Wednesday, March 31, 2010

Short But Meaningful



Yang, kita tunang 1/1/11 ok x?

(tak reply busy tengah buat kerja)

Lepastu kita kawen 11/11/11. Hah, dah dapat tarikh. Pergi beli cincin sekarang!!

Banyak cantek!! (terpancing jugak akhirnya)

Ye la, dengan orang lain You nak kena melutut segala nak proposed. Dengan I senang je. Siap dah ada tarikh lagi.

AH (dia dah malas nak layan GF sendiri. Maybe juga malu nak mengaku ni GF aku ke?)

I nak cincin from The Carat Club (rujuk gambarajah besar gajah di atas) Princess Cut, diamond satu je. Even kalau You kaya pun, I tetap nak Diamond satu je. Taknak banyak-banyak. Ye la kan, cincin tu nanti I nak pakai seumur hidup, kalau macam tak menepati citarasa, I sedih je tengok (gila demand perempuan ni)

Kita cerita tahun depan la

Takpa, takpa I nak bagitau je, kot-kot you nak buat suprise ke, at least You dah tau cincin macam mana I suka 

Takda suprise-suprise nya

Kalau macam tu, motivasi untuk You sebab You kena simpan duit banyak-banyak sampai pekot tebal. Cincin ni mahal

Itulah akibat bila orang keliling semua dah kahwin, I pun terhegeh-hegeh nak kahwin, tapi Dak Yang sibuk-sibuk sampai lupa nak kahwin.

Semua itu ialah gurauan semata-mata (kang ada pulak yang ingat I macam terhegeh-hegeh sampai dah tetapkan tarikh sendiri) Bukanlah bukan. (Tapi, cincin idaman I tu betullah tu, yang macam tu) HAHAHA.

Monday, March 29, 2010

Majlis My Beloved Sister

Breathe in.....Breathe out

Baru dapat catch up pernafasan sendiri

Fuuh...fuhhh

Saya sibuk menguruskan pertunangan orang. Jadi, blog terbengkalai sementara. Sekarang, sibuk menguruskan blog, kerja rumah terbiar dekat bawah. Kejap lagi kalau mak dah menjerit tahulah untung nasib kau. Eceh, macam sinetron bawang merah, bawang putih.

Kakak saya bertunang hari Sabtu yang lalu. Ye, saya ialah manusia yang sibuk kesana-sini dari Utara ke Selatan (padahal pusing Klang-Shah Alam je) tu pun nak kepoh lebih. Sebab kakak mengajar di Batu Pahat, ada takda muka ni lah yang cari from head to toe.

Kalau nak cerita apa yang saya buat, memang makan bermuka-muka. Kita tengok gamba sambil membaca lah. Macam mana murid-murid? setuju? Ok, yang tak setuju boleh masuk kelas lain sekarang. Biasa tu taknak dengar cakap orang. HAHAHA.

My Sister & Future BIL
Zakiatul Husna & Ahmad Zaky

Emak Hanis Zalikha yang mekap kan kakak
Thanx Kak Nani for your wonderful job

Kek dan tart pun Kak Nani's handmade
Rasa tak tahu la sebab pihak lelaki yang dapat
SOBSOB

Sesi wajib masa bertunang kan?

Emak & Nenek-nenek

Bersama makcik, jiran & sepupu

Hah, letak gambar banyak-banyak sikit sebab dah berabad tak update blog. Ok bye, nak kena sidai kain jugak lah, tapi sebelum tu


Macam tak lengkap entry kalau tak letak gamba anak dara rajin ni. Naah, baru hati senang nak sidai kain. HAHA

Tahniah Husna & Abang Zaky
Love u both

Tuesday, March 23, 2010

I'am (Not) No. 1 Anymore

Quick entry, short entry, quick and short start now;

Hidup tunggang langgang. Ya Allah bukan tunggang yang haram atau haiwan tunggangan. Bukan. Tapi kehidupan macam tak teratur dan takda tujuan. Dalam kepala dah plan macam-macam, tapi badan seems static kat situ je. Takda nak bergerak untuk melakukan sesuatu. Macam paralyse ke apa tah? How could this happen to me... (song title :untitled)

Bilakah saya sedar saya bukan No.1?
Lazy and the pen
T____T

Bila kertas ujian yang sepatutnya dah siap tanda minggu ni (sebab minggu lepas kan cuti sekolah, dan saya ada the whole week untuk menanda) yang mana saya tak sentuh langsung kertas-kertas tu. Hari ni baru terhegeh-hegeh pergi tanda dalam surau sedangkan yang lain dah siap masukkan markah. (Cikgu lelaki yang disebut-sebut kurang rajin tu pun dah masukkan markah) Boleh malu sekarang!

Apa dah jadi ni Yaty? (Semua orang tanya ini, including me!)

Dahulu, saya yang pertama, dalam apa jugak lah acara sama ada acara lari dalam guni ataupun lari pass baton. ha ha ha. Baiklah, baiklah. Dulu kan siapa siap tanda kertas dulu? (Yaty) Siapa siap masukkan markah dulu? (Yaty) Siapa siap tulis dalam buku ADAB (Yaty jugak) Siapa yang terhegeh-hegeh kejar markah dari orang? (Yaty) Siapa yang pergi tanda sendiri kertas yang Cikgu subjeknya tenggelam timbul (Yaty jugaklah). Siapa yang hantar buku ADAB ke pejabat dulu? Semua jawapan dia YATY. 

Semua orang tahu tahap kerajinan saya yang satu ini. Tapi, sayang seribu kali sayang, (eceh ceh ceh) Rajinnya dah melayang-layang bagai layang-layang putus tali. I Lazyyyyy, Super duper lazy!!!

Mereka kata saya dah fikirkan mahu kahwin, sebab tu fikiran dah takda kat sekolah? HAHAHA. Sungguh kelakar kesimpulan itu. Lagi kelakar, Yaty kena kahwin ni sebab tengok dah takda motivasi. HAHAHAHAHAHAHAHA lagi panjang.

*Sigh* I just do not know why. Prestasi kerja semakin menjunam ke dalam gaung

Saya juga kelihatan pucat dan kurang bermaya lately, nampak letih sangat kenapa Yaty? Mata macam nak tidur. Tegur Kakak prihatin. Oh, ketara sungguh ke perubahan diri? Sebenarnya tak terasa apa-apa pun.

Saya sendiri tak tahu mana letak perasaan, fokus, diri, motivasi. Everything macam up side down. There's a lot happened to me and i didn't even realised it. Too bad.

Short and Quick end here.

Sunday, March 21, 2010

Rasa Bersalah

Salah faham

Sepatutnya pergi tanya lepastu sabar. Tanya lagi, sabar lagi. Tapi I pergi gedik-gedik dah tanya, lepastu tak tahu sabar, lepastu mengamuk sana sini, menangis berhari-hari (ok, yang ni tipu, cuma sehari je) lepastu emotional setiap hari. Ada saja yang tak kena, dalam hati ada volcano, menggelegak saja sikit hari nak menghamburkan lava. Amboi dia, bukan main lagi buat perumpamaan yang tak bersempadan langsung. Biasa tu.

Hari-hari pergi shout yang bukan-bukan dekat shoutbox. Hari-hari pergi call kawan-kawan terbaik sambil crying. Hari-hari pergi chat dekat Fb meluahkan rasa dengan kawan terbaik juga.

Sampai satu tahap, pemikiran sudah sampai, err kalau lah aku ada ramai kawan lain.. Lepastu cepat-cepat istighfar. Syuh, syuh, nyah kau syaitan.

Situasi sewaktu berjanji temu
T_____T

He's having problem dengan kerja, dan I pergi la buat tuduhan melampau seperti, err macam-macamlah, dah tak ingat (HAHA, bila yang buruk-buruk pasal I kena la buat-buat tak ingat) I sungguh rasa tak patutnya buat perangai yang dah tentu-tentu tak comel langsung. Saya sepatutnya support beliau, bukan pergi buat negative thinking, siap ada hati nak buat jahat. T___T

Bila dah diberi breifing (ceh) selama 31minit, baru I rasa tak patutnya saya sebagai orang yang terpaling rapat dengan beliau buat macam tu. Dah la beliau sedang berkrisis yang melibatkan masa depan, saya pulak pergi tambah beban (macam nak makan slap satu!) hu hu. Baiklah, sila buang perangai buruk dalam store sekarang!

Sorry Yang, hope You bertabah di sana. Kita sedang di uji dan please jangan pandang belakang (macam seram). Look forward dan terus maju. Mungkin ada hikmah atas semua ni. I know sekarang You banyak spend time di driving range (only me n my kayu golf) Fine sayang (i jeles dengan kayu golf sekarang!) Jangan depressed sangat and sila potong rambut (you pun da notice rambut you macam berus tuut tuut sekarang kan? I cakap taknak caya)

I pray to HIM hope everything going well, Amin

Saturday, March 20, 2010

Klang-Shah Alam-Klang-Shah Alam Bleerghh

Cuti dah habis. Yay. Sungguh gembira dapat menghabiskan cuti tanpa mengeluh "Boringnya cuti, bila nak mula sekolah ni?" (walaupun kertas ujian tak bertanda lagi, tapi yang tu takpa) HAHA. Sesungguhnya, saya dah mula rasa terbosan-bosan melakukan rutin yang sama hari-hari. Sebab dalam hati tak berminat nak buat rutin yang luar biasa sebagai contoh ada niat nak belajar memasak ke, nak belajar jahit manik ke, nak sapu sawang ke, nak cat pagar ke, semua tu rutin luar biasa yang cuma pasang niat je dalam hati tapi melaksanakannya belum tentu lagi. ha ha ha.

Satu minggu yang sangat biasa ni saya tak kemana-mana. Yes, mari kita cuba lihat saya kemana seminggu ni

13/3 --> Meet beloved Dak Yang at Old Town White Coffee
            Balik kampung - Kenduri kahwin

14/3 --> Kenduri kahwin classmate masa di PJB, Abang Man
           Balik kampung - Nenek sakit

15/3 --> Tabung Haji, Klang

16/3 --> Kad Jemputan Kontena, Klang
           Famista, Klang
           Shah Alam Mall, Shah Alam
           Aerobic class, Shah Alam

17/3 --> Bukit Tinggi, Klang
           Sek 8, Shah Alam
           Aerobic class, Shah Alam

18/3 --> di rumah whole day, Klang

19/3--> Klang Parade, Klang
             Shah Alam Mall, Shah Alam

20/3--> di rumah whole day, Klang

Kan kitaran hidup saya di sekitar Shah Alam & Klang saja. Bagi saya itu tak bosan sebab cuti cuma seminggu, kalau di tambah lagi seminggu mungkin saya dah jadi juru tol Shah Alam-Klang. Sumpah, tak kelakar, tapi menjadi juru tol adalah salah satu cita-cita dan impian saya dulu, kini dan selamanya.(ewah, gedik dia nak jadi juru tol selamanya)

Saya suka kerja ambil duit walaupun cuma 60 sen. Duit juga kan? Cuba kalau dikumpul banyak-banyak, akan menjadi 60 ringgit membawa ke 600 ringgit dan seterusnya 6 rib errr, Apa aku cakap ni? Tiba-tiba je masuk cerita jadi toll gate girl. Tak memasal, Sekian

Thursday, March 18, 2010

Hari Ini Menangis Lagi

Hari tu dengan loud and clear declare "Aku sudah jadi wanita dewasa, no more tears (iklan syampu)"

Kenapa hari ini pergi menangis seperti anak ayam kehilangan ibu? eh, ingat tak lagu ni? ibu ayam dikejar musang, anak ayam cari ibunya, ibu ayam berlari, terus lari dan di tangkap musang, anak ayam mencari, terus cari, ibunya yang hilang... best kan?

Ok ok

Saya cuma rasa sesekali fahami kehendak dan perasaan saya tak susahkan? Bukannya mintak di bawa keliling Europe selama setahun atau pusing-pusing Taman Tasik Shah Alam setiap petang. Bersiar-siar menaiki basikal apatah lagi. Tak pernah bermimpi juga nak mendayung sampan di tengah tasik. (fantasyland, biarkan...)

Tapi sesekali bila saya buat request, I really mean it. Maknanya, it is really important to me. Too bad, he doesn't feel the same way. So, how? Kalau saying too much nanti boleh turn into fight. That's not a good decision to take. 

Apa yang boleh, hanya Hari Ini Menangis Lagi
Perghh, macam masuk pertandingan mentulis cerpen. Tapi ni cerita pendek betul. Tak sempat nak kunyah biskut cicah kopi panas. Tak sempat juga nak flip another page sebab ada satu page je. Ok takyah nak hiburkan hati yang lara.

Babai

Wednesday, March 17, 2010

Good News...Hooorah

Hari-hari saya login masih macam ini saja paparan dia

Permohonan: Status: Lengkap
Tarikh Permohonan : 5-09-09

Panggilan Temuduga: Tiada

Hari-hari juga saya akan pangkah paparan dengan rasa kecewa yang mendalam, like am deeply hurt. HAHA. Lepastu pergi sekolah bawak mulut muncung cencurut mengadu dengan kawan-kawan yang dah pergi interview. 

Bila nak panggil interview ni? Bila nak panggil? Selagi tak lepas, dalam hati macam tak gembira.

Lepastu keluar ayat sedapkan hati sendiri Takpa, lagi lambat interview, lagi banyak tunggakan nanti

Tapi, bila sorang-sorang kawan maktab dah lepas interview, mula lah nak menggelupur tak tentu hala, macam ikan tak dapat oksigen. T____T

Pabila larut malam semalam, aku nekad, takda panggilan temuduga lagi, mahu tunjuk perasaan depan SPP. Jeng je jeng, suspen la sangat. Paparan sangat menggembirakan hati. Dah bertanggo, bersalsa dalam hati. Macam ni lah baru semangat nak pergi kerja. Tak memasal.

Panggilan Temuduga :
Tarikh : 16-04-10
Masa Temuduga : 7.30 pagi
Tempat Temuduga : Bilik Temuduga 1 Aras 1, Blok B3,
Kompleks J.P.M., Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
62526 Putrajaya, WP Kuala Lumpur

Kan lebih menggembirakan hati daripada asik-asik tiada, asik-asik tiada. Tersenyum lebar sambil pegang Paper dan mentonton Berita. Kata nak interview, kena lah up to date dengan berita terkini. Kalau nak tahu apa-apa news baru, u can ask me. HAHAHA

Alhamdulillah~~

Tuesday, March 16, 2010

Dah Bertahun

Sebab Kak Lynn suruh la, Yaty jawab :)

Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan...Buat masa nie la...
  1. Blackberry : Tak kisah la model mana-mana pun asalkan orang akan panggil I The girl with BB.
  2. Lancer : Sebab memang ada orang nak bagi (bila tu tak tahu) T___T
  3. Sony Cybershot : Yang pink colour
  4. Sony Viao : Yang Pink jugak
  5. SKII : Mahal sangat nak beli sendiri 
 5 alasan terhadap pilihan tersebut...
  1. Sebab Hp sekarang dah getting my nerve dengan ke annoying annya. Saya mahu sesuatu yang betul-betul sesuatu. Hp biasa dah tak mahu. Gila belagak tak ayat ni? 
  2. I need a car. Dulu, saya suka yang simple plus comel like Suzuki Swift saja, tp Dak Yang ajar I suka Lancer, hah, apa lagi, Lancer 1 Yang.
  3. Sebab camera sekarang (I cilok kakak punya) dah lama. I nak camera baru. Tu je
  4. Dah berapa tahun dah memang Sony Viao ni jadi idaman kalbu. No reason
  5. Muka macam tak tahu nak bagi pakai apa lagi. Jadi, mahu cuba SKII without doubting the effect yang akan jadikan mukaku macam Zhang Zi Yi.
 5 impresi terhadap orang yang anda minat...

  1. Too serius
  2. Too sombong
  3. Too hardwork
  4. Too Comel
  5. Too Skinny
5 perkara hebat yang pernah anda lakukan...
  1. Ikut kata Ibu bapa suruh jadi Cikgu, now i am a teacher
  2. Wish birthday dekat Mama Dak Yang (kau ingat main-main?)
  3. Jumpa Uncle yang everybody know tahap keseriusan beliau
  4. Saya cemerlang masa konvo yang lalu
  5. Admire seseorang for years and finally jadi I punya. Hebat tak? hebat tak?
 5 ciptaan yang paling disukai (tak semestinya teknologi)
  1. Semua Ciptaan-Nya Subhanallah
  2. -sda-
  3. -sda-
  4. -sda-
  5. -sda- (sumpah takda idea)
5 perkara yang dibenci
  1. Backstabber & Perempuan jahat. (lelaki jahat, macho)
  2. Bila people tak aprriciate apa saya buat untuk mereka-mereka
  3. Bila saya susah.(bukan dari segi duit) dan orang yang menyusahkan. Saya tak suka susah sikit. Leceh
  4. Tanya "bila nak kahwin?" So, dun ask!
  5. Naik public transport
5 orang yang hendak anda tag...
takpa, saya simpan sorang

Monday, March 15, 2010

Musykil Sampai Mati

Ok, takyah heran sangat dengan title yang sengaja bagi gempak. ha ha. Tapi cerita dia sebenarnya amat mensedihkan ulu hati. Sumpah tak tipu.

Macam ni, masa mula-mula masuk Politeknik Johor Bahru dulu, saya takda kawan. Memang lah, kalau dah buat muka tak siap lepastu di tambah dengan berat mulut dan hidung tinggi, takda siapa ingin buat kawan. Boo dia. haha. Lepastu, masa minggu orentasi lah saya berjumpa dengan kawan baik saya sampai ke akhirnya. Habis dah cerita, happy ending. Yay ya.. Eh, supposed to be sad ending untuk entry ni. Ok sambung.

 Kawan-kawan Baik yang jadi mangsa keadaan
Nemo & Aetul
Sayang kamu sangat-sangat

Saya secara jujur tak pandai kawan ramai-ramai. Macam duduk dalam kelompok yang ramai bergossip hu ha hu ha, berjalan ramai-ramai pergi kelas, pergi kafe. Saya memang tak boleh masuk dengan orang ramai. Saya sesuai duduk dengan kera di hutan (sumpah tak kelakar) haha. Saya lebih suka dengan seorang, dua kawan yang buat saya selesa dan tenang. Takyah nak serabut alam dengan ramai-ramai. Tapi, takdalah kata kawan saya ada sorang dua je. Boleh kawan semua, tapi yang besties nya seorang dua itu lah.
1st insiden

Masa mula-mula masuk kelas, kawan lelaki ni memang sangat baik dengan saya. Baik as a friend. Memang close lah seingat-ingat saya. Macam kalau dalam Mac Lab tu mesti nak bergurau-gurau, gelak tawa senyum mesra HAHAHA lah. Seperti tak dapat dipisahkan lagi (as my memory recall lah). Kita mestilah gembira sebab ada classmate yang baik dan mesra (dulu-dulu kan cam naive je, masa ni Dak Yang dengan I belum official lagi)

Tiba-tiba di suatu hari, tah kenapa tah tiba-tiba dia tak mau cakap dengan saya lagi. Dia memang ignore saya gila-gila lah. I try to talk to him jugak lah kan sebab ingat dia cuma mengalami mood swing or bad hair day (?) Tapi, dia macam tak respond. Saya pun insan yang bukan muka tembok, orang dah taknak cakap, buat apa kita nak terhegeh lagi (pepatah hari ini).

Ambil langkah yang sama, takmo gak cakap dengan beliau. Ingatkan cuma a few weeks ke apa rupanya membawa sampai ke akhir sem. Sampai dah grad pun dia tak mahu cakap dengan saya for God Sake. Masalahnya, dengan kawan-kawan baik saya pun sekali. Pelik tak? pelik tak?

Salah saya pun saya tak tahu, ni kan pulak kawan-kawan saya yang tak tahu hujung pangkal. Malas nak buat spekulasi lah kan. Tapi, bila cam dah berumur 25 tahun ni, ingatkan dia dah lupa lah cerita lama tu, one of my best friend ni add la dia dekat FB. Sampai ke sudah dia tak approve. WTH? Come on lah. Dah lah benci orang tanpa sebab, sampai membawa ke mati ke nak benci tanpa sebab tu? Masalahnya, kawan tu tak bersalah pun, Dia bencikan I, tak memasal kawan I terheret sama. *sigh*

2nd Insiden

Classmate perempuan pun macam lebih kurang. Serasanya memang saya tak pernah lah nak ganggu hidup orang secara sengaja-sengaja. Eh, aku benci dia, jom kita boikot dia. Tak pernah. Saya dengan hidup dan dunia saya saja. Tak pernah sikit ambil tahu hal orang lain. Tapi, satu insiden yang tak boleh lupa sampai sekarang

Seorang jejaka baru masuk kelas, dia 2nd intake. kira macam hot stuff la tu. Lepastu, I kan peramah dengan lelaki (hahaha, jangan caya). Then, dia yang tanya-tanya (biasalah, jiwa muda) itu ini. I jawab je lah, takkan tiba-tiba nak menyombong tak tentu hala. Tak sangka pulak ada yang have a crush on him. Memang lah tak tahu (kan I tak ambil tahu hal orang).
One day, balik dari kelas, mereka (the girls) sengaja jalan potong kami bertiga dekat koridor. Lepastu, mereka stop di hadapan dan sengaja berbual kuat-kuat " Petang ni Si Polan pergi Koko tak? Jadi ke nak pergi dengan kita?" Omaigod, Omaigod, Omaigod. Mereka sengaja nak bagi I jeles dengan cara yang begitu err, tak tahu nak kata. Bukan cara kotor, tapi cam memalukan. Sebab seorang lelaki yang I tak heran pun, mereka nak buat macam tu.
Bila dah sampai hostel, mereka panggil kami 3G, 3G (macam budak sekolah main ejek-ejek tu. hahaha) stands for Gedik, Gatal and I tak ingat sangat apa tah lagi 1 G ni stand for.

Imagine, betapa bencinya lah mereka dekat kami. Padahal, usik pun tak pernah. Memang I tak pernah masuk campur urusan mereka. Yang kesian sebab, kawan-kawan I pun kena tempias. Padahal mereka sebenarnya benci kan I je. Mungkinlah, I memang ada buat salah pada mereka (tanpa sedar) sebab kalau dalam sedar, berbual pun jarang sangat dengan mereka ini. Tapi, entahlah. Manusia macam-macam kan?

Tapi, sekarang dah berubah. Mereka (the girls) macam dah ok sekarang. Bila di tanya kenapa dulu anti kami? Jawapan dia kan " Korang nampak standard sangat". Standard apanya? Kasut I pun busuk juga macam kamu semua, I pun malas basuh baju macam kamu semua juga. I tetap pakai kasut Vincci bersama beg Body Glove Pink (masa sem 1) Jadi, apa tah yang standardnya. Lain lah kalau I sandang beg Gucci sama sandal LV. Barulah kamu takyah kawan kami langsung. HAHA. Adakah sebab I ada Discman Sony, I dikira standard? T___T. Sampai mati I musykil. Tapi takpalah, cerita zaman kanak-kanak memang kelakar untuk dikenang.

Saturday, March 13, 2010

Bila Cuti Sekolah Bermula

Bermulalah hari-hari kurang produktif. (Macamla hari lain selalu produktif saja) .

Pagi tadi

Having breakfast with Sis Izyani, Abg Lan n lil' Aqil yang asyik tersengih-sengih jumpa Aunty lawa. (sikit annoyimg ayat tu) di Mc D Setia Alam. Rezeki di pagi hari jangan ditolak (jangan samakan pagi saya yang bermula pukul 10 dengan pagi-pagi insan normal lain). HEHEHE. Sejak iklan Breakfast at Mc D di siarkan dekat semua stesen TV yang buat saliva drooling every second sampai iklan tu habis, aku memang memendam rasa. Sedap sangat tengok pancake kena jirus dengan honey, meleleh-leleh pastu ada butter atas dia. Iklan Mc D memang berjaya mempengaruhi minda dan perut lapar. Bila dah rasa, tak meleleh macam dalam iklan pun??! Anyway, thanx for the treat sista.

Dekat rumah

Mak tengah berkemas di luar rumah. Habis semua pokok, kayu kena buang. Pokok bunga kena cantas. Minggu depan ada orang nak jauh nak datang. Tu yang mak berkemas luar dalam tak siap-siap. Anak gadis? Seperti biasa tolong tengok sambil buat bising. Babah kata pergi masak. Aku pun pergi masak nasi saja. Masak lain tak mahu, nanti tak sedap bising-bising. Mak kata, masak la sedap-sedap. Tetap tak mahu. Masak nasi takda rasa sedap atau tidak. Plain saja. Mudah kan? HAHA

Lunch Date

Bila dah melarikan diri naik bilik, Dak Yang ajak lunch bersama.

Ada kereta tak kat rumah?

Ada kancil je.(buat suara sedih)

Ye lah nanti I ambik.

Yesssss!!!

Lunch di OTWC, kami duduk dan berbincang. A lot of thing kena put on hold dulu. Macam pembelian Blackberry (eh bila kata nak beli BB ni?), pembelian kereta, pembelian beg GUESS, pembelian kasut Camel, pembelian saham, hartanah. Dah lah, dah lah. Banyak yang tak secure lagi nowadays. So, i have to agree lah. Takkan nak hentak-hentak kaki mintak Lancer sekarang jugak?

Pity him bila usaha dan hardwork beliau with his team di tolak. So, tadi I duduk sebelah tengok beliau tulis surat emosi dengan mimik muka sekali. I jadi tukang semak ejaan. Apa gunanya ada GF guru Bahasa Melayu yang tak tahu janggut kambing dalam Bahasa Inggeris (Hep, biasa tu nak ungkit kelemahan orang) HAHA.

Tiba-tiba, beliau masukkan phrase "Sayang sekali dan teramatlah rugi...

Yang, tulis surat rasmi mana boleh letak sayang sayang ni.

Beliau pun backspace sambil merungut-rungut, emosi ni emosi.

Sabarlah.

Hurmm, bila I semak-semak beliau. Bukan semak surat, tapi semak beliau. HAHA. Beliaun semakin slimmer dan thinner. Macam anak Afrika yang sekali kena tiup angin, roboh. HAHA. Lepastu, rambut putih dah banyak. He's getting old. Me getting younger. Working hard for our future. I pray everything's gonna be just fine.

Sekian, melaporkan hari yang kurang produktif untuk blog.

Friday, March 12, 2010

Sebab Dalil Cinta...

Sebab suka tengok Fahrin Ahmad (berlakon, bukan sebab suka tengok dia hendsome dalam iklan Garnier atau sebab dia macho bila menitiskan air mata, atau sebab dia nak sam ok, takyah cerita lebih lanjut lah sebab-sebab yang lain tu). Saya, (Yaty) telah pergi menonton Cerekarama malam Ahad yang dah lepas hari tu. Sebab terpujuk dengan ayat iklan dia "Kami ni pasangan yang wajib kahwin" (macam boleh guna line ni nak mintak kahwin) HAHAHA.

Bukan nak komen macam hebat pasal drama ni, atau penerbit dia bagus wooo, atau Fahrin hendsome double woo. Bukan. Tapi, nak cerita macam mana cerita ni boleh mengubah kehidupan saya dan emak (?)

Bila tengah khusyuk mentonton TV bersama keluarga yang terdiri dari emak, babah, bila part yang Emak mertua Amani yang mengamuk kan si Amani tak tau masak tu, emak terus keluarkan soalan cepu emas. 

"Kalau disuruh masak asam pedas macam mana Yaty?"

"Entah la mak"

Mudah kan jawapan anak gadis beliau. HAHA. Sebab jawapan mudah tu la emak dah seminggu jadi pemantau tak bertauliah saya. Kejap, kejap dia tengok saya buat kerja rumah. Nanti, dia nampak la segala kecacat celaan kerja-kerja saya. Emak macam paranoid. Beliau dah mula bimbang kalau saya berkahwin kelak akan jadi macam Amani. Nanti nama beliau dah tercalar. Lepastu dia bimbang Ibu Mertua saya garang macam Wan Nor Azlin tu.

Saya cakap "Emak mertua saya baik" (Ceh, dengan penuh konfiden. Kau belum tahu langit tu tinggi rendah, kau tunggulah Yaty!!! Kata emak dalam hati)

Hari tu buat beberapa percubaan memasak, (dalam erti kata memasak yang lebih advance) Err, masak sotong sos tiram dan sambal goreng dikira jenis masakan advance lah bukan? Err, kalau bukan anggaplah itu cabaran besar buat saya. HAHAHA.

Komen-komen juri ;

Hitam, macam bontot kuali (En. Dak Yang)

Masinnya (En. Babah & Pn. Emak)

Aku dah agak dah bukan emak yang masak, sebab tengok rupa pun dah tau ( En. Abang Gomoks)

Sangat memberangsangkan bukan komen-komen tersebut sampai buat saya tak mahu masak untuk sebulan akan datang. Sayur goreng saya totally masuk tong sampah terus. Malas nk tulis komen-komen yang bisa membuat hingus meleleh. Babah cuma kata, Belajar dulu sebelum masak. Ok bah, Insyaallah kalau hati rajin. HAHAHA.

Yang, tunggulah. Hari-hari akan hadap sotong hitam I nanti. 

Wednesday, March 10, 2010

Kambing Punya Janggut, Cikgu Dapat Susah

Dalam keadaan mood yang kucar-kacir ni, haruslah buat entry yang menghiburkan hati. Kalau buat entry kucar-kacir, orang pun malas baca lah bukan? Err, ada orang baca kah? Harapnya (ayat penuh pengharapan)

Isnin yang lalu ada Ujian Prestasi 1. Macam selalulah, cikgu memang suka minggu ujian. Mendamaikan jiwa dan mententeramkan hati (bukan kuih penderam ke apa). Sunyi sekolah macam tak berpenghuni. Eceh. Tengah menikmati suasana tenteram, di ganggu la pulak dengan satu soalan yang sungguh mencemaskan. Betul-betul rasa debaran neh. HAHA

Teacher, janggut kambing dalam BI apa?
(Budak-budak panggil kita ikut subjek, kalau tengah exam subjek agama, di panggil Ustazah la)

Ha? Janggut Kambing? Awak nak jawab apa ni?
(takkanlah cikgu Science ni tanya pasal janggut kambing)

Ni ha (dia tunjuk soalan)

Ala, errr kejap ye. 

(tau sebut tapi nak eja camne ek?)

Bayangkan, cikgu boleh cemas dengan soalan simple camtu. HAHA. Baru terasa, masih cetek ilmu di dada neh. Soalan mudah pun I dah bz keluarkan Hp call Dak Yang.

Yang, janggut kambing dalam BI apa?

Len kali bawak la kamus masuk kelas

!@#$%^&*

Aku yang dah macam bapak kambing tunggu wife bersalin, pergi jalan kelas sebelah pulak. Luckily, cikgu BI ada kat sebelah

Kak, janggut kambing dalam BI apa?

Ala, Yaty suruh budak tu jawab "horn" sebab haiwan lain takda "horn"

Ok ok

Sampai kesudah lah takda sapa tahu janggut kambing in english. Err, tak sangka janggut kambing tu boleh mensusahkan hati cikgu dan buat cikgu nampak kurang bijak depan anak murid. T____T.

Tuesday, March 9, 2010

Fuuh Fuuh

Buang habuk

lap-lap sikit

sapu sawang

sapu sampah

mop lantai

lap window

ahahaha~~

sudah jadi bibik dalam blog sendiri :p

esok akan jadi tuan punya blog balik.

nantikan

ecehhhhh~~

Thursday, March 4, 2010

Saya Punyakah Banglo 2.4 M itu?

Pada hari Sabtu yang gedik ada dua insan gedik pergi tergedik-gedik tengok rumah. Gaya memang kalah married couple neh. HAHA. I yang berbaju kurung lepas balik kenduri serupa makcik-makcik saja terus like ............................. (dropped jaw)

Tepi pintu masuk

Actually tak tahu pun nak pergi tengok rumah. (Dak Yang dalam mode house hunting for his parents). So, I takda lah nak bawa kamera tanpa hala tuju. So, Hp kecik I cuma dapat capture yang kecik-kecik je. What to do, Blackberry yang belum di order pastilah belum sampai-sampai.(ayat meminta-minta pada yang mampu) HAHAHAHA.

Sebelum tu kami pusing keliling rumah tersebut sebab nak ukur keluasan tanah dia. Cukup tak untuk kami sekadar berkebun sayur atau terus bukak ladang teh. HAHA. Cukup tak tanah nak buat taman tema untuk anak-anak kami nanti. Bila ukur-ukur tak cukup, reject ah rumah ni
 
  
 
.Eh eh, skodeng jiran ke?

Tu semua kawasan keliling rumah. Swimming pool dia memang terletak betul-betul sebelah hall. Agak-agak bosan tengok TV boleh terjun je dari dalam rumah keluar. HAHA. Kalau benci anak kau buat bising masa tengah layan Telenovela pun kau boleh humban dia masuk pool. Memang best sangat. I macam batak-batak nak capture semua tapi tak dapat lah dengan kelajuan kuasa kuda Hp canggih ni T___T

Habis pusing keliling tetiba je Dak Yang kata nanti tengah swimming, jiran sebelah boleh skodeng lah. Fuuh, adakah jiran kita nanti tak bermoral orangnya?

I sangat tersenyum riang masuk rumah dengan mulut kepoh-kepoh "Cantiknya Yang, cantiknya Yang".
 Hall 1

Memang cantik sangat dengan sejuk lagi. Perfect sungguh rumah ni. Sebab show house so memang fully furnish. Kami di bawak tour dalam rumah oleh insan yang bertanggungjawab. Kalau takda orang tadi, memang nak buat macam rumah sendiri dah. Sangat suka. Every room ada walk-in wardrobe sendiri bersama toilet canggih. Master bedroom dia sama dengan keluasan padang bola. Eceh, kalau ajak menipu laju aja. Lepastu ada jakuzi sekali. Lepastu aku taknak keluar dari master bedroom tersebut. HAHA. Boleh tak buat perangai macam budak-budak main hentak-hentak kaki sambil jerit-jerit dekat tengah mall mintak mainan. Boleh tak ye? TSKTSK

Banglo ni cuma ada 28 unit sahaja yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Harga from 2.4 M (yang paling kecik lah ni) to 3.8 M (Saya cuma ada RM3.80, balance beli eskem Mc D). Betul-betul depan pintu masuk UiTM (senang anak kita nak masuk U Yang, jalan kaki je. Tak payah berhantar. Mak campak beg dari pagar rumah. Nak konvo pun senang, takyah nak rebut-rebut parking) :p

Show house tersebut sudahpun sold out dengan nilai RM3.2 Juta. Mak, kalau 3200 ke 320 ke nak juga kami fight. HAHAHA. Tapi takpa kasi can orang kaya duduk dulu, esok dia dah bosan mesti dia jual murah punya. HAHA.

Masuk kereta, kami baliklah sambil berangan-angan, mana nak cari lagi 1.4 M kalau seriusly mahu beli. Rompak bank?

Tuesday, March 2, 2010

Macam mana boleh lupa makan?

Hari Selasa buat I berubah jadi mak tiri. Sumpah melelahkan. Dalam banyak-banyak hari, Selasa memang buat I !@#$%^&

Hari Selasa buat I jadi makcik-makcik juga.
Kawan Prihatin: Yaty, nak tanya sikit boleh
Yaty: Apa dia?
Kawan Prihatin: Kenapa Yaty sekarang makcik-makcik?
Yaty: Makcik-makcik?
Kawan Prihatin: Ye la dulu selalu hot

(See, I pakai baju kurung pun nampak hot)

 
Makcik Hot
T____T
Ok takyah panjangkan lagi bab masuk bakul angkat sendiri. Pasti tak cukup sepuluh perenggan nak hurai Tapi, macam mana nak jadi hot?? Dulu cuma 26 waktu seminggu. Apa yang nak dikejar. Waktu free memanglah freeeeee. Nak tidur-tidur pun boleh. Semua kerja siap on time. 
Nowadays, masa 30 +1 perhimpunan + 2 releif = 33. Masa bila aku nak berhot-hot. Silap-silap aku pakai telekung saja masuk kelas. (Sedang dipertimbangkan ni)

Selasa ada PJ. Nanti melawa bagai tak boleh blah, lepastu dah tukar baju PJ. Ughhh, membazir sungguh. Buat penat aku iron baju. Kalau ada subjek PJ memang I rela menjadi makcik saja. Gosok baju tu tak perlu. HAHA

Tapi, yang kelakar budak-budak tetap nak puji. "Tu Cikgu Hidayati. Dia cantikkan?" TSKTSK. Memang pandai bodek cikgu. Walaupun baju cikgu ,macam hidup segan, mati tak mahu. Kau tetap nak puji.(Harap ikhlas dari hati :)

Oh, yang buat saya lupa makan sebab sibuk lah. Waktu rehat dapat jamah sayur bendi sama-sama dengan ayam goreng.(Sebab aku kenyang air tembikai fresh) Lepastu sampai rumah, terus pergi aerobik. Tengah melompat sakan tetiba teringat tak makan langsung. Tetiba je terus nak lembik cam steam veggie. Terus tak mau lompat. Angkat kaki sikit pun tak mahu. Gedik gila. Dah lah cikgu favorite malam ni. Terus nak ngadu dekat cikgu, sakit paru-paru. Oh, suka kipas cikgu aerobik rupanya Cikgu Yaty tersebut. T____T

Balik rumah dapat sup masin. Macam hirup air laut ke apa tah. TSKTSK. Kenapa aku boleh lupa makan?

Monday, March 1, 2010

Ujian-Nya

My Life sedang upside down sekarang. Really really upside down. Kalau tak, rutin biasa cuma
//
*bangun tidur
*pergi kerja
*balik kerja
*makan
aerobik
*tidur

Every single day tu lah yang I buat. But, now, celik mata memikirkan tentang perkahwinan orang. Ohh, aku tak tensen. Memang suka menguruskan hal perkahwinan, cuma kalau dipaksa dan di marah-marah, aku jadi tensen. Sukalah saya membuat kerja mengikut kesesuaian waktu sendiri (e.g: bangun pukul 12, pukul 12 lah buat kerja) Lepastu semua orang menjerit-jerit depan pintu bilik suruh buat kerja *sigh*

Kali ni yang buat aku rasa susah hati sebab celik mata, dengar emak dan babah discuss tentang masalah yang sedang melanda. Dulu selalu aku yang berfikiran mulia cakap, "Kalau kita tak buat jahat dekat orang, kenapa orang nak buat jahat dekat kita?" Now, I know, orang kalau nak buat jahat memang tak kira mangsa dia baik ke jahat. Mak dan Babah tak pernah sakitkan hati orang atau ambil hak orang atau apa-apalah. Tapi, kenapa orang nak buat macam tu dekat kami?

 
Really missed these moment
T_____T


Dari awal dah dapat rasa yang tak baik. Duit yang supposed digunakan untuk kami pergi umrah, dia tak bayar-bayar (rombongan tu dah selamat berlepas pun. SOB SOB) Sekarang create another problem pulak. Akulah yang paling upset. Tapi, kami doakan yang baik-baik saja untuk Hamba Allah itu. Biar Tuhan saja yang balas. Sooner or later...

Jadi, sekarang rasa beban juga. Even bukan direct kena batang hidung, still, it's my family. Now, kami (me, Mak & Babah) selalu bersama-sama. Kalau emak tengah kemas-kemas upstairs, kami semua ada kat atas. Bila masa berbuka puasa, kami bersama-sama juga makan (even muka ni tada puasa pun) HAHA. We feel strong when we're together. Kamilah Powerpuff Girl. Hiaargght.

Doakan, segalanya kembali Ok. Sangat benci when everybody buat muka tempe di rumah. Dah lah memang I benci makan tempe (ok, tetiba) Still, I tak suka sebab lawak I tak laku dekat rumah sekarang. TSKTSK

P/s ; Kak Ina yang nak pergi Umrah 12/3 ni, saya doakan akak selamat pergi dan selamat pulang. Doakan saya menyusul ye. Doakan family kita ok ok jugak. Thanx :)