Tuesday, April 27, 2010

P.E.N.A.T

Hari ni macam penat.

Selalu bangun Subuh, kemudian tidur pun bersambung-sambungan. Tapi, pagi ni mata tak boleh lelap dah. Sebab teringat nak pergi bertemu duga. Haip, biasa tu suka guna alasan temu duga. Sebab hati dah berbunga ceria nak bertemu janji. Owh.. almost sepurnama kita takda bersua muka. 3G pun takda. camne? Kami kan pasangan ancient. T___T

Niat di hati nak tunjuk-tunjuk sikit apa yang saya shoppingkan. Tapi, sumpah takda daya dah ni. Sisa tenaga saya perlu kan sangat untuk jalan pergi mandi, pastu turun bawah dan tidur bersama ibu bapa. Tahukah anda, saya sekarang tidur sama-sama dengan emak dan babah. Knowledge ni tahu. Sila tahu. HAHA. Saya dengan emak atas katil, Babah tidur bawah je, sebab babah memang suka tidur atas lantai, kalau emak tak lapik toto tu, beliau tidur saja atas tikar sejuk berbantalkan lengan. Tak tipu neh. Kenyataan...

Penatlah, penat. Esok lah kita main menunjuk-nunjuk okeh. Sediakah anda?

Monday, April 26, 2010

Muddy Sports Day

Atau dalam kata lain Bernafas Dalam Lumpur. Betulkah? Jauh sangat maksud dia Yaty bawak lari. Maksud sebenar dia Hari tu kami bersukan dalam lumpur atau lebih kurang macam bersukan dalam bendang. Yup, more closer.

Event : Sukan Tahunan SKRP
Date : Sabtu 2 minggu lepas (hah, tolong selakkan kalendar or is it kelendar or kelandar? Err, mana-mana je lah, I malas)
Venue: SMK Jiran Sebelah (Hoh, sampai berputih mata pun takkan jumpa sekolah ni)

Sejak padang sekolah sendiri dah menjadi semacam kawasan perumahan setinggan, eh bukan. Setingkat. Jadi, padang dah tak boleh muat untuk buat trek 4x400. Tak muat dah. Jadi, marilah semua warga SKRP berhijrah cari sekolah yang ada padang lebih besar. Jom, mari. HAHA.

Kami menjadi penumpang padang sekolah jiran. Dengan takdir Tuhan (apsal lately suka copy ayat novel??) hujan lebat turun mencurah-curah. Syukur, bumi di basahi hujan setelah sekian lama dahagakan air hujan.

Skip perenggan di atas.

Jadinya, kami semua nekad. Kami tahu yang kami takkan pulang dengan baju bersih macam iklan FAB tu. So, buat apa ambik risiko dengan dressed-up semacam nak pergi berfoya-foya. Lebih baik pakai but Pua Chu Kang. Safety First.

Tapi, kesian budak-budak lah, takda tempat nak duduk. Khemah terlalu lecak dan Euwwww. Geliiiii. 

Dah lah, cerita banyak pun tiada gunanya lagi. Tengok saja apa gambar yang saya dapat.

Ni rumah sukan saya
Go Pink Go :)

Perbarisan tepi Tasik
T____T

Nampak tak perempuan gedik di situ
Tak, dia bukan Cikgu
Dia tukang penjual bunga

Triple Gedik
Bersama topi rama-rama
:)

Owh, tak sanggup nak saksikan gambar ni
dengan mata kepala sendiri
Sape tu?sape???!!

Rumah Pink saya menang tempat ke-3
Hiasan khemah tempat ke-2

Saya menang hiasan topi terbaik. (Yang ni I reka sendiri)
Cikgu gedik pun I menang. Teeheee.

Sekian melaporkan dari ESPN

Sunday, April 25, 2010

Stop Right Now!!

Sebelum apa-apa nak beristighfar dulu


Astaghfirullahal'azim


Ok. Dah. Habis. Ha ha apa neh? kenapa kami rasa kelakar tu tak lawak?

Sepatutnya hari Ahad ni mahu bermalas-malasan dekat rumah saja. Guling-guling atas timbunan baju bersih yang tak dilipat-lipat. Ataupun guling-guling atas kertas soalan yang baru draft atau jugak guling-guling atas dokumentasi sukan yang tah bila nak mula. Ha, pilihlah pilih. Pilihan di tangan anda.

Blerghhhh

Kerja banyak, tapi ambil keputusan nak ikut abang & Kak Adah bersama emak keluar tengok barang hantaran. From Klang Parade to SACC to Jakel Sek 7 with love.. (yang baru dibuka semalam, should come sebab baju dia super duper murah. Harap tokey Jakel baca ini dan bagi saya kupon percuma untuk baju pengantin yang RM7,000 itu Harap sangat)

Yours Sincerely; 
Yaty

*grinning*

Baiklah baik. Memang pasal kain pun nak cerita, tapi bukanlah nak pergi promote cawangan JAKEL baru seperti dalam perenggan atas. Saya takyah promote pun, dia dah laku berjuta-juta ringgit. Dah lah bini cantik. Farah Ariani (owner of kedai tudung Ariani) itu sangat cantik.Sampai meleleh saliva mentengok kecantikan beliau. She should be the model instead of  Ekin. Saya rasalah. Tapi who the hell cares right?

As for me, saya bukanlah perempuan yang rajin beli kain. Macam, kain murah beli! beli! lelong seringgit saya pun cepat-cepat serbu. Bukan. Saya beli kain bila nak Hari Raya, ataupun sepupu kahwin (tapi tak kira belilah, sebab itu di bagi). Ha, tu je lah pun. Kalau saja-saja Jom beli kain itu memang takda. Beli baju siap pun bila rasa teringin dan bila ada orang bayarkan. HAHA. Saya sayang duit kalau suruh beli kain atau tudung. Tapi, beli handbag, saya sumpah tak lelong pun saya serbu.

Tapikan, dalam 2010 ni, perangai saya jadi aneh. Mungkin sebab umur dah meningkat, jadi nafsu saya lebih kewanitaan. Mungkinlah, saya pun kurang pasti. Bila April nak habis ni kan, di kira-kira purata saya beli baju macam sebulan 2 kali. Bayangkanlah, kalau dulu, masuk Gulatis keluar mesti tangan kosong. Sengaja saja jalan-jalan cuci mata. Sekarang, keluar Gulatis mesti saya terkeluar dengan paper bag sekali. WHOAA, apakah? Masalahnya, kalau keluar masuk sekali tu tak mengapa kot. Kalau di campur Jumaat lepas, dah hampir 4 kali saya keluar masuk dan keluar bersama paper bag.Almost dear, almost

Bersabarlah sayang. I pun tak tahu kenapa.

Semua jenis paper bag dah saya dapat. Dari yang beg kain sampai ke anak paper bag. Aunty Tailor I pun dah naik fed-up. Aiyaa, hantar baju lagi ka? Yang dulu belum siap. HAHAHA. Rileks la aunty, bukan selalu nampak muka saya datang banyak kali.



Kualiti gambar kurang, kualiti kain Umphh!!

Kalau kakak-kakak kat sekolah jual kain, I memang tengok saja dulu. Kalau affordable I datang jenguk, kalau mahal sangat I tengok dari jauh je. Tapi mostly, mereka jual baju batik. Hati saya belum terbuka nak collect batik dalam wardrobe. Biar dululah batik sutera ke, batik Creep ke, batik Terengganu ke, Batuk 1 Malaysia ke, mahupun Batik Rosmah. HOH? beli kain batik Rosmah nak buat apakah?!!

Hari ini selepas mendapat sepasang lagi kain (from Jakel) untuk di buat baju I nekad nak berhenti dari kegiatan beli kain ni. I rasa cukup sampai raya 2 tahun akan datang kot baju-baju yang dah dibeli. Masalahnya, baju yang dibeli pun bukan boleh di bawak berlasak. Harus duduk bersopan santun dan beradab. Untuk perempuan yang suka bersila atas kerusi macam saya, memanglah habis.

Today's Achievement

I beli Cupcake comel for the 1st time ever in my life. 1st time!!! Sangat bangga sebab jadi yang terlambat.

My Cute Cupcake
5 for Seploh ringgit

Saya tahu anda semua pasti dah nak muntah darah makan cupcake. Boo Yaty!!!. Haip haip, saya pun penah makan cupcake lah handmade by my best friend Faisyariza. Tapi saya belum pernah beli. Sebab macam fikir-fikir, what for? cupcake sesuai sebagai hadiah birthday saja. HAHA. Tapi, lepas tengok drama Hantu Kek. (Ish, I memang cepat terpengaruh TV) Terus macam bertekad akan beli cupcake dan makan dengan penuh passion macam Yasmin Hani tu. haha

Teringat Muffin Blueberry Aunty yang sedap itu
:)

Saturday, April 24, 2010

Cepat Panas

Macam dah dua minggu ni sibuk saja. Tiap-tiap pagi mesti keluar, lepastu balik dah tengahari. Mesti tak cukup kaki tangan nak bersiap pergi sekolah. At the end baju yang remuk redam jugak menjadi pilihan hati, sebab mana sempat nak gosok. Tudung pun sarung yang ekspress saja. Takda kesempatan nak melilit-lilit selendang. 

Dah 2 hari saya bertarung dengan basikal budak-budak. Ughh! Tension. Apsal korang nak balik cepat-cepat sangat hah? Lain kali bagi kereta cikgu yang lambat sampai ni masuk. Cikgu dah lambat nak thumb print semua. Korang balik cuma tahu nak makan nasi je.

Dalam sibuk buat persiapan kahwin orang lain (I kan wedding planner, remember?) Hati macam cepat panas sekarang. Cepat melenting dan cepat buat muka. Sebab macam banyak hal nak kena fikir, benda yang boleh setle jadi bertangguh, jadi saya panas. Kalau boleh taknak fikir dah.

Dekat tempat kad kahwin kelmarin, kad dah siap, bangga nih call I suruh collect. I pun senang hati, 1 part dah settle. Lepastu jeng je jeng, sampul surat takda. HOH??! Takpa kak takpa, kami bagi envelope lain yang printed FOC. Muka I dah keruh, sekeruh lopak lepas hujan (Ceh, ayat novel). Taknak taknak. I datang esok ambil (tapi I tak datang pun semalam. HAHA padan muka)

Semalam di kedai langsir TEWAH, kami rushing sebab nak hantar baju dekat tailor kemudian. Cari salesgirl dia macam haram. Sorang pas kat sorang lain pulak. WTH??!! I berdiri cekak pinggang dengan muka lebih keruh dari longkang. Dah lah tak suka kedai langsir sebab buat I suffocate dan cemas. haha perangai pelik. Ye lah, dia punya kayu kan tinggi-tinggi, bila I tak nampak mak, I cemas. Sumpah budak-budak punya perangai. Bila I dah buat muka, baru isteri tokey dia panggil salesgirl yang betul-betul punya dengan nada cemas jugak. Hah, jangan main-main dengan perempuan yang ada puting beliung dalam badan. Coz you hot and you cold.. tiba-tiba

Friday, April 23, 2010

Malam Jumaat Yang Lalu

Malam Jumaat yang lepas, waktu-waktu macam ni I tengah bertarung dengan perasaan.

Malam Jumaat yang lepas, waktu-waktu macam ni I baru balik penuhkan minyak kereta.

Malam Jumaat yang lepas, waktu-waktu macam ni jugak I pergi beli roti jagung (?)

Sebabnya nak buat alas perut sebelum masuk interview. Macam tak caya dah seminggu dah hari-hari kritikal berlalu. Jadi, hari ni nak sambut Anniversary seminggu lepas interview. Boleh tak? boleh tak?

Minggu lepas lah minggu paling sibuk of the year. Eceh, nak main of the year saja.

Rabu, sukaneka tahap 1
Khamis, sibuk buat persiapan untuk rumah sukan
Jumaat, raptai sukan (Interview SPP)
Sabtu hari sukan

So, times flies so fast ataupun masa terbang sungguh laju -__-. Sampai I kena main kejar-kejar dengan masa. Malam je mesti tidur berbantal kan lengan. Cindai lah mana, ewaah. Blerrgh. Malam je tidur bertangkupkan buku di muka. Di harap proses reverse osmosis berlaku di situ. Bangun pagi, ting!! otak dah full dengan Pedagogi. I wish.

Jumaat lepas memberi kelegaan yang berpanjangan. Alhamdulillah, semua dah lepas

Pergi Putrajaya pukul 6.30 pagi di iringi emak & babah bersama doa-doa semua. Balik tu terus pergi makan dekat Masjid Shah Alam, kebulur. Kemudian heading to Bank, cari duit sikit nak buat enjoy. Sebab petang off, so, takdelah pergi shopping, I pergi tidur. Dah berapa malam tak tidur lena. Siap silent handset lagi. sebab mahu  stay away from sebarang bentuk gangguan even from Dak Yang himself. mahu tidur lena dengan tilam vono.

Tu semua cerita Jumaat yang lepas. Jumaat ni, dah tak sedar diri dah. Tiap-tiap malam keluar, tiap-tiap pagi pun keluar juga, tiap-tiap tengah malam tidur lena dalam bilik pengantin yang heaven. Maaf bakal pengantin, I rasmikan dulu. Buku-buku pedagogi dah kembali ke pangkuan almari, nota-nota dah pass kepada candidate seterusnya. Bajet senior lah ni. HAHA.

Pengalaman :

Saya adalah orang yang terakhir sampai. Tapi, saya adalah calon yang memegang nombor giliran 0001.Penemuduga seorang lelaki, bukan Islam (bagi selamat sejahtera). Tapi, saya tak pakai kain belah pun (sebab ramai yang pesan, pakai kain belah, goda-goda sikit. HAHA) Mana nak goda, mana nak neves. Tak sempat. Saya duduk dengan sopan dan lemah gemalai. :p

Kalau tak tahu apa jawapan dia pun, please keep talking. Salah takpa. Dia mahu lihat confidence anda. Nanti, dia akan bagi jawapan yang sebenar. Kalau tak pasti sangat bagi ayat manis contoh: maaf encik saya kurang pasti jawapannya, tapi saya akan pastikan saya tahu jawapan dia bila keluar dari bilik ni. Hoh, atau contoh ayat manis lain, saya akan berusaha sepanjang usia saya untuk cari jawapan dia.

Tolong pakai name tag besar gajah tersebut, kasut sarung bertutup rapat jangan di lupa. Kalau boleh, jahit kasut dekat kaki kasi rapat. HAHA Paling penting, jangan terkurang satu dokumen pun. Jangan, nanti anda akan dapat susah. Jangan silang kaki. Jangan seksi. Jangan bawak dokumen yang dia tak mintak, nanti dia soal, tergeliat la lidah kau nak jawab. Takyah eksyen nak tunjuk sijil 2 jilid tersebut. Simpan je buat tatapan anak, isteri.

Itu je lah kot do's & Dont's nya untk pergi interview. (SPP saja lah, kalau kerja lain jangan ikut)

Da's Da's (gediks)

Thursday, April 22, 2010

Dengarlah Matahariku

Dengar ye sunshine saya semua. Yes, anda semua yang rajin datang jenguk walaupun masih di suakan dengan entry lama. Sorry, my bad. Saya kepenatan sendiri. Takda nak salahkan sesiapa pun.

Pengaduan Pertama

Saya semakin Mok Mok. Sedih sangat. Kenapa semakin mok mok sedangkan rancak beraerobik tiap-tiap malam? Sebab lepas aerobik I pergi warung nasi lemak. ha ha. Takdalah. Selera makan sangat selera minggu lepas. Jadi, saya gain weight lah. Susah betul mahu maintain saja. Bila dah makin mok mok, mood pun tak berapa nak nice lah ni. Baju banyak dah sempit. Ouuuchhh. Memang benar bagai di kata. I gemuk. full stop. I dah usulkan supaya birthday present tahun ni I nal Herbalife je. hahaha. Dak Yang suruh juga I jogging. Ohhhh. *Sigh*

Pengaduan Kedua 


Saya semakin gelap. Matahari bersungguh-sungguh menjilat diriku sampai ada banyak tone colour dekat tangan.

Nampak tak bekas jam di situ
officially I ada jam permenant di tangan.
TSKTSK

Nah, sekarang lebih jelas.
Tangan si Dayang Senandung

Ni pula gambar penuh
Akibat bersukan pakai baju bertangan suku.
Baru betul 1 Malaysia

Gambar tu di capture semalam, lepas beberapa hari kejadian matahari menjilat diri. Masa nak ambik air sembahyang dekat surau lah ni. Telek-telek tangan, apsal teruk sangat tah? Malu I tangan banyak colour. Warna-warni kehidupan. Ahh, tetiba sangat

Pengaduan Ketiga

Saya dalam percubaan mengenakan tudung ini. Sebab macam mudah dan cepat (mesra, ni polis). Tapi, tak tahu bersesuaian tak dengan bentuk muka mokmok yang tembam ini. Yes, saya tahu, orang lama dah pakai. Ek eleh, kau baru nak pakai? Aku kan siput. Sentiasa lambat dalam segala hal. Tolong lah matahari-matahari saya sekelian, bagitahu, muka mokmok sesuai tak dengan tudung neh

Sengaja panjang kan muka


Kalau buruk tolong cakap dalam hati je, kalau ok, boleh tulis besar-besar dekat komen. HAHA. U can tell me the truth, I bukan kaki sentap. Orang cakap buruk sikit dah menggelabah setahun. Kalau dah memang buruk, buruklah. eh, eh, cakap sape ni?

Ok, itu saja buat masa ni. Sekian Aduan Rakyat. Lain kali nak mengadu saya akan bagitahu.

Saturday, April 17, 2010

Tah Pape Tah

Mood malam minggu spoiled sebab banyak perkara.

1. Folder My Video hilang begitu sahaja. HILANG. Macam chipsmore. I sedih sebab dah berapa minggu tak tengok video fav sebab nak interview kan. So, baru nak menghayati lah konon-konon video kegemaran yang ada orang-orang kegemaran dan lagu-lagu kegemaran. Tiba-tiba, aik? mana pergi folder ni? Sumpah sedih. Sebab setiap hari itu harus dengar lagu Listen by Beyonce, di susuli lagu Dilema Cinta by Ungu, Hati Yang Kau Sakiti by Rossa. Itu yang akan terus diulang-ulang. Eh, banyaklah sebenarnya (baru teringat) Russian Roulette, 21 Gun, Bleeding Love. Ohhh, tensen nya diri. Terus hilang mood seminggu. I fed-up nak cari-cari.

Belum lagi campur interview Robs dengan Tyra Banks, Ellen Degeneres, Late nite show tu apa tah nama dia. Semuanya saya kumpul sikit-sikit. Ughhh. Geram!!! memang boleh cari lagi. Tapi, saya benci kerja 2 kali. Benci!

2. Ada kakak ini yang getting my nerve. Actually, semua orang like panas hati juga dengan perangai insan tersebut. Tapi, sebab I macam banyak kali kena, so I rasa macam Whoaa, kau ni nak kena kah? Dia suka mengada-adakan benda yang takda pape pun sebenarnya.

e.g : Saya ada kawan. Kawan saya lelaki. Kami kawan baik. Belajar bersama, main bersama (eh, ni lagu budak drjah 2) Ok takpa, selang seli dengan subjek muzik itu bagus. Lepastu, Kawan saya dah bertunang (masa tu lah, sekarang dah kahwin dah ada anak pun) Tunang dia pun kawan baik saya juga. Ewah, complicatednya. Ok, ni bukan cerita cinta segi tiga ke apa.

Keselesaan saya kawan dengan dia sebab, 1st dia dah bertunang 2nd saya kenal tunang dia, dan tunang dia kenal saya 3rd Dia langsung takda perasaan dekat saya 4th Saya lagi la. haha. So, atas sebab-sebab di atas kami boleh jadi kawan baik.

Cukup baik tapi takdela sampai makan berdua, jalan berdua, keluar dating ke apa. Kami tahu batas-batas kami. Summore dia adalah mentor saya masa praktikum. Lagilah kami baik.

Tapi agaknya kakak ni duduk zaman batu, dia sampai boleh keluarkan statement, Takut-takut nanti dekat kad kahwin tukar pulak nama pengantin perempuan. (Sampai macam tu sekali dia buat spekulasi) Padahal, kakak-kakak lain rileks jah. Takda nak cakap apa. Sebab memang takda perbuatan yang menunjukkan kami in love pun. Dia memang sengaja nak cipta kontroversi.

Yang tu takpa, aku sabar lagi

Bila kawan baik dah berpindah, mungkin kakak ni kering idea nak spekulasikan aku dengan sapa pulak. Dia mula buat gossip aku dengan kawan lagi seorang ni. Ya Ampun, bapa beranak 3 itu agak-agak jugak lah kan. Yes, dia bapa muda, Yes, kami kawan sebab meja bersebelahan. Bukan duduk sebelah-sebelah. Hep, biasa tuh dia. Meja dia sebelah seberang sana. Jauh juga. Tapi, suka pinjam barang dan hilangkan barang haha. Habis, kalau sebab tu je kau nak gosipkan kami? pelik kan, bila takda kerja, pergi cari kerja. Dah la tak berfaedah. Tak masuk akal lagi.

Jadi, macam mood aku yang tak baik bertambah worst. Fikir logik lah. Takkan lah aku ni jahat sangat sampai nak sebat semua lelaki yang baik dengan aku. jap gi buat muka berlagak orang cop sombong pulak. Bila baik kena jugak. So how?

Wednesday, April 14, 2010

Harta Rampasan Emak

Entry ini sedikit touching. Sikit je, takyah lebih-lebih nak siap tisu, towel good morning ke apa. Takyah. Listen & learnt (tak memasal)

Ogos 2007

Masa ni our relation kat hujung-hujung jalan je. Depan dah takda Di Persimpangan Delima (eh, lagu Nora neh) ke apa. Memang Jalan Yang Terakhir (ni lagu Farah Breep Breep) Entry hari ni main tajuk lagu saja. Sedih? Taklah, I happy, siap berholiday ke Tioman lagi masa relation crumble down. -_-

Tapi bukan nak cerita pasal relation dah nak runtuh ke apa. Yang I nak cerita kan ialah apa yang emak buat masa tu. Bagitahu mari sini, emak mana yang suka dengar anak dia hari-hari menangis telefon Mak, sedih la mak, sedih la. Kenapa dia buat kita macam ni? Srrrrooottt (sedut hingus banyak-banyak). Rupanya, bila my sister in law cerita, emak sedih sangat kat rumah. Asyik termenung je. (See, what have u done to me n my family. How dare you??!! What goes around, comes around)

Rupanya, masa saya di Maktab, emak buat clearance di rumah. Gaaaah, macam pasaraya buat clearance stock. Habis bersih barang-barang dalam bilik emak pergi jual. HAHA taklah, tak. Emak pergi kutip semua barang-barang yang berkaitan dengan Dak Yang. Mostly, my stuff semua adalah gift from him. (Sebab beliau tak bagi saya beli sendiri)

Masa saya kat maktab lagi emak dah pesan, jangan pakai apa-apa yang dia (Dak Yang) bagi. Buang semua. Nanti emak gantikan. WHOA? Emak nak gantikan jam, HP, wallet, kasut, beg, perfume, cincin YES YES YES. Sekarang lah kau yes, yes. Dulu siap tak dengar suara, yang dengarnya Sob sob sob Sroooot, wooo wooo. Crying a lot. Sayang sangat nak buang, semuanya kenangan (eleh, cakap ajelah masih sayangkan orangnya).

Demi emak yang dah memujuk tanpa jemu, I turutkan lah. Emak suruh I pergi tukar nombor siap-siap. Tapi, I kata nanti dulu lah. (dalam hati tak sanggup nak lost contact terus walaupun sakit) My middle name is Degil. Emak kata, jangan cari-cari lagi, jangan angkat telefon kalau dia call!! Kamu tu hati lembut, nanti dia pujuk-pujuk dah suka balik. Baiklah emak baiklah. Tekaan emak sangat tepat. ^___^ Emak siap belikan saya seutas gelang tangan, biar saya happy dan tak ingat-ingat lagi dengan Dak Yang.

I pulang ke rumah, tadaa, bilik I kosong. ha ha. Takkan lah emak pergi buang katil, almari semua. Gambar-gambar dan frame gambar. Gone baby gone. Baju-baju Dak Yang, Hai Hai Bye Bye. Yang paling tragis, beg sekolah I sekali lesap. Macam mana nak pergi sekolah?!! Album-album I kosong tahu. Habis semua emak periksa. Oooh, I love you emak. I akan buat macam ini juga kalau ada yang sakitkan hati anak gadis I nanti. Tapi harap anak gadis I tak degil macam I sekarang. 

April 2010

Dah berapa tahun berlalu. Actually, I know where emak sorokkan semua barang-barang yang jadi harta rampasan perang tu. tapi, I tak berani nak ambik, sebab dah pernah try ambik sekali, lepastu emak I tukar tempat persembunyian. TSKTSK. Emak cekap selok-belok rumah, Tapi dia takda tahu anak dia memang suka main hide & seek.

Hari ini, perasaan macam membuak-buak sangat suruh I pergi kidnap balik harta rampasan tu. Lagipun emak dah sayang Dak Yang, ( maaf emak, Tuhan takdirkan jodoh kami kuat sampai saat ini) GAGAGAGA. Anda tahu saya dengan Dak Yang dah reunite (gedik sekali ayat tu, blah weh blah) We cannot be apart. Chieeh. Untuk setakat inilah (err, jam 11.28 tarikh 14 April, kalau esok saya pun tak tahu lagi)

Jadi, dengan jengket-jengket kaki saya berjaya menyelinap harta rampasan bawak masuk bilik. Dah bertahun dia tersorok, harap sangat tak di makan tikus. So, hari ini kami kembali bersatu. Siap pakai pergi sekolah lagi.

Antara Harta Rampasan perang

Ek eleh, gambar tak sharp pun
Baju bertuah Dak Yang

Jaket ni I pakai masa pergi Tioman
walaupun hati berdarah

Yang tak sempat di selamatkan (dalam kenangan 2004-2007)
Hadiah Anniversary yang ke-satu
Dah cari pelosok rumah, tetap tak jumpa
I rasa, lori sampah dah bawak pergi
T____T

Yang lain-lain I dah selamatkan satu persatu selama beberapa tahun ni. ^___^

Monday, April 12, 2010

Up-To-Date

Gaaahh, saya bukan seorang yang up-to-date dengan apa-apa saja. I mean anything dari hiburan terkini, berita terkini, politik terkini. Macam duduk dalam bilik kebal yang bullet proof, sound proof, news proof, semua proof lah. Pufhh.


 Siti Si Siput Sabah 
Tinggal bawah tempurung

Boleh andaikan saya seperti siput. Hai, my name is Siti Si Siput Sabah (nama baru). Siti Snail baru nak terhegeh-hegeh minat Daughtry bila mereka sebenarnya femes lama dah. Lagu Daughtry terbaik. (saya rasa, anda pun rasa dah lama kan? haha). Siti Snail baru nak mula hafal lagu Love Story Tailor Swift mereka semua bleerggh, lembap gila kau Yaty.

Lepastu, saya confius sampai petang masa MU lawan Bayern Munich di Old Trafford hari tu. MU menang 3-2 tapi apsal Bayern yang happy lebih. Eh eh, I ingat mereka semua tersilap termasuk Alex Ferguson. Gila hebat aku ni sampai nak salahkan Alex Ferguson siuut. Rupanya akulah siput sedut yang terhegeh-hegeh mengesot itu. (Dak yang pun malas nak layan bila I tanya apsal Bayern happy lebih-lebih? Apsal You moody? Apsal, apsal?) ha ha.

Banyak lagi contoh-contoh kesiputan aku macam kalau dalam adik beradik dah buat lawak lama dah, siap mereka dah bersepah kemana-mana aku baru terhegeh-hegeh nak gelak. Dak Yang memang dah lama discover I adalah spesis siput yang hampir pupus. T___T

Hurmm, sekarang mahu brag yang, saya tidak lagi menjadi Siti Si Siput Sabah itu. Hoh, kau nak tahu apa yang terkini? type On Kini dan hantar ke mana-mana kau suka. Like I care. Teehee.

Sekarang saya begitu alert dengan isu semasa. Just name it MEB (Model Ekonomi Baru), NKRA (National key Result Area), PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan) Tonggak 12, LINUS, Konsep 1 Malaysia, misi, visi, Menteri Kabinet kahwin artis FPK, FPG. Ni kang sesiapa yang nak pergi interview cari maklumat, mesti sesat dalam blog tak bertauliah ni. Naaaah, jangan susah hati. Teruskan mencari, usaha tangga kejayaan.

Sekarang dah tidak online sampai larut malam, buku duduk sebelah bahu je. macam apa tah struggle. Tapi, memang kencang debaran yang dirasai. Tak caya? meh rasa meh.

Dulu, tepi bantal buku-buku Twilight Series & Sophie Kinsella.
Sekarang, tadaa ganti dengan bahan ilmiah

Atas lantai sampai tak boleh jalan

Atas meja comel saya.
Opss, jangan tengok kalendar seksi

Bawah Katil

Hahaha, kalau mak naik mesti menjerit sayup-sayup je nanti. Sorry mak, tak boleh kemas selagi tak habis debaran di dada saya.

DAG DIG DUG, mari berdangdut

Sunday, April 11, 2010

Mood Busuk, Entry Geli

Pagi Ahad sepatutnya indah sebab kita boleh bangun lambat. (Ah, kau hari-hari pun hari Ahad sebab hari-hari pun kau bangun lambat)

Hari ini jadi tak indah sebab bila I call Dak Yang, perempuan yang angkat. Hoh?! Hah?!Huh?!Heh?! (padan muka dia, BF dia ada perempuan lain, aku dah agak dah) -_- Baiklah, baik. Hentikan semua tanda tanya. Bila perempuan yang menjawab maknanya talian dah kena sekat lah. Biasa tu dia, cepat-cepat nak ketawakan orang bila di tinggalkan kekasih.

Hati I terus lah merah membara semangat waja sebab I baru bayar bulan lepas (bayar RM10 tapi guna 2 kali ganda). Tak dapat nak merajuk dengan Dak Yang sebab malam tadi dia lupa call I. Ciss!!

Eh, bukan aku sedang dalam study week ke? apsal sibuk berblog neh?

Di pendekkan cerita,

I menangis dalam hati. Hoh, apsal gedik? Lepastu merajuk selama beberapa jam. Lepas tu dah tak merajuk dah. Lepas tak merajuk, I cari Dak Yang semula. (Habis, takkan cari lelaki lain nak tumpang bahu pulak? I geli perbuatan ini!) Lepastu I dapat tahu. Dak Yang dah bayarkan bil bersama. Lepastu, lepastu, lepastu Dak Yang belikan top up sekali. How sweeeeet? Lepastu sekarang I dah rasa geli baca entry sendiri. Macam taknak publish.
//


//


//

Tapi, sebab dah buang masa selama beberapa minit, publish saja entry geli ini.
Naaah

Monday, April 5, 2010

Makna demam ini?

Dah demam tu demam saja lah. Nak makna apanya lagi?

Ouhhh, sekarang demam tak boleh di buat main. Macam, ala demam sikit saja, esok lusa baiklah. Cannot begitu cannot. Kita semua tahu apa yang sudah terjadi kan? Tak perlulah saya ulas lebih panjang berjela tentang ini. Jadi, sebagai peringatan bersama, kalau demam cepat-cepat pergi klinik yah. Jangan tunggu-tunggu. Yes, ajal, maut di tangan Tuhan. Tapi, kita sebagai manusia perlu berusaha dan berikhtiar. Baik saya membawa dua pesanan dalam satu perenggan iaitu dari Kementerian Kesihatan & JAIS (ahh, tak memasal lah kau JAIS bagi pesanan macam tu, JAIS cuma tangkap pasangan Judge & Si Jajan MIMI itu)

Baiklah baik. Entry ni cuma nak cerita pasal saya yang slowly demam. Atau makna lain dia, demam secara perlahan-lahan. Macam mula-mula saya rasa tekak perit dan pahit sangat macam di luah mati emak, ditelan mati bapak. whatdaaaa.. ok ok.. Kemudian gejala-gejala atau sindrom-sindrom lain pun menyusul seperti selesema (ada yang ingat saya menangis di tengah jalan) kemudian batuk yang cough cough cough, ouchh sakit dada. Ha, batuk yang macam itu. Mata saya panas, lepastu hati (suka tokok tambah) Last-last saya pening. Macam tak boleh nak berdiri lama. Hah, Doctor-Doctor yang kacak di luar sana, tolong buat tahu, saya sakit apakah?

Saya rasa ini akibat terkena hujan secara berlebihan Jumaat lalu. Lepastu saya tidur dalam kesejukan. Jadi, akibatnya badan saya tak tertahan menanggung rindu (?)

Sudahlah 2 minggu ini akan sibuk dengan banyak urusan-urusan duniawi. Lepastu saya tak mungkinlah ambil MC sebab sudah mahu Temuduga SPP Jumaat depan. Nanti rekod tercalar, kena pulang balik pingat (huh, kau kenapa, kau kenapa?) Jadi, saya mahu kekalkan rekod bersih tanpa MC sebelum pergi interview. Esok, habis saja temuduga aku terus ambik CRK seminggu straight!! keep dreaming.

Jadi, kesimpulannya, aku demam sebab penat kerja kah? atau sebab takut nak interview kah? atau sebab terkena hujan berlebihan kah? atau mungkin sebab kerinduan kah? mungkin gabungan antara kesemuanya. Boleh jadi.

Saturday, April 3, 2010

My Favourite

Hari ni mood happy lebih sikit. Jadi, hati pun senang nak membelog. Sebab apa hati senang? Owh, mahu tahu ke? Ok, meh sini rapat-rapat sikit. Yang bukan muhrim buleh kalau nak rapat sikit, tapi jangan cuit-cuit nanti air sembahyang batal. Dah jadi upacara membatalkan air sembahyang disitu. Tapi, takda cincinnya. So, cannot, cannot. Kalau nak tahu cincin yang macam mana, rujuk entry dibawah.

Hoh, nampak disitu mood memang baik sebab dapat buat seperenggan cerita tanpa hala tuju.

Baiklah, baik. Saya baru pulang dari menghadiri kenduri kahwin officemate Dak Yang di Taman Melawati, Zhafri & Nadia. Dak Yang yang bertolak dari JB pukul 10.30 pagi tadi terus tunggu saya di Komuter Shah Alam. Saya pun terkedek-kedek sampai naik kereta. Aik, tunggu di stesen KTM tapi kenapa naik kereta? Mungkin saya bawak kereta ikut rel ketapi. Siapa tahu kan? ha ha. Taklah, tak. Nanti lepas majlis, kawan-kawan Dak Yang yang terdiri dari Al-Akhbar, Kebal, Midi & Azim (hai Azim, Dak Yang kata kamu pembaca blog saya no.1. haha. thanx sebab kata saya pandai merapu, masih nakkan autograf saya dikipas kamu?) akan terus balik JB. Dak Yang pulak dah homesick plus rindukan GF (eceh, yang ni I pandai-pandai reka) akan terus pulang ke Shah Alam Darul Ehsan bersama-sama saya Yours Truly.

Badan macam panas lah, tekak pun sakit

Semalam, sempat meredah kesesakan lalu lalang untuk mengambil gambar pertunangan kakak dari fotografer. Perghh, cepat gila siap. So, ada a few gambar yang jadi fav saya. Nah, mari tengok. Kalau di biarkan merapu terus, boleh makan 10 perenggan juga. Bukan 10 pinggan lah. Biasa tu dia, suka salah baca (,")

Babah gembira sungguh berborak dengan Tok Guru
(Sebenarnya Babah kaver, dia lupa pakai gigi depan)

Si Sarah sampai ternganga tengok
She keep saying, betul ke ni kakak Una, betul ke? Cakap la ini kakak una ke?
Annoying sungguh

Saya suka gambar ini.
^___^

Saya peluk Si Tombam itu
Kalau tak, dia tak boleh duduk diam

Yang ini paling Faveret
Memang candid betul. Sarah tomok itu saja x tahu berlakon

Tiba-tiba saya ada sepasang mata yang galak
Bak Rozita Che Wan *wink*
Tom tom bak ada lah

Kemudian saya ada kelembutan tangan yang nyata
Caya tak nyah, tangan mak lembut~~

And again, Sarah buat aksi terlampau!!

Ni Sarah, pergi ambik dia bawak balik Lanai. Dia suka curi ais rumah saya
HAHAHAHA

Finally gambar kami

One Happy family At Home
(eh eh, ni bukan game kad tu ke?)

Dah, itu je gamba kegemaran saya. Terima kasih sebab sudi tengok

Thursday, April 1, 2010

Serabut Yang Panjang

Hidup saya dalam separa sedar lately ini. Macam banyak diam, banyak berfikir dan banyak termenung.
Tengah ambik gambar pun boleh berfikir
TSKTSK

Kehidupan dah berubah. I jadi pemalu nowadays. Oh No!!!

Agaknya orang keliling pun mula bosan dah dengan mood yang upside down. Macam kata oranglah,dalam sehari budak ni (saya lah tu) ada 4 perasaan yang bercampur baur. You, yes you the one yang messed-up kan my feeling.

Yang terpaling klimaks tahap keserabutan ni (ah, kau nak main klimaks saja) semalam lah. The worst

Saya pergi aerobik class as usual. Pergi dalam keadaan kepala serabut sebab sedih dengan insiden lewat petang. Lepastu saya macam tak sedar masa bila tah saya bayar tol. Yang buat saya sedar, bila raba-raba  tempat syiling takda baki, tapi tol dah lepas dah. Eh eh, magika disitu. Aku sudah develope kuasa Edward Cullen kah dalam diam? HAHA.

Cam mana boleh lepas tol, tapi tak sedar dah bayar tol atau belum. Mungkin toll free for serabut girl yesterday. Maybe, who knows mereka bermurah hati, dari jauh dah nampak, Kesian budak ni bawak kereta tak sedar, lepaskan je lah dia. Mungkinlah, imaginasi saya. Tapi realitinya, AKU BAYAR TOL ENAM POSEN DENGAN DUIT SHINGGIT PASTU AKU TAK AMBIK BAKI. Bodoh sungguh. Pemurah tak kena tempat. Rasa macam nak cakap dekat tol balik tu, saya dah bayar lebih empat posen kat sebelah, sini saya bayar doposen aje lah ye? T___T

Lepas dari insiden pemurah ni, saya cepat-cepat slap diri supaya sedar diri, lepasni takdalah nak bayar tol dengan note 50 pastu jalan terus dengan bangganya. Aku kaya dan aku pemurah. Aku tak kisah. Ambik lah duit tu, kat rumah banyak lagi note 50 (duit Saidina)