* Nak marah selalu nanti high blood pressure. Ughh, cikgu tensen makan hati. Hari ni, saya baru dapat tanda buku budak-budak yang tak siap tu.

Dia buat pakai kertas biasa je
Yang berangkai pulak 2, 3 perkataan
T____T

Tapi, yang buat saya rasa touching sebab budak umur 9 tahun doakan cikgu dia cepat KHAWIN. Maafkan dia murid kelas ke 8/13 kelas. Aku nampak tua sangat ke sebab tak KHAWIN-KHAWIN lagi. Dia pun risau cikgu dia jadi andartu :p Lepastu doakan panjang umur, cepat dapat anak. Err, saya yang salah bagi arahan ke budak ni terpesong. Dah macam kad Hari Jadi instead of Hari Guru. Tapi, maafkan saja sebab ayat dia mendoakan cikgu yang baik-baik. Takkan nak marah.

Ada lagi

Perenggan puji-pujian

Baiklah Atikah. Cikgu berpeluh-peluh lepas PJ pun nak cakap cikgu wangi. Cikgu pakai Shawl ikut dan sebab lepas ni nak sembahyang Asar pun dia cakap cikgu cantik. Cikgu muka berminyak sebotol lepas jalan dari padang ke bilik guru sebab tukar selipar jepun nak pergi tandas pun, still dia nak cakap Cikgu, Cantiknya. Selipar ni cikgu beli kat mana? Cikgu memang touching sebab pandainya anak murid cikgu nak ambil hati sedangkan hakikatnya kita sama-sama tahu cikgu busuk dan comot. Lagi-lagi sekarang cikgu tak dapat mandi malam. T___T.

Yang lagi kelakar Atikah siap buat P/s: Senaraikan 5 budak lelaki & budak perempuan 3H yang cikgu suka. Tengok lah dia. Mintak balasan nama dia tersenarai. TSKTSK.

Kisah 2

Sekarang saya ada seorang kawan yang dah jadi tokey kedai kek. Bangga neh, bangga. Walaupun bukan Resipi Rahsia, still kedai kek tu. HAHA. So far, kek untuk majlis kahwin orang lain, saya order dari beliau. Murah pun murah. Senang nak demand pelik-pelik. Macam mintak KLCC up side down at the top of the cake pun boleh. Nak perca baju pengantin dekat keliling kek tu pun boleh. juga Mintaklah, mintak. Nescaya ditunaikan. I main-main mintak 1 slice kek pun boleh jadi kenyataan. HAHAHA


Blueberry cake siap bendera Malaysia
Yang tu I tak mintak
:)

For mother's day promotion, I request cup cake. Semua idea I, beliau tolong realisasikan. HAHA. Takda lah canggih, tapi macam Owh, i design cup cake untuk emak. (Bukan design pun, pilih theme colour je. tu pun nak kecoh. Boooooo!!!)


 Emak makan corak tepi tu je
Yang lain Abang Gergasi makan
Cuma tinggal huruf M & I
Abang gergasi suka over macam dia yang celebrate Mother's Day

Takyah cerita banyak pergi tengok kedai di Aman Perdana atau sini pun boleh

Kisah 3

Last week, I cried a lot. Kat sekolah pun I menangis tanpa malu. Tapi yang tu cerita nanti. Yang nak cerita pasal satu ayat buat saya tersenyum. Tie, kenapa menangis? Tiap-tiap tahun mesti menangis. Tahun lepas pasal duit hilang tu...
Teehee, I cikgu yang murah dengan kasih sayang dengan air mata. Tapi, ingatan yang baik macam tu  buat I double touching. Ok. Dah.

Tuesday, May 11, 2010

Euwww, Busuk!

Sebut euww dengan nada paling gedik tak ingat. Like EUUUUWWWWW!!! 

Okeh, tahniah sebab ikut arahan tanpa banyak soal. You may proceed to the next para.

Setiap malam Selasa, Rabu & Khamis, saya attend kelas aerobik. Yang paling fav malam Selasa sebab dia ajar Masala. Masala tak sama dengan masak lodeh. Tak. Masala sangat high impact sampai tak cukup nafas dibuatnya. Dulu, masa tengah semangat beraerobik, memang gigih buat dari mula sampai cooling down. Tak skip satu step pun. Sekarang harus kuatkan semangat kalau nak follow sampai habis. Kalau semangat setakat hangat-hangat tahi ayam, memang banyak berdiri ternganga-nganga mintak oksigen je la dari melompat sakan. Fuuuhhh!!.

Malam Rabu best sebab Magarita. Ala-ala tarian Latin. best sebab dapat gelek. HAHAHA. Tapi, kalau masuk dua-dua kelas tu, baju memang di basahi keringat. Macam petani membanting tulang saja. Sampai takda tempat kering yang boleh buat kesat peluh muka.

Soalan: Kenapa kau tak kurus-kurus jugak?

Jawapan : Meh sini kau DUSH DUSH (kau tau aku pun attend kelas karate jugak)-__-" Aerobik untuk sihatkan badan dan keluarkan peluh. Nak kurus pergi Slimming World sana. Dia juga membentuk body jadi macam tough. Tapi, tunggulah hasilnya empat, lima tahun lagi ke.

Selalunya, sampai rumah mesti dalam pukul 9.++. Lepas meluangkan masa bersama keluarga, menonton drama kegemaran bersama, makan-makan (aik?) barulah naik ke sangkar yang tak berapa emas. Lebih kurang dalam pukul 10 ke 11. Tapi, kalau ada hindustan best mahu lah membawa ke pukul 12 juga. Jadi, dari peluh membasahi diri, sampai keringat dah jadi garam. Kering. Kalau jual boleh laku. Garam Anak Dara. (mula dah!!). Baiklah, baik.

Bila dah naik atas, barulah pergi mandi. Kadang-kadang 3 pagi pun mandi jugak. Malam ni tadi, emak dan babah pun mulakan ceramah kesihatan beserta ugutan. Hoh, siap ugut anak dia dengan ayat paling mentakutkanlah. "Taknak dengarlah orang tua cakap, nanti jadi apa-apa baru tahu!!!" Saya benci ayat tersebut sebab mesti akan jadi apa-apa nanti. Benci. Mereka takut nanti akan menghidap lelah atau semput bila mandi malam-malam. Memanglah 3 kali seminggu. Tapi kalau dah berbulan? Saya takut juga. nak pergi bersihat-sihat, tapi balik rumah pergi cari penyakit.

Saya tahu itu, tapi bagaimana harus tidur dengan badan melekit peluh dan Euuuuwww (again, nada gedik jangan dilupa) BUSUK. Memang busuk. Tapi, nak degil cakap ibu bapa tentang kesihatan ni, tak berapa nak berani pulak. Emak selalu pesan, Kita perempuan, kalau asik sakit je, lama mana lah suami tu tahan nak jaga kita. Nanti end up dia bosan dan cari lain

I takut ini. Sayang, tolong jangan bosan kalau I batuk Uhuk Uhuk!!!

Monday, May 10, 2010

Dancing With Heels

Kenapakah menari di khalayak ramai? So U Think U Can Dance lah?
Sebab buat show untuk Hari Guru lah I pergi menari dengan penuh konfiden bersama heels. Bila fikir balik kan OMG, apa yang aku dah buat? Kalaulah kaki terkehel ke apa masa menari tu? Kan malu + sakit (bergabung meletup!!!) Tapi, masa tu tak fikirlah kan? Setahun kemudian baru nak terfikir, sungguh terlambat. (Salah satu bukti yang I memang lambat).

Sebenarnya, sebelum Hari Guru 2010 datang, baik I publishkan entry Hari Guru tahun lepas punya. Lama tak lama tak I simpan entry dari 16 Mei 09 T_____T

Happy Teacher's Day 09

Sekolah saya besar. Besar sangat. Cikgu dia seramai 144 orang termasuk satu (yang ada dalam gambarajah diatas) Oh, tahun lepas, sambut hari guru masih kurus. Tahun ni? tak mahu cerita

Di SKRP, kami tak pernah sambut hari guru sekali seramai 144 orang tu. Tak pernah. Maksud disini, Cikgu petang sambutlah sesama sendiri di petang hari, Cikgu Pagi pun macam tu jugaklah. Pathethic. No?
Kami Guru Malaysiaaaa

Saya agaklah yang saya tengah menyanyi lagu Guru Malaysia dengan keadaan mulut yang nganga besar sebab keluarkan suara dari perut. HAHA. Cikgu Siti Hajar yang ajar I nyanyi macam ni. Kalau anda semua pernah sekolah, mesti pernah dengar lagu ni. Kalau dulu masa sekolah, sibuk nak ikut cikgu-cikgu nyanyi lagu ni sama-sama sebab melodi dan lirik dia sangat best. Now, saya dah jadi salah seorang yang akan menyanyikan lagu ni every year sampai saya pencen kelak. Tahniah!!!


Reaksi gambar di atas berpunca daripada suara guru-guru lelaki yang tak berapa nak best, sampai buat kami tertoleh dan terdetik, WTH menyanyi sampai macamtu sekali? Tak belajar muzik ke dulu? teehee

Hari Guru terakhir dengan Arwah K. Ira
T______T
Al-Fatihah

Bila dibelek-belek gambar ni, baru perasan terselit gambar Arwah K. Ira. Sangat sedih dan sangat rindu. This is the first and the last time saya sambut hari guru dengan arwah sebab beliau mengajar pagi sebelum ni.
 

Hoh, nampak tak ada seorang perempuan bersungguh duduk tengah tu
Centre of Attraction lah kononnya

Tengok gaya pun dah tahu,
Keras semacam kayu,
Tapi tapi tapi
Takkan nak ngaku?

Ok, pantun 4 kerat yang hebat. HAHA, Tahun ni taknak masuk menari-nari lagi. Walaupun akan dipaksa oleh ketua tari- menari yang baju merah sebelah saya tu.

I semakin konfius dengan genre asal tarian ni
Kenapa ada goyang Inul sekali neh?
The Gift from my lovely student. Sangat terharu sebab susah payah cari hadiah untuk cikgu dia yang tak berapa nak baik dan selalu datang dengan muka garang dan suara pitching tinggi. Walau di marah, di tarik telinga, tarik perut, aik, tarik perut tu cubit perut dia sebab malas buat kerja. mereka tetap nak bagi hadiah. Sangat touching T____T

Mengangkut 2 plastik besar pada hari kejadian
Itu pun ada yang terkeluar dari plastik

Sebelum

Selepas

Harap tahun ni ada yang bagi handphone lagi. Harap dapat Balckberry tahun ni :P HAHAHAAKUTIPU. Dia bagi tangan yang pegang Hp tu aja, Hp tu saya lah yang punya. As I wrote this entry baru perasan yang kain itu belum dibuat baju pun. Mana tah Mak simpan kain tu.

SEKIAN, NAK SARAPAN.

Sunday, May 9, 2010

Bekas-Bekas Kekasih

Fuuuh, inilah tajuk yang paling tak boleh blah aku pernah buat. Meh caya sama-sama meh yang saya ada ramai bekas kekasih. Bukan cikai-cikai bekas kekasih saya semua neh. Kalau tunjuk satu gambar, mesti semua like OMG is this for real? Pastu semua gigit jari tak sangka. Lepastu semua pakat-pakat nak kawan dengan aku lepas ni. HAHAHA. Fantasyland sungguh indah.

Kalau ada kawan-kawan rapat terbaca ini mesti musykil banyak, bila tah si Yaty bercinta ramai-ramai. Sebab dia mention bekas-bekas kekasih. Tu lah korang takda tahu. Mari sini datang ambik tahu. Bekas kekasih pertama saya ialah

Zed Zaidi
Almost getting married.
Tapi, for a second thought. what a rush?

My Second Ex-es

Yang ni end-up dengan sangat tragis
Sebab beliau pergi mempilih Balqis
Cess!!!
Cinta tak kesampaian.

Tapi kenapakah baju saya sama di kedua-dua lokasi? Terkantoi disitu buat cinta tiga segi. HAHA. Inilah kan one of the entry yang tersusun kemas dalam draft. Daripada saya membuangkan masa dengan bertiduran di petang Ahad yang tak berapa indah tapi sejuk ni, lebih baik mengkeluarkan entry lapuk satu persatu.

Anda semua penonton drama Aliff Firdaus tak? Kalau tak tonton takpa, saya pun kurang menonton sangat sebab Jumaat malam mesti ada agenda lain. Jadi, sebelum drama tuh habis, biar saya bagitahu apa ending dia. Semua mempilih saya sebagai pengantin, of course lah saya menolak, dalam hati ada Dak Yang je. HAHAHANIHANYAKELAKARSEMATA

Saya dapat pergi dekat penggambaran scene terakhir dia di Sungai Besar, Selangor. Rumah yang digunakan dalam cerita tu rumah Mertua my Big Brother. So, kami dijemput untuk datang kenduri kahwin mereka-mereka semualah. Ya, akhirnya Kuza kahwin dengan Zed Zaidi dan Irma Hasmie bersanding dengan Beego, nanti Maria Farida pun berbaik-baik semula dengan suami dia tu. Kalau anda tengok, anda takyah stress  sampai kerut-kerut dahi memikirkan permasalahan mereka sangat. Kan dah tahu ending dia sekarang. he he he

Jadi, hari tu hidup saya dikelilingi artis dan diri pun dah serasa artis jugak. Tunggu jugak  kot kot Rashid Sibir offer berlakon dalam Aliff firdaus 8 ke. Tapi takda pulak. Takpelah, rezeki ada di mana-mana (?)
URTV
Ni pasangan Zed Zaidi yang sebenar
Kuza cantik :)

Mata Irma sangat cantik
Sekarang Nabil harus memilih WTH?

Aliff Firdaus

I dengan Jasmin Hamid sapa lagi kurus?
HAHAHA


Maria Farida sangat Gojes okeh
Sangat cemburu dengan kulit dia.
Halus dan licin, selembut sutera
Eceh, Aku rasa kulit dia ke?



Sekian laporan untuk URTV. Teehee. kejap kerja dengan ESPN, kejap lagi dengan URTV.

Wednesday, May 5, 2010

Anda Rasa Anda Gemuk? Saya lagilah

Saya memang gemuk. Apsal saya semakin gemuk? Apsal? 

Sekian lama bercuti blog sebab tengah fikir macam mana nak turunkan berat badan. Saya semakin stress dan stress sebab saya bukan naik berat badan sikit-sikit. Saya gain weight mengalahkan orang yang memang nak gain weight. Saya mahu loss weight.

Yang buat saya semakin stress, dah takda pilihan baju nak pergi sekolah. Lepas baju ni, baju ni dan ni lagi. Rotate yang sama selama seminggu. Ok kan? Semua koleksi baju dalam almari hanya hiasan kau tahu. Buat sakit mata aku neh. Semua baju tak boleh pakai. Why oh Why? Why heh? Can you give me some answer instead of sebab kau dah gemuk lah. Pffrtt.

Saya makin runsing sebab kan hari tu baru cerita beli kain berlambak-lambak, lepastu semua dah hantar tempah guna ukuran lama, dan the moment of truth semakin hampir. Muat ke tak semua baju yang aku tempah yang bila dibilang-bilang ada beberapa pasang semua sekali. HOH? Ada satu bawah seat kereta, takut nak hantar. Gaah.

Saya sedang bertarung dengan kegemukan. Saya memang takda double chin sebab saya dah punya triple chin. Wanna bet? HAHAHA. Pakai shawl macam pakaikan shawl dekat bola. Oh, World Cup kan semakin hampir. Eh, tetiba sangat.

Kalau sesiapa ada idea cara paling mudah nak turunkan berat, Please share, tak baik kedekut ilmu kan? Bantu insan yang lemah dan mok mok ini. Bantu dia, bantu. Bantu lintas jalan, bantu dia tetas baju yang dah tak muat semua bantu. 

Wanita gemuk yang bersedih,
_Yaty_